Monday, September 22, 2008

Monday Blues

Seperti biasa, hari Isnin adalah igauan bagi setiap orang (yang bekerja, of course). Kebanyakan aktiviti dibuat kat pejabat macam ala kadar je. Ye la, mood takde lagi. Puasa pulak tu. Seperti kebiasaannya, itu la jugak yang berlaku pada aku hari ini. Nak masukkan entry baru pun, terasa malas pulak sebab takde perkara menarik pun yang berlaku hari ini.

Kalau macam tu, kita cerita bab semalam la, sebab semalam pun tak sempat nak masukkan apa-apa. Untuk pengetahuan korang, a friend from KL came to visit me. With his new car, of course. A Mitsubishi Lancer 2.0 GT. Tak pa la, dia orang bisnes, walaupun keje satu pangkat dengan aku. Side income dia dah mampu untuk beli kereta macam tu. Takpe la, rezeki masing-masing. Aku tumpang gembira la jugak sebab aku tau dia jenis yang suke kereta-kereta mewah ni. All the best to you, Fiq.

So, ceritanya kitorang buke puasa kat Restoran The Windmill Station, Seremban 2. Aku order Nasik Goreng Nenas Lamb Chop (abih la darah tinggi naik semula) and Fiq pulak Nasik Goreng Tomyam. Not bad jugak la rasanya. What i like most about the food (beverage la, i can say) is the Hot Chocolate. The best i've ever had, so far. Aku rasa dia guna Hot Chocolate Cadbury tu sebab tu rasanya very out of this world. Kalau nak buat sendiri pun boleh gak, beli je satu paket kat kedai runcit, pas tu bubuh je air panas. Settle!!! Tapi memandangkan kemalasan melanda diri, jadiknya minum je la kat kedai.

After that, we went to Jusco. Fiq was searching for a pair of jeans. Of course, i also would like to have one for myself. Try punya try punya try, at the end of the day, aku pulak yang terbeli 2 pasang and Fiq didn't buy any. Well, takpe la. Yang penting bahagia. I thought the shopping season is over already but still, when i step in to any shopping complex, i will buy something. O' ya Allah, bila la nak buang tabiat buruk ni...

O'ya. Sebelum lupa, that 32" LCD TV look so tempting. It will match perfectly with PS3.

HUARGH!!! COULD YOU PLEASE DON'T MENTION ABOUT THAT???? RASANYA SEPERTI TIDAK BOLEH DITANGGUH-TANGGUH LAGI PEMBELIANNYA.... PLEASEEEEE HELP!!!!!!

(Bersambung di episod yang akan datang...)

3 comments:

RsB said...

Beli jangan tak beli. Banyak lagi duit gaji bulan lepas...; opps 2bulan lepas pun tak habis lagi...; opps 3 bulan lepas pun tak tahun camna nak habiskan. Oh yer; bonus bulan ni mesti kau simpan bawah bantal; untuk perbelanjaan raya tahun depan kot... har..har..har...
Adalah sangat wajar kiranya kau memberi zakat kepada aku...

MamaIcha said...

dijawab oleh si 'shopaholic'...haruslah dibeliiii...beli semua...semua beli...huhuhu...

gambit said...

To Rsb:

Tak tido semalaman mengenangkan LCD TV tu and gandingan mesranya, si PS3. Tengok la, since raya tahun ni tak balik, banyak masa yang boleh digunakan untuk bermain PS3 + PSP...

RsB tu game apa??? Tak penah dengar pun. kuang3...

To busyuk:

Beli jangan tak beli... beli jangan tak beli... ewah2...cak pong cak pong...