Semalam aku balik keje agak terkejar-kejar jugak pasal nak pegi Big Apple Donut. Bulan lepas dapat kupon yang mempromosikan "kalau beli 1 dozen, dapat setengah dozen percuma". Wah...menarik. Tambahan pulak malam ni ada sikit makan-makan kat umah member. So, nak bawak buah tangan la kononnya. The donut tu something like this...
(Gambar diambil dari web yang still under construction.)
Bila sampai kedai tu, dalam jam 8 malam, mamat kedai tu dah lap-lap pinggan, lap-lap meja, lap-lap dinding. Atas tray donut tu HABIS LICIN!!!!
Wah!!!!
Rakyat Malaysia kalau membeli memang tak ingat akhirat punya. Macam la kedai tu dah tak bukak lagi besok.
Ni sama kes masa Carrefour baru bukak kat Alamanda Putrajaya dulu. Orang berpusu-pusu pegi membeli barang. Macam Carrefour tu bukak hari tu je, dan pas tu tutup selama-lamanya. Ok la, mungkin korang nak anggap ini kes terpencil. Jadi, kita ignore this Carrefour punya isu. Tadi cerita pasal donut, so we continue pasal donut.
Aku bukan la setakat kecewa sampai tak dapat beli donut tu. Lagi kecewa sebenarnya bila aku beli donut kat situ, aku terasa seperti membeli donut kat Medan, Bali, Acheh (kalau ada la branch dia kat sana), Kalimantan ke, Surabaya ke. Apa taknya, semua pekerjanya dari Indonesia.
Aku bukan la racist, jauh sekali kerana darah yang mengalir dalam badan aku ni pun darah seberang. Cuma kecewa kerana rakyat warganegara asing memonopoli pekerjaan dalam negara. I dont want to know what's the reason diorang diambil bekerja tapi that pekerjaan should be done by Malaysian.
Korang masih ingat tak Kerajaan kalau mempromosikan projek-projek mega (or non mega sekalipun) selalu menyatakan ia akan mencipta peluang pekerjaan sebanyak 3 juta la, 2 juta la. Tapi, 60% daripada pekerja yang diambil itu datang dari seberang. Tak kira la Indonesia ka, Myanmar ka, Bangladesh ka. Jadi apa yang di war-warkan adalah tidak tepat, tak betul dan TAK BERETIKA!!! Sedih melihat perkembangan ini di Malaysia.
Bertindak sekarang sebelum terlambat...
Mimi
2 years ago
No comments:
Post a Comment