Tuesday, January 13, 2009

Boring nak mampus!!!

Hari ni aku accompanied my boss pi buat lawatan keje, nengok projek yang dah siap tapi tak pakai. Ekceli bukan tak pakai tapi belum dapat pakai sebab banyak lagi isu yang belum diselesaikan.

Masa lawatan tu bos aku tanya itu dan ini, kononnya berminat. Then, bila ada yang tak kena je terus paling muka kat aku.

Ni projek u jaga dulu ni, kan??? Dia tanya aku.

Aku angguk je.

OK la. Memang projek tu aku yang jaga dulu. Jaga as per "jaga" sebab terpaksa jaga. Bukan la aku yang meluluskan projek tu, atau aku melutut kat mana-mana pak sinister nak projek tu dilaksanakan. Hatta tidak sekali-kali aku mendapat apa-apa habuan terhadap projek tu kerana aku hanya seorang pegawai awam yang naive tak tau aper... (chewah).

Aku boring gak pasal bos aku ni. Asyik-asyik bila ada problem macam ni (macam projek yang siap dibuat tapi tak bawak kesan pada orang), terus je nak salahkan orang. Dalam hal ni, aku la yang salah.

Hello, pakcik. Asyik-asyik kata bazir duit rakyat, buat projek tak viable, projek tidak membawak untuk la, itu la, ini la. And then yang paling keji sekali, paling muka kat aku. Apa kes???

Apa ko ingat aku yang luluskan projek tu? Ala, kalau ko ditempat aku, dapat ka ko berkata tidak kalau pak sinister dah beriya-iya nak projek tu. Ko pun mesti terkulat-kulat kan. Jangan la nak tunjuk pandai mengata itu ini sedangkan hakikatnya ko jugak la terlibat dalam pembaziran mahakarya duit rakyat tu.

Kekadang aku terfikir jugak la, keje gomen ni banyak menghabiskan sumber negara pada sesuatu yang tak betul. Buat projek grand fan mega nak mampus, pas tu hasilnya ntah ke mana. Pak sinister yang beriya lepas dari segala tanggungan, pegawai gomen jugak la yang kena cekup masuk lokap kalau ada kes pecah amanah. Kalau pegawai yang korup tu, elok gak dia masuk lokap. Tapi pada yang tak tau haper, macam kes aku nih, mesti la ngamuk bila bende tu tetiba jadik salah aku.

Sempena 6 tahun aku keje ni, terfikir gak nak merubah sesuatu yang tak betul yang berlaku sekarang. Tapi macam mana ya, kalau kebanyakannya memang tak betul. Sama ada aku kalah, atau aku kalah. Walaupun opsyen kekalahan tu tak patut difikirkan pada ketika ini kerana terlalu negatif, tapi terfikir jugak, "apa positifnya dalam kes semacam ini". Kalau dah majoriti tak betol, yang betol akan tersingkir tak berguna. Berakhir di lokap la jawabnya.

Namun, kalau perasaan positif yang betul-betul nak mengubah sesuatu, aku rasa ini adalah ketikanya. Mungkin belum sesuai, tetapi perlu jugak disemai.

Apapun, aku mohon supaya keje aku diberkati.... Amin.

2 comments:

salina said...

paragraph ke2 terakhir tu mmg betul..dilema jgk kalau dah the whole system tak betul..takkan kita yg terhegeh2 nak jadi superhero nak betulkan semua tu...tu la..rasanya kena ubah generasi pimpinan yg dulu..dah bersih baru kita blh ubah kan...

gambit said...

Hmm... masalahnya macam mana nak bersih kalau generasi sekarang ni pun dah mula macam generasi dulu. Harap dijauhkan dari menjadi sebahagian dari mereka... amin.