5. Invite six friends to join the challenge.
Sunday, February 22, 2009
Menjawab Tag D
5. Invite six friends to join the challenge.
MPK
Hari jumaat lepas, aku dikejutkan oleh bos supaya hadir bengkel nih. Mananya tak terkejut bila keputusan suruh aku pegi tu dibuat jam 3.30 petang. Masam tu aku dah la tak bawak baju semua bagai, jadi aku terpaksa balik rumah untuk packing barang-barang.
Pada masa yang sama banyak pulak yang nak di settle kat opis tuh. nak tak nak, aku rush home jam 5.30 petang. Sampai umah, packing apa yang patut dan bergerak ke Shah Alam, tempat bengkel. Dah la aku tak familiar dengan tempat tu, tapi terpaksa jugak la redah. Alhamdulillah, tak sesat. Tepat jam 8.30 malam, aku sampai kat hotel. masa tu, belum lagi sesi bergambar. Huh! Nasib baik sempat.
Then, bermula episod bengkel yang penuh dengan keje-keje melambak-lambak tu. Nasib baik my group so supportive, so kumpulan kitorang pun dapat siapkan keje-keje dengan segera dan membentang dengan segera. Dan relax dengan segera...hehehe.
Cumanya bila bos mintak MPK tu disiapkan dalam tempoh 1 bulan, semua peserta yang tengah dalam mood gembira nak balik terus jadi monyok. Aku rasa la, disebabkan monyok tu la, bila aku sampai ke rumah je terus tido.....
Memandangkan aku akan ada meeting kat luar esok, jadi aku perlu rehat yang lebih. malam ni aku cuba nak tido awal. Sebelum tu, nak jawab la tag yang dikirim oleh member bloggers sekalian.
Friday, February 20, 2009
Auto Spelling Correction
Memandangkan notebook aku ni di install dengan auto spelling correction, mula la ejaan dalam e-mel aku tu bertunggang terbalik. So, yang jadik ceritanya, perkataan 'datang' jadi 'dating'. Aku lak tak check sebelum anta e-mel tu (bengong sendiri). Dan akibatnya.....
Eh! Tau pulak ye... Terima kasih la yang prihatin tu. Tapi elok kalau bila dah e-mel pada aku, c.c. pada semua orang supaya yang lain tak terlebih prihatin nak hantar pembetulan pada aku jugak. Pagi ni je berjela-jela e-mel aku terima suruh aku buat pembetulan.
Ok la, moral of the story, check spelling dulu sebelum anta e-mel kat orang. Tapi kalau semua orang ingin betul-betul perkataan itu dating, mau berapa banyak orang mau dating sama gua????
Sunday, February 15, 2009
Broadband problem
Geram! Geram! Geram!!!
Dah la tu, kalau nak upload gambar dalam blog ni, dia tak muncul-muncul. Letih menunggu. Ini sepertinya harus dilaporkan kepada KPDHNHEP. Gitix, kau better have good explainations in this. Nanti aku komplen sama kau punya menteri. Hahahaha!!!!!
Hari ini aku hanya kat rumah saja. Membersihkan rumah yang dah lama tak mop. Memandangkan broadband buat hal, so tak dapatlah aku nak uploadkan gambar-gambar yang sepatutnya kat sini.
Minggu lepas, opis aku menganjurkan hariderma darah. Sebagai penganjur, risau gak kalau program tu tak mendapat sambutan. Tapi alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik dan Pusat Darah Negara agak berpuas hati dengan jumlah penderma yang datang. Diluar dari diorang punya sasaran.
Cuma yang tak bestnya, pagi tu big boss suda naik angin sebab program lambat bermula. Asyik-asyik tanya aku mana audience. Suruh aku buat announcement. Aku tak tau la berapa kali orang dah announce tapi biasa la orang kat opis aku ni. Selagi tak dapat 'ugutan', maunya tak nak turun ke dewan. Nak tak nak, terpaksa la aku yang buat announcement dan ramai jugak la orang-orangan yang turun lepas tu.
