Wednesday, April 28, 2010

LHDN

Udah selesai pengisytiharan cukai ku.

kurang sedikit dari tahun depan sebab dibantu oleh insuran yang melambak-lambak.

talian LHDN pun bagus, tiada sangkut-sangkut.

ok la. aku mau tidur. penat seharian keje tak ingat punya.

Chow!

Monday, April 26, 2010

Nak beli apa?

Tadi aku ke Jusco S2.

Rasanya macam banyak je yang aku nak beli. Dalam fikiran, dah rancang 4-5 bende nak beli. bende-bende rutin. Magazine, dan... berbagai lagi la sambil survey-survey kawasan. kena rancang ni supaya tak over bajet.

Mula-mula bayar bil Maxis dulu. settle!

Then ke Popular Book Store. Ke kawasan barangan pejabat. angkat 2-3 item, letak. pusing-pusing, ke magazine area. angkat 2 magazines dan letak balik. Bosan. Kuar ke MPH lak.

Kat MPH cari buku nota. takda yang berkenan sebab tak lawa. cari pen untuk buat sketch. pusing 2-3 kali tak jumpa. kuar MPH. boring!

Ke Sony Center. Cari Bloggie tak jumpa. Cari game PS3 tapi takde yang best. Pusing-pusing pas tu rasa bosan jugak. kuar dari situ cepat.

ke kedai kek. member pesan beli rojak. dah bungkus terus ambik resit untuk bayar kat kaunter. cashier kat kaunter lari sana sini sebab mesin kira-kira rosak. orang kat depan aku ada 10 orang yang dah berbaris panjang. tarik napas 2-3 kali... rasa bosan. resit tu ku campak dalam tong sampah je.

last sekali capai tiket parking Jusco s2 dan masuk dalam keter terus balik rumah.

ni memang malas tahap gaban ni sampai tak sempat nak beli apa-apa. Rekod sehari sebab tak belanja barangan kat Jusco S2 hari ni.

Adakah esok akan balas dendam? Ntah...

Selamat malam.

Tensionnya akuuuuu

Banyaknya keje aku hari iniiiiii......

Banyak time aku nak balik pulak tu.

banyaknya!!!!! banyaknya!!!!! banyaknya!!!!!!

Sunday, April 25, 2010

Loooonnnggggg trip

baru balik dari trip yang panjang.

Huh! Sungguh penat sekali. ye la, travel sampai 5 flight dalam 5 hari. sampai orang kat kaunter MAS pun terkejut tengok itinerary aku. Kursus ka? dia tanya. Tak, meeting. dah la aku letih, banyak lak dia tanya. Tapi sebab berbudi bahasa, menjawab jugak la dengan muka yang manis.. Hehehe

sempat jugak balik umah dan tido kat kampung 2 malam. not a holiday eh, terpaksa tido sana sebab flight balik dah takde. kitorsang balik jam 7.30 malam dari field trip tu. letih yang amat. ni nak buat report pulak ni.

dalam tempoh 2 hari kat umah, mummy atau daddy tak pernah tanya pasal kawen. aku rasa dorang pun malas nak tanya kot. terasa macam lega sikit (sebab tak nak bagi harapan pada orang tua...alasan). tapi bila aku nak masuk security check in kat lapangan terbang tu, mummy lak tanya. dah la masa tu mood aku tak berapa baik, so bila dia tanya bila nak kawen aku kata ntah. bila dia tanya masih dengan orang yang sama lagi ke, aku jawab tak tau.

aku rasa mummy dapat tangkap kot apa yang aku maksudkan. nak je aku kata "mummy, now your son dah single balik sebab dia kena dump (not dumb)... ops! confession.

tapi kalau aku jawab macam tu, mummy mesti nak carikan yang lain. ya, katanya ada calon yang menunggu. aku dah kata dulu kat mummy biar jodoh tu aku cari sendiri... tapi berat lidah nak bercakap.

di Sarawak, masa lunch tempohari, ada gak offer dari pegawai kat sana. offer anak sedara la, pegawai opis dia la, makcik dia pun ada (pangkat makcik ya, bukan makcik yang dah kedut-kedut tu). aku just senyum. then sorang officer tu citer la yang dia kahwin dulu pun ambik risiko gak sebab dia tak berapa kenal ngan husband dia masa tu. mak ngan ayah dia yang pilih. after a while, dia kata dia boleh ngam ngan husband dia. so sampai skarang ok.

yang sorang officer lagi lak kata kalau dalam tempoh 5-10 tahun dapat bertahan maknanya perkahwinan tu ok. tak perlu risau.

hmm.... bagi aku biarlah jodoh tu datang sendiri. mau ku cari, aku takut pulak tak mampu nak tanggung.

membujang la lagi...

