Saturday, December 13, 2008

Breakfast ku semalam

Semalam tak sempat nak buat entry pasal breakfast aku walaupun aku tau ia sesuatu yang amat penting untuk dimaklumkan kepada semua. Ni hah, aku punya breakfast pagi semalam. Nasik goreng cina, cendawan goreng dan sedikit daging masak kicap. Harganya ialah RM5.


APA??? RM5 ???


Sungguh aku tidak percaya tetapi itu la hakikatnya. Dan akak yang bagi aku harga tu sepertinya tidak menunjukkan apa-apa tanda bersalah di wajahnya tatkala menyebut harga makanan itu. Aku tak tau la sama ada korang rasa harga tu bernas atau tidak, korang nilai la sendiri dari gambar-gambar yang aku sertakan ni ya.


(pandangan sisi sebelah kiri)

(pandangan sisi sebelah kanan)

(Pandangan hadapan...tengok la nasik tu tak lebih pun dari separuh pembungkus)

(Pandangan atas - nasik tu dah la tak lebih dari separuh pembungkus, tak sampai setengah pulak tu. Daging tu pun secebis je)

Jadi, korang nilai la sendiri. Kalau breakfast banyak ni pun harganya dah macam lunch, bayangkan la kalau lunch punya harga berapa dia akan caj. So, aku tak lunch kat ofis pun semalam.

Jijix , tolong la opis kami ni yang telah menjadi mangsa pengkedai-pengkedai nih.


PLEASE HELP!!!!!

2 comments:

MyMatahari said...

Mengikut Akta-akta yang berkenaan, peniaga ini tiada melakukan kesilapan yang boleh disabitkan. Saudara Stien boleh mengambil tindakan dengan berpiket dihadapan kedai ini bersama sepanduk bermesej keji jika mahu atau mengadakan protes bogel.

Joke aside, my best advice is tell as many collegues as possible about this 'cekik darah' kedai... Word of mouth works like wonders!

gambit said...

masalahnya all the kedai is cekik darah. Nda sanggup aku mau berbogel di setiap kedai tu, takut kedai tu makin laku... wakakakaka...