Itu cerita Jumaat lepas, sudah tidak mau dikenang. Apapun, akan mengkonsentrat dengan program yang satu ini lagi iaitu AGM-Annual General Meeting. Kali ni, mesti kaw-kaw kena bantai dengan ahli. Ah, pedulikan aje la. Kalau mau dilayan semua sekali pertanyaan-pertanyaan yang tidak membawak paedah itu, mesti la tidak terbuat kerja semua sekali. Mana mau buat kerja opis (yang wajib), ini la pulak keje Kelab (yang hanya harus). Apapun, tunggu la perkembangan AGM tu dalam 2 minggu lagi ni. Kalau rajin, aku masukkan soalan-soalan kontroversi dan jawapab kontroversi jugak.
Sudah, aku mau minum petang ni. Selamat menghabiskan ujung minggu dan selamat bekerja (esok)...
Thursday, February 12, 2009
Terkandas di KLIA
Bila aku dah sampai kat KLIA ni, baru la aku mendapat tau yang flight aku jam 4 pagi ke KK dibatalkan. Keji yang amat!!!
Punya la semalam aku balik awal dari ofis semata-mata nak tido awal. Tido awal, jam 10 malam sebab jam 1 pagi aku kena bangun and bersiap ke KLIA. Drive pulak tu sorang-sorang ke KLIA dalam malam buta macam tu. Bila dah sampai sini, berita kurang menarik la pulak yang aku terima.
Luckily aku tak berapa bad mood pagi ni sebab aku dah semacam mengagak yang flight ni akan cancel. So, orang kat check-in counter tu takde la kena maki hamun ngan aku pepagi ni. Apa yang aku dapat sempena flight cancel ni??? KUPON SARAPAN PAGI SEBANYAK RM15.
Yang paling penting sekali, aku terlepas meeting jam 9.30 pagi ni sebab aku sampai dalam jam 10.15 pagi. Masuk meeting je nanti mesti semuanya dah wrap up isu-isu yang dibincangkan. Tapi takkan la aku tak nak pi pulak, kan. Apapun, aku kena gak pi meeting tu ni matter what. Lagipun chairmannya aku. Jadi, dorang terpaksa tunggu. Muahahahaha....
Kenapa aku tak ambik flight sehari sebelum??? SEBAB AKU BANYAK KEJE, FAHAM!!!
Sehari aku tak masuk ofis, melambak la surat-surat atas meja tu. Huh!!!
Apapun, aku masih kat KLIA, menunggu flight jam 7.30 pagi ni. Kalau gap antara flight tu dalam 1 jam, gagah lagi la aku nak menunggu. Ini gap antara flight is 3 jam setengah. Ditemani Windy dan PSP, aku menghabiskan masa kat KLIA. Anyway, WiFi kat KLIA ni free so enjoy the surf.
Pada korang semua, selamat pagi!!!
Monday, February 9, 2009
Final Fantasy VII-Crisis Core (PSP)
Saturday, February 7, 2009
Ada yang rindu
Rindu katanya. Dia tanya aku bila aku nak balik kampung. Aku jawab nanti la bila aku cuti panjang, then aku akan balik. Last sekali aku jumpa dia masa dia melahirkan anak keduanya, kebetulan pulak aku ada lawatan kerja kat sana. Dia sepatutnya melahirkan anaknya seminggu dari tarikh tu. Tapi dah rezeki dia, dia lahirkan anaknya tatkala aku ada di sana.
Ya la, memang dah lama jugak aku tak balik. Rasanya dah 6 bulan. Nak balik dalam keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan ini agak payah jugak. Tengok la keadaan macam mana. Rindu tu memang la rindu, tapi dah jadi tanggungjawab aku untuk terus ada disini. Insya Allah kalau ada rezeki lebih, nanti aku akan balik.
Tahun ini aku harap aku dapat balik berhari raya di kampung, sebab aku dah miss beraya kat kampung tahun lepas. Tahun ini aku mahu pulang...
Rindu... rindu lagi...
Award ke nih???
Dan ini pulak 4 penerima award ini:
1. Hazel (pengelola Rancangan JJCM-MB dan Kualah). Rancangan makanan terbest.
2. Faruqy (blog paling lembap nak di update. Ni dapat award ni mesti update blog, faham???)
3. Acap (ni pun satu malas nak update blog... but with good excuses. Tapi dah dapat award ni, update cepat!!!)
4. Di (ni pun lama tak update nih. Bertindak segera!!!)
Kepada penerima sekalian, selamat update blog.
Menjawab Tag Hazel
Soalan tag:
Please copy the following rules in your post (as usual)
1. You have to point out 5 romantic movies that you would love to share with your loved ones.
2. It doesn’t have to be in order.. as long as you love the movies, it will be fine.
3. You have to tag another 5 person to answer this tag.
Lebih kepada cerita peperangan. Tetapi tetap romantik bagi aku (biasa la, jiwa askar...).
Sebuah cerita kartun. Rasanya semua familiar dengan movie ni. Antara semua movie kartun yang ada, aku rasa yang ini paling romantik. Romantik ka???
Ok la. Pening kepala aku nak jawab tag ni. Soalannya senang je, tapi susah nak jawab. Macam soalan PTK lak. 5 orang yang aku nak tag ialah:
1. Mamawafiy
2. Juju
3. Mel stacy Lola (kalu dia baca blog ni)
4. Green malay (aku tau ko tak romantik tapi jawab jugak)
5. faruqy
Selamat menjawab...
Thursday, February 5, 2009
Moth... melukis lagi
(lukisan oleh Gambit)
Masih memerlukan banyak penambahbaikan dan lebih fokus.
Wednesday, February 4, 2009
Terapi terbaik
Yang di temuramah tu adalah kanak-kanak mangsa pencerobohan Israel ke atas Palestin. Semasa temuramah tu, soalan terakhir yang diutarakan oleh penemuramah itu ialah 'apakah perasaannya semasa menghadapi ancaman bom dan peluru dari askar Israel?'
Kanak-kanak itu lalu menjawab:
Cukuplah Allah sebagai pelindung.
Bila mendengar jawapan kanak-kanak itu, terasa seperti seluruh masalah, ketakutan, kegusaran dan gundah gulana yang ada dalam kepala otak aku ni luluh.
Bayangkan kanak-kanak yang setiap harinya dihujani dengan bom dan peluru yang sekelip mata boleh meragut nyawanya mempunyai fikiran sedemikian. Sedangkan aku yang hanya dihujani dengan masalah-masalah remeh sebegini begitu gusar untuk menentukan di mana kedudukan aku di pejabat tidak dapat terfikir sehingga ke tahap itu.
Aku tertanya sendiri, apabila menghadapi masalah, apa perkara pertama yang ada dalam kepala otak aku ni? Mungkin penyataan di atas tidak terlintas langsung dalam fikiran, atau hanya terlintas setelah kita memikirkan apa akan jadi pada kedudukan diri sendiri di pejabat, tetapi tidak memikirkan untuk meminta pertolongan dari Allah, dan menjadikan-Nya sebagai pelindung.
Rasanya mulai saat ini, semua itu perlu berubah.
Sesungguhnya aku telah menemui terapi terbaik hari ini.
Semoga Allah tetap melindungi aku dalam perjalanan ini... Amin.
Red Delicious by DKNY
Aku malas dibuatnya...
Kecoh sikit sebab ada perkara yang kononnya tak settle sebab aku tak ambik tindakan. Aku tak paham apa yang sebenarnya yang aku tak buat. Katanya sebab aku tak cari orang tu menyebabkan orang tu tak dapat buat surat tu on time.
Oh, terkedu aku mendengarnya.
Apa hal pulak aku yang kena kejar orang tu and paksa dia sign surat tu time tu jugak??? Dah la hari tu aku yang kena jaga parking, kali ni kerja aku ialah kejar orang pulak untuk tandatangan.
Benci! Benci! Benci!
Dah la tu, aku pulak kena bagi penjelasan kenapa aku tak cari orang yang nak sign surat tu. Itu pun mau penjelasan pulak. Apa keje aku kat opis ni kejar orang dan buat penjelasan atas kesalahan orang ke??? Hilang akal dah orang-orang kat department ni???
