Sekembalinya di rumah, aku bercadang nak melepak-lepak dan memalas-malaskan diri setelah berbuka puasa sementara menunggu solat Isyak. Tetiba...
Prrrreeeeeeetttttt!!!! Prrrreeeetttt!!!!!! Prrrreeetttttt!!!
(Sorry, ini bukan bunyi kentut atau orang tercirit...keji!!!).
Mesin fogging pulak yang berbunyi sebelah rumah. Alamak!!! Ni mesti ada orang dengki dan kes denggi nih. Seperti yang lazimnya berlaku, mula la aktiviti melompat sana-sini menyembunyikan makanan dalam tempat-tempat yang selamat dari terkena asap fogging, kain baju semua dilonggok dalam almari, tingkap dibuka seluasnya dan langkah kaki terus ke laman rumah. Jadi, selamat la rumah aku kena fogging malam ni. Boring betul!!!
Dengar cerita jiran sebelah rumah aku kena denggi. Last week, the jiran of the jiran yang kena. So, kejiranan aku ni dah dikira sebagai tempat merebaknya wabak. Nak tau kenapa??? Sebab kawasan ni ada banyak construction site. Nyamuk, apa lagi. Bermaharajalela la dia.
Simptom demam??? Kalau anda rasa demam-demam kura, lambat baik, panas sejuk sesuka hati. Ada bintik merah pada badan (ni kes demam denggi berdarah). kalau demam tu tetiba menggigil setiap 3 hari (macam kena renjatan elektrik). Jadi, cepat-cepat la jumpa doktor.
Petua untuk mengurangkan impak demam??? Minum air banyak-banyak. Makan buah-buahan. Tapi time puasa ni macam mana pulak??? Minum masa berbuka dan bersahur. Tambah jumlah air dalam badan. Ada orang kata makan sup ketam. Makan je la apa yang ada. Janji badan cukup air.
Kalau korang wonder kenapa berlaku kegigilan setiap 3 hari. Itu adalah disebabkan sel darah yang terjangkit dengan kuman ini akan pecah setiap 3 hari. Sebagai tindakbalas melawan kuman, badan akan menggigil untuk mengurangkan impak jangkitan. Kalau badan kuat, biasanya kuman akan mati bersama darah yang dinagkiti itu. kalau tak, tuan punya darah tu yang akan mati bersama kuman tu sekali. So, beware people. Pastikan ruang rumah anda (dalam dan luar) tiada bekas yang boleh menyebabkan pembiakan nyamuk. Pencegahan adalah lebih baik. Ingat, raya tak lama lagi...
p/s: kalau korang nak tau, hanya nyamuk betina saja yang hisap darah. Yang jantan hanya hisap gula dan madu saja. Ye la, jantan kan penghisap yang manis-manis je. Sepah dibuang la. Yang betina, always the bloodsucker!!!! (Kes ini hanya melibatkan nyamuk sahaja dan bukan pendirian sebenar penulis)
Mimi
2 years ago
No comments:
Post a Comment