Sunday, August 31, 2008

Ramadhan kembali lagi

Sah!!! Esok puasa!!!

Penyimpan mohor besar raja-raja telah mengumumkan esok adalah permulaan puasa di Malaysia. Bagi pengikut ajaran syiah, mereka akan mula berpuasa pada hari Selasa nanti (berita di ambil dari TV). Apapun, aku telah menunaikan solat terawikh yang pertama malam ini. Ntah la, adakah tahun ini akan penuh? Atau sekadar semi-hot of chicken dung (or hangat-hangat tahi ayam, in malay). We'll see. Tapi tahun ni macam ala-ala tidak tertekan menghadapi puasa. Semoga dipermudahkan Allah dan selamat menjalani ibadah puasa hingga akhir dan dapat bertemu dengan Syawal (bukan Syawal yang bekas Bahagian Kabinet tu. Yang tu tak jumpa pun takpa. Throwing current and currency).

I dont plan to sleep late as tomorrow is the first day of sahur. Setakat ni, 3 jam loceng telah dikunci, menandakan kerisauan tidak terbangun sahur. Ye la, orang bujang macam aku ni so very the lambat bangun and always memalas untuk bersahur.Tapi, cuba jugak bangun untuk menunaikan sunnah Nabi (s.a.w) supaya bersahur sebelum berpuasa.

My lil sis Mick tak berapa sihat hari ni. Sakit gigi and then demam. Dunno sama ada benar sakit atau sakit luar biasa (terutamanya di bulan puasa). Tapi semoga dia selamat menjalani puasa. I know she has problem with her kidney. Hopefully dia tak apa-apa disana, especially bila tak ada orang yang jaga dia time buat praktikal di luar daerah time-time macam ni.

Memandangkan esok adalah hari cuti, aku tak plan pulak nak tido awal coz i believe i will spend most of the day on bed (wakakaka...keji). Hopefully not. Isk!!! Macam budak kecik yang baru nak puasa pulak. Nervous nih. Nervous bila tengok keje-keje ofis banyak lagi yang melambak. Malasnya nak buat. Whatever it is, aku try draft sumthing esok since aku tak plan nak pi mana-mana, unless another day of Ramadhan shopping. (Hey people, yesterday was pre-ramadhan shopping. Tomorrow will be official Ramadhan shopping, and then I will try to have pre-Syawal Shopping and the the GRAND FINALE, Syawal shopping.) Banyak duit ko. Dapat mana??? Wakakaka...actually sumer plan shopping ut JUST A PLAN...May i repeat...JUST A PLAN ONLY!!!

Jadi, tiada unsur-unsur rasuah yang terlibat dalam kes ini. And Syawal (yang dulu kat Kabinet and the transfer ke BPR), u dont come to me and check-check tak tentu pasal untuk mencurigai aku mengambil rasuah atas pengakuan bershopping ala-ala pembaziran saudara syaitan di atas. Ia tidak ada kena mengena sama sekali dengan rasuah atau rasuap.

Untuk rakyat Malaysia semua, selamat menunaikan ibadah puasa. Maaf atas kesilapan yang berlaku, sedar atau tidak. Semoga ibadah kita pada tahun ini diterima oleh ALLAH, Insya ALLAH.

Selamat malam, dan jangan lupa bangun sahur.

Merdeka!!!

Kalau orang tanya aku apa itu merdeka, aku pun macam malas nak jawab. Sebab aku tau orang yang tanya aku tu pun tak tau jugak apa jawapannya. Biasanya jawapan-jawapan klasik (dan diluluskan untuk penayangan dalam TV) adalah seperti berikut:

" bebas dari penjajah...negara kita tidak lagi dijajah."

" kita mempunyai hak untuk membuat keputusan terhadap negara kita sendiri'

" negara yang bersatu padu, aman makmur dan selamat"

...dan macam-macam lagi.

Itukah merdeka???

Jangan tanya aku, kerana bagi aku Merdeka mempunyai makna yang luas, dan terlalu subjektif untuk dibincangkan. Jadi aku mengambil keputusan untuk tidak menjawab soalan itu. Biarlah aku di cop tidak patriotik, tak tahu menghargai kemerdekaan negara, tak tahu apa itu merdeka dan sebagainya. Iia rasanya lebih baik daripada memberikan definisi merdeka yang salah, yang hanya satu propaganda namun hakikatnya ia tidak sepertimana yang diucapkan.

Bagi aku, bukanlah laungan kemerdekaan itu yang penting. Bukan lah definisinya, atau betapa kuatnya ia dilaungkan, tetapi bagaimana ia dikekalkan dan digunakan.

Jadi rakyat Malaysia sekalian, Merdeka aku dan merdeka mu mungkin tidak sama. Tetapi disebabkan kita berdiri di bumi Malaysia ini, kedudukan aku dan kamu sama. Sebagaimana aku berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan ini untuk Malaysia, aku juga mengharapkan agar kau juga berusaha, walaupun definisi merdeka kita berbeza.

Malaysia...selamat ulang tahun ke-51.

MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!

Pra-puasa Shopping

Bangun pagi je teringat nak pi shopping. Biasalah, kan Kerajaan dah mengumumkan bonus sebulan gaji. Jadi aku mengambil peluang ini untuk membeli sumthing for my family at kampung coz tahun ni aku tak balik beraya...huhu (sad). So, berikut merupakan barang-barang yang dibeli untuk seisi keluarga:

Dad : Shirt Camel Active.

Mom : Blaus (Scarlet)...ntah jenama apa tu tapi tu je la yang ada.

Lil sis Nona : Blaus jugak macam mummy.

Lil Bro Kit : t-shirt Converse + Camel Active Jeans (sebenarnya jeans tu untuk aku tapi tak muat, so bagi kat dia...wakaka).

Lil Bro in law BJ : Camel Active jeans. (bertuah ko dapat abang ipar macam aku).

Anak Nona + BJ : Sepasang blaus Kiko (harga lebih mahal dari baju mak and bapak dia).

Mamat (Anak lil Sis Tutty) : Sepasang shirt + jeans Kiko (harga lebih mahal dari baju uncle nya sendiri).

Aku : Sebuah beg galas Camel Active...hehehe. (Aku ni kan tak pandai bergaya dengan baju-baju raya. Baju tahun lepas pun ada lagi).

So, tahun ini, semua beraya dengan baju baru. Tapi aku tak dapat tengok dorang pakai sebab aku tak balik raya...(Sedih). Aku balik lepas raya, after semua orang kelam kabut nak catch up with office works. Tak plan lagi nak beraya kat mana. Ala, hotel melambak kat Malaysia ni. Masjid pun banyak.

Well, that was the first part of the day. Second part of the day went like this :

Sebenarnya hari ini aku dah janji dengan Mona yang aku akan ajak dia pegi beli baju melayu + kurung sedondon. So, aku on da way ke N3 dengan dia. Pusing-pusing dalam 2 jam, then terjumpa this kedai yang ada jual baju melayu + kurung sedondon. At first, aku nak dia beli baju kurung warna biru since baju melayu aku tahun ni yang dah dijahit tu warna biru. Tapi aku tau dia tak berapa berkenan sebab dia dah mention nak warna peach. jadi, nak menyedapkan ati aku, dia pilih-pilih jugak warna biru. Luck was on her side as blue baju kurung is not available, either the size or the material. So, we choose another option, go for a light green, since aku ada sepasang baju melayu warna ijau pucuk pisang (also known as "ijau katak pisang"...pandai je korang bagi nama).

Mona dah try baju ijau tu and it fits. Masa dia try baju, aku pakat dengan minah salesgirl tu cari sepasang baju warna lain (selain biru and ijau). Last-last, dapat 2 color yang available saiznya and ada baju melayu yang sama kalernya. 1 kalernya ala-ala orange (tapi darker), and the other 1 ala-ala kuning keorenan (ader ke nama kaler macam tu???). Mati la guru pendidikan seni nak cari warna tu.

Bila mona tengok 2 kaler yang aku propose, dia pun suka. Aku nak belikan 2 pasang untuk dia, tapi dia kata tak perlu la yang ijau tu. (masa tu dia ingat dia yang kena bayar baju-baju tu sebab tu dia propose hanya beli 1). So, aku ikutkan je la. Kitorang chose the kuning keorenan itu dan Voila!!! Sesuai sekali (macam laki bini). Pilih tudung sekali la masa tu. Sampai kat kaunter, as usual the gentleman yang akan bayar. So, aku la yang kuar duitnya (as expected). Mesti dia nyesal tak terima offer aku tadi suruh beli 2 helai. Tu la, degil sangat...hehehe.

Pas cari baju, kitorang pi makan kat Uncle John Kopitiam. Sembang-sembang pasal kengkawan lama sekolah menengah dulu. Tup-tup, dah jam 8 malam. So, hantar dia balik ke rumah. On da way balik, Mona text me : "Dean, thanx belikan baju and belanja makan untuk Mona. I'm very happy today". How sweet. Bila mau kawen ni??? Soalan cepumas yang lambat sikit nak di jawab.

Mata pun dah ngantuk, so sampai disini dulu. Esok, kita bicara lagi. Salam...

Friday, August 29, 2008

Risau

Bajet tahun 2009 baru saja diumumkan oleh PM. Aku belum tahu apa sebenarnya yang terkandung dalam bajet tersebut sebab masa pengumuman dibuat, aku sedang bermesyuarat. Apa yang aku tahu, bonus untuk kakitangan aawam dapat sebulan, yang dibayar sebanyak 2 kali. Yang lain-lain, aku rasa aku baca kat paper je esok.


Tapi topik hari ini bukanlah berkisar pasal kerisauan mengenai bajet. Mungkin ada tapi tak banyak. Yang banyak ialah kerisauan di kalangan staf-staf department aku yang sedang berkira-kira atau lebih senang dikatakan menanti hari untuk di transfer keluar. Bukan setakat kawan-kawan yang menyatakan kerisauan tu, aku sendiri juga merasakannya. tapi, aku rasa aku hanya buang masa je nak fikirkan semua tu. Biarlah orang yang nak transfer aku yang memikirkan mana nak buang aku. Bagi aku, ke mana pun aku pergi, rezeki tetap ada.


Aku tau aku pun banyak jugak buat silap dalam department aku. Tapi, manusia mana yang tak buat kesilapan? Dan kalau aku buat kesilapan kerana disebabkan aku mengikut prosedur, persilakan la transfer aku keluar. I am more than happy to accept it. Kadang kala kerisauan akan membawa kepada keadaan tidak stabil, gelisah, tak boleh tido, nak muntah. Aku dah alami semua itu. dan kalau benar berlaku, memang la terkedu sedikit. Tapi keputusan bukan di tangan aku. Aku hanya mampu bergerak di ruang lingkungan aku sendiri. Kalau sudah tiba masanya aku pergi, aku akan turutkan jugak. Mungkin ayat sebegini lebih berunsur kepada "menyedapkan hati", tapi itulah hakikatnya yang terpaksa ditempuh apabila ia datang. Yang paling penting, perancangan masa depan, where the future is going to take me. Buruk atau baik, itu akan ditangani apabila masa itu sampai.


Cuma yang aku mohon, kuatkan hati dan hadapi masa depan dengan lebih tabah.

Thursday, August 28, 2008

Janet "Discipline"

Dah lama album ni keluar tapi aku baru membelinya hari ini. Itu pun selepas agak teruja dengan video klip untuk single keduanya iaitu Rock With You. Single pertama album ini ialah Feedback. Kedua-duanya merupakan lagu yang berentak rancak. Macam biasa, tarian Janet dalam kedua-dua video klip ini tidak mengecewakan. Berikut merupakan evolusi Janet:











(picture courtesy of www.janet-world.de)
Enjoy...

Tiada di pejabat

Hari ini tak masuk pejabat kerana menghadiri bengkel. Conducted by a Canadian by the name of Dr. Benoit. From Montreal. Montreal pun Montreal jugak, bila lepas lunch aku ngantuk giler and sempat gak terlelap. Yey!!!
Takde apa yang menarik hari ni. Tadi ke Jusco lagi tapi tak beli apa-apa. Cuma sepasang baju, kasut, stokin and topi untuk seorang member yang baru saja dapat anak yang pertama. Cuba cari color lain tapi takde yang sepasang macam tu. Yang ada warna merah tu je. So, aku pun beli la yang warna merah tu. Ala, bukannya nak kena kejar lembu pun. Mengikut nasihat pakar, bayi atau budak-budak kecil tak boleh pakai kaler oren sebab ia akan menjadikan kanak-kanak tu hyperactive. How far is true, still i cannot comment any further. Sebabnya aku tak ada anak.
Esok assistant aku takde. Jadi, berhempas pulas la aku kat pejabat nanti. Banyak jugak benda yang pending ni. Hopefully boleh settle sebelum bos masuk minggu hadapan. And minggu hadapan dah start puasa. Harap puasa pada tahun ini adalah lebih baik dari tahun sebelumnya. Raya tahun ni aku tak balik. Mungkin selepas raya. tengok kepada kemampuan kewangan. Next year mungkin boleh balik sebab dapat tiket free. Mungkin...aku tak tahu takdir selepas ini.
Tengah layan cerita Kesurupan, sebuah filem Indonesia. (Kesurupan bermaksud kerasukan). Ok la jugak, boleh layan. Jadi pada kawan-kawan yang nak pinjam, just inform me early. Hujung minggu ni pastinya aku tak akan layan DVD sebab aku akan jalan-jalan dengan awek aku, beli baju raya...
Chiow...

Wednesday, August 27, 2008

Shopping for raya

I know people, it is too early to shop. But i cant help it (since duit pun semakin surut dalam poket coz selalu 'terbeli' benda-benda yang never in the wishlist). tapi barang-barang yang dibeli not for myself, actually. Untuk my parents and lil bro and sis. Yang lain-lain tu ada jugak habuan tapi tahun ni macam ndak dapat pulak memberi apa-apa sumbangan since lebihan dagangan adalah amat terhad kepada orang-orang tertentu.
Tahun ni, aku beli sepasang baju untuk anak buah aku yang kehilangan ayahnya beberapa tahun lalu (berapa tahun ya? aku pun tak ingat...tak guna punya abang ipar). Masalahnya, dah berkurun aku tak jumpa budak tu, aku pun tak tau dia ni dah gemuk ke, kurus ke, tinggi ke. So, i decided to call my mom and ask. Unfortunately, mom pun cannot describe coz terlalu kurus (according to her). Panduan yang mummy bagi...
" Dia darjah 3".
That's it. That is only it.
Aku pun malas mau argue pasal budak sekarang ni darjah 3 pun badan macam darjah 1. Very the kecil mungil and comel. Tapi since mom pesan suruh beli yang besar-besar sikit, so aku pun beli yang besar sikit. Jenama KiKo, kopak duit RM150. Then, move on to dad's shirt. Beli la selai baju Camel. And Kit pulak baju t-shirt Converse. I don't know what to buy for mom and lil sis Mick. Suda SMS Mick tadi tanya sama ada dia mau beli sendiri atau aku yang beli. She said belum fikir lagi. Ya, cepat-cepat fikir sebelum duit aku ni abis. Malas pulak mau tanya mummy coz the stake is high...hehehehe. Lagipun, mom will wear anything that i give her. So, it wont be a problem.
As for myself, dah ada baju melayu sepasang. Warna biru. Cukup la tu kot. Aku pun tak beraya tahun ni sebab tak balik kampung. But last week, awek aku ajak pi beli another baju melayu, warna peach pulak, nak sedondon pulak dengan dia. For sure, duit aku jugak yang kopak. Seingat aku, ini kali kedua ada baju sedondon. Last time was maroon. This year, a little bit lighter color. Next, year mungkin baju kawin. (Nak kawen dah ke???). We put aside that topic ya...next time we'll discuss.
At the moment, aku tengah update blog kat McD Jusco. Pagi tadi breakfast kat McD. Mungkin malam nanti makan McD lagi. Begini la orang bujang. Makan makanan ringan je. Kalau kawen pun, i don't think my wife akan cook since ada 2 orang je kat umah. (2 orang je???). Kids, let dad and mom honeymoon lama-lama sikit aaa...u all can wait.
So, i think i should end here. Dah nak masuk Maghrib. Fasting month will be coming soon. Better prepare apa-apa yang patut.
Salam...

