Thursday, November 13, 2008

Perlu tak???

Perlu tak mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri di kala ini???

Rasanya macam tak perlu. Orang dah tak buat open house raya dah time-time macam ni. Raya Deepa pun tak buat dah.

Tapi department aku buat sambutan hari ni.

Boleh tak???

Macam keji rasanya buat time macam ni, macam tak peka dengan perkembangan semasa lak. Tapi macam mana, management dah decide. Lagipun makan free, takkan orang nak bangkang pulak. Dah orang sponsor tu, udah le. Jangan banyak soal.

Jadi aku rasa, perbuatan mengadakan sambutan raya ke, apa-apa perasaan dan perayaan makan macam ni, ikut je la. Yang penting perut kenyang. Tak banyak gambar yang diambil hari ni as aku pun busy makan-makan. Jadi ada la 2-3 keping yang sempat diambil...

(hiasan pintu masuk. bole tahan la...)

(Kolum yang menjadi kontroversi sebab harganya mahal. Sampai sekarang dok berkelahi dengan orang yang suggest benda ni pasal tak setuju dengan harganya)

(makanan kedua selepas mee goreng mamak. Ni makan roti bom dan rendang accompanied by a slice of lemang and ketupat. Cheese cake and tiramisu as well as dodol for desert.)

Makanan disediakan oleh D'Saji. Memang sedap, sepertimana perasaan sedap semasa di food testing dulu. Oh, lupa lak nak bagitau, tadi makan sate gak. Gambar sate tidak dapat ditunjukkan kerana telah berada dalam perut.

Ok la, bos dah cari dah ni. nanti dia terperasan pulak aku mem blog petang ni. Huargh!!!! kenyangnya, alhamdulillah. Cuaca yang mendung sebegini terlebih elok untuk tido.

Nanti la kalau ada berita yang menarik, baru dimasukkan lagi dalam entry yang selepas ni.

4 comments:

MamaIcha said...

byknya makan :p

luckily, tak pakai baju kurung melayu tu...kalo x, merasa la jadi boy band kat majlis tu tadi ** lari **

gambit said...

Harus la diingat bahawa menyediakan payung sebelum hujan adalah lebih baik dari mengubati. Mati la perumpamaan yang takde kena mengena. ***Pengsan kejap.

anaidrun said...

keji uolss..ni dh dkt raya haji.

gambit said...

Di, memang keji. Aku memprotes dengan tak nak pakai baju melayu. wakakaka....