Tengahari tadi aku ada diskusi dengan KayeSyoU.
Pasal audit. tetiba lak lepas diskusi tu, dia tanya aku.
"I dengar u nak mintak keluar dari sini...."
Terkedu lak aku dengar. dari sapa lak dia ni dapat berita. setahunya, aku hanya luahkan dalam blog aje. Dia baca blog aku ka???? (kelakar....)
Aku angguk aje la.
"Ya, Dato'. kawan-kawan saya yang lain semua dah ada experience lain. saya je masih terperok kat pembangunan ni. nak jugak dapat experience lain."
Bos aku yang kebetulan duduk depan aku tu lain macam je mimik mukanya. suka atau tak suka dengan topik perbincangan, aku malas nak agak. segan jugak bila Dato' bangkitkan hal tu depan bos aku sendiri.
"Finance bole tak?" (adakah itu offer???)
Alamak! Buat finance? dah la ku ni jenis tak suka nombor-nombor ni. Tapi bila dia dah kata macam ttu, aku malas nak demand dah. anta aje la tempat mana-mana pun, aku akan cuba yang terbaik. tapi of course aku nak bagi feedback gak kan dengan offer yang diberikan...
"terpulang pada management Dato'. Saya tak nak demand. (nanti tak leh perform, mampus aku)."
"U can cari ganti la, sapa-sapa yang nak duduk tempat u." (masalahnya, ada ka? sapa nak duduk tempat panas macam tempat aku ni...). "Ok la, u boleh pindah keluar tapi cari pengganti yang meet the requirement of your boss."
Gedebush!!! (bummer!!!)
Punah harapan! Ada sapa-sapa nak tukar ngan aku????
Hmmm....tukar topik lak.
Aku ni tengah siapkan paper untuk diantar esok sempena PTK aku yang tak seberapanya itu. ni tengah nak cari bahan. harap dapat siap malam ni. 8 muka surat tu. aku baru taip 1 mukasurat. 7 more to go...dan mata pun dah ngantuk.
Mimi
2 years ago
3 comments:
come on boss! you can do it!!
cuba u tanya si mama tu... mana tau dia nak tukar ngn u... tapi nak meet requirement tu siksa gak...
:P
padan muka!!! hahaha!!
p/s : baiknya KSU baru tue ya :D
Cacah, Owh! I tak tau lak apa special sangat requirement tu. ambik aje la sesapa. yang penting ada tangan, kaki (and brain, of course) untuk buat keje. hehehe
MamaMia, gelak ye. bagitau bapak Chand baru tau.
Post a Comment