Hari cuti

Aku ambil cuti rehat hari ni. Tapi macam biasa, aku akan ke pejabat. Kebetulan pulak kabel notebook aku tertinggal kat ofis. Jadi, aku on da way ke ofis la jawabnya. Perancangan tengok wayang tak jadi sebab ia akan mengambil masa yang agak panjang dan aku sebenarnya perlukan masa-masa terluang sebegini terutamanya untuk pegi bayar utang-utang...ye la, bukan selalu dapat bercuti. Kalau ada, biasanya akan digunakan untuk drive around tanpa haluan...just to ease my mind.
Singgah ofis nak melihat perkembangan member sorang tu yang tengah pening pasal kontrak projek. Rileks la bro...(wah!!! pandai nasihat orang konon. Diri sendiri pun kerkontang-kanting). Sempat jugak ajak dia and another member pi lunch, saja nak menceriakan keadaan. But i know it doesn't help. Maybe, maybe not. Ye la, bukan dia sorang je yang pernah mengalami perkara begini. Semua orang pernah. Dan masa tu la masa bergerak begitu pantas, semua serba tak kena, nak muntah pun ada. Tapi, biasalah. Masalah ada di mana-mana. Hidup tak bermakna tanpa masalah...(ye la tu).
Tiada perkembangan menarik hari ini, cuma berita Malaysia sibuk dengan kemenangan DSAI dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pauh. Bagi aku, dia menang, atau siapa-siapa menang, orang Malaysia tetap makan nasik. Tapi tak tahulah dalam sedikit masa lagi, sama ada nasik yang rakyat Malaysia makan akan bertambah mewah, atau semakin mengikat perut. Semua terpulang kepada kepemimpinan selepas ini.
Bagi aku, dalam setiap diri manusia ada sifat kepimpinan. Cuma ia terserlah atau tidak, terpulang pada individu, tempat, keadaan dan masa. Ye la, sesetengah masa kat sekolah dulu macam gah sangat. Tapi di alam pekerjaan, some ended up as orang biasa. Kenapa ya? Ntah, macam aku cakap tadi la, mungkin tak kena tempat, masa, keadaan dan yang sewaktu dengannya.
Mungkin bagi sesetengah orang, tak perlu la menjadi pemimpin sedangkan diri sendiri pun tak perpimpin. Benarkah begitu? Sesetengah orang mungkin merasa dirinya tidak lengkap sekiranya tidak dapat menguasai orang lain atau mempunyai kuasa. Sesetengah merasa perlu untuk memimpin orang lain atas dasar tanggungjawab. Sesetengahnya pula memimpin kerana terpaksa, dan ada jugak yang terpaksa dipimpin. Anda pilih la mana satu yang anda suka.
Bagi aku, aku masih mahu belajar memimpin...

Tuesday, August 26, 2008

Halwa telinga

I always wanted to have my own MP3 player since i love music. Normally, i use my hp to listen to my fav songs. But that leads to another problem, bateri hp tak tahan lama coz i am a heavy listener. Jadi, aku mengambil keputusan untuk treat myself with sumthing since dah gaji ni. Jadiknya, terbeli la Philip SA 2825 2G.

Tak sempat lagi nak godek-godek benda tu since tengah charging. Esok aku cuti, mungkin boleh la nak belek-belek benda tu dulu. Daripada review yang aku dapat kat web, ada beberapa feature kat player ni yang tak berapa berkenan if we compare it with the same type of player from another brand, i.e. samsung (pebbles) and Zen (blackstone). For example, the shiny surface makes it harder for you to see the digital light inside the player. Contoh yang shining part tu dah ada kat atas tu. Tapi ia bukan alasan bagi penggemar music macam aku ni since aku hanya nak dengar musik and bukannya nak tengok apa yang berlaku atas player tu. Harganya pun agak memberangsangkan (RM2++) tetapi berbaloi dengan memori 2Gig dan saiznya yang kecil (saja menyedapkan hati). Ada fungsi radio dan perakam suara. So next time u go to a meeting, this 'digital assistant' comes handy.

Kurang di ajar

Aku cuba mencari kegembiraan untuk hadir ke pejabat hari ini walaupun mengalami konkusi yang teramat mendalam setelah melihat cara rakyat Malaysia memandu (sila rujuk entry sebelumnya). On the way ke ofis, pasang lagu-lagu yang happy, menceriakan, mendodoikan dan banyak lagi la...

Sampai kat ofis....

Jeng....jeng...jeng...hanjeng....

ADA LA PULAK ORANG AMBIK PARKING AKU!!!!!

Macam S**L!!!!!!!!

I can just take pictures of the car and just post it in here. But, memandangkan tindakan itu merupakan satu tindakan yang membuang masa, so tak perlulah bersusah payah. But poor Rujhan yang kena (as well as the receptionist kat JPJ) sebab aku mengamuk tak ingat akhirat punya tadi. Guys, i know benda ni bukan salah korang tapi please, since that somebabi (i mean, somebody) yang park kat tempat aku tu is someone who is under your control, i cannot tolerate.

BTW, nombor kete tu ialah NAK 7542, proton (tapi dah cabut jenama proton tu and tampal Mitsubishi), warna merah, dan disyaki milik pegawai JPJ dari Seremban. Masa aku mengamuk ngan Rujhan tadi, and the conversation goes like this:

Aku : Dah jumpa tak sapa punya kereta ni?

Rujhan : Ni pegawai dari JPJ Seremban ni, datang meeting kot.

Aku : Saya tak kira la JPJ Seremban ke, JPJ London ke, jangan la ambik parking orang (dengan nada sinis but still tersenyum...how nice).

Rujhan : (Senyum jugak, nak lawan senyum aku la tu).

Aku : Parking ni macam bini orang gak la, kalau dah berlaki, mana boleh suka-suka ambik (senyum lagi aku, nak lawan senyum Rujhan).

Rujhan : (senyum lagi...)

Aku pun senyum jugak. Then i realise one thing, kalau bini orang pun boleh kena rampas, ini kan pulak parking aku yang tak seberapa ni. Dah la labelnya pun bukan aku punya (sebenarnya). Tapi nak mengamuk punya pasal, aku pun belasah la...

Tapi moral of the story, kalau dah bukan milik kita, jangan la ambik. Yang paling penting, jangan menyusahkan orang. Kalau nak guna jugak, tanya la orangnya dulu, or u can just put a note kat situ yang you are in a hurry and need the parking urgently, leave your phone number so it's easier for the owner of the parking to reach you.

For me, i can just break the window with any hard object and move the car. But that is not a proper way of solving thing (and for your info, memang i dah cakap kat receptionist JPJ tu yang i nak pecahkan cermin kereta tu). Tapi aku masih waras and dapat berfikir secara gentleman. Vandalism doesn't help and solve problem.

To those yang selalu sangat ambik parking orang, be careful. Mana tau satu hari nanti, someone will do the same thing to you..but at that time bukan parking kereta yang orang ambil...maybe your life...so u be careful...

Peace!!!

Sunday, August 24, 2008

Flashback (Lazy Saturday)

Semalam adalah hari bermalas-malas sedunia. Aku bercadang (perlu di stress di sini, BERCADANG, ok) untuk duduk kat umah je and tengok vcd lagi. Tapi aku terlupa pulak yang aku sepatutnya mengambil seluar keje yang aku tempah last week. So, i am off to go to my favourite tailor. Voila!!! Siap seperti yang dijanjikan (Eventho yang satu lagi tu dalam proses untuk di iron). Didn't get any discount lagi (eventho ada jugak sikit diskaun masa aku tempah hari tu), tapi kalau dapat lagi ok la.

