Friday, August 29, 2008

Risau

Bajet tahun 2009 baru saja diumumkan oleh PM. Aku belum tahu apa sebenarnya yang terkandung dalam bajet tersebut sebab masa pengumuman dibuat, aku sedang bermesyuarat. Apa yang aku tahu, bonus untuk kakitangan aawam dapat sebulan, yang dibayar sebanyak 2 kali. Yang lain-lain, aku rasa aku baca kat paper je esok.


Tapi topik hari ini bukanlah berkisar pasal kerisauan mengenai bajet. Mungkin ada tapi tak banyak. Yang banyak ialah kerisauan di kalangan staf-staf department aku yang sedang berkira-kira atau lebih senang dikatakan menanti hari untuk di transfer keluar. Bukan setakat kawan-kawan yang menyatakan kerisauan tu, aku sendiri juga merasakannya. tapi, aku rasa aku hanya buang masa je nak fikirkan semua tu. Biarlah orang yang nak transfer aku yang memikirkan mana nak buang aku. Bagi aku, ke mana pun aku pergi, rezeki tetap ada.


Aku tau aku pun banyak jugak buat silap dalam department aku. Tapi, manusia mana yang tak buat kesilapan? Dan kalau aku buat kesilapan kerana disebabkan aku mengikut prosedur, persilakan la transfer aku keluar. I am more than happy to accept it. Kadang kala kerisauan akan membawa kepada keadaan tidak stabil, gelisah, tak boleh tido, nak muntah. Aku dah alami semua itu. dan kalau benar berlaku, memang la terkedu sedikit. Tapi keputusan bukan di tangan aku. Aku hanya mampu bergerak di ruang lingkungan aku sendiri. Kalau sudah tiba masanya aku pergi, aku akan turutkan jugak. Mungkin ayat sebegini lebih berunsur kepada "menyedapkan hati", tapi itulah hakikatnya yang terpaksa ditempuh apabila ia datang. Yang paling penting, perancangan masa depan, where the future is going to take me. Buruk atau baik, itu akan ditangani apabila masa itu sampai.


Cuma yang aku mohon, kuatkan hati dan hadapi masa depan dengan lebih tabah.

No comments: