Aku rasa la, hari ini adalah hari bloggers sekalian untuk merempit. Ye la, bagi yang takde net kat umah tu, masa ni la nak update blog yang dah bersawang tak ber'update' tu. Ada yang sampai 3 minggu tak update. Lain la kalau macam orang tu yang hari-hari nak update (adakah merujuk kepada aku jua???).
Memandangkan bos akan masuk dalam 30 minit lagi, sepertinya aku nak tuliskan sesuatu la pagi ni, saja nak menghilangkan geram di hati. Pagi ni saja dah 3 kali aku hampir eksiden. Apa taknya, pemandu kiri dan kanan, depan dan belakang memandu macam hanj**gs!!! Aku tau la masuk bulan Syawal ni, dosa-dosa lepas dah diampunkan. Tak kan nak top-up dosa baru kot? Kalau ye pun nak meninggal di awal Syawal yang mulia ini, jangan la bawak sekali orang yang nak idup lagi ni. Kalau ikut ko ke syurga tu takpe la jugak. Kalau ko kena sumbat kat neraka, saper nye nak ikut ko???
Apa pun, kepada yang baru sahaja membuka e-mel, blog dan surat-menyurat hari ini, selamat bekerja dan bekerja lah kita dengan hati yang riang, ceria dan gembira pada hari ni...
...selamat beramal!!! (Macam iklan radio pulak). Chow!!!
Mimi
2 years ago
3 comments:
sape la agaknya 'orang tu'????? huhuhu
erghhh bab pandu memandu ni mmg boleh buat kita jadi hulk!
Ju: adakah merujuk kepada diri sendiri???
Dd : jangan pulak ngko jadik ijau dalam keter tu. wakakaka...
Post a Comment