Then, aku sepertinya bercadang untuk membuat satu suit lagi. This one cost RM1,100 per suit. He offered me RM900. Mintak kurang lagi, dia tak mau. Mintak lagi, pun tak mau jugak. So, i turn to nak buat baju keje (not the suit). He offered RM150 per piece, any design, any material. Then my last try, with mata ala-ala kuyu Sinchan yang mengharap belas kasihan, i said:

Aku : Kalau I buat 1 suit and 1 baju, how much u kasi?

Tailor : (Berfikir sekejap). Kawan-kawan punya harga aa, cincai la kasi RM1,000, complete.

Aku : Ya ka? Harga cincai tak pa, jangan buat cincai, suda la. I bagi tau next week ok.

Tailor : Ok (dalam hati: wah!!! luit suda mali [Duit sudah datang]).

Pembaca sekalian : Bodoh punya budak!!! kan mahal tu. Cari kedai lain la...

Aku kata kepada pembaca : Ini duit aku. Sukati mak nenek aku nak beli ke tak. Kalau aku beli, aku jugak yang pakai. Jadi, baca senyap-senyap je. Nak ngumpat bole, tapi mintak mahap masa sebelum raya nanti, plus the duit raya sebagai pengerasnya, ok!!!

Then, bila keluar dari kedai tailor tu, aku baru realise yang aku takde t-shirt putih yang selalunya aku pakai dulu-dulu. kalau ada, match jugak dengan Hp, Notebook, kasut and sunglasses aku (perlu ka semua itu???).

Then aku membuat detour ke kedai sebelah. AL-Ikhsan le jawabnya. Belek-belek, jumpa 2 t-shirt putih yang simple but nice. So, aku menunggu la dari kejauhan untuk mencuba baju tu since kedai tu cuma ada 1 fitting room. Actually dalam tu ada a bunch of family yang tengah try-try baju. Tapi yang aku tengok asyik try baju tu bapak dia, anak-anak sekadar jadi tukang tengok since dad will say : it's my money, so u kids please back off". Then, terkedek-kedek masuk balik try baju-baju yang bininya pegang kat luar tadi. Bila turn aku bayar :

Aku : kalau tak muat, boleh tukar tak? (aku berani tanya sebab depan kaunter tertulis "Boleh tukar dalam masa 3 hari beserta resit).

Cashier : Err...(serba salah konon. Nak kata tak boleh, aku dah tunjuk awal-awal reminder tu).

Aku : I bukan tak nak try tapi family tu tak nak kuar-kuar dari fitting room tu. macam nak berkampung pulak diorang kat situ. Since korang pun ada 1 fitting room je, I malas nak tunggu.

Cashier : (terkedu)...ok la. tapi jangan lupa bawak resit dia sekali ya.

Aku : Thank you. (Senyum) (dalam hati : kalau ko kata tak boleh, mau kena lempang).

pas tu, pi McD. This one buat aku bengang gila babe... :

Aku : 2 sundae. 1 coklat, 1 vanila.

Cashier : Tit..tot...tit...tot (itu bunyi mesin cashier la).

Tukang ambik aiskrim : (Pass me 1 sundae coklat, and 1 sundae cone vanila).

Aku : Excuse me, saya mintak sundae bukan sundae cone.

Tukang ambik aiskrim : (muka macam monyet sikit, buang aiskrim tu and prepare another 1 sambil bersembang).

Cashier : (ala-ala takut-takut since aku dah nak naik angin).

Tukang ambik aiskrim : (pass to me sundae coklat sambil bersembang lagi).

Aku : Kan saya mintak 1 sundae vanila dan 1 sundae coklat??? (sambil menunjukkan sundae coklat dalam plastik beg). Ni kenapa ada 2 sundae coklat ni??? Dan u, tadi u punch harga mana??? (sambil menoleh pada cashier). Macam mana korang kerja ni, simple instruction macam tu pun korang tak dapat ikut. Ha!!! U yang ambik order tadi kan? (sambil memerhatikan Cashier yang asyik serba-salah tadi).

Cashier : (Tergamam tak terkata. Pandang aku, pandang Tukang Ambik aiskrim, pandang tukang bawak aiskrim, watak yang baru tiba). Tadi tak bagitau sundae cup ke cone (tapi mata tak nak pandang aku).

Aku : Kalau saya kata sundae cone, itu baru bagi yang cone. Jadi, berapa yang saya kena tambah??? (Dah naik angin).

Cashier : (Terdiam lagi).

Tukang ambik aiskrim : Kami kira harga sama dengan aiskrim yang ada topping.

Aku : Itu terpulang la. Ini first time ke dalam dunia orang mintak aiskrim vanila takde topping??? (remark macam hanjengs je aku buat ni kan).

Tukang ambik aiskrim : kena tambah 90 sen. Maaf bang ya.

Aku : Terima kasih (a polite reply with a bitter smile eventho tengah naik angin).

Other customer kat belakang : (mengumpat aku macam dorang la ahli syurga seterusnya).

So, hari Sabtu hari tu merupakan hari yang bercampur-gaul kegembiraan dan kemarahan. Jadi, this sunday kena la cari ketenangan sikit...

P/S : To all McD employee, When the customer ask for Sundae, it means Sundae Cup (since u never mention Sundae Cup at any of your menu). Read carefully your menu, memang takde Sundae cup. Yang ada cuma Sundae Cone. Jadi, jangan salahkan saya atau any other customer atas perkara ni. Rasa kerugian sebab 2 sundae yang aku tak terima tu dibuang begitu saja atas kesilapan korang yang tak reti membaca. I can just accept it but for the purpose of 'mengajar', i need to do it. You must know that lesson requires a price. So, the ice cream is the victim of this. Poor you...

Flashback (Freaky Friday)

Memandangkan aku tak dapat update apa-apa pada hari Jumaat atas sebab-sebab kekalutan di pejabat, hari ini nak kongsi sedikit flashback hari itu...

Pagi : Perbincangan mengenai kewangan department yang tak abis-abis lagi dibelanja. Apa la takut sangat nak belanja ni??? Dah bagi duit pun tak belanja. Nak berjimat-cermat la tu. tapi masalahnya aku yang kena balun sebab tak berbelanja. Hampeh!!!

Petang : kekalutan mula melanda sebab berlaku pertindihan beberapa mesyuarat pada masa dan tarikh yang sama. Semua dok konfius, sumer orang call sana sini, nak tanya yang mana satu meeting yang betul ni. Seperti biasa, assistant aku pun sibuk la menjawab persoalan yang tak henti-henti sehingga pening-pening keadaannya seperti berikut:
(Suspek terpaksa di hitamkan matanya bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini)

Tapi, he manages to settle the confusion eventho he himself seems to be lost along the way. Way to go, buddy!!!

Malam : Treat myself 3 pieces of burger and 2 movies (vcd, actually).

Late nite : Sleep....zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Thursday, August 21, 2008

Memandu dalam pening

Balik lambat hari ni. Bukan banyak keje sangat pun tapi sajer buang masa yang sememangnya tak banyak tu untuk kepentingan peribadi. Should i mention that apa-apa yang dilakukan di ofis selepas waktu pejabat adalah milik peribadi kecuali elektrik dan aircond. Browse the net, read blogs, etc. Call DHL, company yang sepatutnya menghantar HP adik aku. HP tu sepatutnya sampai petang ni. Got the news from DHL yang HP tu dah sampai. Call my sis, dia kata tak dapat lagi sebab barang tu sampai tempat kakak punya alamat. Kakak punya alamat tu pulak tak datang keje hari ni. Geramnya!!!!!!!!!!!!!!!!

