Pagi ni aku terima sms dari Mick yang akak sedara a.k.a Aunty Norliza (bini kepada Uncle Donald) meninggal dunia disebabkan strok. The moment aku terima sms tu, aku call mummy. Mummy kata dia tau dah. In fact, mummy yang jaga dia semasa kat hospital hari tu. Tapi memang tak dapat diselamatkan lagi sebab urat darah di bahagian kepala dah pecah. Sebelum tu, urat mata yang pecah. Sebab musabab, darah tinggi.
According to mummy, darah Aunty dah cecah 300++. Tambah mummy lagi, doktor memang bagi dia makan ubat, every month supply. Tapi dia tak makan ubat tu. Dia simpan sampai la dua hari lepas dia terjatuh lepas mandi subuh.
Yesterday aku terima call dari Kak Norizan (kakak dia) yang mintak nombor telefon Elly, anak Aunty Norliza and inform the daughter supaya balik kampung pasal mak dia sakit. Unfortunately, aku takde nombor dorang semua. Tapi masa call mummy tadi, mummy kata semua anak Aunty ada di rumah masa dia sakit.
So, itulah cerita hari ini. Aku pun bukannya rapat sangat dengan Aunty Norliza ni sebab dia keje jauh. Uncle Donald pun bukannya selalu ada kat area kampung. Aku lagi la pulak yang memang kat Semenanjung ni. Setahun sekali jumpa pun payah. Tapi, aku rasa kena buat beberapa perkara kot bila benda-benda macam ni berlaku:
(i) simpan nombor telefon sedara-sedara terdekat kita. mana la tau kalau-kalau makcik pakcik yang mintak tolong call orang tu, orang ni. Boleh gak kita bantu tolong call kan;
(ii) jangan terlalu kerap tukar nombor telefon. Aku bukannya takde nombor telefon Elly, nombor telefon abang dia aku ada. Tapi biasa la, selalu tukar-tukar, kononnya nak dapatkan nombor cantik. Last-last, orang nak contact susah pulak;
(iii) makan ubat bila doktor suruh, jangan simpan buat pekasam atau perhiasan. Memang la kalau nak meninggal tu, akan meninggal jugak. Tapi selagi ada daya dan usaha nak elak, kita masih boleh berusaha, kan;
(iv) ketahui simptom penyakit-penyakit yang anda hidapi (jika anda menghidap penyakit tertentu). Kalau anda ada high blood, duduk seketika bila terasa pening. Dikhuatiri terjatuh dan boleh menyebabkan strok. Simptom adalah warning awal, jadi ambik tindakan segera sebelum terlambat; dan
(v) yang paling penting, jaga kesihatan. Aku ni memang dah kena high blood jugak. Tapi dalam peringkat mild. Doktor bagi ubat hari tu pun aku tak makan sebab kalau masih peringkat mild ni, jangan biasakan sangat makan ubat. Jadi aku tak makan ubat la sebab aku tak nak terbiasa makan ubat, bukan sebab degil tak nak makan ubat. Yang penting jaga makan dan kesihatan. So, kena start joging.
Kali terakhir aku berjumpa dengan Aunty ialah 2 tahun lepas. Apapun, semoga roh Aunty dicucuri rahmat.
Al-Fatihah...
Mimi
2 years ago
2 comments:
Al-Fatihah...
Thanks Ju.
Post a Comment