Tiada yang lebih menggembirakan pada hari ini selain dari:
i. sampai di rumah dengan selamat;
ii. tidak melanggar kereta orang lain;
iii. mengalami kemalangan kecil tetapi kenderaan tidak mengalami kerosakan;
iv. selamat dari kemalangan kecil itu (this is the most important).
Yes, people. I involved in an accident this evening. Kat Bangi. Punca? Memandu terlalu laju, keadaan jalan yang licin (sebab ujan), ngantuk and hilang tumpuan (kerana asyik sangat melihat sebuah kereta yang actually skidded di jalan bersebelahan). Tapi Alhamdulillah, aku menekan brek tepat pada masanya, melanggar tembok pembahagi jalan tepat pada masanya, dan berhenti tepat pada masanya iaitu betul-betul di belakang sebuah Citra dengan jarak hanya 1 inci. Dalam keadaan terkejut, aku memandu perlahan-lahan. Teringat berapa la yang aku kena bayar untuk memperbaiki kerosakan kereta. Sepanjang jalan aku terfikirkan perkara tu.
Tapi, bila sampai rumah, Alhamdulillah, kereta tak calar sedikit pun. Terkejut tapi amat bersyukur. Malam ni nak tido awal sikit, nak elak mengantuk esok.
Just wondering, adakah ia rezeki sekotak kurma???
Wallahua'lam...ALLAH dah bayar cash!!!
Mimi
2 years ago
2 comments:
Lalu terbuktilah bahawa kereta Savvy biarpun kena campak dengan GORILA..(kononla kan..! -Nada cemburu...); kemek pun tidak...! Akhirnya kebenaran terserlah juga..., dan kau merupakan salah seorang dari bahan ujikaji untuk membuktikan kebenaran itu...
p/s: masih terpancar jelas air muka seorang kawan (mu) yang menjeling manja apabila melihat keretamu itu..ala kiutnyer....(dalam hati...SAVVY JER...!!!)
Yeah!
Kalau aku buat cerpen dan hantar kat proton, diorang bagi adiah tak???
Kalau tak, penat aku membuat aksi menggelecek atas jalan raya licin hari tu.
p/s: Vios bole ke buat macam tu??? (sambil tersenyum manja)...
Post a Comment