Ye la, terkilan jugak kalau benda tu hilang. Hopefully takde apa-apa, insya-Allah. Aku ni pulak pening-pening masa drive tadi, mungkin sebab tak makan kot hari ni. Breakfast yang aku beli pagi tadi tertinggal kat ofis. Kalau tak, bole bagi kat Munyi (seekor kucing pungut yang mendapat makanan frieskies setiap kali aku balik keje). But Munyi is actually not a suitable name for a male cat!!! tapi takpa, aku rasa aku orang yang pertama bagi dia nama, dan nama itu pulak. Aku belum sempat lagi nak register kat surat beranak dia atas alasan aku tak tau tarikh dan tempat lahir dia. Wakakaka...

Berbalik pada kisah aku pening-pening tadi. Aku takut je high blood aku menyerang lagi. Ye la, asyik marah-maran dan kena marah je. Luahan rasa dah dibuat sejak menjejak kaki kat ofis pagi tadi pada kengkawan yang sudi mendengar (tak sudi pun dengar jugak!!!). Tapi macam ada yang tak kuar lagi dari otak aku ni.

Apapun, aku tetap ditemani dengan MSi aku yang cukup berjaya yang membolehkan aku meluahkan rasa melalui blog aku yang tak seberapa ni. Chow!!!

p/s: O'ya, tadi aku pegi Tesco. hamper raya berupa kurma dan biskut dah siap dijual. Puasa pun idak lagi. Kuih-muih dah jadi hamper. Hampeh!!! Raya dah dikomersialkan. Bukan hari untukbermaaf-maafan tadi berbelanja-belanjaan dan berbazir-baziran (macam aku). Apapun, tahun ni aku berapa agak sederhana sebab tak balik. Mum, dad and all, miss uol.

Jom heboh

Memang heboh satu department. Lain-lain department pun heboh sekali. Ada yang dah start takut-takut, ada yang dah start draf surat transfer (macam aku), ada yang cool (kononnya tak terlibat), ada yang gelabah (sebab dah banyak makan tuuuuut)... Macam-macam ada!!!

Forum tumbuh macam cendawan selepas ujan. Macam-macam topik, macam-macam umpatan (of course), macam-macam suggestion (of course, suggestion je walaupun adalah dimaklumi the power is not in your hand). Well, saja menghabiskan masa tat kala bos takde dalam pejabat. Hehehehe...

Yang pastinya, sumer dah panas pungkok. Lebih panas dari pondok panas Pilihanraya Permatang Pauh. Lebih panas dari pungkok Saiful (ops!!! sorry, accidentally involve). Apa yang pasti, ada orang yang baru ingin menunjukkan kuasanya.

Yes!!!! Saper tu?

Ntah la...tapi setahu aku, kalau mampos masuk kuboq jugak. Kalau banyak sangat dosa kat orang, masuk neraka gak. aku rasa, taktiknya mudah:

Buat dosa dulu sebab raya dah dekat. Nanti raya, anta email je mintak mahap. Sekarang ni kan zaman cyber, mintak ampun pun pakai sms je, e-mel dari blackberry. Tak payah salam-salam. Nanti masuk neraka sama pulak. Anyway, we will not be berpimpin tangan semasa meniti Jambatan Sirotolmustaqim...

So, have it your way!!!

Tuesday, August 19, 2008

Sudah ku kata

Kan dah aku kata, aku sememangnya tak boleh berjalan-jalan sewaktu aku bengang. Tengok apa dah jadi. Aku terbeli Sony Ericsson S500i...for my sister ok. Aku cuba dapatkan W900i seperti yang dia nak tapi tak ada (atau orang kedai tu memang bangang). So, this is the new phone for my lil sis...


harap dia suka. Kalau dia tak suka, aku suka!!!
Wakakakaka!!!!!!!!!!!

Pasang-surut emosi

Antara benda-benda yang membuatkan aku bengang ialah:

i. kena marah atas kesilapan orang lain; dan
ii. tak dapat membela diri bila kena marah, sedangkan salah tu salah orang lain.

tapi...itu la yang berlaku pada aku hari ini.

Mesyuarat sesi pagi kena balun sebab aku disangka punca kepada masalah yang berlaku. Kesudahannya, aku bengang.

Mesyuarat kedua sesi pagi, aku kena balun lagi sebab lambat masuk mesyuarat. Dan orang yang balun aku itulah yang sebenarnya aku defend masa aku kena balun dalam mesyuarat sebelumnya. In short, aku kena balun oleh orang yang aku defend.

"O' Tuan Pengerusi...maaf saya lambat. Tapi sebenarnya tadi saya sedang membersihkan taik yang tuan pengerusi telah buat sebelum ini. Tetapi malangnya, saya pulak yang dimarahi sebab membersihkan taik itu. Pada pandangan saya, itu menjadikan tuan pengerusi kepala taik!!!"

(To all viewers, please ignore the bad sentences yang ada kat atas. Kesilapan adalah amat dikesali)

Ayat tu macam nak terkeluar je dari mulut aku. Tapi aku masih waras, tak macam Chairman yang merasa diri hebat tapi sebenarnya macam anj**g... Opsss!!!! Bad word again.

Disebabkan masalah-masalah tadi, aku terasa macam pening-pening je hari ni. Berat je kepala aku. Walaupun aku sememangnya jenis boleh kerja under pressure tapi dalam keadaan macam ni, aku semacam tak boleh terima keadaan ini. Nampaknya aku mesti mengembalikan semangat satria dalam diri aku, (apa lak satria ni, Ksatria Waja Hitam ka???) sepertimana semangat yang dulunya selalu menjadikan aku begitu kuat dalam menghadapi apa jua cabaran, fizikal atau mental.

Adakah aku sudah semakin lemah? Adakah keadaan sudah dapat mengawal aku, padahal akulah yang sepatutnya mengawal keadaan? Persoalan paling utama, apakah punca semua ini? Dan yang paling penting lagi, perlukah aku fikirkan semua ini?

Jadi, aku mengambil pendekatan untuk menganggap bahawa haiwan sememangnya tidak akan menjadi manusia. Jadi, biarlah haiwan menjadi haiwan, yang manusia macam aku perlu terus berkhidmat seperti biasa.

Dan aku bersedia menjadi perwira semula...dengan caraku sendiri.

Monday, August 18, 2008

Getaran jiwa

Bergetar jiwa mendengar banyak sangat officer yang kena transfer kat department aku ni. Ada yang kena transfer on the spot, without us knowing the reason(s) behind it. Tetiba semua member-member kat ofis aku ni jadi ahlil nujum, mencongak-congak sebab-sebab kenapa pertukaran berlaku...

" ya, mari kita lihat siapa yang kena..."...ayat klasik yang menunjukkan siapa yang lebih terer dalam mencongak apa yang berlaku.

Tapi, yang dengar-dengarnya, kebanyakan excuses bagi yang kena transfer tu ialah disebabkan tidak perform.

Excuse me!!!!

Kalau tak perform tu banyak benda. Kalau sumthing yang beyond your control menyebabkan kau tak perform, how are you going to perform????

Kekadang jiwa kacau dibuatnya. Ye la, ntah tiba-tiba pulak kena get lost dari tempat sekarang (for me, i dont mind pun coz dah berakar dah aku kat sini. Better cepat-cepat berambus sebelum aku menjadi seperti mesin punch yang membuat kerja yang sama setiap hari sehingga menyebabkan sel-sel otak menjadi begitu tidak aktif dan terus nyanyuk....na'uzubillah.

Whatever it is, perlu jugak mencari apa sebab-sebab pertukaran tu...atau start mencari draf surat memohon pertukaran sebelum pertukaran ala-ala smart tag berlaku.

Sunday, August 17, 2008

Kawan lama

Hari ini aku berpeluang untuk makan malam bersama dengan seorang kawan lama masa sekolah dulu. J** namanya. Aku rasa, masa sekolah dulu, dia antara budak dari semenanjung yang ada dalam kelas aku. Pendiam (masa tu la). Sekarang ni masih lagi pendiam (macam masa dulu).

