Sunday, January 31, 2010

In fear

Suka tak anda bekerja dalam ketakutan?

Tentu tidak. Tapi itu la hakikatnya yang berlaku sekarang, especially kat department aku. semua orang nampaknya bekerja dalam ketakutan. orang atasan pulak memberi arahan seakan ugutan. kekadang isi kandungan peringatannya macam nasihat, tapi lebih berbaur kepada ugutan.

terkenang masa sekolah dulu, kalau cikgu yang garang masuk dan mengajar, kelas jadi sunyi. kelam kabut. nak tanya soalan pun takut. yang berani angkat tangan tanya soalan tu seperti menghulur leher untuk kena pancung. hakikatnya, macam ni la yang nak berlaku dalam tempat keje aku sekarang ni.

satu hal lagi, bila dah terjerat atau disoal siasat, semua nak lepas tangan (termasuk aku la jugak). bukannya nak perbaiki keadaan tapi memburukkan lagi suasana opis, terutamanya hubungan antara personel. Semua nak tak tanggungjawab. ye la, hakikatnya manusia memang macam tu tapi itu la rasanya yang aku rasa tak berapa patut.

Aku rasa, budaya bantu membantu, tunjuk ajar dan saling memperingat bukan lagi amalan dalam perkhidmatan sekarang ini. especially bila ada campur tangan orang tertentu (dalam kes ni, biasa la... siapa lagi kalau bukan ****tuuuutttt****). kekadang kesian tengok kawan-kawan yang kena tanggung salah orang lain walhal tak terlibat pun dalam kes yang dianggap mencemar nama perkhidmatan.

Sememangnya diakui, ekspektasi orang atasan tinggi, dan aku yang baru setahun jagung ni cuba untuk memenuhi impian itu. tapi tidak adil bila diri aku dibandingkan dengan orang yang telah berkhidmat untuk 20 tahun! kekadang bila kita nak dapatkan pandangan, yang senior ni tak bagi. ntah alasan apa, aku malas nak fikir. bila dalam keadaan mendesak pulak, kena cari orang yang bole dipersalahkan.

Kekadang bosan dengan perkhidmatan ni. tapi ini la periuk nasik yang tuhan bagi saat ini, jadi apa yang perlu aku buat ialah buat sehabis baik. tapi jangan lupa, aku juga perlu panduan dan bimbingan.

Kepada kengkawan yang sedang menghadapi saat getir, sabar dan banyak berdoa. aku tak tau bila pulak time aku untuk menjadi troli orang (untuk dilonggokkan dengan kesalahan dari orang lain). tapi buat masa ini, aku perlu lebih hati-hati. semoga kita semua dilindungi dari perkara-perkara yang tidak baik.

Kekadang malas nak fikirkan benda-benda ni, jadi aku buat la kata-kata perangsang macam ni untuk tenangkan hati:

KALAU BOS KORANG MARAH, ANGGAPLAH IA ADALAH NASIHAT YANG DISAMPAIKAN MELALUI KAEDAH YANG SALAH.

KALAU KORANG RASA BEBANAN DAN KESALAHAN YANG DILETAKKAN ATAS BAHU KORANG BUKANLAH ATAS SALAH KORANG SENDIRI, JADI JANGAN LAH BUAT BEGITU BILA KITA DI ATAS NANTI.

Semoga kita senantiasa dibawah lindungan-Nya... Amin.

2 comments:

Anonymous said...

huh..tepat, bernas dan tuntas pandangan tuan ini..

nasi dha jadi bubur, doa saje lah tak de apa-apa yg teruk berlaku ke atas patik pacal yang hina ni..

gambit said...

mamawafiy, begini la idup kite keje gomen.