Saturday, July 11, 2009

My heart and soul

Ingat tak minggu lepas aku kata adik-adik aku nak datang semenanjung?

ya, mereka dah datang, dan sudah pun balik kampung Rabu lepas. Sepanjang 5 hari diorang disini, tak banyak tempat yang kami pegi sebab time is very limited. Just sempat bawak diorang pegi KLCC, Aquaria dan Melaka (naik menara Taming Sari).

Baju raya semua dah beli jadi this year InsyaAllah beraya sakan la diorang dua. Aku sendiri pun tak beli lagi baju raya nih.

Apapun, aku dah rindu balik pada diorang.

(jantung hatiku sedang khusyuk tengok kekura buaya yang ada kat Aquaria KLCC)

Ice Age 3 - Dawn of the Dinosaur

KELAKAR GILA!!!!

Itu la yang aku rasa disepanjang aku menonton movie ni. Seluruh panggung pun gelak dari awal hingga akhir. Rasanya antara kesemua siri filem Ice Age ni, yang ni la yang paling kelakar sekali. Kalau korang nak release tension, tonton la filem ni.

Berbaloi-baloi!!!

Ayu OIAM (Inspirasi)


Aku dah seminggu dengan album Ayu Damit (OIAM) bertajuk Inspirasi.

apa yang boleh dikatakan, album ini memang bagus. Bukan la nak puji orang kampung sendiri tetapi lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini amat berbaloi untuk mendengarnya.

Album ini dimuatkan dengan 9 buah lagu, termasuk lagu Hanya di Mercu. Lagu pertama album ini, Inspirasi Abadi dijadikan salah satu lagu iklan kat TV (kalau tak silap aku). Lagu rancak, Ku Peluk Dunia lagu yang sangat chicky, sesuai dengan vokal Ayu yang tak berapa tinggi. Senarai lagu-lagu dalam album ini ialah:

Inspirasi Abadi
Ku Peluk Dunia
Hanya Di Mercu
Cinta dan hidup
Menjadi Ayu
Ku Miliki Abadi
Hanya Kita
Alam Asmara
Janji Kita

Oh ya, jangan la mengharap Ayu akan mempamerkan lagu yang bernada tinggi sebab tiada lagu yang semacam itu dalam album ni. Album ini mempamerkan suara Ayu yang biasa-biasa saja, secara jujurnya suara Ayu dalam album ini begitu 'jujur'. Takde la yang terover maknanya kalau dia nyanyi live pun tak semput (macam sesetengah penyanyi, dalam album punya la tinggi, nak nyanyi live tak sampai).

Aku suka lagu Hanya Kita yang berentak balada. Selain tu, lagu duet Janji Kita juga tidak menghampakan. tapi aku tak dapat cam suara penyanyi lelaki yang berduet dengan Ayu dalam lagu ini. Mungkin Nabil (Mentor).

OK la, bagi aku, album ini deserve 4 bintang untuk penyanyi baru sepertinya.

Semoga Ayu tetap sukses selalu.

Thursday, July 9, 2009

Tag oleh Jijix

OK la, selepas lama menghilangkan diri, baru muncul dan terus menjawab tag.

Actually very busy melayan kerenah adik-adik yang datang dari Sabah. Nanti la baru aku cerita pasal semua itu. Buat masa ini, kita konsentrat pasal menjawab blog:

1. Bekas kekasih saya adalah : -> sebenarnya tiada sebab saya masih setia pada yang satu...

2. Saya sedang mendengar :-> lagu dari Album Ayu Damit (pemenang 1 in a million musim kedua). Very the best!

3. Mungkin saya patut:-> berambus dari department yang sedang diduduki sekarang bagi mengelakkan masalah mental.

4. Saya suka :-> henfon baru... atau kalau orang bagi saya henfon baru (ini lagi suka!!!)

5.Sahabat-sahabat baik saya :-> selalu membuatkan saya pening kepala sebab dorang terlalu baik perangai!

6.Saya tak paham :-> kenapa la bos saya kekadang macam orang bengap.

7.Saya kehilangan :-> seorang assistant yang baik hati walaupun...

8.Ramai yang berkata :-> aku sombong, tetapi ADA AKU KESAH???

9.Makna nama saya :-> Brave Soldier. Macam ada persamaan pulak

10.Cinta itu adalah : -> satu perkataan yang banyak makna.
11.Di suatu tempat, seseorang sedang :-> menggodek-godek my henfon. jakun!
12.Saya akan cuba :-> untuk merajinkan diri yang telah semakin malas ini.
13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :-> infiniti...

14.Telefon bimbit saya :-> iPhone 3G, Samsung F480, Nokia N73, CSL... Coming soon is Blackberry and Acer. Terus boleh buka kedai enfon.

15.Bila saya terjaga dari tidur :-> saya terus bangun la.

16.Saya paling meluat apabila :-> ada orang yang eksen ndak bertempat.

17.Pesta/Parti adalah :-> time untuk berseronok (kononnya) tetapi diakhirnya berduka sebab abis duit.

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :-> seekor kucing. tetapi masalahnya selalu ditemui, bukan pernah ditemui.

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :-> 19 sebab pertama kali menjejakkan kaki ke Semenanjung (jakun lagi!!!)

20.Hari ini :-> saya sangat penat sebab banyak kerja.

21.Malam ini saya akan:-> tengok wayang.

22.Esok pula saya akan :-> kerja...kerja...kerja... (macam kau Jijix)

23.Saya betul-betul inginkan :-> sebuah kehidupan yang aman (sekarang ndak aman sebab banyak gangguan dari bos)

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :-> kononnya boleh berubah menjadi lebih ensem tetapi kekal seperti sedia kala sejak 30 tahun yang lalu.

