Sepi... by Kabir Bhatia.
Ramai yang memuji-muji filem ini. Sentuhan Kabir Bhatia yang dianggap lain dari yang lain, seperti filemnya sebelum ini, CINTA.
Semalam aku kata aku akan memberikan sedikit komen mengenai filem ini, jika aku berpeluang dan jika aku rasa aku nak bagi komen. So, aku nak bagi komen lah ni. Aku tau aku komen pun tak guna sebab:
(i) filem ni dah lama tak perlu tayang kat pawagam (sesi tayangan wajib pun dah selesai)
(ii) dah ada pun VCD dan DVD filem ni di pasaran macam yang aku beli ni (ori tau)
(iii) siapa la aku nak dianggap sebagai pengkritik.
Tapi aku nak jugak cakap sesuatu pasal filem ini, sebab dia "best" dalam ertikata yang lain. Lazimnya aku tak tonton filem melayu di pawagam, sebab biasanya tak berapa best (jarang ada yang best). Jadi, aku hanya akan tonton bila VCD atau DVD dia dah kuar. Dan supaya aku dapat menonton berkali-kali, sehingga aku puas hati.
Positive comment:
Jalan ceritanya baik. Pelakon yang dipilih memang pelakon-pelakon yang amat berkaliber. Afdlin berjaya membawa watak seorang tukang pembuat kek (gemuk = tukang masak)...agak klise. Eja, sememangnya bijak menunjukkan ekspresi wajah sedih (terkenang drama Qaseh TV3). Pierre Andre, selalu diberi watak untuk cerita cinta sebegini (seperti aku menonton Filem CINTA).
Dari segi pelakon, memang baik. Watak, tidak mengecewakan. Gaya lakonan yang baik. Cumanya Kabir sudah perlu lari dari memilih pelakon-pelakon yang pernah berlakon dalam filemnya yang sebelum ini. Ya la, nanti jadi seperti Shumi (Shuhaimi Baba). Kalau filemnya, mesti ada Ida Nerina, Maya Karin, Kavitha dan lain-lain yang Pan-Asia punya look. (Don't worry Shumi, i love all your film).
Meletakkan 3 cerita dalam 1 filem bukan mudah. Apa lagi bila ketiga-tiganya saling berkait antara satu sama lain (walaupun dalam suasana yang berbeza). Penonton pastinya tidak bosan bila menonton filem ini kerana ceritanya banyak, ragamnya pun banyak. Ibarat menonton 3 filem sekaligus..well done!!!
Negative comment:
Aku tidak terasa sepi menonton filem ini. Filem dengan tajuk ini mesti mampu membawa penonton ke alam sepi itu sendiri. Kalau dimulakan dengan babak yang bosan di awal cerita. mungkin lebih baik (daripada kisah orang kena langgar kereta...very the iklan Kementerian Pengangkutan). Biar penonton sedikit bosan di awal filem, kerana rasa bosan itu adalah hasil dari kesepian. Dari situ, watak perlu bangun, membawa bersamanya penonton untuk bersekali ke dalam setiap watak dan jalan ceritanya. Masa itu la penonton akan hargai apa itu sepi.
Terus terang, aku tak nampak kesepian Afdlin dalam filem ini. Mungkin kerana dia dikelilingi oleh pelbagai watak menyebabkan watak Afdlin menjadi sedikit bercelaru. Di tambah dengan watak Nasha yang kecoh. Mungkin Kabir ingin menunjukkan "dalam kekecohan dan kegembiraan, jiwa seseorang pun boleh sepi." Sorry, Kabir. That don't buy me at all.
Kisah cinta Pierre Andre??? Terlalu biasa. Tony Eusoff dan Eja??? (Whenever you have problem, mestikah kena "lari"???).
Mungkin kerana "masa" untuk mengembangkan jiwa, sifat dan sikap setiap watak dalam filem ini tidak cukup sebab Pengarah menggabungkan 3 cerita dalam 1 (Kabir, please... next time you do this, penonton akan bosan dengan filem sebegini). Lihat filem CINTA. Jalan ceritanya lebih baik dari filem ini. Kerana perkataan cinta itu sudah terlalu dekat dengan penonton, maka bila ia digarap dalam jalan cerita sedemikian, sejak dari awal cerita, jadi penonton mudah menyerap "rasa cinta" itu.
Kalau rasa sepi mampu di "pupuk" seawal filem ini bermula, rasanya filem ini lebih baik.
Kesimpulan:
Aku bukan la pengkritik filem yang berkaliber. Juga tidak bercita-cita menjadi seorang pengarah. Tapi, Kabir perlu keluar dari kepompong jalan cerita sebegini, menggabung banyak cerita dalam satu filem supaya watak setiap pelakon dapat dikembangkan dengan baik. Itu yang lebih penting.
Menonton filem (bagi penggemar filem) perlu merasa, menyerap dan bertindak balas atas reaksi filem itu sendiri. Aku tidak kesal membeli DVD ini kerana aku yakin jalan ceritanya baik. Memang baik, aku akui. Tapi sudah tiba masanya Pengarahnya (atau pengarah filem sebegini) memikirkan tentang apa yang perlu ditayangkan. Duduklah sebagai seorang penonton, dan anda akan tau apa sebenarnya yang penonton mahukan.
Bagi aku, aku mahu "merasa" bahawa aku lah watak dalam filem itu...
Mimi
2 years ago
No comments:
Post a Comment