Sunday, June 28, 2009

Eksiden, miss flight and business class

Petang semalam aku eksiden.

Sebuah kereta Kelisa celaka balun belakang kereta aku. Terkopak lagi pungkok si Savvior. Dah la keter tu aku baru anta service dan cuci. Petang dah ada b*bi yang buat taik. Aku bawak mamat bangang tu ke bengkel sebab aku tak nak letak harga. Dengar caj RM500, dia kata report polis. Aku apa lagi, terus la ke balai.

Pas tu dia call, nak settle luar. Tapi kena tunggu member dia bawak duit. Tunggu hampir 2 jam, bila member dia sampai terus advice mamat bangang tu supaya buat report. SIAL! Plan tengok Transformer dah terbengkalai walaupun tiket dah beli. Kalau aku buat report awal-awal tadi, sempat gak aku tengok movie.

Polis pulak macam celaka. Aku tunggu nak buat report, dari jam 7.30 malam aku tunggu. Jam 9.30 malam baru aku dapat buat report. Keputusansapa yang bersalah akan dapat dalam 2 minggu. Aik!!! Sah-sah mamat bangang tu yang langgar aku, nak tunggu 2 minggu pulak. Ni mesti ada orang dalam nak bantu ni, sebab aku tengok mamat bangang tu bawak kawan dia dari area opis admin polis bersebelahan. Kalau ko nak main kasar, sila la. Ada aku kesah!!!

Aku balik dalam jam 10 malam. Letih, tapi takde la frust sangat si Savvior tu kena langgar. Benda dah nak jadi nak buat macam mana. Aku terima dengan hati yang redha. Tak sedar-sedar aku dah lelap.

Then pagi ni aku bangkit jam 7.30 pagi (sure Subuh gajah pun dah tak layak). Then aku teringat yang aku sepatutnya ke Sabah jam 8.00 pagi ni.

I MISS THE FLIGHT!!!

Dah 7.30 pagi tu tak yah la nak bergegas ke airport, buat penat dan sakit ati je. So, aku gerak ke KLIA jam 9.00 tadi and tukar flight. Bila kat kaunter MAS tu, aku dah kena panelti sebab tak board the flight ke Sabah tadi. Well, what to do. Bayar aje la. Kalau ikutkan ati, malas aku nak ke Sabah hari ni. Tapi disebabkan tugas, aku terpaksa gak la (ayat membodek, tapi bos takde kat sini OK). Then, minah kat kaunter tu kata:

"Maaf encik, kelas ekonomi dah takde. Kalau nak, ada esok petang je jam 5."

Jam 5 buat apa, aku meeting besok jam 9 pagi. Dia kata ada seat business. Business??? Berapa pulak yang kena bayar???? (dalam ati, abis a duit gaji aku...)

"Bila saya campur harga tiket sektor yang enscik nak pegi tu dengan harga tiket business ni, encik tak yah bayar apa-apa. Cuma panelti RM100 tu je yang encik kena bayar."

Ya Allah, syukur. Ni la yang dikatakan rezeki nih. Aku mungkin tak dapat apa-apa dari kejadian semalam. Tapi hari ni aku flyy all the way to Sabah naik business class. Alhamdulillah... Allah bagi rezeki dalam bentuk yang lain bagi menenangkan hati aku yang duka lara ni.

Moral of the story, jangan la merajuk sangat pada benda tak baik yang terjadi sebab semua tu Allah dah tentukan. Mungkin aku boleh avoid eksiden kalau aku ikut route yang lain tapi benda dah nak jadi. Namun aku tetap syukur, Allah bagi aku peluang travel aku business class hari ni untuk mengubat hatiku yang duka lara ini...

Anyway, mummy dah terima beg tangan dia. Dia tanya gak beg tu untuk siapa. Aku kata la untuk dia. Then dia kata sesuai sangat dengan kain yang aku beli (memang la sesuai sebab aku dok jaja gambar beg tu kat kedai kain semata-mata nak dapatkan warna yang sedondon).

Apapun, aku sekarang kat KLIA dan menunggu flight ke Sabah. Semoga selamat pergi dan balik (tapi balik naik ekonomi...hehehehe).