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :-> Pusat membeli belah yang ada arked permainan. (sebenarnya tak perlu arked permainan sebab ada PSP)

26.Makanan Barat atau Jepun :-> Barat, sebab ada darah campuran barat (perasan!)

27.Bilik yang terang atau gelap:-> terang sebab saya suka keadaan yang cerah dan ceria.

28.Makanan segera adalah :-> makanan yang perlu dihabiskan dengan segera!

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?-> Thank you!

Owh! Begitu penat sekali menjawab tag. Semua yang membaca please kalau rajin jawab ini tag ya.

Friday, July 3, 2009

Tak sabar!!!!

Ye, tak sabar rasanya.

2 orang adik aku akan sampai sini malam ni. Yang bongsu dan second bongsu. Semua gara-gara abangnya ini yang sponsor tiket pergi balik. Kalau tak berterima kasih lagi aku tak tau la mau makan pelempang adik-adik aku ni.

Tapi, aku risau gak sebab ni la kali pertama diorang naik kapal terbang. Semalam dah bagi instruction dah apa nak buat, nak pi mana, dan segala bagai. Aku harap semua OK. Memang la diorang bukan budak kecik lagi tapi first time travel jauh dari rumah, especially dari Sabah. So, a bit worry gak.

Anyway, tak sabar jumpa diorang. Malangnya tak plan lagi nak pi jenjalan mana. Ya, petang ni mesti plan...

... it's Friday dan bayu hujung minggu telah bertiup kencang.

Cepat la jam 5.30 petang, aku mau pulang!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, July 1, 2009

Blues

Keadaan pejabat tidak seperti biasa.

Ya, mungkin sebab aku sudah menghantar e-mel pada bos-bos aku yang aku ada intention nak berpindah keluar. So far, none of the bosses call me for a discussion especially on this matter. Semuanya nampak monyok. Bukan hari ni je monyok. Selalu monyok dan kelam kabut. Semuanya nampak kelam kabut lagi hari ini. Ya, seperti selalu.

Semalam aku hantar member aku ke KLIA. Dan seperti biasa aku mau lekat kat kedai perfume itu untuk membeli wangian yang menjadi idaman kalbu. Last Sunday aku beli Dunhill Pursuit. Ya aku tau itu perfume lama tapi sebab ada promotion jadi aku beli. Lagipun baunya so sofistikated...

...and while kat KLIA semalam aku ke kedai Bonia lagi. this time aku cari sesuatu untuk diri aku sendiri. Ya, dompet yang aku pakai ni dah mula menampakkan benang-benang kasih. Dah nak koyak la tu. Aku sayang sangat dengan wallet aku yang sedia ada ni sebab aku beli dengan duit biasiswa pertama aku kat Universiti (abis la pecah tembelang pakai duit biasiswa beli dompet). Masa tu tahun 1997, jadi bayangkan betapa lama aku pakai dompet tu.

Dompet tu jugak la teman aku masa dalam utan untuk latihan tentera (bawak dompet pi hutan, apa motif???). Dompet tu jugak la teman aku masa aku lemas masa latihan rentas sungai dengan pelampung rumput kering. Dompet tu jugak la yang aku isi dengan duit gaji aku setiap bulan. Jenama Crocodile, memang worth beli dengan harga RM89.99 dulu. Dompet tu la dompet paling kecik yang ada kat kedai tu. Siap gaduh dengan member pasal berebut nak beli dompet tu.

Itu cerita lama, sekarang aku dah beli dompet baru. Tapi dompet baru tu dalam kotak lagi sebab hati masih tak nak berpisah dengan dompet lama. Biar la dompet baru duduk lama sikit dalam almari tu. Bila yang ada ni dah koyak rabak, baru aku beli. Ala, daddy aku pun ada habit yang sama. Dia masih setia dengan dompet yang dia pakai masa dia mula-mula kawen dulu. Dompet tu masih ada sampai sekarang...like father, like son.

Oh ya, lepas ke Bonia aku ke Body Shop. Saja tengok2 (kononnya...). Then, terberkenan pulak dengan perfume nih. Aqua Lily namanya. Since lama tak beli perfume kat Body Shop, terus la grab 1. Then beli sekali dengan shower gel dan shower bud (betul ke shower bud???? Sila rujuk gambar yang disertakan). Anyway, satu sebab lagi kenapa aku beli ialah sebab warnanya biru.


Then, malam aku baru balik dari Jusco Seremban 2. Beli majalah. Kat back cover issue, ada la dia bangkitkan benda-benda istimewa yang berlaku bulan Julai ni (besday ka???). Salah satu benda yang dirujuk ialah:

"birth flower of July is the Lakspur or the Water Lily"

Kebetulan kan!!! Patut la tergerak hati nak beli barang kat Body Shop. sekarang ni ligat pakai perfume Aqua lily tu walaupun nak tido. Mana tau mimpi malam ini adalah mimpi indah.

Semoga korang juga mimpi indah malam ini.

Selamat malam...

Kelawar

Di tepi tingkap pejabat aku ada sepohon pokok yang rendang.

Dan dah seminggu aku tengok seekor kelawar bertenggek kat pokok tu, tido. Ye la, dia biasanya kuar malam je untuk cari makan. Siang hari dia tido dengan kepalanya kat bawah dan kakinya bertenggek kat atas. Kekadang aku tertanya gak, nape dia duduk situ (i mean, tido situ) sedangkan banyak lagi tempat lain yang dia bole pi tido.

Then...

...baru aku terfikir. Falsafahnya, walaupun hidup ini tunggang terbalik, dunia akan tetap berputar ikut paksinya.

p/s: Moral of the story, jangan la terasa diri amat hebat sangat. Takde ko pun, keje tetap jalan.