Wednesday, October 29, 2008

Jamuan raya kat ofis

Hari ni gumbira sikit la lepas kesyahduan melanda kerana kisah Savvior beberapa hari yang lalu (tak abis lagi ke???). Gumbira la sebab hari ni ada jamuan raya yang dibuat oleh rakan ofis-ofis sekalian. Banyak jugak la makanan yang dibeli. Aku jugak turut 'menyumbangkan' jugak la apa-apa yang patut. Berikut merupakan makanan-makanan dan pemakan-pemakan yang memeriahkan majlis makan pada hari ini...

(makanan-makanan yang dimakan...sebahagian saja sebab time ambik gambar ni, sumer dah kenyang and dah berambus)

(saki baki pemakan [yang jelas menerangkan maksudnya] yang masih lagi ingin memeriahkan majlis makan walaupun majlis dah tamat setengah jam yang lalu...siap mau tapau lagi tu...waseh!!!!)


(kek Classic Cheese yang di'sponsor'...masih belum dipotong sebab semua dah kekenyangan. At least selamat juga kek ni. Esok for sure kena bedal)

Fuh! Alhamdulillah kenyang. Gumbira la sikit hari ni sebab banyak makan. Cuma yang tak gumbiranya bila aku terpaksa masuk keje hari ni sebab ada meeting yang kena di attend walhal aku sah-sah cuti hari ni. Keji!

Udah, aku nak sambung buat keje nih. Esok bos kata dia mau berambus meeting kat luar, so ada report yang musti dihantar SEGERA!
Iyo la....iyo la... nak buat la nih....

2 comments:

MamaIcha said...

dapnya kek ittew...mmg x sabar2 utk membedal...hahaha...

gambit said...

Sila lah ke pantri sekarang untuk menjamu minum pagi...wakakaka