***update from Golden Lounge Domestic KLIA

Friday, June 26, 2009

Temuduga

Semalam aku menjadi Pengerusi untuk temuduga pengambilan Pekerja Khidmat Singkat.

Melihatkan wajah-wajah yang hadir temuduga semalam mengingatkan aku kepada waktu kena temuduga HLP (yang aku gagal) hari tu. ADa yang dah kawen dan ada anak, yang fresh graduate, ada yang saja nak masuk gomen, memacam lagi la.

Bila tiba masa pemilihan, ni yang lagi tak sampai ati. Pas kira-kira markah semua, ramai yang layak. Tapi memandangkan jumlah yang nak diambil tak ramai, tapisan halus terpaksa dibuat. Part ni yang susah gak ni. Setelah berhempas pulas dengan pemilihan tu, dapat gak la jugak memilih calon-calon yang sesuai. Rasanya macam ni gak kot susahnya pilih calon HLP hari tu (ayat penyedap ati sebab tak lulus).

Susah jugak ya nak memilih orang yang sesuai untuk sesuatu perkara. Banyak faktor yang perlu diambil kira. Kalau setakat jadi panel je and orang lain yang pilih, senang je kot keje aku. Tapi this one kena pilih lak.

Ok la, dikhabarkan yang mereka akan masuk pada 1 Julai ni. Dan diharapkan orang-orang yang aku pilih ni adalah orang yang boleh buat keje instead of buat keji!

To uols, selamat berhujung minggu...

p/s: nak pi Nilai 3 cari bunga-bunga cinta setelah terhasur dengan saranan Kak Mariah (yang keretanya baru saja di leraikan dari ikatan cinta clamp).

Wednesday, June 24, 2009

Revenge of The Fallen

Semalam aku tengok Transformer : REvenge of The Fallen.

Niat hanya nak tengok robot-robot baru yang muncul berbanding dengan sebelum ini. Banyak jugak watak-watak yang baru. Banyak yang aku tak ingat. Yang aku tau semalam ada Arcee, Devastator, Rampage dan few lagi. (kalau yang mana peminat fanatik tu tau kot). Yang lain-lain aku tak berapa ingat sangat.

Cuma jalan ceritanya ada yang tak berapa logik. Ye la, bagi aku bila filem high tech and sci-Fi ni tak mementingkan sangat ceritanya. Janji effect nya malatops. Dan bagi aku malatops jugak la dalam sesetengah scene terutamanya masa pembunuhan Optimus Prime.

Ok la, aku tak nak cerita panjang. Kiranya antara orang terawal tengok movie tu semalam. Hari ni ada member opis yang baru nak pi tengok. Jadi kepada sesiapa yang meminati cerita perang robot-robot, pi la tengok movie ni. Dengan aksi yang dipaparkan, duration 2 jam 20 minit terasa amat singkat.

Selamat menonton...

Sunday, June 21, 2009

Happy Father's Day

Selamat hari bapa kepada daddy yang disayangi.

Semoga sihat selalu, dimurahkan rezeki dan diberikan keberkatan dunia akhirat.

Saturday, June 20, 2009

My Saturday

Semalam aku tak ke pejabat.

Sesuatu yang unusual bila aku tak ke pejabat. Bukan tak mau tapi terpaksa menunggu iPhone aku di upgrade. Jam 9.30 pagi baru semua program dapat di upgrade dan di install semula. Masa tu aku dah terasa malas pulak nak pi pejabat. Jadi aku mengambil keputusan untuk berada dekat-dekat area rumah aku je.

Waktu tengahari, aku ke Jusco untuk tengok wayang. Cerita 'DRAG ME TO HELL'. Gimik iklan punya la best. Tapi ceritanya cukup hampeh. Aku rasa sebengap-bengap cerita Jangan Pandang Belakang Congkak, bengap lagi cerita ni. Cerita nii sepatutnya cerita seram tapi terlalu banyak sangat adegan lawak yang menukar mood cerita kepada cerita lawak.

Pernah tengok cerita The Evil Dead? Macam tu la ceritanya. Cuma sound effect nya saja yang membuatkan sesetengah scene tampak menyeramkan. Yang lain-lain sungguh plastik.

Tak perlu la aku ceritakan macam mana jalan ceritanya. Tapi kalau korang nak tengok cerita Komedi Seram, tengok la cerita ni. Jangan tertipu dengan iklan kat TV atau posternya. Sungguh hampeh cerita ini.

(drag her to hell...Hahahahah!!!!! Filem keji abad ini)

Lepas tengok wayang, aku pi la jalan-jalan kedai kain. memandangkan ibunda terchenta juga ada menyatakan pandangannya untuk memiliki baju raya yang baru, harus la anak yang mithali ini (gelaran ciptaan sendiri) mencarikan apa yang patut. Stail yang dipilih ialah berasaskan kepada beg tangan yang dibeli hari tu. Kononnya mau sedondon. Jadiknya gagah la ke kedai Casa Moda Seremban 2 (promote lagi...)

Kononnya mau tengok-tengok dulu sebab belum gaji. Tetapi memandangkan auntie penjual tu adalah kawan lama (kawan lama konon...), harus la di beli jugak. Tapi kalau dah beli untuk mummy, takkan takde untuk daddy. Beli la jugak untuk daddy. Jadi, bila mummy dah dapat beg tangan dan kain, takkan auntie aku yang dapat beg tangan tu dapat beg tangan je. Nanti kecik ati lak. Beli la jugak kain untuk dia. Dah beli untuk dia, takkan tak beli untuk laki dia a.k.a uncle aku. jadi beli la jugak untuk uncle aku. At the end of the day, lengkap la persalinan raya mummy and aunt aku. Cuma tudung je yang aku tak sempat nak beli. biar la mummy beli sendiri pilihan dia. aku tak reti...

Huh! Dapat gelaran anak mithali ni satu hal (ulangan... ini adalah gelaran sendiri bikin), nak mengekalkan gelaran pun satu hal lagi. Apapun, harap mummy doakan anak mummy ni cepat kawen ya. Jangan dapat bini anak mami udah le. harus la aku dapat gelaran mamu...

(persalinan untuk mummy and daddy)

(persalinan untuk auntie and uncle aku...mind the background yang hanya berlatar belakangkan tilam je)
OK la, nanti kita masukkan entry lagi. Aku mau jenjalan lagi...Chow!!!

iPhone upgrade

Semalam aku menerima CD upgrade dari Maxis untuk upgrade iPhone aku.

Katanya kalau dah upgrade, beberapa function akan ada dalam iPhone tu. Fungsinya ialah:

(i) cut, copy and paste;
(ii) landscape keyboard;
(iii) MMS
(iv) spotlight search;
(v) voice memos;
(vi) improved calendar;
(vii) shake to shuffle; dan
(viii) enhanced stocks app.

So far aku tak dapat lagi nak try any of the function sebab sekarang ni tengah install. kalau ikut instructionnya, proses ambil masa selama kurang 1 jam. Tapi dari semalam sampai pagi ni pun tak siap lagi. Terlalu banyak error dan guide yang tak difahami. Risau gak ni kalau-kalau update ni tak jadi. dah la hari ni Sabtu, nak rush ke kedai Maxis harus la menunggu next week baru bole buat (knowing Maxis...huh!).

But still, keterkilanan masih juga menghantui sebab dah keluar pulak iPhone 3GS. Function nya bagi aku takde la vast sangat compare dengan yang iPhone 3G ni, cuma dengar cerita hanya bole ambik video, and still cannot 3G call.

Apapun, pada pandangan aku Maxis macam menipu je. Takkan la dia tak tau iPhone 3GS tu akan keluar. Ye la, terkilan sebab baru 2 bulan beli iPhone 3G, dah keluar 3GS pulak. APa salahnya Maxis tunggu dulu. Mungkin dia tak dapat green light dari iPhone untuk jual that brand because it is new. Bagi aku new ka, old ka, janji iPhone.

Now i'm eyeing for this two, Blackberry Storm dan Nokia N97. Review kata Storm is better dari N97. Tapi itu sebelum Nokia launch officially dia punya application store which is OVI (macam iPhone yang ada iTunes Store). Tengok la. Masing-masing fon ada kelebihan dan kekurangan sendiri. Tapi still, duitnya kena ada dulu sebelum beli.

My iPhone is still in the upgrading process. Will update on the progress...
Have a nice Saturday!!!

(CD untuk upgrade...will be sent to you by Maxis for free)

Thursday, June 18, 2009

Hit Counter

Kalau korang perasan, aku baru je masukkan hit counter kat ujung atas sekali blog ini.

Saje la letak, nak nengok berape nye ramai orang nak jenguk-jenguk ke blog yang tak seberapanya ini. Kalau ada orang tu dah beribu-ribu lemon. Aku ni baru je ciput nak masuk senarai. Ye la, tak lama lagi nak masuk tahun pertama berblog. Entry nya mengalahkan orang yang dah berblog belas tahun. Apa taknya, ada je citer ciput, ada la entry nye.

Saja nak memeriahkan dunia blog ini terutama sekali time nak menyerakah bos ke, atau tengah tension ke.

Oh ya, tetiba lak ada orang hantarkan lagu Afgan-Entah dalam format MP3. Kiranya wish comes true la ni. Terus aku memasukkan dalam iPhone. Sekarang tengah cari gambar dan liriknya untuk dimasukkan dalam iPhone itu jugak. Jadi bila bukak lagu tu boleh terus nyanyi (dan langit pun terus gelap serta ujan renyai-renyai, tak pun kilat sambung menyambung. Tak pun orang keliling terus pengsan).

Bila dah ada lirik dalam iPhone, senang nak nyanyi, macam nih...


(tanpa lirik...)


(dengan lirik...let's nyanyi!!!!)

OK la, banyak lagi keje yang tak settle ni. nanti kita update entry lagi ya...

Transformers

Sudahkah anda membeli tiket?

Tiket mula dijual hari ini walaupun tayangannya adalah minggu depan.


Afgan - Entah

Semalam aku jalan-jalan kat Seremban after opis hour.

Nak ilangkan rasa sedih, harus la aku buat retail therapy (seperti yang disarankan oleh Cik Mariah Tengku Sabrah tatkala menghadapi kesedihan tak dapat HLP). So, aku pi la cari CD Afgan sebab berkenan sangat dengan lagu Entah.

Pusing-pusing nak pengsan tak dapat gak cari CD tu. Entah ke mana menghilangnya. Adakah disebabkan banyak orang indon kat Seremban ni menyebabkan CD itu laris??? So, yang dapat aku buatnya ialah copy and paste dari YouTube je.

Enjoy...



p/s: Pegawai Khas Berambut Merah ada panduan ka kat mana nak beli CD Afgan? Tak nak la download kat internet, tak main la cetak rompak. Hehehe...

Wednesday, June 17, 2009

Tatapan terakhir

Di kala menulis entry ni, mata masih pedih lagi sebab sedih sangat.

Seperti yang diharapkan, pagi tadi bos bawak aku sekali ziarah rumah Faizal. Dalam perjalanan, kitorang berlawak jenaka tapi bukan la atas dasar suka sebab dapat jalan-jalan tapi masing-masing cuba sembunyikan rasa sedih. Setibanya dirumah Faizal, jenazah tengah dimandikan. Ramai jugak yang datang. Dalam setengah jam, jenazah selesai dikapankan dan keluarga dijemput untuk melihat jenazah sebelum dibawa ke masjid untuk disembahyangkan dan dibawa terus ke tanah perkuburan lepas tu.

Bila turn kawan-kawan pulak yang dipanggil untuk melihat jenazah, lemah rasanya kaki melangkah masuk kedalam rumah. Dari luar terdengar esakan tangis adik-beradik dan ahli keluarga yang lain. Dari depan pintu, aku lihat ayah Faizal duduk disebelah kanannya dan ibunya disebelah kiri. Masa tu mata dah start panas dan berair. Tahan jugak la, tapi sekuat mana pun tak terdaya. Jatuh jugak air mata. Jenazah kelihatan tenang namun kulitnya nampak sedikit kekuningan disebabkan masalah kanser hati yang dihidapinya.

