Aku mengambil keputusan untuk pulang bercuti, walaupun dalam tempoh ni memang banyak keje. Nak buat macam mana, aku dah janji dengan my parents yang aku akan balik dalam tempoh raya ni. Takkan balik bulan depan time raya deepavali. Mana-mana keje yang tak siap tu aku angkut bawak balik umah. Nak buat kat sini dan e-mel je nanti. Kang di kata aku ni tak bertanggungjawab la, apa la. Biasa la.
Sekarang ni aku masih kat airport lagi. Sebelum memasuki kawasan pedalaman, baik la aku update apa yang patut dulu. Nanti 1 minggu baru dapat update lagi kalau tak kuar mana-mana. Flight dari KLIA ke Kota Kinabalu agak ok, walaupun banyak gegar-gegar yang tak berundang sebab cuaca kurang baik. Flight dari Kota Kinabalu ke tawau pulak lagi worst. Aku dapat rasa kapal gterbang tu dok mengelak awan 4-5 kali. kejap naik, kejap turun, kejap ke kiri, kanan. Pas tu gegar-gegar lagi. takut gak aku. tapi alhamdulillah, selamat jugak tiba.
Perkara pertama yang aku buat ialah makan. Dari pagi tadi tak makan nasik. Lagipun kat sini walaupun makan kat airport, murah jugak la compare dengan KLIA atau KKIA. Tengah tunggu my cousin datang jemput. So, aku chow dulu. Malam karang baru cerita lagi, kalau ada line.
Wasalam...
Mimi
2 years ago
3 comments:
Gux... mo kirim belinju yang pedas tu dan keropok2 lain. Buleh la... buleh laa...
samat pegi n samat kembali k!
selamat bercuti...walaupun tidak mahu dianggap cuti raya deepavali...namun, harus diingatkan bhw hanya mereka yg menyambut deepavali sahaja yg bercuti skrg nie...adakah????? kuang3 :p
Post a Comment