Tapi keadaan dia agak sedikit berubah. Daripada pemerhatian aku, kehidupannya sedikit sukar. Sukar dari segi dulu masa aku kenal dia dengan keadaan sekarang. Mungkinkah begitu? Atau pada zahirnya saja begitu. Mungkin aku terlalu awal untuk membuat andaian. Mungkin ya, mungkin tidak.

Tapi, walau apapaun, aku gembira dapat berjumpa dengan kawan lama, walau apa sekalipun keadaannya, walau apa sekalipun caranya. Bagi aku, persahabatan itu dapat menutup (seharusnya dapat menutup) keburukan atau cacat cela pada sahabatnya yang lain. Mungkin ya, mungkin tidak. Mungkin masa yang akan menentukan sama ada ia begitu atau sebaliknya.

Sahabat, apa jua keadaan mu, aku tetap sabahatmu. Dan pasti tetap menjadi sahabatmu...

Saturday, August 16, 2008

Sleepless nite(s)...

Orang kata kalau risau yang berlebihan, kita akan jadi kurang lena tidur. Atau tak tidur langsung. Atau memang tak boleh tidur.
Itulah yang berlaku pada aku semalam. Ini gara-gara 'orang besar' punya hal. Aku pulak yang terpaksa menanggung akibatnya. Sepanjang malam tidur aku tak lena. Aku bukannya risau apa, takut je akan mengganggu promotion aku yang baru je kena hantar hari tu. Kalau dia merasakan aku patut keluar dari jabatan tu sebab kesalahan dia, i dont mind. Aku lagi la suka. Tapi kalau boleh, biar jangan ganggu promotion aku. Tu je aku nak...

Jadi, di dalam ketidakstabilan itu, aku mengambil keputusan untuk membawa diri aku untuk berjalan-jalan. So, macam biasa, bila aku berjalan-jalan dalam keadaan yang tidak aman, macam-macam jugak la yang aku beli. Jadiknye, aku jahit 2 pasang seluar keje di kedai kegemaran aku. And beli sunglasses Emporio Armani. Wakakakaka...puas hati aku!!!



Apapun, dalam hati aku masih lagi ada sedikit kegusaran walaupun aku dah bersedia dengan segala jawapan yang aku boleh dapat. Setakat ni aku tak terima apa-apa panggilan dari Bos, atau Dato'. Cuma legal officer je yang beriya-iya. Well, sure kena balun punya next week.

Tapi bagi aku, damages have been done. Now is to move forward. Tak guna cari salah siapa pada masa ini. Lagipun, ia tak membawa apa-apa makna pun kalau siapa yang salah. Kalau aku tahu aku akan kena minggu depan, biar aku fight habis-habisan. Ye la, kalau dah tau kalah, mesti perang besar-besaran. (Bunyiknye macam loser....hikhikhik)

I'm ready for this!!!!!!!!!!!!

Friday, August 15, 2008

BF episode II

Oh ya...aku baru perasan.

Dalam citer movie White Chick, ada jugak the actor sebut pasal BF.
BF yang dia maksudkan ialah BITCH FIT.

Jadi, aku merujuk kepada pompuan pagi ni yang beli BF tu sebenarnya kena BF...

...Wakakakakakaka

Bangang...

Bangang wujud dalam pelbagai benda.

Kekadang kita tau kita bijak, tapi dalam kebijaksanaannya itu
adakalanya berlaku kebangangan yang menyebabkan kita kebengangan.

Salah siapa?
Salah akukah sedangkan kau punya mulut sendiri untuk bercakap?
Salah kamukah...sedangkan aku ini selalu berdiri di sebelahmu
walaupun bukan untuk menyokong atau membangkang kata-katamu
sebagai cermin (mungkin) untuk memberitahumu
perkara-perkara yang mungkin di luar jangkauan fikiranmu
atau memberitahumu pada perkara-perkara yang aku rasa aku mau kau tahu

bangang...bangang...

...bengang aku dibuatnya.

itu la...lain kali bercakap dengan orang dulu sebelum kau membuat keputusan
aku tau kau punya mulut,
tapi kalau disebabkan mulutmu itu aku turut menjadi mangsa,
aku rela kiranya kita bertekak dan berperang dahulu
demi mencari persefahaman
daripada kita bertegang kerana aku tidak pernah ambil tahu pasal dirimu
hanya kerana aku tidak memberitahumu...

...kerana aku sayang persahabatan itu.

Pertandingan Karaoke

Hari ni ramai gak tanya sama ada aku ikut atau tak pertandingan karaoke (acara saringan) hari ini. Well, since lagu wajib ialah lagu asli, sure aku tak ikut. Pertama sebab susah nak cari VCD, kedua sebab aku tak sempat beli, ketiga sebab aku tak sempat hafal dan last sekali, aku tak pandai nyanyi lagu-lagu asli ni.

Selepas menjuarai pertandingan tahun lepas, aku rasa macam malas lak nak ikut. Dan aku rasa pelawaan orang-orang sekeliling tu sekadar ajak-ajak ayam je (wah!!! buruk sangka). hehehehe...

Tapi aku rasa memang aku tak ikut kot sebab tak bersedia, and that's it. Seperti tahun-tahun lepas, aku nyanyi pun tanpa persediaan. Just grab the mic and sing. Anuar Zain (lagu Mungkin) sang in 2006 was not that lucky as I only dapat nombor 2. But Samsons (lagu Bukan Diriku) and Spring (lagu Sampai Hati) membuatkan aku jadi juara... Yey!!! Is it because juri adalah 2 orang perempuan???? WHO CARES!!!!

This year, still, ambil keputusan untuk tidak ikut (walau dalam hati memang nak nyanyi lagi).

Maybe...maybe next year...

...maybe.

My BF

BF pada pagi ini merujuk kepada Breakfast, bukan Boyfriend.
BF aku pada pagi ini ialah nasik goreng dan sosej ayam yang halal (sebab kedai yang jual itu bernama Anak Soleh. So, kompom halal).

Kita beralih pulak kepada BF pompuan depan aku yang jugak tengah beli BF.
Tapi dia pilih lauk BFnya macam pilih BF (yang ini merujuk kepada boyfriend).

Dia ambik sudu dengan lemah gemalai, cucuk the sosej (macam la sosej tu mau melompat atau masih bernyawa), pilih-pilih yang mana mencuit rasa dan sedap dipandang. Then perlahan-lahan diangkat kedalam pembungkus polisterin tu dan disusun, seakan-akan menyusun kuih raya atau bantal sebelum mau tidur, and then kaedah diulangi sebanyak 3 kali.

Sempat jugak aku menyubuk (menyubuk means mengintai) berapa banyak sosej yang dia ambil since dia mengambil masa 5 minit memilih sosej dan mengulangi perbuatan pemilihan sosej sebanyak 3 kali. At last, 5 ketul saja sosej tu (yang telah dikerat into half) yang ada atas nasik.

Yo Bitch!!! (maaf kekasaran bahasa di pagi Jumaat yang mulia ini)

Kalau kau tak tau, nasik dan sosej yang ko makan pagi ni akan bertukar menjadi ketulan coklat atau hitam (bergantung kepada keadaan semasa) apabila dinyahtinja nanti. In short, malays call it TAIK. You want me to spell it out for you?

T - A - I - K

(believe me people, the sound of this word is as worst as the look and the smell...yuks!!!!)

Jadi, kalau suda tau pengakhiran apa yang dimakan tu macam itu, walau bagaimana disusun atas nasik atau dipilih dari kalangan sosej yang cemerlang pagi itu, please jangan buang masa orang lain menunggu.

So ladies, please. Kalau pilih lauk, jangan la macam pilih BF, eventho korang beli BF pada pagi itu. If u really tak tahan untuk mendapatkan sosej, get urself a real sosej cepat-cepat!!!!

Peace!!! I'm outta hea!!!

Thursday, August 14, 2008

New HP...

