Apakah itu???
Bagi makan kucing kegeraman aku (bukan kesayangan, sebab bukan aku punya kucing. ntah sapa punya kucing pun aku tak tau). Tapi aku dah bagi nama dah. Namanya Munyi.
Tiap-tiap pagi dan petang dia tunggu aku depan pintu umah. Jadi aku bagi la dia makan Friskies. Hari tu letak atas lantai, tapi dah upgrade makan dalam bowl pulak siap ada tempat minum lagi tu. Nanti upgrade pulak makan atas meja ngan aku, pas tu pakai sudu garpu segala, minum dalam cawan. banyak la kau punya upgrade.
Apapun, gembira juga tengok dia makan. Ambik 2-3 suap pas tu tengok aku. Bukan ucap terima kasih tu tapi takut kena bedal ngan aku sebab bising sangat pagi-pagi lagi dah nak mintak makan. Tak reti senyap pulak tu. Nanti jiran-jiran marah pulak.
Kurap dia kat tengkuk tu pun dah hilang dah. Bulu dia pun dah cantik sikit berbanding dulu. Kalau antar kat veterinar, mau mati doktor tu bagi preskripsi macam-macam. Mati jugak aku nak bayarnye. Bela kucing memang kegemaran aku sejak kecik-kecik dulu. Dulu bela kucing siam namanya Susila (nama anak jiran sebelah rumah) dan yang kucing tempatan lak namanya Janet (dah bagi nama baru perasan mak kata nama tu nama nenek moyang kitorang. Derhaka punya cicit).
Tapi takpa la, sekurang-kurangnya ada jugak yang menyambut aku balik dari keje, bukan bini tapi kucing.
2 comments:
just thinking...dalam byk2 nama, kenapa 'munyi' jadi pilihan???
upkan 'munyi' skittt...bagi pakai rantai yg ada loceng tue (mcm hanjeng2 yg haram ittew selalu pakai)...msti comel bila dia guling2 & bunyi2 tatkala menyambut kepulangan tuan terchenta...hahahaha...
Munyi adalah singkatan bagi munyit, sebab perangainya macam munyit. nak pakaikan rantai harus la tidak bersesuaian kerana kucing tu kucing jantan. wakakaka...
malam ni munyi tidak menyambut tuannya balik keje seperti selalu sebab malam Jumaat... pi dangdut la tu.
Post a Comment