Sunday, November 15, 2009

Sorry

semalam aku jenjalan sekitar NS.

Ke nilai, Senawang, Seremban bla, bla... Hujan lebat dari pagi sampai ke petang. Jalan pulak jamm semacam. Nasib baik Savvior tak buat hal. ada la sekali dua tapi dapat dimaafkan. perangainya cukup baik hari ini dan dapat bawak aku jalan-jalan dengan ceria dalam hujan lebat itu.

Destinasi terakhir sebelum balik rumah ialah Giant. Aku tak tau aku nak cari apa kat situ tapi aku saja nak jenjalan. So, meredah la segala lori-lori yang ada, dengan jalan jamm gak sikit dan orang ramai berpusu-pusu nak berlindung dalam Giant sebab ujan. Alkisahnya, takde la parking. Pusing-pusing la aku beberapa kali di tempat yang sama.

tetiba di hujung nun ada parking kosong. jauh gak la kedudukannya dari Giant tapi itu je yang ada. terpaksa la redah ujan kalau aku parking kat situ. Tapinya, masa aku nak masuk parking tu, masa tu la jugak mamat keje Giant tu nak tolak troli panjang berjela menghalang jalan masuk aku ke parking tu. Apa lagi, naik angin la satu badan. Segala m*ki h*mun pun kuar la tak ingat punya... Tapi dalam keter aje la. Kalau orang dari luar nampak, meesti sangka aku dah gila dalam keter tu. Then, aku terpaksa la buat satu lagi round untuk pastikan aku dapat balik parking tu sebelum orang lain ambik. Dalam hati yang panas membara ni, tak abis-abis lagi seranahnya, geram konon.

Bila aku nak buat u-turn depan bangunan Giant tu, tetiba ada lak kereta kuar dari parking. Kedudukannya lagi dekat dari tempat yang aku dok kejar-kejar tadi tu. Selesai parking, aku duduk dalam keter. Lama gak, dalam setengah jam. Pasal apa?

Pasal ingat balik apa yang aku dok m*ki h*mun mamat tadi tu. Hmm... rasanya nyesal pulak bila cakap macam tu tadi. Walaupun dia tak dengar, tapi aku dah rasa cukup bersalah. Sebab? Sebab kalau bukan dia blok parking tadi, aku tentu tak dapat parking yang baru ni, yang kedudukannya lebih baik dari yang aku dok kejar-kejar tadi. Dari dalam keter, aku tengok dia masih lagi dok tolak troli yang berjela-jela panjang tu dalam hujan. Masa tu terbayang jugak la kalau aku ada di tempat dia.

Mungkin keadaan yang terlalu 'selesa' ini membuatkan kita selalu hilang pertimbangan. Cepat hilang sabar. selalu sangat nak m*ki orang tak tentu hala, sedangkan kita sendiri tidak tahu apa masalah orang yang kita marah tu, apa keadaan orang itu pada ketika itu. Terlalu bagus ka kita sehingga layak kata orang begini dan begitu, sedangkan hakikatnya kita sendiri pun tidak la sebagus mana.

Mungkin kita kurang memahami perasaan orang lain, tidak mahu 'melihat' lebih jauh, tidak mahu memikirkan keadaan orang lain, yang mungkin suatu hari nanti menjadikan kita orang yang lebih baik dari keadaan sekarang, atau menjadikan kehidupan kita lebih baik dari sekarang.

betul la kata seorang sahabat, "kalau kita terlepas satu peluang, jangan la menganggap peluang itu tidak akan didapati lagi pada masa depan. mungkin sesuatu yang lebih baik menunggu pada masa depan. tapi apa yang paling penting, cuba la hidup dengan keadaan yang ada pada masa ini, sebelum diri kita menjadi orang yang lupa."

Lama aku lepak di Giant, macam biasa, melihat gelagat orang. sesekali menjenguk ke luar, kalau-kalau kelihatan mamat yang membuatkan aku sedikit insaf itu. Ya, dia masih ada di luar, menolak troli balik ke dalam Giant. dari kejauhan itu, aku mendetik kemaafan...

Hari ini, aku lebih banyak diam, mengajar lidah bahawa sungguhpun kata-kata kesat yang diucap itu (samada di dengari atau tidak), tak perlu la diluahkan. Dan elok juga kalau hati turut belajar untuk tidak mendetikkan rasa itu.

Manusia, belajar la menjadi 'manusia' semula.

2 comments:

MamaIcha said...

tue la...lain kali, bykkan bersabar ok :)

cacah said...

wah, entry ni memang mengingatkan diri sendiri.

dah biasa jadi pengalaman cgini. walau dalam hati sedar, semua tu ada hikmah. tapi biasalah, manusia, tak boleh nak bersabar sikit, rasa macam dah cukup sabar. kadang2 kita lebih fikirkan diri kita saja, tak mahu pun consider diri orang lain. kita rasa kita deserve semua benda yang baik saja. selalu question kenapa benda ni jadi kat kita. tak nak langsung insaf pasal apa yang kita dah ada. semuanya pasal diri kita je kan.

harap2 tahap kesabaran dan kesyukuran kita makin tinggi. :)

(padahal dalam blog sendiri selalu whining2) hehe