Sila baca betul-betul. Tajuk entry ini ialah KEGERAMAN dan bukannya KEGEMARAN.
Panas hati betul hari ni. Banyak benda yang membuatkan panas hati dan geram seperti berikut:
i. orang-perseorangan yang tak berhati perut;
ii. perkumpulan orang yang asyik menjerit-jerit macam monyet;
iii. kanak-kanak yang asyik menangis tak ingat dunia;
iv. pening kepala yang datang secara tiba-tiba;
v. member yang menuduh-nuduh tanpa usul periksa; dan
vi. perut yang lapar (of course, puasa).
Tapi, aku mengambil pendekatan untuk cuba mengenepikan dan tidak ambil kesah pada semua benda-benda yang membuatkan hati panas seperti:
i. membaca buka;
ii. menonton dvd;
iii. mendengar lagu;
iv. tidor;
v. driving ; dan
vi. tidor lagi.
Kesimpulannya, puasa hari ni agak kurang sikit kot pahalanya sebab kebanyakan aktiviti hanya berkisar kepada keduniaan semata-mata. Jadi malam ni mesti di top-up dengan aktiviti-aktiviti berbentuk keakhiratan. Sebagai contoh, pi terawikh. so, I am going to take my bath first before buka puasa...chiow dulu.
p/s : Zakat pada tahun ini ialah RM6.50 seorang. Please bayar seawal yang mungkin.
Mimi
2 years ago
No comments:
Post a Comment