Friday, October 31, 2008

Pernahkah???

Pernahkah anda pegi ke meeting yang mana di akhir meeting itu anda terasa amat penat, walaupun masa meeting tu anda sebenarnya tidak berlari, berjalan dan sebagainya kecuali duduk dan bercakap saja???

Ya, itu la yang berlaku hari ni. Aku terasa amat penat lepas meeting pagi tadi, penat kepala hotak aku memikirkannya, memikirkan kenapa la meeting ni dibuat at the first place, then kenapa la orang yang datang meeting ni macam tak prepare, kenapa la meeting ni menyusahkan aku (sekarang dan akan datang), kenapa la orang yang datang meeting ni tak menyatakan pendapatnya dalam meeting-meeting yang lepas-lepas sehingga isu terpaksa diulang beberapa kali????

Kenapa???

Kenapa???

Kenapa???

Kenapa la korang nak nyusahkan aku nih?????

HUARGH!!!!!

Wednesday, October 29, 2008

Jamuan raya kat ofis

Hari ni gumbira sikit la lepas kesyahduan melanda kerana kisah Savvior beberapa hari yang lalu (tak abis lagi ke???). Gumbira la sebab hari ni ada jamuan raya yang dibuat oleh rakan ofis-ofis sekalian. Banyak jugak la makanan yang dibeli. Aku jugak turut 'menyumbangkan' jugak la apa-apa yang patut. Berikut merupakan makanan-makanan dan pemakan-pemakan yang memeriahkan majlis makan pada hari ini...

(makanan-makanan yang dimakan...sebahagian saja sebab time ambik gambar ni, sumer dah kenyang and dah berambus)

(saki baki pemakan [yang jelas menerangkan maksudnya] yang masih lagi ingin memeriahkan majlis makan walaupun majlis dah tamat setengah jam yang lalu...siap mau tapau lagi tu...waseh!!!!)


(kek Classic Cheese yang di'sponsor'...masih belum dipotong sebab semua dah kekenyangan. At least selamat juga kek ni. Esok for sure kena bedal)

Fuh! Alhamdulillah kenyang. Gumbira la sikit hari ni sebab banyak makan. Cuma yang tak gumbiranya bila aku terpaksa masuk keje hari ni sebab ada meeting yang kena di attend walhal aku sah-sah cuti hari ni. Keji!

Udah, aku nak sambung buat keje nih. Esok bos kata dia mau berambus meeting kat luar, so ada report yang musti dihantar SEGERA!
Iyo la....iyo la... nak buat la nih....

Tuesday, October 28, 2008

Kesan calar Savvior

Masih lagi mengenai Savvior. Petang ni baru aku mendapat peluang untuk ambik gambar kesan calar tu. Nampaknya Savvior jadi bintang hari ni sebab asyik kena tenung je sepanjang jalan. Of course la disebabkan calar tu. Ini dia gambar-gambar kesan calar balar tu...cit!!!

(kesan calar pada pintu belah kanan)

(kesan calar pada pintu belah kiri, ada 3 garis)

(lagi kecederaan sebelah kanan, satu garisan panjang)


(last sekali bonet depan. Kalau perati betul-betul, ada macam bentuk topi atau huruf D... hmmm???)

Aku malas la nak layan lama-lama. Biar la macam tu. Aku cadang nak tampal stiker je tapi atas nasihat kengkawan, tak jadi pulak. Sebab calar tu perlu ditutup sebelum air masuk. kalau tak, berkarat nanti. Iye, mana ongkosnya???

Apapun, Savvior berjaya membawa aku pulang dengan selamat petang ni dengan keadaannya yang macam tu. Ye la, aku tak berapa sihat hari ni. Lemah-lemah sikit. Sekarang ni kan musim sakit. Cuaca tak menentu. Badan aku terasa panas dan lemah-lemah, kepala sakit sikit, pandangan pun a bit kabur. Aku rasa nak tido awal kot malam ni. Esok kena pi keje sebab ada benda penting yang nak kena settle. Ntah larat atau tidak.

Tima kasih la pada kengkawan yang bagi sokongan moral. Aku tau la keter aku ni comei dan murah je, kat pasaran melambak-lambak sebab orang tak nak beli, tapi ini la harta pertama aku hasil titik peluh aku (berpeluh ke???) keje selama 6 tahun ni. Kete ni jugak la yang bawak aku jenjalan ujung minggu, sampai Teluk Batik, Port Dickson, Gunung Ledang dan lain-lain.

Malas nak sambung citer...Selamat malam...

Monday, October 27, 2008

Savvior kena calar!!!

Sah Savvior kena calar!

Demmit! Demmit! Demmit!
(dipinjam dari tragedi ketam kena hempap bontot gigantic Jijix).

Nampaknya hampir tercapai hajat nak tukar kaler Savvior nih kepada warna lain. Tapi bajet pulak yang menjadi halangan buat masa ni. Mungkin nanti la kot. tayar dah ok, member tolong tambah angin, sepertinya menambah angin aku gak ni. Tapi nak buat macam mana, dah nak jadi. Saper-saper yang buat tu, takpe la. Aku tak ampunkan dosa korang. May ouls kena calar in hell pulak....Keji!!!

Esok la aku upload kecederaan Savvior. Takde mood nih... Selamat malam.

Update dari KKIA

Aku baru sampai Kota Kinabalu International Airport, transit ke KLIA. Jam 5 karang baru boarding. Sekarang ni aku tengah ngap 1901, duduk jauh sikit dari pax lain sebab nak privasi. Nasib baik ada Celcom Broadband (yang hanya berfungi di kawasan bukan pedalaman).

(makan Texas Ted dan air oren je yang mampu...kos RM8.80)

Macam biasa, kalau pegi airport, tak sah kalau tak pi kedai perfume. Ni satu lagi perfume yang aku memang dah lama aim ni. Adventure (Davidoff). Sedap gak baunya. Lagipun takde perfume warna oren. Tadi ada limited edition untuk ParLeauKenzo Ice. Memang nak beli sebab bau dia memang fresh and icy sikit. Tapi nanti la dulu. Kalau ada rezeki, bole beli.

Aku dah nak boarding ni. Cuma ada berita buruk sikit tadi. Savvior kena calar teruk. kalau ikut bukan budak yang buat sebab calarnya sampai nampak cat putih. 3 tayar kena pancit. Entah makhluk mana pulak yang sakit ati dengan aku ni. Macam biasa, aku takde la nak marah-marah. Nak buat macam mana, dah nak kena. Terpaksa la aku terima dengan redha. Nak kena cat baru kot si Savior ni.

Masalahnya, berapa lagi kau nak makan duit ni?????

Redha dalam ketensionan....

Sunday, October 26, 2008

Update dari kampung

Aku rasa aku nak update la blog yang lama sangat tak ber’update’ ni. (Lama ke 5 hari???). Bukan tak nak update, bole kalau nak. Tapi tau la line kat kawasan pedalaman ni memang tak berapanya nak bagus. Lembap. Tambahan pulak bila ujan. Aku rasa lebat lagi cucuran airmata aku menunggu line internet dari cucuran ujan yang lebat tu. Tapi takpa la, aku gagahkan jugak kesabaran menunggu line yang lembap ni untuk download apa-apa yang patut.

Perjalanan aku balik kampung tidaklah hanya bercuti tetapi diserikan lagi dengan meeting dan lawatan tapak projek. Dari Tawau ke Sandakan and balik ke Tawau semula naik kereta. Drive saja dah 5 jam. Jadi korang dapat la imagine how hectic the journey is. Tapi akhirnya dapat la jugak aku melaksanakan tugas-tugas yang patut aku buat dengan jayanya. Yey!!!

Pada 23 hari tu, adik aku dah selamat melahirkan anaknya yang ke-2. Lelaki. Tak bagi nama lagi rasanya. Apa payah bebenor nak bagi nama. Susah-susah panggil Boboi je. Wakakaka... Jadik kiranya aku mengambil masa yang tepat jugak la balik kampung. Berat bayi 3.75 kg. Nanti la kalau dah bole ambik gambar aku upload kan kat sini.

Semalam pulak mak aku ada buat makan-makan sikit. Panggil sedara mara yang dekat je makan malam kat umah. Jadik ramaila jugak orang kat umah aku semalam. Nasib baik uncle nya ada PSP. Jadi budak-budak tu takde la nak jadi macam kambing lepas kandang kat umah tu, walaupun tidak dinafikan ada jugak yang berperangai tak seberapa nak menyerupai orang. Hari ni aku plan nak lawat makcik-makcik dan sedara-sedara belah mak. Yang belah ayah jauh pulak. Jadi aku nak bersiap-siap ni.

Chow dulu...

Wednesday, October 22, 2008

Cuti

Aku mengambil keputusan untuk pulang bercuti, walaupun dalam tempoh ni memang banyak keje. Nak buat macam mana, aku dah janji dengan my parents yang aku akan balik dalam tempoh raya ni. Takkan balik bulan depan time raya deepavali. Mana-mana keje yang tak siap tu aku angkut bawak balik umah. Nak buat kat sini dan e-mel je nanti. Kang di kata aku ni tak bertanggungjawab la, apa la. Biasa la.

Sekarang ni aku masih kat airport lagi. Sebelum memasuki kawasan pedalaman, baik la aku update apa yang patut dulu. Nanti 1 minggu baru dapat update lagi kalau tak kuar mana-mana. Flight dari KLIA ke Kota Kinabalu agak ok, walaupun banyak gegar-gegar yang tak berundang sebab cuaca kurang baik. Flight dari Kota Kinabalu ke tawau pulak lagi worst. Aku dapat rasa kapal gterbang tu dok mengelak awan 4-5 kali. kejap naik, kejap turun, kejap ke kiri, kanan. Pas tu gegar-gegar lagi. takut gak aku. tapi alhamdulillah, selamat jugak tiba.

Perkara pertama yang aku buat ialah makan. Dari pagi tadi tak makan nasik. Lagipun kat sini walaupun makan kat airport, murah jugak la compare dengan KLIA atau KKIA. Tengah tunggu my cousin datang jemput. So, aku chow dulu. Malam karang baru cerita lagi, kalau ada line.

Wasalam...