Tuesday, December 30, 2008

Cuti yang tak cuti

Hari ni sepatutnya aku cuti, tapi gatal-gatal pi opis. Sebabnya, aku tak pasti sama ada cuti yang aku pohon hari tu lulus atau tak lulus. Bila sampai ofis, sah cuti aku tak lulus lagi. Bukan setakat tak lulus lagi, memang tak nak di tandatangan. Alasan tak nak tandatangan ialah sebab ruang untuk tandatangan takde. Kenapa takde ruang? Sebab cop yang digunakan terlalu besar sehingga memakan space untuk tandatangan.

Apa????? Sebab ruangan nak tandatangan tak cukup then aku tak dapat cuti???? Macam tu je????

Tapi aku dah tekad nak cuti. Lantak la. Cuma hari ni aku meluangkan masa kat ofis sebab ada orang belanja makan, and ada keje sikit yang nak kena buat. kelam kabut sikit la jugak sebab benda yang diperlukan tu tiba-tiba je takde kat ofis.

Huh!!!!

Melayang plan aku nak tengok wayang hari ni. Member aku call, bagi tau kalau aku nak tukar timing belt keter aku, kena tukar benda lain sekali. Ada 3 item yang nak kena tukar kalau aku nak tukar timing belt, aku tak ingat apa dia tapi harga semua item-item tu cecah RM300. Pulak dah. Bosan betul!!! Aku rasa macam nak park je keter tu kat umah dan biar dia duduk situ 3-4 tahun. Tak pun buang je la.

Banyak sangat perkara yang menyesakkan otak time-time macam ni.

Esok aku plan nak tengok wayang je. Malas nak angkat call dari sapa-sapa. Biar la sehari ini aku mau jadi orang biasa...

Salam Awal Muharram 1430 Hijrah

Salam Awal muharram 1430 Hijrah.

Dah masuk tahun baru hijrah. Tak lama lagi masuk tahun baru 2009 pulak.

Jadi, di kesempatan ini nak ucap salam tahun baru 1430 Hijrah dan tahun 2009 yang bakal menjelang tiba.

Malas nak buat wishlist masa ni, atau nak buat azam.

what about uol?????

Monday, December 22, 2008

Histeria (Movie review)

Semalam aku dijemput oleh member lama kat sekolah menengah dulu untuk nonton movie ni, Histeria, cerita seram Malaysia yang terbaru. Soalan pertama yang aku tanya member aku ni, "betol ke ko nak tengok citer ni?

And the answer is YES...YES...YES...

So, aku pun ikut la dia since dia belanja. Semalam anak buah member aku bagitau filem ni best giler. Aku tak tau la apa yang sorang budak umur 16 tahun kata 'best giler' pasal citer ni. Jadinya aku pi jugak la tengok sejauh mana best giler nya cerita ini.


(gambar diambik dari internet. Ciput je)

Dan ye, korang tertipu dengan poster itu. Itu adalah FAKTA.

Review best giler dari seorang budak berumur 16 tahun. Itu adalah AUTA.

Ini pandangan aku mengenai filem ini:

Sinopsis:

Mengisahkan sekumpulan remaja perempuan yang suka dengan cerita seram, mati dibunuh oleh seekor hantu raya (seekor la, takkan seorang hantu raya kot). Motif pembunuhan tu (bagi pandangan aku) ialah sebab jeles dan sakit hati (sebab selalu kena buli). Murni (lakonan Liyana Jasmay) merupakan watak baik yang sebenarnya jahat, mempunyai niat untuk membunuh kesemua kawan-kawannya atas sebab yang disebutkan di atas tadi. Si Murni ni dah jadi tuan kepada hantu raya tu apabila dia baca mentera yang didapati dalam internet.

* Sinopsis ini adalah pandangan peribadi setelah menonton filem ini dengan seribu kekonfiusan, apa sebenarnya yang nak ditonjolkan dalam filem ni. Nak tau sinopsis yang sebenar, baca la kat mana-mana laman web ka, majalah ka.

Jalan cerita:

Jalan ceritanya very the straight forward. Mula dengan babak gelak-gelak dalam first part, and the second part pulak start bunuh-bunuh. Konon nak nampak ganas tapi biasa je, walaupun pengarah cuba membawakan satu kelainan dari cerita-cerita seram melayu sebelum ini dengan menampilkan 'hantu raya' sebagai watak utama hantu. Since mungkin kita tak pernah nampak hantu raya, jadi kita tak tau la sama ada betol ke atau tak betol hantu raya rupa macam tu. Kalau hantu orang yang asyik nak beraya bole gak la digambarkan. Tapi hantu rayanya takde la menakutkan sangat. Aku tengok macam nak gelak je. Macam bangkai anjing je aku tengok sebab jongang sangat gigi hantu tu. So, bagi aku jalan ceritanya biasa saja, tak de yang luar biasa kecuali babak ciuman lesbian yang kononnya nak menimbulkan kontroversi tapi tak menjadik. Buang masa je...

Pelakon:

Paling aku respek lakonan Liyana, mungkin sebab dia ni jenis muka ala-ala konfius kampungan sikit, sesuai dengan watak tu. Mungkin jugak sebab dia berlakon dalam siri Puaka Niyang Rapik, kredit pada dia sebab dalam filem ni pun ala-ala cerita seram. Jadi lakonannya agak mantap disitu. Yang lain, tolong la pegi kelas lakonan. Ada la jugak yang baik 2-3 orang tu, tapi perlu lagi penambahbaikan. Overall, it's OK.

Yang Best:

Kelainan dari segi hantu yang ditonjolkan. Malaysia di kan kaya dengan hantu. Jadi, boleh lah diperkenalkan hantu-hantu yang ada. Komersil kan, gerenti bole jual punya. Kalah la hantu pocong, rambut panjang kusut masai dan segala macam tu.

Yang Tak Best:

Hah! Part ni memang banyak. Aku rasa dorang ni buat filem asalkan buat je. Tak hati-hati atau tak bersungguh-sungguh. Jalan ceritanya agak kelam kabut sikit, tak sempat develop setiap watak dalam filem ni hinggakan kita tak berapa jelas kenapa Murni nak bunuh kawan-kawan dia. Kalau sebab kena buli, takde pun adegan buli melampau.

Pas tu skrip pun macam ada yang tak kena. Contohnya, dalam perbualan polis dengan Murni, katanya ada 4 orang hilang dan 2 mati (something macam tu la) sebab budak pompuan tu semuanya ada 7. Jadi kalau Murni saja yang hidup, sah la yang mampus ada 6 (tak kira ilang ka, mati ka). Tapi jumlah yang mati lebih dari tu (tukang kebun + 2 orang boypren + cikgu lelaki). Soooo konfius bab nih.

Paling kelakar bila mata Adi Putra (Cikgu apa nama ntah) bergerak-gerak masa Scha sedang sibuk cari henfon dia kat laci bilik tu sedangkan cikgu tu dah mampus kena bunuh oleh hantu raya tu. Hello.... Pengarah tak nampak ke??? Lagi satu, mayat Zeta kena bunuh tu, kelakar gila. Nak buat mayat yang hancur pipi kena robek ngan hantu raya tu hingga menampakkan rongga mulutnya, tapi yang jadi adalah seperti menampal gigi palsu atas pipi Zeta. Alamak!!! Tukang solek, pi la belajar buat solekan.

Satu lagi, adegan member dia kena bunuh kat dalam toilet. Sepatutnya darah minah tu dah kering la sebab dah agak lama mampus kat situ. Tapi dalam babak yang sama, tetiba dinding tu penuh dengan darah yang masih baru. Hadoi la, pengarah tak nampak ka.

Overall review:

Bagi korang yang nak tengok cerita seram yang tak menjadi, pi la tengok cerita ni. Iklan bukan main gempaq tapi ceritanya macam hampeh. Kalau sekadar hiburan ringan, bole la. Kalau korang nak tengok hantu lain dari yang lain, pi la tengok.

Bagi aku, cukup filem ni sekadar dapat 2 bintang dari 5 bintang.

Filem bukan sekadar berlakon, tapi perlu membawak penonton dalam jalan ceritanya. Cerita simple mungkin menjadi baik bila dibuat dengan baik. Cerita hebat tapi kalau banyak yang tak kena akan mencacatkan jugak filem tu.

Wednesday, December 17, 2008

Happy Besday Eriq

Just wanna wish Happy Besday to my fren yang ada kat Buenos Aires tu. Semoga dapat hensfon Xperia X1 yang dihajati itu.

For your info, kat Malaysia dah launch pun hensfon tu.

Since you are not celebrating Christmas, just wish you Happy New Year 2009 je la, OK.

Tuesday, December 16, 2008

At Parliament

Here i am, stuck kat Parliament. Baru je semalam menjejakkan kaki kat ofis suddenly kena standby kat sini. Pagi ni pulak kena buat briefing kat Timbalan. Nasib baik takde isu sangat untuk deparment aku. Cuma sedikit hangin bila pertanyaan yang diutarakan bukanlah dibawah tanggungjawab aku. Huh!!! Geram!!!

Harap-harap penggulungan akan selesai cepat sebab aku dah terfikir nak balik awal hari ni. Dasar pemalas. Tapi nak buat macam mana, tak semangat nak keje sebab savvior masih tak pulih lagi dari wad kecemasan. nak buat aku hangin lagi sebab part yang ditukar oleh kedai sebelum tu yang menyebabkan Savvior semput (dan aku pun semput sekali).

Hari ni dapat slip gaji. Tapi nombor dalam tu setakat nombor yang dapat dibanggai angkanya, tapi bukan jumlahnya. Apa tidaknya, duit yang ada nak bayar kelengkapan si Savvior, bukan kelengkapan aku. Tadi aku pandang-pandang je kot yang dijual kat Parlimen ni, nampak macam nak beli. Memandangkan sumber kewangan adalah terhad dan mencapai tahap bahaya, aku membatalkan cadangan pembelian itu. (Lagipun bukannya berkenan sangat sebab nampak terlalu besar). Terpaksa la aku menempah (dan tidak membeli secara pukal) yang mana akan mengambil masa dan duit yang lebih untuk mendapatkan kot itu.

