Saya memilih untuk tidak berada di sini pagi ini.
Bukan atas dasar tekanan kerja dan sebagainya tetapi fikiran saya telah jauh melayang di tempat baru.
Barang-barang peribadi di pejabat telah separuh dikemaskan. Dan saya sepertinya bersedia untuk beredar dari tempat ini bila-bila masa sahaja.
Tapi sedikit geram kerana surat-surat masih diminitkan kepada saya walaupun telah beberapa kali diingatkan supaya tidak berbuat demikian memandangkan ia akan menambahkan kerja saya di saat-saat akhir.
Dia degil!
Dan saya sekarang meneruskan kerja-kerja saya yang tertunggak.
Jangan kacau saya!
Mimi
2 years ago
No comments:
Post a Comment