Semalam aku tengok TV3 (tertengok sebenarnya sebab bosan dengan TV kat Malaysia ni yang sekarang macam hampeh). ye la, asyik-asyik pasal Anwar, Pak Lah, darurat, peralihan kuasa bla... bla... bla... dah bosan. Aku percaya darurat kalau kat jalan raya tu dah ramai orang merusuh, dah banyak tunjuk perasaan (kecuali tunjuk perasaan dalam blog atau tunjuk perasan) dan macam-macam lagi yang mengganggu gugat negara. tapi, aku terasa aman pulak. Tidak kah anda jugak terasa aman???
Balik pasal TV semalam, ada cerita pasal timbalan (bla...bla...bla...) buat lawatan ke salah sebuah IPT Swasta di cyberjaya. Sebabnya, ramai student yang komplen, ramai student oversea yang buat perangai, party all night long (kalau baca part ni mesti nyanyi ala-ala lionell richie..."all night long...all night...yeah!!!"), minum arak, kaco-kaco orang dan sebagainya. Salah satu punca menurut timbalan ni ialah kekurangan kawasan beriadah untuk pelajar-pelajar ni.
APA??? KURANG TEMPAT BERIADAH???
Then, timbul la kaedah nak selesaikan masalah ni. Salah satu penyelesaiannya ialah membina lebih banyak tennis court, basketball court dan banyak court lagi la, termasuk pasaraya Courts kot, untuk menangani masalah ini. Sekiranya courts ni banyak, pelajar-pelajar ni mesti pegi beriadah dan bermain sampai penat nak mampus. Jadi malamnya mereka keletihan dan tiada masa nak lepak-lepak.
Aku punya la ketawa sampai terkentut-kentut (batal air semayang aku yang sedang menunggu masuk waktu Isyak, and bocor rahsia pulak aku terkentut nih...cis!!!). nasib baik urat kentut tak putus dibuatnya. Pas ketawa tu, aku menumpukan seluruh perhatian terhadap apa yang timbalan tu kata. then this is my respond:
pandangan timbalan : kalau dibuat courts yang banyak, jadi mereka akan beriadah pada waktu malam daripada lepak-lepak.
my respond : sapa nak main basketball tengah-tengah malam? sapa nak pi main bola tengah malam? sapa yang nak pi main tennis tengah malam? dah la pelajar-pelajar yang buat hal tu sumernya dari Africa. kan susah nak cari kalau ilang tengah malam???
pandangan timbalan: kalau ada courts, pelajar-pelajar IPT tu akan bermain hingga nak mampos dan mereka tak kan ada masa nak melepak sebab kepenatan.
my respond : kalau dah main sampai penat nak mampos dan penat pun nak mampos, bila pulak masanya budak-budak tu nak belajar? ye la, petang asyik maaaaaiiiiinnnnnn je. malam pulak, asyik tiiiiiiiiiiiidddoooooooooooo je sebab letih. jadiknye, bila nak pi belajar???
(lain-lain pandangan timbalan tidak diketahui kerana aku dah off TV. Bosan!!! jadiknya kalau ada lagi pandangan yang tak sempat aku komen, sori ye...)
Cumanya aku terfikir... kenapa selalu mencari pendekatan yang costly setiap kali ada masalah? bina courts, bina itu, bina ini. Tidakkah pernah terfikir...
KALAU KETATKAN UNDANG-UNDANG AKAN MEMBANTU MENYELESAIKAN MASALAH YANG BERLAKU? (kaedahnya fikirlah sendiri coz i believe in law)...
... dan ingatlah, duit yang nak bina courts tu adalah duit rakyat!!!
Mimi
2 years ago
6 comments:
'Aku hanya seorang pendatang.....'
Jix, kebetulan pulak aku mau masukkan pasal pendatang ni...
saya setuju!!! (sambil angkat tangan ala2 org jerit merdeka!!!) :))
Tq...Tq... bersemangat nampak, tak puasa ke???
dah puasa la...oppssss
Very de terbocor rahsia...ops!!!
Post a Comment