Kami bergerak ke masjid An-Nur Perenggit Melaka dan menunggu jenazah dibawa kesana untuk disembahyangkan. Ramai jugak member-member opis yang datang dan menunggu di masjid sebab tak sempat nak ke rumah Faizal. Setibanya jenazah dimasjid, jenazah terus disembahyangkan. Selepas itu dibawa ke tanah perkuburan bersebelahan.

Suasana masih tenang ketika itu. Tapi tatkala kain kapan dibuka kali terakhir untuk memberi peluang terakhir untuk ahli keluarga dan saudara mara serta kawan-kawan melihat jenazah, keadaan sedih kembali menyelubungi. Bila jenazah telah masuk ke liang lahad, aku tengok ibu dan ayahnya tenang berada di tepi kubur. sesekali kelihatan ibunya menolak tanah kubur perlahan-lahan ke liang lahad. Walaupun tanpa airmata yang kelihatan mengalir, hati ibu mana yang tak sedih apabila berada di kubur anak. Bila melihatkan ibunya sebegitu, aku terasa sebak.

Sepanjang doa dibacakan, ibu dan ayahnya tampak tenang. Tapi aku rasa amat sayu melihatkan kekuatan ibu dan ayahnya yang tabah menghadapi pemergian anak yang disayangi. Kala itu, air mataku jatuh lagi. Ye la, lazimnya kita lihat anak yang mengiringi pemergian ibu atau ayah tapi kali ini aku terasa sedih sebab perkara sebaliknya berlaku. Selalu kita tengok anak yang menguburkan orang tuanya tapi kali ini seorang ibu yang menolak tanah kubur ke liang lahad anaknya. Mana la tak sedih lihat keadaan tu.

Faizal adalah anak lelaki sulung dan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga. Sudah tentu menjadi harapan kepada keluarga untuk membantu adik beradik yang lain. Tapi Allah lebih sayangkan dia. Tiada siapa yang dapat menghalang jika itu telah ketentuan-Nya. Ajal maut di tangan Allah. Yang tua mungkin nampak lemah, tetapi yang muda dan sihat yang pergi dulu.

Semoga dia dicucuri rahmat dan ditempatkan didalam golongan orang-orang yang beriman. Amin.

Al-fatihah

Malam semalam, dalam jam 11.49, aku terima sms dari staf aku.

Staf aku yang sakit hari tu kat HUKM telah kembali ke rahmatullah. Allah lebih sayang dia, dan harapnya seluruh keluarga dapat menerima pemergian anak lelaki tunggal mereka dengan hati yang tenang.

Mak dia sebenarnya tak nak kitorang bagitau anak dia yang anak dia tu sakit barah hati, takut anak dia risau. Mengikut jangkaan doktor, seminggu dari tarikh barah tu dikesan, dia mungkin akan meninggal dunia. Dan jangkaan doktor kali ini betul, semalam genap 1 minggu dari tarikh doktor mengenalpasti penyakitnya, staf aku tu pun meninggal dunia.

Warga opis aku akan ke rumah allahyarham pagi ni untuk sembahyang jenazah. mungkin aku akan ikut sekali, depends dengan kebenaran bos. Tapi sebagai bos dia, aku mau ikut. Ye la, kita pun tak tau bila kita akan pergi.

Bagi yang membaca entry ini, aku mohon sedekahkan Al-fatihah buat allahyarham Mohd Faizal Amir.

Al-fatihah...

(cawan milik Faizal yang masih ada kat opis ni, jadi kenangan untuk opis aku)

Tuesday, June 16, 2009

Mithalikah???

Rasanya dapat tak gelaran anak mithali???






p/s: jadi jangan tanya lagi kenapa aku masih single... :)

Jog

OK la, aku joging petang tadi.

Kononnya nak buat dalam setengah jam lari tanpa henti. Tetapinya separuh jalan je, aku nak terkucil pulak. Jenuh la aku cari toilet kat area aku lari tu hampeh takde. Then bawah jambatan depan PICC tu rupanya macam WC. Sekali aku pi la dengan penuh harapan.

Hampeh!!! Dia kunci lak.

Dengan gigihnya aku berlari sekuat hati walaupun pundi kencing dah rasa macam nak burst. Kononnya reverse osmosis la tu. Bila dah lari laju-laju tu, peluh menitik-nitik. tetiba rasa nak terkucil pun sudah ilang. Agaknya pundi kencing dah kering disebabkan dah jadi air peluh.