Ivy sms few days back. E-mail ada few. Aku balas jugak. Tapi dalam nada yang agak keras. Sedikit marah. Mana taknya, telefon yang aku beli katanya dah rosak. Terjatuh masa tarik kabel telefon hari tu. I know she wanted a new phone so badly, tapi that is not a reason nak dapat sesuatu. Eventho aku tau ia bukanlah sesuatu yang dirancang (telefon tu rosak), tapi ia berlaku dalam masa yang kurang sesuai.

Actually i already bought her a new HP. Samsung SGH-F480. But i think that one is too lavish for a student like her. Dont u think????


It suppose to be her birthday present. Tapi aku rasa the present comes early this year. Tengah fikir sama ada sesuai tak bagi kat dia masa ni. Kalau tak pun, terpaksa bagi my Nokia 5300 Express Music. Tapi terpaksa tukar housing dia dulu coz nampak a bit kusam. She will like it, i'm sure. Tapi tunggu la kemarahan reda dulu...

Aku tau dia sakit, tapi still that is not a valid reason to get an early present for her birthday.

Tuesday, August 12, 2008

Kurang sihat

Demam minggu lepas tak hilang lagi. Senarai penyakit-penyakit yang hinggap since minggu lepas:

(i) batuk (plus that 'isi'nya sekali...yuks!!!)
(ii) demam (very high fever)
(iii) selesema (and of course the 'isi' again...yuks!!!)
(iv) pening (melebihi tahap lalat)
(v) tonsil bengkak (susah nak telan makanan atau minuman)

Dah pi jumpa doktor, alasannya banyak makan durian and rambutan. So, doktor kata 'please kurangkan makan buah-buahan eksotik tu sikit and banyak minum air suam and makan ubat. Kurangkan makanan berminyak. masalahnya ada ka makanan melayu ni yang tak pakai minyak? So, jadi orang putih la untuk 2-3 hari. Bread, please...

Finally, sakit yang tinggal setakat ini ialah:

(i) batuk (and the 'isi' as well...gross!!!!)
(ii) sakit tekak (walaupun kurang sakit semasa menelan)

So, kena berusaha untuk meningkatkan tahap kesihatan pada minggu ini. Next month dah puasa. Jadi kesihatan mesti pulih sebelum fasting month menjelma.

Cuma yang aku risau, masa batuk tadi ada kuar darah sikit. Tak lah risau sangat sebab i'm not a smoker. Jadi, Insya Allah bukan TB...na'uzubillah... Whatever it is, kena pastikan jugak coz orang sekeliling never stop smoking eventho kat kawasan pejabat. Cis!!!!

I used to smoke dulu tapi dah berhenti bila stamina semakin berkurang dan bau badan dah macam gudang simpan rokok. If i can't stand bau badan sendiri, how do i expect others to inhale the unpleasant smell??? That's why i decided to quit...for good... Dah 7 years berhenti. Alhamdulillah, berkat keazaman yang kuat, bau rokok pun aku dah tak suka. To friends yang masih merokok, u can quit. Don't expect others to advice u, u can do it urself. take ur time... kalau tak berhenti sekarang, dah mati nanti berhenti la...

Mata dah pun mengantuk. Report nak kena buat lagi ni sebab 2 hari ni tak menghadap bos. Harap-harap besok tak kena balun dengan bos...

...Gud nite...

Monday, August 11, 2008

Mood suda baik...

Yeyy!!!!

Berjaya menghilangkan mood yang tidak baik pada hari ini untuk meneruskan kerja-kerja yang melambak (walaupun sebenarnya mood masih belum benar-benar baik selepas ketiadaan assistant yang tak datang kerja selepas balik dari Norway...sheeeshhhh!!!!!).

Banyak jugak la surat-surat yang terkeluar dari ofis hari ni. Mengemas-ngemas sikit sebelum geng Star Rating (bukan GangStarz ye) datang untuk menyubuk-nyubuk bilik... wakakakaka... tekeluar slang sabah!!! Bilik ku not la that bad pun, cuma ada 2 gambar kapal yang tergantung macam ndak bernyawa. Harus la di campak ke laut kalau bukan Hak Kerajaan. Sekali pandang bilik aku macam bilik fail (nyeh!!!) tapi kalau tengok dalam kabinet, macam sarang tikus!!!!! Misti mau pandai cover (know to eat, know to keep orang putih bilang).

Ok la...lunch time. Wanna get sumthing to eat... Wacha!!!

Monday Blues...

Hari Isnin yang boring...

Seperti biasa, rakyat Malaysia pegi keje memandu macam S**L.
Aku dah macam orang gila dalam kete terjerit-jerit memaki hamun orang yang memandu macam TuuuuuuuT.

Hari Isnin yang boring...cepat la abis jam 5.30 petang...

Sunday, August 3, 2008

Warhammer 40,000 on Playstation Portable...

WARHAMMER 40,000 : SQUAD COMMAND


Aku mempunyai banyak masa hari ni (walaupun kerja ofis melambak-lambak tak buat lagi) untuk menghabiskan 1 misi dalam game ni. Aku dah menang misi ke-14 (dalam percubaan kali ke-4). Sekarang memasuki misi ke-15. Dalam keghairahan bermain, bateri PSP pun kong. Keji!!!


Ok, sedikit review mengenai game ini. Bagi mereka yang meminati game berunsur pembunuhan secara beramai-ramai tapi ikut turn masing-masing dan bila habis Action Point terus terpaku tak dapat buat apa-apa walaupun berada depan musuh, the this game is for you.

Secara amnya, game ini memerlukan anda membuat appreciation sendiri terhadap situasi yang berlaku. Anda perlu memasang strategi sendiri, disamping memilih jenis senjata yang perlu digunakan bergantung kepada situasi semasa dan jenis askar dan kenderaan yang dibekalkan. Setiap misi, anda hanya dibekalkan dengan 6 unit (sama ada askar atau kenderaan). Tahap kesukaran juga berubah-ubah mengikut misi dan bukannya sama pada setiap misi.

Anda boleh memilih untuk bermain sendiri atau beramai-ramai (multiplayer) subject to availability of games to both party. Tapi aku tak pernah la main multiplayer mode sebab takde saper yang nak main ngan aku (walaupun aku ada 2 PSP...wah, riak!!!).

Beberapa screenshot disertakan untuk penilaian anda :

Anda boleh melawati laman web syarikat yang mencipta game ini di http://www.thq.com/ dimana banyak lagi game lain yang boleh anda dapati di sana. Anda juga boleh melawat laman web rasmi game ini di http://www.squadcommandgame.com/.

Penilaian aku mengenai game ini ialah 4 bintang dari 5 bintang. Hmm...mungkin sebab aku bekas askar dan suka game ala-ala bunuh-membunuh macam ni. Wakakakaka...

For those who like to kill their time, then this game is for you. Happy killing!!!!

Diary of The Unpretentious

Boring-boring di pagi ahad ni, aku menghabiskan masa membaca blog my sis, Diary of The Unpretentious. Saja mau gelak-gelak dengan tulisannya yang sememangnya always makes me smile...




Saja la mau promo sebab my friends pun started to browse her blog. Anyway, we all 1 batch (not 1 bitch...you better read it correctly). Cumanya aku masih belum lagi mau mempromo aku punya blog yang tak seberapa best ni. Promo hanya dibuat di kalangan rakan terdekat dan kengkawan yang tak reti memblog je.

Apa plan hari ni???

MISTI PIGI JUSCO BELI BIG APPLE DONUT YANG PERCUMA 50% DARI APA YANG DIBELI!!!! YEY!!!!

Saturday, August 2, 2008

Strategy First...

Game yang paling di tunggu-tunggu...


