Monday, September 15, 2008

Banana Republic

Petang tadi aku hantar member ke KLIA, balik Sabah. Aku sebenarnya bila kat KLIA ni selalu menahan diri dari menjejakkan kaki ke Aras 5 KLIA tu sebab ada daya tarikan yang i really can't resist. Tapi, since dah ada di sana, aku pun membuat kunjungan mesra pada kedai yang aku selalu pegi tu iaitu...

... kedai perfume.

Adalah sukar untuk menolak untuk tidak membeli minyak wangi bila dah ada dalam kedai tu. Tetapi akhirnya aku kalah. Terbeli jugak sebotol perfume. Kalau ikut tukang jual ni (pompuan dari Sabah, Semporna katanya [matai la urang kampung]), perfume ni dah lama tapi since sambutannya menggalakkan, ia di jual semula. (jual semula ka atau nak abiskan stok?)


Jenama : Banana Republic

Nama wangian : Slate

Bagi aku, biar perfume la lama tapi kalau baunya aku suka, aku mesti beli jugak walaupun kat rumah melambak-lambak perfume lagi. Lagipun kotaknya diperbuat dari kayu. Very nice. Harganya pun very nice jugak. (harga yang membuatkan aku tak boleh pi KFC dalam 2 bulan).

Cheers!!!

3 comments:

MyMatahari said...

Perfume aku lagi best gux, minyak kayu putih cap parrot... cuma RM7.00++ jak. Mujarab untuk perut kembong dan masuk angin.. nyehhhhh!

p/s: Di tawau murah kan?

gambit said...

Mimang murah. Terutamanya yang dari indon. Lagi sadap baunya. Kembung perut pun ilang. Aku lagi suka yang penutupnya yang still pakai cork kayu tu. So very the tradisional...

p/s: orang sini tau ka pasal minyak kayu putih tu??? Very the ketara kampung. Nyeh!!!

MyMatahari said...

Yaaaa... aku ingat tu yg pakai tutup gabus tu! Dari kecil lagi baa aku sdh terbiasa taruk di perut sama di cuping telinga... very d ol' skool!

D cni yang femes minyak cap kapak, I very don't like... nda cukup menusuk ke lobang hidungku