Betul kaaaa??????

Kalau begitu, adakah yang menitik dari dahi aku tu air peluh atau?????

OH TIDAK!!!!!!!

Monday, June 15, 2009

Besday

Malas aku mau cerita sedeh-sedeh.

Jadi ini mau cerita yang tak sedeh (tapi diakhir cerita pasti sedeh jugak). Bulan depan ni punya la banyak besday. Especially my mama and my mama punya sister (my makcik la), my few good friends and myself (sudah tua...). Al-cerita ceritinya mau la memberikan sumbangan. At first tak pernah la terfikir nak bagi adiah (except for mama and few other penerima hadiah tegar) but this year kena la bagi kot.

Idea ni (idea????) berlaku sebab last week i got a call from my aunt yang kerja kat hospital tu. Tetiba je call (fortunately bukan atas dasar ada family member masuk hospital) but just to tell me this:

"Gambit, aunty mau bah itu beg tangan Bonia. I know sekarang ada sale di KL tu, 50% off."

So, at first bila tau dia call, menggigil jugak la coz mungkin mau kasitau berita kurang baik. Tapi bila she mention nothing about any family member yang masuk hospital, so the menggigil tu takde la sangat. But bila dia mention pasal beg tangan Bonia, menggigil balik.

Ok la, a little bit history about my aunt ni. Dari aku form 1 until form 6 dulu aku duduk dengan dia. Sebab aku sekolah kat bandar. Mom and dad refuse to let me stay in the hostel (nanti terpengaruh budak-budak jahat) so they put me with my aunt. My aunt ni kerja nurse, so most of the time she is not at home. Cook pun sekali sekala. The good thing about her is dia ni jenis tak kesah. The bad thing is dia ni panas baran (macam che').

Berbalik pasal beg tangan Bonia ni pulak. Makcik aku ni memang suka gak benda-benda branded ni walaupun tinggal kat bandar kecil where people still dont know what is Prada or LV. and the last time aku bagi dia adiah pun masa 6 years ago. a small dompet sebab masa tu gaji aku pun small (now gaji besar kaaa???). So bila aunt request beg tangan Bonia, tak sampai ati lak tak nak beli. Anyway, her birthday is just around the corner.

Last week, bergegas ke tempat yang kononnya ada kedai Bonia. Tapi dah lama tutup. Then, aku ke KLIA la. Then terpandang beg tangan ni yang tak la seberapa. Belek-belek harganya RM600. Haiyo!!!! Why la she mention Bonia not Sembonia. Dalam 1 jam aku belek-belek, so terambik la 1 beg tangan yang kecil comel molek (tapi harganya mau pengsan).

Tapi kan, being anak mithali takkan la mau tengok makcik saja pakai branded. So, since momma punya besday pun sudah hampir, harus la di grab also 1 lagi beg tangan. Since this is for momma, kasi la the latest design. RM600 gak harganya (pengsan kejap kat depan kedai Bonia). So, hujung minggu lepas aku ala-ala shopping sakan kononnya, berjalan-jalan dengan paper bag Bonia. Dalam hati "...utang lagi..."

Sebab tu la aku kata walaupun cerita ni tak sedeh, tapi di ujung cerita tetap sedeh...

Huargh!!!!!

Saturday, June 13, 2009

Gathering

Khamis lepas opis kitorang buat bacaan Yasin sempena mendoakan kesejahteraan salah seorang staf kitorang yang sakit.


Sebelum bacaan yasin, penghulu bacaan yasin membacakan sedikit nota daripada keluarga staf aku tu. Antara lainnya berbunyi "... seluruh keluarga mengucapkan terima kasih atas sokongan dan doa yang telah diberikan. Doakanlah semoga dia tidak menanggung kesakitan dan dimudahkan...".


Sedih rasanya bila mendengar ayat tu. Aku rasa staf pompuan aku dah start bercucuran airmata bila mendengarnya. Ye la, kitorang pun sendiri tak tau nota tu ada. Dapat kat admin kitorang je. Kalau ikut kata doktor, minggu hadapan dia akan start terima komplikasi. Walaupun doktor bukan Tuhan, tapi bersedia dengan apa saja kemungkinan rasa aku tak salah. Ye la, mana tau. Ajal maut ditangan Tuhan.