Beringat la sikit. Bukan kerja aku nak kejar-kejar orang tak tentu pasal. Kalau dia tak nak sign, apa yang aku boleh buat. Ko nak suruh aku paksa dia sign, atau sujud depan dia nak sign. Banyak chantek muke ko.
Aku tak tau la apa sebenarnya kesilapan korang yang korang nak sembunyikan. Bagi aku, kalau dah bangkai b*bi sebesar gajah, manakan dapat ditutup dengan tapak tangan. Sebelum korang jadi b*bi, elok la korang bertaubat.
Aku tak ampunkan dosa korang sampai akhirat baru korang tau!!!
Semalam
Dalam jam 6.30 petang. Itu kira lambat ka??? Ya la, at this age, jam 5.30 petang pun kira lambat. Lunch jam 6.00 petang bcoz ada discussion. Huh!!!
Dalam perjalanan balik, aku terasa amat mengantuk. Amat tidak tertahan. Beberapa kali aku terhuyung-hayang kat jalan raya. Nak ilangkan rasa mengantuk, aku:
(i) kuatkan lagu Faizal Tahir;
(ii) nyanyi kuat-kuat;
(iii) minum 100 plus; dan
(iv) bawak slow-slow.
Tapi semua sepertinya tidak berkesan. Aku masih ngantuk lagi. Dah la semalam aku ikut jalan kampung, tak nak ikut highway sebab orang kat highway bawak kereta macam cilakak. Still, ia tidak membantu mengurangkan ngantuk aku nih.
Sampai rumah je, after off engine kereta, aku tido dalam kereta. Letih!!! Letih!! Letih!!!
Nasib baik dalam 5 minit macam tu member aku call. Kalau tak, harus la aku keras dalam kereta tu sebab keracunan karbon dioksida. Naik umah, solat Maghrib and tido lagi. Bila aku bukak mata, dah jam 10 malam. Dengan perasaan mengantuk tu jugak aku pi shower, still, rasa mengantuk tak ilang lagi. Lepas dinner, aku tido semula. Jam 12.30 malam, aku bangkit untuk solat Isyak and then tido semula. Pagi tadi, jam 5.30 pagi aku dah terjaga.
Aku tak tau kenapa semalam aku terasa amat mengantuk. Stress???? Mungkin kot.
Jadi hari ini aku harap aku dapat kurangkan stress tu sungguhpun keje kat opis ni makin hari makin banyak.
HUARGH!!!!!!! (geram...geram...geram...)
Monday, February 2, 2009
Jemputan
http://palapesusm.ning.com/
Pada korang yang nak jenguk-jenguk kat situ, silakan lah. Bagi aku, mungkin semua tu dah berlalu. Yang ada hanya kenangan yang tak dapat dilupakan sampai bila-bila. Pada skuad lama, terima kasih atas sokongan kalian sehingga aku mampu ditauliahkan.
(sekadar gambar hiasan)
Siapa suruh masuk tentera
kalau tahu itu penyakit
lebih baik duduk di kampung
tanam ubi dan tanam jagung
Cuti
Tapi banyak jugak mahkluk-makhluk yang menelefon tanya itu dan ini. Well, aku tak salahkan dorang sebab dorang pun bukannya tau pun ada cuti Hari Wilayah ni. Perlukah tau???
Hari ini aku bercuti gak. Malas aku nak ke ofis walaupun ada yang menjemput. Hahahaha.... kononnya aku nak tengok wayang, kegemaranku di kala aku takde apa yang nak buat. Unfortunately, movie yang ada semua macam celaka. 3 dari 4 movie yang sedang ditayangkan merupakan movie cina. Hanya 1 movie melayu iaitu Maut, tapi tayangannya jam 5.30 petang. Masa tu aku dah nak balik tido dah baru nak tayangkan citer melayu.
Jadi aku hanya jenjalan dengan Savvior, melayan CD Faizal Tahir dan Estranged (baru beli tadi, beli semata-mata ada lagu Yang Pernah). And beli 1 CD penyanyi baru nama Mahadhir (sungguh tak komersil langsung, kome-sial ada la). Kalau setakat nak jual nama James Baum dan Zain Ruffedge dan Dina and Ahli Fiqir, tak payah la buat album. Aku beli pun sebab James Baum dan Dina ada, tapi sorry la, nyesal lagi banyak dari tak nyesal.
Sempat jugak aku mentelaah draf minit yang assistant aku buat. Sampai page ke-3 je aku jadi pening, mual-mual, sengal lagi banyak. Aku faham apa yang nak dia sampaikan tapi draf tu not my taste. Kalau dapat kat boss lama aku, sure dia mati time tu jugak. Teruk sangat kah draf dia??? Hehehe... ekceli takde la teruk sangat. Sedang elok, aku je yang lebih-lebih, tunjuk pandai konon. Hahahaha... (apa dah jadi dengan aku nih??? Stress ke???).
Kala ni aku jugak melayan VCD Karaoke Samsons... kalernya warna merah. Bukan album baru ya tapi karaoke. Diambil sempena lagu-lagu di album ke-2 nya iaitu Penantian Hidup. Lagu-lagu seperti Kisah Tak Sempurna, Luluh, Perbedaan dan macam-macam lagi. Walaupun Savvior gue masih ngak ada itu VCD player, tapi CD Album Samsons ini aku jugak ada dalam kereta. Peneman aku melalak on the way balik keje. Ilang stress!!!!!
(mau pinjam ka????)
Esok aku tak tau lagi la mau menggelepur rasanya pulun keje-keje opis nih. Ada diskusi la, itu la, ini la. Tau la bos aku tu yang tak senang duduk. Kalau kena jaga parking lagi, mau je aku balik rumah time tu atas alasan nak bagi parking lot aku kat orang yang datang meeting. Aci tak buat macam tu??? Kalau tak pun aku offer diri aku pi jemput orang yang datang meeting tu atas alasan supaya aku tak perlu carikan parking untuk dia. Ada driver datang ambik la katakan.
Waduh, udah banyak merapu ni. Adakah aku memang stress???? Hmm... aku rasa aku kena banyak berehat. Nampaknya cuti 3 hari ni tak cukup untuk aku rehat. Mungkin aku kena letak je dokumen-dokumen keje kat opis, tak payah bawak balik umah time-time cuti ni. Buat nyesak mata je. (Hek eleh... sendiri yang bawak balik. Padan muka aku). Aku harap aku dapat tido yang berkualiti malam ni supaya tidak mengganggu keje aku esok. Harus ka aku tido sekarang nih???
WAJIB!!!
Gud nite uol. Esok kita bicara lagi... Salam.
Sunday, February 1, 2009
Hari Wilayah
Hari Ahad macam ni macam malas lak nak pi mana-mana, walhal dalam hati memang mau jalan-jalan. Masalahnya fulus nya nggak membenarkan. Kalau jalan-jalan pun setakat nak pi makan and makan saja. Beli-beli barang tidak diizinkan pada masa ini. Mau basoh kereta pun macam malas sebab cuaca dok mendung je nih.
Nak nonton DVD? Atau DVD nonton aku? Urgh!!!
Keje opis melambak-ambak bawak balik ni coz tomorrow is public holiday. Rasanya macam nak buat keje ofis hari ini and spend the rest of the holiday tomorrow watching movies. Sounds great. But still, program hari ni masih lagi belum di plan and keboringan yang teramat ni memang mengganggu jiwa.
Merapu je kan entry hari ni? Ntah la, mungkin sebab aku lapar kot. Kebiasaannya bila dah merapu-rapu macam ni, itu tandanya lapar. Aku terasa badan aku ni macam ringan dah. Belum timbang lagi. Last time dalam 70kg, hap lagi la nak timbang. Chikeding je aku sekarang ni. Banyak berfikir kot. pasal apa ya??? Aku sendiri pun tak tau.
Ok la, kalau ada entry yang hebat-hebat gitu baru la aku masukkan lagi. Hopefully i good entry before today ends. It's hard to post a new one, especially when you have nothing interesting in mind, only piles of junk which need to be eliminated.
Have a good day, folks. Peace...