Sunday, September 14, 2008

Terkenang zaman dulu

Gambar di ambil dari blog Yasmin Ahmad. Sepertinya Yasmin sedang mengusahakan sesuatu. Mungkin filem baru. Can't wait to watch it!

Bila terlihat gambar budak sekolah, suddenly, it reminds me of the old days masa sekolah dulu. Masa sekolah rendah, pegi sekolah naik lori angkut buah kelapa sawit. Perjalanan mengambil masa selama 45 minit, kadang-kadang lebih. Selalu lewat sampai ke sekolah. Cikgu pun tak kuasa nak marah sebab terlalu kerap sangat berlaku. Keadaan menjadi semakin buruk bila hujan. Selalu cikgu suruh balik saja kalau kami dah basah kuyup. Ye la, mana nak belajar kalau dalam keadaan basah dan menggigil...

Kalau hujan, semua murid termasuk cikgu buka kasut, simpan dalam laci meja. Takut kotor dan tergelincir sebab lantai licin. Kalau berjalan dalam kelas atau kat koridor pun terjingkit-jingkit, takut lantai runtuh. Kebiasaannya, satu bangku untuk seorang murid. Tapi anda mungkin terkejut kalau di sekolah aku, 1 kerusi panjang di kongsi oleh 12 orang murid. Kalau salah satu kaki kerusi tu patah, 12 orang murid terpaksa duduk atas lantai.
Sehari selepas hujan, pelajar lelaki perlu menghalau kerbau yang lepak-lepak kat padang sekolah. Kang dia menyahtinja, habis satu sekolah tak dapat buat kelas pendidikan jasmani. Masih lagi terdengar di telinga, saat bunyi loceng menandakan waktu belajar atau persekolahan tamat. Ya, sebab aku la yang memukul loceng itu.

Saat paling gembira apabila perpustakaan bergerak datang. Semua pelajar akan berpeluang untuk meminjam buku. Tapi malangnya, buku-buku yang ada semua tak best kerana sekolah aku adalah antara sekolah-sekolah yang terakhir disinggahi sebelum perpustakaan itu pulang ke bandar.

Saat yang paling ditakuti apabila doktor dan juru rawat pergigian datang. Sekolah penuh dengan orang menangis. Kalau time menerima suntikan, lagi la ramai yang menangis. Yang cikgu kejar dalam ladang kelapa sawit pun ada.

Ntah, semua itu dah berlalu 18 tahun yang lalu. Harapanku semoga tiada lagi murid-murid sekolah yang menghadapi keadaan sukar seperti itu lagi, setelah 51 tahun negara ini merdeka...
Tapi jika ada, sesungguhnya itu adalah pengalaman, dan bukannya seksaan.

No comments: