Thursday, July 31, 2008

The Declaration...

Dont make me angry (and hungry)...you hate me when i'm angry (and hungry)...

Jalan-jalan (dalam keadaan tension dan lapar) adalah berbahaya kepada bot-bot kecil. silap-silap, boleh membuat kejutan yang tidak terduga (kejutan memang la tak terduga...cit!!!). hasilnya, terbeli la CD baru.

Just nak kongsi CD baru yang dibeli ni... Ashanti : the Declaration. Album terbaru dari Ashanti. Pernah dengar lagu 'Foolish' yang famous satu masa dulu? atau 'Always On Time' (nyanyian JA Rule feat Ashanti), atau 'What's Love' (nyanyian fat Joe feat Ashanti)??? APA??? TAK PERNAH DENGAR???

Jadi anda perlu dengar album ke-4 Ashanti ini. pemilihan lagu semakin baik, mungkin kerana disumbangkan oleh beberapa nama terkenal seperti Jermain Dupri, Babyface...Iramanya segar, sesuai dengan konsepnya iaitu Kontemporari R & B (my fav genre). Vokal Ashanti juga semakin baik walaupun pernah kena kutuk sebab tak dapat menyanyi secara live (gurl, that's history). Mungkin album barunya ini dapat mengulangi kejayaannya memenangi Grammy lagi pada tahun ini. Ada 12 lagu semuanya dan 1 Intro. Lagu-lagunya agak pendek, tidak mencecah 4 minit pun (kecuali In These Street dan Mother). Jadi anda tidak akan terasa bosan (how can u terasa bosan bila lagu-lagunya memang best????)

Single pertama 'The Way That I Love You' sememangnya hebat. Lagu pertama yang dihidangkan dalam album ini (after the Intro). Untuk video klipnya, anda boleh layari http://www.youtube.com/ dan taip tajuk lagu ini. Video klip agak violent sikit (tengah-tengah geram jangan tengok terutamanya pada yang terkantoi bila balak korang/awek korang tengah kuar dating dengan orang lain. silap-silap mau masuk penjara tuuuu......)

Single kedua dijangka lagu 'Body On Me' feat Akon dan Nelly. Lagu yang agak catchy...love it!!!

Untuk perkembangan terbaru Ashanti dan album terbarunya ini, layari http://www.ashantithisisme.com/.




Enjoy!!!

No comments: