Hari ke-3 terawikh. Ngantuk sikit tapi dapat menghabiskannya dengan jayanya. Yey!!!
Cuma yang tak yey!!! ialah apabila kanak-kanak yang dibawa ke masjid macam mo**et. Bising semacam, macam masjid tu sarkas je, atau zoo. Mungkin ada yang beranggapan kita kena lentur buluh dari kecil, mengajak anak-anak ke masjid dengan harapan dapat mendekatkan mereka dengan masjid. Begitukah???
Aku pernah terbaca luahan rasa seorang penulis akhbar (yang aku akan gelar Penulis A) yang mencela pandangan seorang lagi penulis lain (yang aku gelar Penulis B) yang menyatakan bahawa membawa kanak-kanak ke masjid sebenarnya akan mengganggu ibadah orang lain kerana kerenah kanak-kanak yang selalu membuat bising, berlari-lari dan sebagainya. Bagi Penulis A ini, sudah lumrah kanak-kanak begitu. Dan membawa mereka ke masjid akan dapat mendekatkan mereka kepada masjid. Penulis A membuat perbandingan bahawa penganut agama lain juga membawa anak-anak ke rumah ibadah masing-masing bagi tujuan mendekatkan mereka dengan tuhan.
Bagi aku, aku menyokong pandangan Penulis B yang menyatakan bahawa kanak-kanak tidak perlu dibawa ke masjid sekiranya:
i. semata-mata untuk mengelak kanak-kanak mengganggu ibu membuat kuih di rumah;
ii. hanya disebabkan ibu bapa tak perlu menjaga anak-anak di rumah kerana kawasan masjid adalah selamat (walaupun perangai anak macam tak serupa orang);
iii. tujuan kononnya mendekatkan anak pada masjid padahal mak bapak tak buat apa-apa pun.
Cuba kita lihat situasi ini. Selesakah anda bersolat sekiranya:
i. anak anda menjerit macam kena histeria?;
ii. anak anda berlari-lari di hadapan anda atau jemaah lain semasa mereka solat?;
iii. anak-anak anda bermain-main dan tetiba terdengar suaranya menangis?.
Sekiranya anda tidak selesa, adakah anda mengharapkan orang lain akan selesa?
Bagi aku, usahlah membuat perbandingan murahan dengan penganut agama lain yang membawa anak ke rumah ibadah masing-masing bagi tujuan mendekatkan mereka dengan tuhan. Ini kerana kaedah ibadah orang Islam tidak sama dengan agama lain. Bagi penganut lain, mereka beribadah dengan menyanyi, menari dan sebagainya. Tetapi Islam lebih mementingkan kekhusyukan dalam ibadah. Khusyuk kah anda sekiranya anak anda (atau anak orang lain) menjerit-jerit semasa anda solat?
Namun, aku tidak menolak cadangan membawa anak-anak ke masjid akan mendekatkan mereka dengan masjid. Tetapi, ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting. Sebagai contoh:
i. semasa solat (selain solat Jumaat), anak-anak di bawa berdiri bersebelahan dengan ibu atau bapa bagi tujuan mengelak anak berlari-lari atau melalak;
ii. sekiranya membiarkan anak berada di saf kanak-kanak, ajar anak-anak untuk tidak bermain-main. (kaedahnya anda fikirkan lah sendiri since aku takde anak);
iii. lain-lain kaedah yang boleh dibuat bagi mengelak orang lain menggelarkan anak anda sebagai mon**t sebab terkinja-kinja dan menjerit-jerit dalam masjid.
Ini sekadar pandangan aku, terpulang pada anda untuk memikirkannya. Mungkin anda bersetuju, mungkin anda tidak. Biasalah sifat manusia, ada saja pandangan masing-masing. Kalau ia baik, fikir-fikirkanlah. Kalau tidak, jadikan sempadan.
Selamat malam...
p/s: bagi anak-anak daddy (to be) yang masih berenang-renang lagi tu, behave masa jadi orang, OK!?
Mimi
2 years ago
No comments:
Post a Comment