Minggu lepas penuh dengan keje. melambak atas meja. tak sempat nak tengok sebab banyak sangat meeting.
assistant aku lak cuti paternity, bini bersalin. sepatutnya masuk keje jumaat lepas tapi tak muncul. sekiranya aura syoiton hari tu datang, mau je aku bagi absent. nasib baik ada malaikat di jendela.
minggu depan pun meeting sana dan sini. harap-harap assistant aku tak buat hal. kalau tak, siap la aura malaikat maut menjelma.
hari ni di pejabat, kurangkan ketinggian surat-surat yang belum lagi diminit. malas menjelma dalam diri tetapi apakan daya, memang begitu la hidup sejak dari dulu.
semalam kelas bahasa isyarat, alhamdulillah berjalan dengan baik. cuma perlu ada camcoder supaya senang nak tengok balik apa yang diajar. kat kelas ingat, kat umah lupa. ye la, dengan sapa aku nak 'bercakap'. ramai anggap aku bangang ikut kelas tu tapi aku tetap nak ikut. biar la kita yang sempurna ni belajar untuk hilang sesuatu. sekurang-kurangnya kita tahu menghargai apa yang kita ada sekarang. semoga usaha aku untuk belajar ini memberikan hasil...insya Allah.
nak mulakan sikit tugas sebelum ke Mall cari camcoder. pengsan....
Selamat berhari Minggu.
Mimi
2 years ago
3 comments:
wah! join kelas bahasa isyarat... nice!
ilmu itu yang penting. pengalamannya...priceless
nanti buleh ajar. :D buleh prektik masa meeting. haha
Post a Comment