Wednesday, January 14, 2009

Gempar!!!

Berita tergempar yang baru diterima dari kengkawan. Sebenarnya takde la gempar sangat sebab aku dah tau lama dah pasal nih.

Dasar Baru Perkhidmatan Awam.

"Berhubung dengan urusan kenaikan pangkat ke Gred M48 terdapat dasar baru yang telah diputuskan oleh Ketua Perkhidmatan dan telah dilaksanakan oleh Bahagian Perkhidmatan iaitu pegawai perkhidmatan Gunasama perlu berkhidmat untuk tempoh sekurang-kurangnya 8 tahun untuk kenaikan pangkat ke Gred M48. Dasar baru ini melibatkan pegawai lantikan tahun 2001 dan seterusnya."

Bunyi macam hanjengs sangat, kan. Memang hanjengs pun. Kesian la pada sesiapa yang dah beli umah, kete mahal-mahal, utang terlebih lebih, menjaja dah naik pangkat terlebih-lebih. Jadi, semuanya kena demoted.

Jadi, apa la gunanya PTK selama ini yang menyebabkan semua orang kelam kabut nak lulus cepat-cepat and naik pangkat cepat-cepat.

Aku rasa kalau benda ni hanya melibatkan golongan gunasama, mesti yang tak puas atinya ialah golongan yang bukan guna sama sampai isu ni dibuat. Apa la masalah korang ni??? Tak senang tengok orang senang. Yang bebalnya sapa lagi, orang yang buat keputusan ni la. Dengan ekonomi yang merudum ni, harus la 48 sekalian bangkit untuk menuntut penjelasan. Tapi hanya 48 yang dah kompom la. Yang just tak lulus lagi tu, tak guna also u oll meraung. Hakikinya masih 44 gitu.

Harus ka di gembar-gemburkan kepada kengkawan yang lainnya?????

Lu pikir la sendiri untuk diri sendiri dan kengkawan.

HUARGH!!!! SEDEH!!!! SEDEH!!!!

4 comments:

Kak M said...

adakah sesiapa yg dah confirm 48 akan ditarik balik surat confirm nyer untuk diturunkan balik ke M44?

gambit said...

Mendengar hujah Pegawai Khas Menteri Berambut Merah, penarikan confirmation tak mungkin berlaku... tapi tak tau la kalau JPA lembap nak mampus, maybe berlaku.

Kak M said...

kalo nak tarik balik confirmation tu tarik la sekarang... aku x kisah... so x yah la aku apply wat master tahun nie...

UrbAnWiTch said...

aku rasa takkan di tarik balik, sbb sebelum ni pon, JPA tak pernah tarik balik, rimas aku dgr mende2 ni...

knp astik tukar2 dasar ni? they are dealing with humans and lives here, not pieces of draft papers.