Monday, January 4, 2010

1 dalam 2010

Entry pertama dalam tahun 2010.

Dah nak seminggu baru dapat masukkan entry. Ya, sibuk sangat terutama sekali bila baru balik dari bercuti di kampung halaman. Acara cuti 1 minggu dimanfaatkan dengan sebaiknya. Cuma plan untuk BBQ kat laman tak jadi sebab ramai adik beradik yang takde. Kerja. What do u expect? Di kawasan pedalaman ni, tahun baru atau bukan tahun baru, keadaannya sama. Cuma tarikh dan tahun je yang bertukar. Tak kerja maknanya takde gaji. Ko ingat bapak ko punya ladang???

OK, malas nak layan. Apapun, aku berjaya menghabiskan cuti kat rumah saja, tak jalan ke mana pun. Anak soleh, kata member sekolah aku. Hari ni dah masuk hari pertama kerja dalam tahun 2010 tetapi aku masih cuti lagi. nasib baik aku cuti sebab flight semalam delay pulak 1 jam. mau jam 11 malam aku sampai rumah malam semalam. hari ni banyak bende gak yang aku settlekan. pasal HP, no tel dan banyak lagi la. Cadangan nak tengok wayang dibatalkan sebab aku letih sangat ni. Esok mungkin malapetaka kat opis sebab hari ni ramai yang masih bercuti. Esok bermula episod huru hara kat opis. Lantak la...

Apa resolusi tahun 2010?

banyak benda yang nak dicapai tetapi masih dalam peringkat perancangan. Ntah, malas nak buat azam. nanti tak jadi, frust menonggeng lak. Tapi kali ini aku akan cuba sedaya upaya. Mungkin dulu tak cukup daya kot. Kali ini musti dapat gak.

Lagi???

Ntah la. cuma hidup semakin sukar, especially when u are 32, still single (and available) and goddamn busy (all the time).

Adios... aku mau rehat. Selamat malam dan semoga hari yang mendatang tetap menjanjikan kebahagiaan dan kerahmatan buat semua.

4 comments:

MamaIcha said...

32 dah ker??? sila rasa diri tue tua ya :P

acap said...

32 dah ker ? nasib baik aku masih 21 tahun ..

gambit said...

Ju, ntah sape la yang 32 tu eh. Keji agaknya.

21 tahun? motip??? ;)

Mrs. Mel said...

32 masih muda maa.. saham masih tinggi apa,hehe..