Saturday, August 2, 2008

Strategy First...

Game yang paling di tunggu-tunggu...


DISCIPLE III : RENAISSANCE


Masa kat Universiti dulu, game ni la yang menjadi penghilang boring. Dia bermula dengan Disciples I : Sacred Land. Kemudian diteruskan dengan Disciples II : Dark Properchy. Bermula dengan permainan 2 dimensi, Disciples III lahir dengan grafik yang lebih baik. Walau bagaimanapun, bilangan Puak atau Races dalam game ini dikurangkan. Dalam Disciples II, bilangan Races ada 5 iaitu The Empire, Legions of the Damned, The Undead, The Mountain Clan dan The Elves. Dalam siri ke-3 ini, hanya 3 Races sahaja yang boleh dipilih iaitu The Empire, Legions of The Damned dan The Elves. Mungkin kerana dalam siri ke-3 ini, pembentukan negara Nevendaar hanya bermula dengan kemunculan 3 Races ini. Ini kerana dalam siri ke-3 ini jugalah sejarah pembentukan dan permulaan peperangan antara Races yang ada mula diceritakan. Bagi sesiapa yang masih belum mengenali game ini, sila layari http://www.strategyfirst.com/. Baca sejarahnya dalam laman tersebut.


Apa yang menarik minat aku bermain game ini adalah kerana karektor yang diketengahkan sememangnya unik. Sebagai contoh...


Ini adalah karektor Angel (Race : The Empire) dalam game ini. Antara askar yang terkuat. nak upgrade pun susah. (people, i'm obsessed to winged creatures) .


Ni satu lagi karektor that might caught your interets...(kalau korang tak minat, aku minat)



Karektor Thief (Race : Legions of The Damned...rasanya la. tak pasti pulak sebab buruk benar rupanya).



Apa pun, game ni lambat lagi release. Jadi sempat la aku beli Notebook baru sebab notebook yang ada ni tak compatible nak main game ni...HUARGH!!!!!


Enjoy...

No comments: