Wednesday, November 19, 2008

WALL-E (movie)

Hari ni kali ke-3 aku layan movie ni. Citer kartun. Maknanya dalam masa 3 hari ni, aku dah layan citer ni setiap hari. Hebat sangat ke movie ni???

Bagi aku, ia movie biasa saja. jalan ceritanya biasa, sesuai untuk orang yang malas nak berfikir benda-benda berat macam aku nih. Tak payah la aku nak buat review citer nih sebab aku rasa ramai yang dah tengok, cuma VCD dan DVDnya baru release minggu lepas. Cukup la sekadar aku katakan ia mampu membuat aku terhibur, mampu membawa aku ke alam kanak-kanak semula, masa di mana tak perlu nak fikir pasal benda-benda yang berlaku kat ofis macam sekarang ni. Cukup sekadar ingin ke sekolah setiap pagi, balik petang pi main dan malamnya pulak makan dan tidor (and between that tengok citer kartun dan moero attack, gaban dan ultraman. Sori, tempat aku dulu takde TV3 jadi pilihan kartun tak banyak).

Sekarang ni, kena layan citer kartun kat ofis lak. Perangai orang macam kartun, badut dan macam-macam lagi. Ada yang nak tunjuk pandai (pandai bodek la, of course), tunjuk pangkat pun ada, tunjuk kuasa lagi banyak dan macam-macam lagi la. Kalau sekadar pandai menunjuk macam-macam tapi keje tak ke mana, baik tak payah jadi orang la. Jadi makhluq lain yang takde akal je la. At least kalau tak buat apa-apa, orang tau yang korang tu no-brainer!!!

Terlalu banyak insiden berlaku dalam minggu ni yang membuatkan aku tak berapa nak fokus dalam keje. (masalahnya buat keje ke???). Tapi aku mengambil pendekatan malas nak memikirkannya. Biar la berlalu dengan masa yang memintas bagai terlalu cepat. Esok dah Khamis, lusa dah Jumaat. Maknanya dah nak ujung minggu. And another trip lagi ke luar dari Seremban. Kali ni tak tau lagi ke mana. Kalau ada rezeki lebih, mau jalan-jalan dan bermalam di resort.

Duhai resah, pergi jauh dari diriku...

4 comments:

~ayoi~ said...

Anak aku hari2 dia layan Wall-E ni. Games utk NDS Lite dia pun suda beli sama a toys yg lain.

gambit said...

Bole tak kalau aku pecahkan rekod anak ko tengok VCD ni hari2? Hehehe... Nak jugak try games dia on PS kalu ada. Aci tak kalu tampal poster dia kat ofis? Mau kena kutuk kaw kaw punya. Wakakaka

Kak M said...

I didn't know u ada bakat melukis... I wish I had that talent... I nak sangat buat komik blue...

gambit said...

Hazel : Lazat skall cita-cita itu. Tak susah, pi MPH beli watercolor warna biru then start painting!!! Voila!!! Hehehe...