Sunday, January 24, 2010

Al-Fatihah

Kemangkatan Sultan Johor Jumaat lalu sedikit sebanyak menyentuh hatiku.

Tahun 2001, Tuanku lah yang menghulurkan tauliah pelantikan aku sebagai seorang Pegawai Muda Angkatan Tentera Darat (Sukarela). Pada tahun itu, batch aku yang paling kena kutuk sebab tauliah bukan dianugerahkan oleh Yang DiPertuan Agong (seperti lazimnya). Tapi rasanya tauliah pada tahun 2001 itu la yang paling mencabar. Apa taknya, Tuanku Sultan tidak memeriksa barisan kami dengan menaiki kenderaan rasmi (seperti lazimnya) tetapi berjalan kaki dan memeriksa barisan dan pegawai satu-persatu.

Aku rasa pemeriksaan perbarisan itu la yang paling bersejarah sekali sebab ia mengambil masa yang paling lama. Dan kami juga la rasanya tauliah yang paling lama berdiri atas padang kawad sebab menunggu Tuanku Sultan tiba dan memeriksa barisan.

Saat yang paling gembira bila menerima sendiri tauliah pelantikan dari tangan Tuanku di atas pentas. Risau jugak kalau-kalau ada salah atau tersilap langkah. Alhamdulillah, semuanya selamat.

Mendengar berita kemangkatan Tuanku Sultan sesuatu yang amat menyedihkan aku walaupun aku bukanlah orang negeri johor. Namun, bila mengenangkan bertuahnya aku menerima tauliah dari tangan Tuanku semasa tauliah dulu membuatkan aku turut berasa sedih.

Semoga roh Tuanku ditempatkan di kalangan roh orang-orang yang beriman...Amin.

No comments: