Sunday, January 11, 2009

Versace and Dior

Apa la tahun baru kalau tidak ber-perfume baru.

Baru-baru ini mengadakan kunjungan mengejut ke Pulau Pinang sempena arahan management untuk menyelesaikan masalah satu projek bermasalah kat sana. As usual, aku memang amat malas untuk melangkahkan kaki ke airport. Why? Sebab aku akan bertembung dengan kedai-kedai perfume yang berada di sepanjang perjalanan dan sejauh mata memandang.

Di KLIA, ala-ala terpesona dengan iklan Hilfiger yang mempromosikan haruman barunya, aku memberanikan diri untuk mendekati salesgirl (walaupun salesgirl tu yang mendekati terlebih dahulu). So, aku tanya la perfume Hilfiger yang baru itu dan ada la tengah promo kat situ. Bila aku tanya apa free gift yang dia bagi, as usuala also, dia bagi pouch, unfortunate for me coz it's for ladies. Suddenly dia promote pada aku this perfume; Dior Homme Sport. Sekali spray, baunya macam Chanel Sport Blanche Edition. Tapi lebih lembut compare to Chanel. Wanginya agak sama, oriental (bauan buah citrus, limau la tu). Since botolnya adalah cantik, aku grab satu. Then kat kaunter minah tu bagi tester JPG dan Issey Miyaki.


Cumanya aku tak berapa nak paham kenapa bila edisi Sport je, semua bau limau, ala-ala bau buah-buahan masam. Adakah di associate dengan bauan masam ketika berpeluh??? Oh tidak! Harus di pakai ketika mau tidur sahaja, kot-kot mimpi bersukan mewakili negara dalam Sukan Olimpik atau bermimpi jogging di kawasan Tasik Putrajaya.

Itu cerita semasa di KLIA.

Then, balik dari Penang, aku singgah lagi kat kedai Eraman tu untuk jenguk-jenguk perfume gak. Biasa la, aku bertanyakan apa lagi perfume yang ada kat situ just in case ada lagi perfume baru yang tak sampai di KLIA. Memandangkan this lady selalu mempromosikan perfume tiap kali aku ke kedai tu and dia tau aku ni minat gak kat miniature, terus dia promote miniature dulu sebelum promote perfume tu. Keji...
Miniature yang dia bagi is Banana Republik, Slate (which i bought the 100ml perfume few months back). Perfume yang aku mesti beli just to get that miniature is the latest Versace. Baunya sama dan hampir serupa dengan Versace versi sebelum ini yang juga berwarna biru tapi this one a little softer in term of smell and more beautiful in term of packaging. Unfortunately dia hanya jual 30ml berkembar dalam satu kotak, in short, 2 botol dalam satu harga. Ah! Usah di gusarin harganya kalau ati telah berkenan. Jadi di ambik jugak walaupun pada paginya telah membeli Dior.


Jadi, kepulangan dari Penang telah ditemani dengan 2 perfume baru. Perfect sebagai pembukaan tahun baru.

Then, sebagai langkah memboikot produk Amerika dan Israel yang telah dilancarkan baru-baru ini, harus la perfume itu adalah perfume terakhir dibeli untuk kali ini. Sehingga berjumpa di KLIA untuk shopping perfume lagi, adios, wa chow dulu.

2 comments:

Kak M said...

seronoknya ada orang belikan perfume... beruntung ko stien...

siapa yang bermimpi jogging di Tasik Putrajaya itteww? Aku kah?

So nampaknya lepas nie kena pakai perfume Silkygirl jer la uol? dah masing2 sibuk nak boycott produk amerika katanya...

gambit said...

Hazel : Harus la ketika makan cili, pedas itu kena kat mulut sendiri. hiks..hiks...

Apa??? Perfume Silkygirl??? Oh tidak!!!!