Friday, October 10, 2008

Aku tak paham!!!

Memandu di pagi Jumaat ni memang mencabar minda dan iman. Ye la, hari ni la kalau nak tengok rakyat Malaysia memandu macam hari ni je last day dorang nak memandu. Dah hajat nak mampos hari Jumaat kot, ambik berkat la katakan.

Dan pada kebiasaannya jugak ,pagi Jumaat ni la yang aku gunakan nak melepaskan kegeraman dan kemarahan dan banyak lagi ke-an yang keji-keji belaka.

KENAPA RAKYAT MALAYSIA MEMANDU MACAM S*AL????

Ok la, pagi ni memang aku geram sangat dengan pemandu-pemandu yang memandu macam s*al, anj*ng, b*bi, b*ruk dan yang seangkatan dengannya. Aduh, kalau aku jadi puasa hari ni, dah kurus melidi la pahala aku. Sebelum korang mengutuk aku pulak sebab aku mencarut pagi ni, mari aku bagi situasi yang aku alami dari awal perjalanan dari rumah sampai ke ofis:

(i) Situasi 1 : Akak kereta merah yang tak toleh kiri kanan terus memasuki jalan dengan harapan orang bagi dia jalan dulu sebab dia ada intension nak masuk jalan tu (akak, ur intension menyebabkan orang tension!!!). Jadi aku terpaksalah horn kereta dia (not horny, ok). Akak tu pun tunduk malu, tersipu-sipu konon. Kalau ko terjunam dalam parit sebab ko asyik tunduk malu je lagi elok. BARU NAK MALU PULAK, BUAT SALAH TAK MALU PULAK!!!

(ii) Situasi 2 : Mamat Cina yang bawak kereta Satria laju gila b*bi. Time tu kereta aku dah pecut 120km/j and still increasing sebab nak potong kereta sebelah yang bawak slow macam nak mampos. First aku tengok kereta Satria tu dalam 500 meter lagi kat belakang aku, so sempat la aku nak overtake mamat depan aku ni. Kelipan mata kali kedua menunjukkan dia ada kat belakang aku dah, siap nyalakan lampu lagi suruh aku ke tepi. Ewah! Ewah! Ko ingat ko sorang je nak pakai jalan tu? Jadi aku dengan tidak rela hati terpaksa memecut Savvior aku yang kecik molek tu sampai hampir 140km/j. (Kalau kena saman, aku tuntut kat mamat Cina tu kat Akhirat nanti. Oh ya, at that time, dia dah masuk neraka kot kalau tak beriman). Tapi alhamdulillah, Savvior saves the day dengan tak mengalami apa-apa kecederaan sama ada tercabut tayar atau stereng. TAPI PLEASE, KALAU SUDA TERER NAK RACING, MASUK F1 LA!!!!

(iii) Situasi 3 : Akak yang membawak 60km/j di lane tengah, sambil ketawa-ketawa dengan jantan kat sebelah dia tu, dengan harapan kegembiraan dia dikongsi bersama dengan pemandu-pemandu lain yang sedang berbaris sebanyak at least 50 buah kereta kat belakang dia tu. Nak overtake tak leh sebab lori pun panjang berjela kat lane kiri and kat lane kanan pulak orang buat racing F1. Yo Bitch!!! Kalau 'game' ko malam tadi tak abis lagi, stay at home and do your part (or private part). Who cares!!! TAPI, JANGAN BIAR ORANG LAIN TAK GEMBIRA DISEBABKAN KO GEMBIRA, NYET!!!!

(iv) Situasi 4 : Akak yang tengah mencapai sesuatu kat seat kiri dia, memandu dengan sebelah tangan dan bawak 90km/j di jalan yang bengkang-bengkok. Kereta dia pun dan kejap ke kiri, kejap ke kanan, ke kiri lagi, kanan dengan harapan semua orang memahami masalah dia dalam kereta tu. Akak, kalau ye pun, parking la dulu kat tepi tu. Kalau ye pun your fake eyelashes terjatuh, TUNGGU LA SAMPAI OFIS DULU BARU CARIK!!!!

(v) Situasi 5 : A motorcyclist yang tengah sembang kat henfon and bawak slow-slow, berada pada tengah-tengah jalan, dengan harapan orang memahami yang dia sedang bersembang dan potong la kalau suka. Masalahnya, lane tu cuma satu je, macam mana nak potong dengan kereta kat sebelah lane yang memang berbaris panjang gak. BERENTI LA KAT TEPI KALAU NAK SEMBANG!!!!

(vi) Situasi 6 : Akak sorang ni pulak tak bagi signal nak masuk lane kiri, mungkin dia dah kudung agaknya (baik sangka). Meluru terus dari lane kanan ke kiri dalam setengah kelip mata. Tup! Tup! Dah ada depan aku. Ok la, aku terpaksa terima kenyataan yang dia dah ada depan aku. Kelipan mata yang kedua menunjukkan akak tu dah masuk ke lane ke-empat pulak (as usual tak signal sebab dia memang kudung kot). Orang kat belakang dia tu brek mengejut beberapa kali. Kalau ada yang heart attack, dah mampos dek akak tu. AKAK, LAIN KALI FIKIR DULU NAK PI MANA SEBELUM TUKAR POSISI!!!

Huh!!! Lega akhirnya. Bagi aku, aku tak kesah la kalau korang nak mati cepat kat jalan raya sebab statistik OPS SIKAP semalam dah turun, kan. Lagipun, hari ni hari Jumaat yang berkat. Kot-kot la kalau mati terus masuk syurga (kalau la masuk kan. Tapi dengan perangai macam tu, boleh ke???).

Kecoh pagi ni. Ilang mood nak buat keje. Nak minum jap sebelum mulakan keje pagi ini...Chow!!!

3 comments:

MamaIcha said...

rasanya dah tinggal tulang pahala puasa tue...:p

gambit said...

Tinggal kulit je. Kalau tulang tu, at least tebal la jugak. Ni dah nipis. Jadiknya, Allahummaa bariklana, fii maa rozaktana, waqina 'azaabannarrr....Amin...

MyMatahari said...

Haihhhhhhhhh.... ko naik bas seja la lain kali!

Aku masih teringat kereta volvo yang berkalender lumba kuda tu..