Thursday, September 18, 2008

Budi bahasa

Orang melayu ni katanya berbudi bahasa. (ye ke???). kalau di kata tak berbudi bahasa, mengamuk tak tentu hala. (bukankah mengamuk tak tentu hala tu tanda tidak berbudi bahasa???). tapi itu la yang berlaku petang ni. Dan itu la yang membuatkan aku hangin ni. Ceritanya macam ni:

Ofis aku ni ada la buat something yang tak ikut pekeliling. Atas rasa tanggungjawab (chewah...ye ke tanggungjawab???), aku pun berusaha la cari pekeliling tu dan pass kan kat mamat sorang tu (and c.c. copy to his boss and his assistant) untuk mendapatkan pengesahan samada pekeliling tu masih terpakai ke atau tidak. Then, later that evening, i received a call from him and the conversation goes like this: (A adalah mamat tu dan G adalah aku).

A : G, ni aku nak sound ko sikit ni. (PART NI YANG PALING TAK BERBUDI BAHASA DAN PALING KEJI SEKALI...memandangkan ramai pembaca mengalami kekeliruan sapa yang keji dan tidak berbudi bahasa)

G : (tercengang tak tau apa. telinga dah naik panas, ati pun dan start ada bara api. ye la, lapar kan sebab puasa).

A : Kalau kau ada apa-apa hal, ko call je aku. kau tak perlu la e-mel. (nada suaranya macam marah...memang marah pun tapi aku peduli apa)

G : A, kalau ko baca betul-betul e-mel aku tu, aku just nak kau bagi pengesahan samada pekeliling tu masih terpakai atau tidak. kalau nak call ko, tak kan la aku nak baca semua isi pekeliling tu kat telefon (nada suda sedikit naik, angin pun naik jugak).

A : ye la, kau boleh je call. aku tau pasal pekeliling tu.

G : ye la, aku tau kau tau pasal pekeliling tu sebab dulu aku dapat pun dari department kau. (try to slow down a little bit, and no, aku dapat sendiri pekeliling tu). Aku bukannya apa. Aku risau je kalau kita pegi meeting kat luar nanti kalau ada orang yang faham pasal pekeliling, dia kata kita buat tak betul.

A : Tak. Aku tau pasal pekeliling tu. Tapi dah Dato' yang arahkan buat macam tu. Aku jadi serba salah. tapi aku tau pasal pekeliling tu.

G : Hehehe...(asyik-asyik kau tau pasal pekeliling tu. kalau kau tau naper ko tak nasihatkan Dato').

A : Ok la, tu je la nak bagitau kau. ni aku call ni nak menjawab persoalan kau dalam e-mel tu la.

G : OK, no problem.

Moral of the story:

(i) kalau nak berbincang dengan orang tu, mulakan la bahasa dengan baik. ko ingat orang nak respek ko ke kalau ko cakap macam tu.

(ii) baca betol-betol e-mel tu sebelum bagi komen tak bermanfaat. And please, terima teguran orang kalau benda tu memang salah ko.

(iii) ko ingat Dato' ko tu tuhan ke, semua yang dia cakap ko kena ikut. kalau ko rasa dia salah, ko sepatutnya mampu nak menasihatkan dia. Ko sepatutnya mampu nak bagitau Dato' ko tu kalau ada pekeliling yang terpakai pasal benda tu, NASIHAT DIA BETUL-BETUL.

(iv) kita pegawai kerajaan ni bekerja ikut pekeliling, prosedur dan arahan yang terpakai. jangan pakai hentam je. Perlu ada asas dalam nak laksanakan sesuatu. Walaupun arahan yang diberikan oleh Dato' ko tu terpaksa dibuat sebab dia dah bagi arahan, aku yakin disebalik arahan dia tu dia mempunyai maksudkan "SILA PATUHI ARAHAN YANG SAYA BERIKAN, (BERGANTUNG KEPADA PEKELILING DAN PROSEDUR SEMASA YANG TERPAKAI)."
As a senior officer, you should be able to analise his order!!!

p/s: Mana yang lebih baik, memulakan bicara dengan "Ni aku nak sound ko sikit ni" atau dengan "Aku nak habag la sikit kat ko ni"?

Jadi, selain berbudi bahasa, ikut la peraturan. tapi, kalau aku yang ikut peraturan ni pon ko nak jadikan musuh, then let it be. Anyway, aku dah tak respek ko sampai bila-bila...

Selamat hari raya, maaf zahir batin.

4 comments:

MamaIcha said...

sape la 'G' tue ya??? mmg x berbudi bahasa langsung...

gambit said...

wei, yang tak berbudi bahase tu A la... yang G tu keji je...wakakaka

MamaIcha said...

ah! i don't care...dua2 keji!!! *** lariiiiiiii ***

gambit said...

Yang baca pun keji jugak!!! *****lari jugak...