Tapi banyak jugak mahkluk-makhluk yang menelefon tanya itu dan ini. Well, aku tak salahkan dorang sebab dorang pun bukannya tau pun ada cuti Hari Wilayah ni. Perlukah tau???
Hari ini aku bercuti gak. Malas aku nak ke ofis walaupun ada yang menjemput. Hahahaha.... kononnya aku nak tengok wayang, kegemaranku di kala aku takde apa yang nak buat. Unfortunately, movie yang ada semua macam celaka. 3 dari 4 movie yang sedang ditayangkan merupakan movie cina. Hanya 1 movie melayu iaitu Maut, tapi tayangannya jam 5.30 petang. Masa tu aku dah nak balik tido dah baru nak tayangkan citer melayu.
Jadi aku hanya jenjalan dengan Savvior, melayan CD Faizal Tahir dan Estranged (baru beli tadi, beli semata-mata ada lagu Yang Pernah). And beli 1 CD penyanyi baru nama Mahadhir (sungguh tak komersil langsung, kome-sial ada la). Kalau setakat nak jual nama James Baum dan Zain Ruffedge dan Dina and Ahli Fiqir, tak payah la buat album. Aku beli pun sebab James Baum dan Dina ada, tapi sorry la, nyesal lagi banyak dari tak nyesal.
Sempat jugak aku mentelaah draf minit yang assistant aku buat. Sampai page ke-3 je aku jadi pening, mual-mual, sengal lagi banyak. Aku faham apa yang nak dia sampaikan tapi draf tu not my taste. Kalau dapat kat boss lama aku, sure dia mati time tu jugak. Teruk sangat kah draf dia??? Hehehe... ekceli takde la teruk sangat. Sedang elok, aku je yang lebih-lebih, tunjuk pandai konon. Hahahaha... (apa dah jadi dengan aku nih??? Stress ke???).
Kala ni aku jugak melayan VCD Karaoke Samsons... kalernya warna merah. Bukan album baru ya tapi karaoke. Diambil sempena lagu-lagu di album ke-2 nya iaitu Penantian Hidup. Lagu-lagu seperti Kisah Tak Sempurna, Luluh, Perbedaan dan macam-macam lagi. Walaupun Savvior gue masih ngak ada itu VCD player, tapi CD Album Samsons ini aku jugak ada dalam kereta. Peneman aku melalak on the way balik keje. Ilang stress!!!!!
(mau pinjam ka????)
Esok aku tak tau lagi la mau menggelepur rasanya pulun keje-keje opis nih. Ada diskusi la, itu la, ini la. Tau la bos aku tu yang tak senang duduk. Kalau kena jaga parking lagi, mau je aku balik rumah time tu atas alasan nak bagi parking lot aku kat orang yang datang meeting. Aci tak buat macam tu??? Kalau tak pun aku offer diri aku pi jemput orang yang datang meeting tu atas alasan supaya aku tak perlu carikan parking untuk dia. Ada driver datang ambik la katakan.
Waduh, udah banyak merapu ni. Adakah aku memang stress???? Hmm... aku rasa aku kena banyak berehat. Nampaknya cuti 3 hari ni tak cukup untuk aku rehat. Mungkin aku kena letak je dokumen-dokumen keje kat opis, tak payah bawak balik umah time-time cuti ni. Buat nyesak mata je. (Hek eleh... sendiri yang bawak balik. Padan muka aku). Aku harap aku dapat tido yang berkualiti malam ni supaya tidak mengganggu keje aku esok. Harus ka aku tido sekarang nih???
WAJIB!!!
Gud nite uol. Esok kita bicara lagi... Salam.
No comments:
Post a Comment