Tuesday, April 20, 2010

Trip home

Ada keje di seberang laut sehingga hujung minggu ini.
Nampaknya aku akan balik kampung tapi bukanlah bercuti tetapi atas urusan tugas. tak nak la aku ini nanti di label bercuti dengan tanggungan gomen. cait!!!!

Dah call mummy tadi informed her that ia m on my way this thursday. tak nak jadi macam dulu, kononnya nak buat surprise tapi sampai rumah kat kampung, aku lak yang surprise bila takde orang kat umah sebab semua gi jenjalan tempat adik dan kakak aku. hambek kauuuu!!!!

Luckily gaji time nih. lagipun besday adik aku esok, ingat nak celebrate khamis ni konon. ye la, dah 10 tahun aku tak celebrate besday. just kirim salam and wish thru phone saja. kali ni bawak adiah sekali. apakah adiahnya???imagine bende ni dalam kaler pink (untuk adik pompuan aku).

kalau tak bersyukur gak aku bagi, meh ambik balik.

Friday, April 16, 2010

Silap lagi...

Buat silap lagi.

Macam ni la kalau keje kalam kabut dan terkejar-kejar, siapkan assignment sampai 1-2 pagi, memang la berlaku kesilapan. Dah la tu, buat sorang-sorang pulak, takde nak revise oleh sapa-sapa.

Hmmm... sedia je kena balun.

Ala... sapa-sapa pun buat mistake (ayat penyedap hati).

Apa-apa pun, nasik dah jadi bubur. tak dapat makan nasik, bubur pun kenyang juga.

Selamat solat Jumaat.

Thursday, April 15, 2010

Craig David Greatest Hits

Aku memang minat dengan Craig David sejak awal penampilan dia dulu.

Lagu-lagu verse laju dan kekadang sukar nak nyanyi tapi iramanya yang catchy boleh dikata citarasa aku gak. Sekarang ni aku tengah layan lagu ini, lagu sedih tapi disampaikan dengan irama yang agak santai.

Enjoy...

DON'T LOVE YOU NO MORE (I'M SORRY)

[VERSE 1]
For all the years that I've known you baby
I can't figure out the reason why lately you've been acting so cold
(didn't you say)
If there's a problem we should work it out
So why you giving me the cold shoulder now
Like you don't even wanna talk to me girl
(tell me)
OK I know I was late again
I made you mad and dinners thrown in (the bin)
But why are you making this thing drag on so long
(I wanna know)
I'm sick and tired of this silly game
(silly games)
Don't think that I'm the only one here to blame
It's not me here who's been going round slamming doors
That's when you turned and said to me
I don't care babe who's right or wrong
I just don't love you no more.

[CHORUS]
Rain outside my window pouring down
What now, your gone, my fault, I'm sorry
Feeling like a fool cause I let you down
Now it's, too late, to turn it around
I'm sorry for the tears I made you cry
I guess this time it really is goodbye
You made it clear when you said
I just don't love you no more

[VERSE 2]
I know that I made a few mistakes
But never thought that things would turn out this way
Cause I'm missing something now that your gone
(I see it all so clearly)
Me at the door with you in a state
(in a state)
Giving my reasons but as you look away
I can see a tear roll down your face
That's when you turned and said to me
I don't care babe who's right or wrong
I just don't love you no more.

[CHORUS]
Rain outside my window pouring down
What now, your gone, my fault, I'm sorry
Feeling like a fool cause I let you down
Now it's, too late, to turn it around
I'm sorry for the tears I made you cry
I guess this time it really is goodbye
You made it clear when you said
I just don't love you no more

[BRIDGE]
Those simple words hit so hard
They turned my whole world upside down
Girl, you caught me completely off guard
On that night you said to me
I just don't love you no more

[CHORUS 2X]
Rain outside my window pouring down
What now, your gone, my fault, I'm sorry
Feeling like a fool cause I let you down
Now it's, too late, to turn it around
I'm sorry for the tears I made you cry
I guess this time it really is goodbye
You made it clear when you said
I just don't love you no more







The original song bunyiknye macam ni...

