Tuesday, October 28, 2008

Kesan calar Savvior

Masih lagi mengenai Savvior. Petang ni baru aku mendapat peluang untuk ambik gambar kesan calar tu. Nampaknya Savvior jadi bintang hari ni sebab asyik kena tenung je sepanjang jalan. Of course la disebabkan calar tu. Ini dia gambar-gambar kesan calar balar tu...cit!!!

(kesan calar pada pintu belah kanan)

(kesan calar pada pintu belah kiri, ada 3 garis)

(lagi kecederaan sebelah kanan, satu garisan panjang)


(last sekali bonet depan. Kalau perati betul-betul, ada macam bentuk topi atau huruf D... hmmm???)

Aku malas la nak layan lama-lama. Biar la macam tu. Aku cadang nak tampal stiker je tapi atas nasihat kengkawan, tak jadi pulak. Sebab calar tu perlu ditutup sebelum air masuk. kalau tak, berkarat nanti. Iye, mana ongkosnya???

Apapun, Savvior berjaya membawa aku pulang dengan selamat petang ni dengan keadaannya yang macam tu. Ye la, aku tak berapa sihat hari ni. Lemah-lemah sikit. Sekarang ni kan musim sakit. Cuaca tak menentu. Badan aku terasa panas dan lemah-lemah, kepala sakit sikit, pandangan pun a bit kabur. Aku rasa nak tido awal kot malam ni. Esok kena pi keje sebab ada benda penting yang nak kena settle. Ntah larat atau tidak.

Tima kasih la pada kengkawan yang bagi sokongan moral. Aku tau la keter aku ni comei dan murah je, kat pasaran melambak-lambak sebab orang tak nak beli, tapi ini la harta pertama aku hasil titik peluh aku (berpeluh ke???) keje selama 6 tahun ni. Kete ni jugak la yang bawak aku jenjalan ujung minggu, sampai Teluk Batik, Port Dickson, Gunung Ledang dan lain-lain.

Malas nak sambung citer...Selamat malam...

5 comments:

Kak M said...

Kesiannya keta ko kena calar... sapa yang dengki tu??? alif lam lam ha... x berkat hidup dia di atas muka bumi...

MamaIcha said...

mungkinkah 'D' si pencalar durjana...namun, siapakah 'D' ittew???????? keconfiusan melanda diri seketika...hahaha...

gambit said...

Hazel : Tengkiu la sebab memberikan sokongan moral. Redha dalam kesyahduan...huhu.

Ju : D si durjana itu harus la bukan D yang dikenali(yang turut menjadi rakan memeriahkan blog ini).

anaidrun said...

woi bukan aku woi..aku takde d tempat kejadian okeh. huhu.

atien, sakitnya ati aku tgk..nanti aku tangkap gambar kete aku..sampai skrg masih aku biarkan begitu (atas nasihat suamiku...kerana kesan calar yang lain atas perbuatan diriku sendiri huhu..dia kata sampai ilang skill menambah goresan baru dia nak cat kete).. :p

gambit said...

D : aku tau ko memang bukan suspek utama kes ini walaupun mempunyai sedikit persamaan nama dengan bahan bukti kes. Aku pun cadang nak cat kete lepas mamat tu kena tangkap. Masalahnya bile???? Hampeh!!!