Ntah la, sepanjang beberapa bulan ni, ramai anggota keluarga department aku ni yang meninggal dunia. Bermula dengan anak staf aku, then atuk seorang lagi staf aku dan kali ni staf aku pulak. member aku kata macam satu permulaan yang tak baik bagi department ni.

Bukanlah aku nak kata department ni tak bagus tapi aku dah rasa macam nak mintak transfer. rasanya minggu depan aku nak bagitau bos.

perlu jugak aku merasa bekerja di department lain...

Wednesday, June 10, 2009

Sahabat datang dan pergi

Sahabat datang dan pergi...

Baru minggu ini aku bergembira kerana bersama dengan kawan lama yang sudah lama tak berjumpa, tapi kini dah terima berita bahawa kawan yang baru ini pula yang akan pergi. Murung sekali hari ini opis aku sebab takde mood nak buat keje.

Dalam beberapa siri entry yang lepas pun muram jugak suasananya. Entah la, dipertengahan tahun ni banyak sangat dugaan yang datang. Cuma kuat atau tak kuat saja bagi orang yang menghadapinya. Cuba jugak untuk masukkan entry yang sedikit berunsur gembira tapi takdak idea dah sekarang ni. Sekarang ni pun aku tengah malas-malas nak tengok surat-surat yang ada atas meja aku. Biar la, esok masih ada... (semoga esok masih ada).

Semoga Allah memberikan aku kekuatan untuk menghadapi hari ini dan seterusnya...

Monday, June 8, 2009

Semoga jumpa lagi

Pagi ini jam 3.30 pagi, aku bergegas ke LCCT KLIA.

Member sekolah aku yang dah 20 tahun aku tak jumpa tu nak balik Sabah. Aku tak bagitau pun dia yang aku nak jumpa dia kat sana. Surprise la katakan. Dia pun terkejut bila dapat tau aku ada kat LCCT pagi tadi.

Bukannya apa, 2 hari lepas aku janji nak belanja diorang makan sebab katanya nak lawat aku kat umah. Tapi last-last tak jadi. So, aku belanja la dia makan kat LCCT tadi. At least aku tak berhutang apa-apa.

Dalam 2 jam tadi, imbas kembali cerita masa kecik-kecik dulu. Mesti korang tak tau kan apa itu "kandang budak"? Itu istilah child nursery kat ladang tempat aku tinggal dulu. Kalau ibu-ibu pegi kerja, anak dorang semua letak kat kandang budak tu. Siap ada penjaga lagi kat situ. Mesti korang rasa pelik bila sebut kandang. Tapi itu la istilahnya. Dan bila menyebutnya lagi hari ini, aku ketawa sendiri. Entah siapa yang perkenalkan nama itu, aku pun tak tau. Tapi yang pasti kandang budak itu la tempat yang meriah suatu ketika dulu (... dan aku tak pernah duduk pun kandang budak tu sebab lepas balik sekolah, aku prefer tido je kat rumah...).

Jam 6.00 pagi, aku bertolak dari LCCT kembali ke rumah. Dan kenangan 20 tahun itu terpisah lagi. Entah pada siapa lagi boleh dikongsikan cerita-cerita itu. Harap-harap aku tak perlu menunggu 20 tahun lagi untuk bercerita mengenainya.

Selamat jalan sabahat. Semoga kenangan itu terus menjadi tali yang mengeratkan lagi persahabatan kita...

Thursday, June 4, 2009

Cuti yang meaningless

Hari ini bercuti.

Kononnya bercuti. Apa taknya, assistant aku dok call sana, call sini. Dorang ni pantang aku takde kat opis. Ada bos lain pun tak nak tanya, nak jugak tanya aku. Siap tanya "are you coming to the office today?". Selamba je aku jawab "Kalau on leave tu maknanya kena pi opis jugak ke???". tapi tak sampai ati, pi jugak la ke opis.

yang kejinye bos aku pulak nih. time aku nak balik tadi (dalam jam 2 petang), dia suruh aku jumpa dia pulak. Selamba badak sumbunye dia bertanya, " You nak pegi meeting sekali dengan i ke kejap lagi?". "Maaf tuan haji, saya bercuti hari ni", jawabku kebosanan.

