Ya, setelah berhempas pulas membayar utang semalam, aku kembali online.
Ujung minggu semakin tiba tapi aku semakin risau sebab nak duduk exam. Nota baru dapat tadi tapi tak sempat nak baca. Esok pulak aku mesyuarat dari pagi hingga petang, dan nak buat report la.
hari ni 'bertekak' ngan bos pasal keje yang bukan aku punya, tapi jadi aku punya. aku bila dah bertekak ngan bos, aku tak kira, lawan je. Dah tau akan kalah, jadi tak guna nak berlembut. kalau berkeras pun kalah, maknanya berlembut apatah lagi. aku senang aje, kalo ko tak suka aku keje kat sini, ko bole berambuskan aku anytime. taknye collapse department tu aku takde kat opis tu. mungkin kalau aku berambus, organisasi ni akan lebih baik sebab dalam situ penuh ngan orang yang angguk-angguk je. senang keje. ko bagi keje dia buat terus. bukan macam aku ni yang suka tolak keje (bagi keje yang bukan aku punya bidang).
tadi aku jenjalan kat Jusco S2 tapi aku tak tau nak beli apa jadi aku belanja la apa yang patut (dan tak patut). Seperti biasa, kalau aku berbelanja selalu over budget. Ntah la, sehari kalu tak beli apa-apa macam tak lengkap (ni kes boros nih). Hmm... ni tengah ngadap buku ni, ntah baca ntah tidak. tapi elok la aku baca walaupun aku tau tak berapa nak masyuk dalam kepala hotak aku ni.
Selamat malam semua. jap lagi nak layan DVD lak. Hehehe
Gudnite...
p/s: sesambil tu layan lagu Samsons dari album baru, ENYAH tajuknya. Unik sikit iramanya. apapun, ia idok ler berkisar pasal mak nyah.
Mimi
2 years ago
No comments:
Post a Comment