Thursday, July 31, 2008

Hari Pahlawan...

Gembira bila menerima kelahiran seorang pahlawan di dunia ini.
Ingat, harapan tersandar di bahu mu.
Tabahkan hati dan senantiasalah bersabar dalam mengharungi dugaan.

Selamat Hari Pahlawan...

The Declaration...

Dont make me angry (and hungry)...you hate me when i'm angry (and hungry)...

Jalan-jalan (dalam keadaan tension dan lapar) adalah berbahaya kepada bot-bot kecil. silap-silap, boleh membuat kejutan yang tidak terduga (kejutan memang la tak terduga...cit!!!). hasilnya, terbeli la CD baru.

Just nak kongsi CD baru yang dibeli ni... Ashanti : the Declaration. Album terbaru dari Ashanti. Pernah dengar lagu 'Foolish' yang famous satu masa dulu? atau 'Always On Time' (nyanyian JA Rule feat Ashanti), atau 'What's Love' (nyanyian fat Joe feat Ashanti)??? APA??? TAK PERNAH DENGAR???

Jadi anda perlu dengar album ke-4 Ashanti ini. pemilihan lagu semakin baik, mungkin kerana disumbangkan oleh beberapa nama terkenal seperti Jermain Dupri, Babyface...Iramanya segar, sesuai dengan konsepnya iaitu Kontemporari R & B (my fav genre). Vokal Ashanti juga semakin baik walaupun pernah kena kutuk sebab tak dapat menyanyi secara live (gurl, that's history). Mungkin album barunya ini dapat mengulangi kejayaannya memenangi Grammy lagi pada tahun ini. Ada 12 lagu semuanya dan 1 Intro. Lagu-lagunya agak pendek, tidak mencecah 4 minit pun (kecuali In These Street dan Mother). Jadi anda tidak akan terasa bosan (how can u terasa bosan bila lagu-lagunya memang best????)

Single pertama 'The Way That I Love You' sememangnya hebat. Lagu pertama yang dihidangkan dalam album ini (after the Intro). Untuk video klipnya, anda boleh layari http://www.youtube.com/ dan taip tajuk lagu ini. Video klip agak violent sikit (tengah-tengah geram jangan tengok terutamanya pada yang terkantoi bila balak korang/awek korang tengah kuar dating dengan orang lain. silap-silap mau masuk penjara tuuuu......)

Single kedua dijangka lagu 'Body On Me' feat Akon dan Nelly. Lagu yang agak catchy...love it!!!

Untuk perkembangan terbaru Ashanti dan album terbarunya ini, layari http://www.ashantithisisme.com/.




Enjoy!!!

Wednesday, July 30, 2008

Cuba jaya...cuba tak jaya...

Kaedah cuba jaya selalunya membuahkan hasil...dah la namanya cuba jaya. mesti pengakhirannya berjaya...

YA!!!!

Aku pun cuba tapi tak berjaya. Cis!!!!

Ceritanya macam ni. aku ni terbuat la dua blog menggunakan satu alamat e-mel. so, nak delete la yang mana tak berkenaan. cuba jaya punya pasal, klik sini, klik sana, klik sini lagi...terus hilang!!!! yeah!!!! hilang la suda aku punya blog yang banyak gambar dan iklan-iklan tu...Huargh!!!!!

Memandangkan permintaan terhadap aksi-aksi boling berada pada tahap dewa, dengan demikian terpaksalah aku memasukkan semula gambar-gambar itu...tapi bukan sekarang la sebab dah tengah malam...

...so...Gud nite.

Tuesday, July 29, 2008

Salam yang pertama...

Alhamdulillah...tercapai juga hajat untuk mempunyai blog sendiri.
Sekadar ruang untuk berbicara.