"Takde orang bagitau saya pun u cuti???"

Terus muka aku menjadi merah seperti cili boh giling, telinga berasap-asap dan bertukar menjadi...

(sekarang tuan haji percaya tak saya cuti???)

Disebabkan keimanan yang teguh, aku tinggalkan je orang tua tu. Baik aku balik sebelum ada yang kena pelempang jepun.

Selamat bercuti...

Monday, June 1, 2009

Selepas 20 tahun

Selepas 20 tahun, aku berjumpa semula dengan salah seorang kawan sekolah rendah aku.

Terlalu lambat untuk aku mengingat kawan aku tu. Ye la, dah 20 tahun. mana nak ingat lagi. bila dia mention yang dia satu-satunya pelajar sekolah tu yang pakai tongkat, baru aku perasan. Dia sebenarnya student kurang upaya dalam sekolah aku, hanya dia satu-satunya .

masa sekolah dulu, kami naik lori pegi sekolah. teringat aku susah payah dia naik lori tu dengan sebelah kaki. kalau disini mungkin biasa student pegi sekolah jalan kaki, naik basikal, naik bas, komuter dan sebagainya. masa aku sekolah dulu, aku naik lori. lori tu pun sebenarnya akan ambil kami selepas dia antar pekerja ladang kelapa sawit.

perjalanan mengambil masa hampir 1 jam. kalau hujan, cikgu akan suruh kami pulang sebab dah basah kuyup. kalau banjir, lagi la tak dapat pegi sekolah. kalau musim ujan, semua pelajar tak perlu pakai kasut pegi sekolah sebab sekolah penuh lumpur. lepas ujan reda, kami kena ramai-ramai pi halau kerbau yang berkubang kat padang sekolah, takut padang sekolah penuh taik kerbau, mengganggu latihan jasmani.

hujung tahun adalah hari paling gembira sebab sekolah akan agih bantuan baju sekolah 1 pasang, kasut 1 pasang, buku tulis dan pensel 1 dozen, dan susu sekolah 2 kotak besar seorang. best!!!

kalau time ada lawatan naziran, akan turun helikopter kat padang sekolah bawak orang-orang yang nak buat naziran ke sekolah aku. masa tu la semua student akan lari ke tepi padang dan melambai-lambai pada orang yang turun dari helikopter. kami akan duduk disitu sampai helikopter tu terbang semula dan ilang dari pandangan. jakun, katanya.

itu belum kira lagi bila datang perpustakaan bergerak. masa tu la dapat baca buku cerita yang best-best. kalau jabatan kesihatan pulak yang datang, masa tu la student lari dari kelas. takut kena suntik, atau cabut gigi. hehehe... kekadang datang nurse yang ajar macam mana nak berus gigi dengan betul. berbaris la kami ramai-ramai kat tepi longkang belajar memberus gigi. nurse tu pulak kalau baik ati takpa, ni suara pun macam petir. keji!!!

pernah sekali lori tak datang ambik kami balik dari sekolah. kami terpaksa jalan kaki pulang. hampir 3 jam kami baru sampai kat gate ladang. nasib baik ada kenderaan lalu kat area tu. kami tumpang la naik hingga sampai ke rumah masing-masing. dan bayangkan kat member aku yang sorang ni. kesian dia. bayangkan dia berjalan dengan tongkat selama 3 jam...

sekarang ni, dia sudah boleh berjalan tanpa tongkat tapi dengan kakinya yang begitu, dia masih terasa susah untuk berjalan. semasa mengiringi dia ke kereta tadi, sebak rasanya. selama 20 tahun ini kita tidak berjumpa. masing-masing sudah ada kehidupan sendiri. tapi kenangan sekolah kita 20 tahun lalu masih lagi dapat dikongsi bersama.

sahabat, terima kasih kerana mengembalikan kenangan itu malam ni.

saat berpisah tadi, aku peluk erat sahabat ku itu. tak sedar air mataku mengalir.

terima kasih. jika ada masa, kita berjumpa lagi.