Tuesday, August 19, 2008

Pasang-surut emosi

Antara benda-benda yang membuatkan aku bengang ialah:

i. kena marah atas kesilapan orang lain; dan
ii. tak dapat membela diri bila kena marah, sedangkan salah tu salah orang lain.

tapi...itu la yang berlaku pada aku hari ini.

Mesyuarat sesi pagi kena balun sebab aku disangka punca kepada masalah yang berlaku. Kesudahannya, aku bengang.

Mesyuarat kedua sesi pagi, aku kena balun lagi sebab lambat masuk mesyuarat. Dan orang yang balun aku itulah yang sebenarnya aku defend masa aku kena balun dalam mesyuarat sebelumnya. In short, aku kena balun oleh orang yang aku defend.

"O' Tuan Pengerusi...maaf saya lambat. Tapi sebenarnya tadi saya sedang membersihkan taik yang tuan pengerusi telah buat sebelum ini. Tetapi malangnya, saya pulak yang dimarahi sebab membersihkan taik itu. Pada pandangan saya, itu menjadikan tuan pengerusi kepala taik!!!"

(To all viewers, please ignore the bad sentences yang ada kat atas. Kesilapan adalah amat dikesali)

Ayat tu macam nak terkeluar je dari mulut aku. Tapi aku masih waras, tak macam Chairman yang merasa diri hebat tapi sebenarnya macam anj**g... Opsss!!!! Bad word again.

Disebabkan masalah-masalah tadi, aku terasa macam pening-pening je hari ni. Berat je kepala aku. Walaupun aku sememangnya jenis boleh kerja under pressure tapi dalam keadaan macam ni, aku semacam tak boleh terima keadaan ini. Nampaknya aku mesti mengembalikan semangat satria dalam diri aku, (apa lak satria ni, Ksatria Waja Hitam ka???) sepertimana semangat yang dulunya selalu menjadikan aku begitu kuat dalam menghadapi apa jua cabaran, fizikal atau mental.

Adakah aku sudah semakin lemah? Adakah keadaan sudah dapat mengawal aku, padahal akulah yang sepatutnya mengawal keadaan? Persoalan paling utama, apakah punca semua ini? Dan yang paling penting lagi, perlukah aku fikirkan semua ini?

Jadi, aku mengambil pendekatan untuk menganggap bahawa haiwan sememangnya tidak akan menjadi manusia. Jadi, biarlah haiwan menjadi haiwan, yang manusia macam aku perlu terus berkhidmat seperti biasa.

Dan aku bersedia menjadi perwira semula...dengan caraku sendiri.

2 comments:

RsB said...

Dah nama pun manusia durjana, keji lagi menjijikkan. Adakah kiranya dengan kau berbuat demikian, dia akan terus menghargai diri kau, aku rasa tidak. Lebih baik berhati-hati. Sebelum terlambat.

gambit said...

aku tak perlu merasa dihargai oleh orang lain, kerana aku tau apa yang aku buat ni pun bukan semata-mata menyedapkan hati dia. aku buat semata-mata ia kerja aku, dan tanggungjawab aku. kalau dia rasa dia hebat, tunggulah pelempang Malaikat Zabaniah...wakakakaka