Wednesday, April 14, 2010

Tak reti memilih

Ni yang aku malas ngan bos besar aku ni.

tak reti nak memilih. jap nak carta, jap nak write up. jap nak carta lain pulak. aku tak paham apa yang dia nak. aku yang lembap ka atau dia memang bengap, aku pun tak tau. tapi aku tau aku tak lembap.

seharian ni aku dah plan baek punya nak settle kan keje yang mana satu since esok aku ada meeting luar yang berjela (and terus balik umah). tetapinya aku stuck dengan keje yang aku sendiri tak tau mana nak start. akhirnya bila semangat dah berkobar-kobar, member lak ajak kuar makan malam. nak tolak tak sampai ati lak. terpaksa la temankan dia makan. Anyway lama dah tak makan ngan member aku yang sorang ni (my ex-univmate, my junior PALAPES and my ex-housemate. sungguh tak berkembang langsung asyik duduk di tempat yang sama).

anyway, masing-masing meluahkan masalah teension masing-masing sambil melayan sate kat taman Warisan. we had a very good chat. kekadang sms member kat penang tanya khabar and gurau-gurau, just like the gud old days (baru tau dah tua). Then i realise yang aku sorang je yang masih single di kalangan member-member (sob... sob... ).

But being the most senior of them all, sapa yang berani lawan kan. so i got the chance to bully the junior (instead of me getting bullied). Oh ye, tengkiu sebab belanja makan.

On da way back, the traffic was so helpful. tak dak jamm. smooth ride til i reach home. cumanya kena siapkan keje yang kat atas tadi tu, cuba memahami apa yang bos aku nak. ni mungkin keje tu halfway siap. mungkin, dono how to calculate sejauh mana siapnya tu.

Yet, aku still struggle nak siapkan apa yang patut coz esok jam 8 bos nak berambus gi meeting.

gud nite sumer. and gud luck pada member aku yang tengah PTK tu.

Tuesday, April 13, 2010

Rampas

Assistant aku udah kena rampas.

Dirampas (rampas ya... bukan ramas) oleh raksasa Gorgon Betina. Macam la hebat sangat department kau sampai kau nak cepat-cepat ko nak ambik assistant aku tu eh. Kalu takat keje jadi posmen, aku pun nak gak duduk situ lelama jadi bos posmen je.

Ni aku tak tau la betapa terkontang-kanting gak sorang-sorang (plus assistant baru yang masih nak merangkak) untuk settlekan keje-keje yang semakin menggunung. Orang nampak macam aku relax je takde keje tapinya macam nak pengsan saja kalau masuk opis.

Huh!

Apapun aku teruskan jugak la keje-keje yang ada. Takde sape yang kekal kat satu-satu tempat. Sekejap kita di atas, jap lagi kang kat bawah. kejap lagi kat bawah tayar kete (sebab eksiden bawak kete laju sangat).

Apapun idup perlu diteruskan.

Banyaknye!!!!!

Banyaknye event minggu lepas sampai tak sempat nak masuk dalam blog.

Mari kita buat ringkasan:

(i) gi karaoke ngan birthday boy kat Kajang. member opis. sempat nyanyi 2 lagu je (Slam dan Spring...citarasa orang tua-tua....huahuahua!!!!) sebab nak balik cepat;

(ii) celebrate birthday anak buah member aku. sebagai penggemar kek, aku la yang jadi sponsor kek. memandangkan taste agak tinggi, beli la kat Secret Recepi, kek bentuk ladybird ala-ala RM100 gak abis;

(iii) second big boss aku (yang dari golongan tertinggi) telah meninggal dunia. Sorang lagi sedang nak berambus dan sorang lagi tengah cari pegawai nak dihantar balik Sabah. Akukah????;

(iv) tak dapat pi tengok movie (seperti yang dirancang... cit!) sebab main game sampai pagi buta so tak larat nak bangun awal (tapi solat Subuh tak tinggal tau);

(v) pi jenjalan cari rumah untuk dibeli (banyak duit ka???). ada yang berkenan tapi kalau beli harus la berpuasa sepanjang tahun selama 5 tahun dan jalan kaki pi opi selama 5 tahun jugak; dan

(v) pi tempah Blu-Ray citer Avatar (nak kuar minggu depan). Harus la harganya dalam anggaran Rm200++ kan. pengsan 5 kali sebelum dapat tengok movie tu.

OK la... that sums up semua citer ujung minggu lepas. ntah minggu ni sempat atau tak nak buat entry. Anyway, baru masuk opis selepas cuti semalam. the whole day jalan-jalan cari sumthing... apa ya???? Ntah...

Selamat bekerja!

Sunday, April 11, 2010

God of War III - Part 2

Udah selesai game ini aku main semalam.

Ending nya menarik juga. Disebabkan dia tidak mahu kuasa jatuh ke tangan orang yang hanya gilakan kuasa, Kratos rela bunuh diri supaya kuasa itu hilang begitu saja. What a tragic ending. Tapi kalau ikut jalan ceritanya, ada 2 perkara yang menjadi perkara pokok game kali ini; fear dan hope.

Kadang-kadang kita melakukan perkara-perkara yang ingin kita capai disebabkan fear. Kita takut orang anggap kita begini dan begitu, jadi sebab itu la kita buat. kekadang kita tak nak pun buat tapi kita buat sebab takut.

Tetapi dalam membuat perkara yang menyebabkan kita takut itu, hope selalunya yang menjadikan kuat dan menjadi drive untuk kita mencapai sesuatu.

FEAR Vs HOPE.

Anda menilai sendiri yang mana satu pendorong anda.

Cheer!

p/s: Sekarang ni tengah layan Darksider (PS3) pulak. Tapi game nya macam tak best. Ntah... macam boring je. Nyesal beli.

Wednesday, April 7, 2010

Tidak mengerti

Sesetengah orang tidak mengerti.

Hanya mendengar cerita dari mulut-mulut orang, maka apa yang diucapkan itu dianggap benar. Tak kesah la apa yang diucapkan oleh orang, kalau apa yang dibuat itu tidak menyalahi agama. malas aku nak bagi penjelasan sebab bila orang lain dah terlalu taksub dengan maklumat yang salah (yang dianggap betul), maka apa saja kebenaran yang diucapkan selepas dari itu tidak diterima.

Ingatlah, manusia merancang, Allah merancang. Namun, Allah sebaik-baik perancang.

Apple ku udah siap!

Apple iPhone ku udah siap.

Dah ada dalam tangan sejak semalam. sempat jugak aku bertekak ngan orang kat Maxis yang bangang tu sebab bagi iPhone aku dalam keadaan yang kurang menyenangkan. apa taknya, atas screen protector tu dah macam berkulat-kulat tak di lap. dah la masa aku anta kat Maxis tu rupa iPhone aku tu bersinar-sinar je. siot je dia kata kotor tu takpe sebab ada screen tu. ewah... ewah... nenek kau. kau ingat screen tu percuma eh.

apapun, dah ada iPhone ni kat tangan so bertambah la pulak enfon-enfon yang nak di usung dalam poket ni.

hmm.....

Adrenalin - Faizal Tahir

WOW!!!

Perkataan pertama yang keluar dari mulut aku sejurus mendengar album Adrenalin dari Faizal Tahir.

HEBAT! MANTAP! MEMANG BEST!

Lagu-lagu yang di'hidang'kan dalam album kali ini sangat best. Irama yang segar dan baru, lain dari yang lain. Bila mendengar lagu Bencinta pun boleh dianggap best, maka lagu-lagu lain dalam album ini lebih dari itu.

Personally, aku suka lagu Hanyut (both versi asal dan akustik). Lagu Semesta juga tidak kurang (yang juga mempunyai unsur-unsur lagu Hanyut). Superhero? Lagu rancak yang paling aku suka.

Tapi single yang selalu kedengaran di radio sekarang ini ialah Selamat Malam. Ada harapan masuk Juara Lagu (dan menang).

Kesimpulannya, tak rugi mendapatkan album ini, buah tangan bermutu dari Faizal Tahir dan Audi Mok.

Keep up the good work guys. You Rock!!!

Saturday, April 3, 2010

Assistant baru

1 April lalu aku dapat assistant baru, menggantikan assistant lama.

of course la assustant baru akan ganti yang lama (cit!!!). So far ok je kot cara dia kerja. kelakar sebab nampak kelam kabut. hehe... relax la. aku bukan jenis suka pressure assistant aku. ye la, mana taknya. assistant aku yang satu tu pulak kelam kabut bila aku tak bagi keje kat dia.

esok aku akan travel ngan dia ke Sabah untuk trip pertama dia selepas join unit aku ini. dengar cerita ini juga kali pertama dia ke sana. kan baik tu bos ngko ajak ko pi tempat yang belum ko pegi. bos lain ado??? hehehe...

just like my previous assistant jugak yang aku suruh gi obersi tu walaupun bos offer kat aku dulu. sebab aku dah janji akan hantar dia gi obersi untuk mesyuarat / training / seminar kalau dia masih bertugas dibawah aku. Alhamdulillah, Allah bagi kesempatan itu pada dia (walaupun aku rasa dia travel ke obersi lagi banyak kali dari aku pegi obersi). tapi janji tetap janji. dan sebagai bos aku dah tunaikan janji aku.

ni aku baru abis tolong kawan kenduri ni. letih tapi meneruskan jua perjuangan dalam God of War III. Ni ada pulak part dalam game tu yang aku tak lepas lak walaupun dah 30 kali ulang tayang. tensionnya!!!!!

ok la, mau sambung itu game.