Sunday, May 9, 2010

Penatnya!!!

Last 2 weeks merupakan hari yang sangat penat.

ramai gak yang tanya apakah 'the big sh*t' yang dimaksudkan dalam entry lepas. So, begini la ceritanya...

Jumaat 2 minggu lepas aku dah plan baek punya nak jumpa member sekolah rendah aku yang 17 tahun aku tak jumpa. then aku plan nak tgk wayang, plan itu dan ini. Tetibanya, jam 6 petang bos aku kata aku kena pi Sibu.

WADEFAK???? (sorry...emoticons sikit)

dan aku kena pegi hari tu jugak sebab aku kena sampai sana sebelum jam 9 pagi sebab ada meeting. dengan perasaan yang panas membara aku cuba la cari alasan tak nak pi. muka aku pun dah merah padam nak mampos ka bos aku ni. tapi bila mengenangkan bos kepada bos kepada bos aku yang tolong arrange maka aku ambik keputusan untuk pegi jua (sebab respek dia berupaya nak uruskan trip aku tuh...huh!).

apa lagi, call la member aku kat Seromban mintak dia pack untuk 1 nite trip sebab esoknya jugak aku mau balek. malam tu jugak aku book hotel mahal nak mampus. setelah bertukar barang kat KLIA, aku ke Sarawak. sampai sana jam 12.00 tengah malam. sampai hotel 12.30 pagi. mandi dan iron baju dan berkemas. tido jam 2 pagi dan bangun semula jam 4.15 pagi untuk bersiap ke airport. jam 4.45 pagi teksi sampai dan aku terus ke Gate untuk boarding.

sepatutnya kapal depart jam 6, tapi sebab masalah teknikal (atau lebih betul ialah masalah penumpang tak cukup dan dorang combine flight), so flight aku depart jam 7 pagi. sampai Sibu dalam jam 8, aku masih mamai. Call la orang yang nak buat meeting tu. Dato' tu la... tetapinya meeting tu bukan jam 9 pagi tapi 9 malam.

WADEFAK ???? (Part 2)!!!!!!

jadinya aku terpaksa tido Sibu 1 malam and baju tak cukup. hanya ada selai je. and the worst thing sebab bilik mesyuarat yang nak digunakan tu takde sapa yang tau nak digunakan malam tu jugak. makanya dengan kuasa veto yang aku ada, mula lah aku mengarah orang prepare itu dan ini. sehingga kan manager tu tanya sapa yang nak bayar, terus je aku sound

"takkan la tempat you pun you nak berkira. you la absorb!"

Tak penah-penahnya aku nak meninggi suara kat orang. tapi apakan daya bila aku dah penat dan pening dan bosan and angry (hungry also time tu), layak la kalau aku bertukar jadi naga.

Alhamdulillah, semua perancangan berjalan baik masa meeting walaupun sebelum meeting tu aku bertekak lagi dengan urusetia sebab tetiba je halau kitorang dari situ kononnya bos dia nak guna bilik meeting tu. Diakah yang bangang atau aku kah yang tidak mendapat maklumat lengkap? keputusannya, dia bangang sebab aku dapat tau lebih awal yang mesyuarat aku dibuat dulu dan kemudian sambung dengan mesyuarat dengan dia.

tak sia-sia la aku bertekak hari tu.

hasilnya, aku balik jugak the next day, dengan gamble sekiranya aku diminta buat taklimat tapi aku takde kat situ. alhamdulillah, tak jadi taklimat tu dan aku dah selamat sampai ke rumah hari ahad tu jugak.

The next selasa aku fly lagi ke Sabah. Rabu pulak aku fly ke Sarawak.

That was the biggest sh*ts ever happened this month.

semoga tidak berulang lagi.

End of story... aku mau relax layan Avatar kali ke 6.

4 comments:

MamaIcha said...

sabar..sabar...dlm dok angry2 tue, sempat gak pk psl hungry ya...lariiiii!!!!!

gambit said...

misti la. hehehehe

cacah said...

bestnya. buleh naik kapal terbang banyak kali. (positif) :D dan boleh mengamalkan kuasa veto (positif nombor 2)

akutetapaku said...

eh best ler en stien..dpt naek kpl trbg byk x 2...hihi...de keje ksg x en stien?tlg agkt bagasi pon ok gak...hehe