DISCIPLE III : RENAISSANCE


Masa kat Universiti dulu, game ni la yang menjadi penghilang boring. Dia bermula dengan Disciples I : Sacred Land. Kemudian diteruskan dengan Disciples II : Dark Properchy. Bermula dengan permainan 2 dimensi, Disciples III lahir dengan grafik yang lebih baik. Walau bagaimanapun, bilangan Puak atau Races dalam game ini dikurangkan. Dalam Disciples II, bilangan Races ada 5 iaitu The Empire, Legions of the Damned, The Undead, The Mountain Clan dan The Elves. Dalam siri ke-3 ini, hanya 3 Races sahaja yang boleh dipilih iaitu The Empire, Legions of The Damned dan The Elves. Mungkin kerana dalam siri ke-3 ini, pembentukan negara Nevendaar hanya bermula dengan kemunculan 3 Races ini. Ini kerana dalam siri ke-3 ini jugalah sejarah pembentukan dan permulaan peperangan antara Races yang ada mula diceritakan. Bagi sesiapa yang masih belum mengenali game ini, sila layari http://www.strategyfirst.com/. Baca sejarahnya dalam laman tersebut.


Apa yang menarik minat aku bermain game ini adalah kerana karektor yang diketengahkan sememangnya unik. Sebagai contoh...


Ini adalah karektor Angel (Race : The Empire) dalam game ini. Antara askar yang terkuat. nak upgrade pun susah. (people, i'm obsessed to winged creatures) .


Ni satu lagi karektor that might caught your interets...(kalau korang tak minat, aku minat)



Karektor Thief (Race : Legions of The Damned...rasanya la. tak pasti pulak sebab buruk benar rupanya).



Apa pun, game ni lambat lagi release. Jadi sempat la aku beli Notebook baru sebab notebook yang ada ni tak compatible nak main game ni...HUARGH!!!!!


Enjoy...

History re-made...

Ye la...ye la...

Tu je ungkapan lesu yang terkeluar bila kengkawan tertanya-tanya gambar masa main boling dulu. gambar yang hanya nampak pungkok saje sebab tiada gambar boleh diambil dari sudut hadapan semasa membaling bola boling...


As mentioned earlier, geng aku kalah la... tapi setiap game tu lepas la jugak 100 kan. So, my fren, enjoy korang punya gambar, okehhhh...Untuk sesi ni, aku jemput la Apek Kong-Kong untuk memberikan komentar dan penerangan...

Apek, dipersilakan...(ulasan apek berwarna ungu)

Telima kasihhh, telima kasihhh...wa tamau buang itu masa, jadi wa ulas la haaa...


Ini dia, Adik Superman, sepupu kepada Batman sedang membaling bola dengan gaya pinggang yang tegeliat. Konon mau strike tapi lu tengok sendili, itu bola sudah mau masuk longkang...haiya...hangkang!!!!


Ini kawan itu penyanyi Man Bai suda mau tunggu dia punya bola menuju itu pin. Lu tengok tangan dia, sangat lemah. Lu jangan salahkan dia tau. Dia baru sampai itu kampung Melaka. sebelum dia baling aaa, dia dapat 2 strike ooo (tapi bukan dia baling la)... Lu rasa dia strike ka??? Cuba lu tengok mutut-mutut mana itu bola pigi??? Longkang!!!! haiya....hangkang lagi....

Ini gambar kawan wa sedang baling. Konon bole strike. tapi cuma pelasaan dia saja. sama macam pelasaan kawan-kawan dia. Kenapa??? lagi mau tanya ka??? lu tengok itu pin sudah split. mana mau strike??? Ci sin!!!!

tapi aaa, antara semua-mua ini aaa, ada aksi yang paling menalik dalam ini petandingan. Ini aksi aaa dinamakan aksi pungkok 45 daljah. Lu tengok la kawan kalau lu tak percaya...

Lu tengok itu pungkok suda dibengkokkan 45 daljah... wa tatau samada dia menang atau tidak. tapi wa denga dia dapat top 10 woo... wa mau belaja la itu teknik pungkok 45.

Wa pun mau belaja ini teknik...teknik kaki terangkat semasa membaling. ala-ala itu Superman. Wa dengah teknik ini memerlukan kekuatan kaki...bukan kekuatan tangan...dan bukan kekuatan mengumpat olang...haiya...ci sin lagi!!!!

Sekian saja ulasan wa. Telima kasi kelana menjemput saya ke rancangan umpat mengumpat kawan-kawan sendili...semoga kolang suma enjoy aaa.... telima kasih daun keladi, kalau jadi jemput lagi la ooo...

Jadi, kita mengucapkan ribuan terima kasih pada Apek Kong-Kong kerana ulasannya. nanti kita jemput apek di rancangan yang akan datang ya...Selamat hari Kuih Bulan...

Ok la korang. Enjoy gambar-gambar korang ya...

Big Apple...BIG PROBLEM

Semalam aku balik keje agak terkejar-kejar jugak pasal nak pegi Big Apple Donut. Bulan lepas dapat kupon yang mempromosikan "kalau beli 1 dozen, dapat setengah dozen percuma". Wah...menarik. Tambahan pulak malam ni ada sikit makan-makan kat umah member. So, nak bawak buah tangan la kononnya. The donut tu something like this...





(Gambar diambil dari web yang still under construction.)

Bila sampai kedai tu, dalam jam 8 malam, mamat kedai tu dah lap-lap pinggan, lap-lap meja, lap-lap dinding. Atas tray donut tu HABIS LICIN!!!!

Wah!!!!

Rakyat Malaysia kalau membeli memang tak ingat akhirat punya. Macam la kedai tu dah tak bukak lagi besok.

Ni sama kes masa Carrefour baru bukak kat Alamanda Putrajaya dulu. Orang berpusu-pusu pegi membeli barang. Macam Carrefour tu bukak hari tu je, dan pas tu tutup selama-lamanya. Ok la, mungkin korang nak anggap ini kes terpencil. Jadi, kita ignore this Carrefour punya isu. Tadi cerita pasal donut, so we continue pasal donut.

Aku bukan la setakat kecewa sampai tak dapat beli donut tu. Lagi kecewa sebenarnya bila aku beli donut kat situ, aku terasa seperti membeli donut kat Medan, Bali, Acheh (kalau ada la branch dia kat sana), Kalimantan ke, Surabaya ke. Apa taknya, semua pekerjanya dari Indonesia.

Aku bukan la racist, jauh sekali kerana darah yang mengalir dalam badan aku ni pun darah seberang. Cuma kecewa kerana rakyat warganegara asing memonopoli pekerjaan dalam negara. I dont want to know what's the reason diorang diambil bekerja tapi that pekerjaan should be done by Malaysian.

Korang masih ingat tak Kerajaan kalau mempromosikan projek-projek mega (or non mega sekalipun) selalu menyatakan ia akan mencipta peluang pekerjaan sebanyak 3 juta la, 2 juta la. Tapi, 60% daripada pekerja yang diambil itu datang dari seberang. Tak kira la Indonesia ka, Myanmar ka, Bangladesh ka. Jadi apa yang di war-warkan adalah tidak tepat, tak betul dan TAK BERETIKA!!! Sedih melihat perkembangan ini di Malaysia.

Bertindak sekarang sebelum terlambat...

Friday, August 1, 2008

Pemandu wanita...please BEHAVE!!!

Permulaan hari yang kurang baik sebab asyik memaki hamun pemandu-pemandu kat jalan raya menuju ke ofis pagi tadi...and unfortunately semuanya yang kena hamun tu WANITA!!!!

Seksis????

Bukan!!!

Tapi sekadar melepaskan geram je. (kepada pembaca-pembaca wanita yang marah, anda boleh marah. you can't comment anyway coz i tak bagi....wakakakakaka-gelak jahat).

Pada akak-akak yang memandu macam S**L pagi tadi, sila la beriman sikit hari Jumaat ni. Kalau payah sangat nak pi kerja, EL je la jaga anak kat umah. I don't want to know what is your reason memandu macam cilakak this morning but please, orang lain pun nak pergi kerja jugak. dan yang paling penting, i don't want to die because of your stupid way of driving!!!!!!

And for the men, please don't behave like me. Respect your ladies....

Peace!!!