Sekarang time lunch break, ada masa untuk update blog nih. Mungkin kejap lagi penggulungan akan siap. Acap pun ada kat sini... ala, Pegawai Khas Menteri Berambut Merah tu. pening kepala dibuatnya setiap kali pi Parlimen.

Jam 4.00 petang, cepat la!!!! Aku mau pulang!!!

Monday, December 15, 2008

At Penang

Aku ada meeting hari ni kat penang. Seawal jam 6.00 pagi lagi aku dah bertolak sebab aku punya flight jam 7.35 pagi. Bila sampai penang, terus je aku ke tapak projek. Ambik gambar ala kadar dan terus makan nasik kandar kat Merlin. Boleh tahan jugak.

Then, terus meeting jam 2.50 petang sampai jam 5.30 petang. Hajat dihati adalah mau shopping tapi tertangguh sebab meeting lewat abis, risau kalau-kalau stuck kat trafik jamm. kan penang ni terkenal dengan jamm nya. Tapi sangkaan ku meleset bila perjalanan adalah as smooth as silk. Jadi masa yang ada aku gunakan untuk jalan-jalan kat airport.

Aku saje jenjalan kat kedai perfume. Just nak tengok-tengok. Suddenly aku ternampak perfume ni. Memang perfume ni untuk wanita, tapi aku sememangnya suka dengan bauan bunga mawar. Jadi aku beli sebotol. Nak pakai ke ofis, maunya kena kutuk. Tak pun, aku spray je kat bunga mawar dalam ofis aku tu.



Jenama : Paul Smith

Bauan : Rose

Pada sesiapa yang suka akan bauan bunga mawar, bole la cuba perfume ini. Sesuai juga sebagai hadiah kepada awek-awek (jika anda juga penggemar bauan bunga mawar). Kalau botolnya sedikit kreatif, perfume ini akan jadi lebih klass kerana botol sedia ada adalah terlalu ringkas.

Aku kena masuk ofis esok nak settle banyak benda. Malam pun dah lewat. Jadi aku mau tidor.

Selamat malam....

Saturday, December 13, 2008

Breakfast ku semalam

Semalam tak sempat nak buat entry pasal breakfast aku walaupun aku tau ia sesuatu yang amat penting untuk dimaklumkan kepada semua. Ni hah, aku punya breakfast pagi semalam. Nasik goreng cina, cendawan goreng dan sedikit daging masak kicap. Harganya ialah RM5.


APA??? RM5 ???


Sungguh aku tidak percaya tetapi itu la hakikatnya. Dan akak yang bagi aku harga tu sepertinya tidak menunjukkan apa-apa tanda bersalah di wajahnya tatkala menyebut harga makanan itu. Aku tak tau la sama ada korang rasa harga tu bernas atau tidak, korang nilai la sendiri dari gambar-gambar yang aku sertakan ni ya.


(pandangan sisi sebelah kiri)

(pandangan sisi sebelah kanan)

(Pandangan hadapan...tengok la nasik tu tak lebih pun dari separuh pembungkus)

(Pandangan atas - nasik tu dah la tak lebih dari separuh pembungkus, tak sampai setengah pulak tu. Daging tu pun secebis je)

Jadi, korang nilai la sendiri. Kalau breakfast banyak ni pun harganya dah macam lunch, bayangkan la kalau lunch punya harga berapa dia akan caj. So, aku tak lunch kat ofis pun semalam.

Jijix , tolong la opis kami ni yang telah menjadi mangsa pengkedai-pengkedai nih.


PLEASE HELP!!!!!

Thursday, December 11, 2008

Antoo Fighter-Amukan Drakulat (Movie Review)


OK la geng... Disebabkan aku tidak ke pejabat semalam, aku mengambik peluang untuk menonton movie. Dah lama aku tak tengok movie. Dan dah lama jugak aku tak buat movie review. Jadi dikesempatan ini, aku pi la tengok 1 movie ni yang aku rasa iklannya dah takde kat TV.

ANTOO FIGHTER - Amukan Drakulat

Malas la aku nak bagi tau siapa pelakonnye, siapa pengarahnye, dan apa-apa yang berkaitan dengan movie ni. Cuma secara kesimpulannya, ia merupakan satu movie ringan yang mempunyai mesej ringan.

Bagi aku, pengarah, jalan ceritanya, pelakonnya, muzik latar dan suara amat perlu diperbaiki sekiranya pengarah bercadang untuk membuat Antoo Fighter 2 sebab terlalu banyak kelemahan dalam filem ni.

Jalan Cerita:

Terlalu biasa. Bole dikatakan tiada kreativiti. Jalan ceritanya mengenai kebaikan menentang kejahatan. Memang la kebanyakan tema filem sekarang ni macam ni tapi diolah dengan selamba je. Tak sungguh-sungguh. Umpama nak memberus gigi, setakat gigi depan je yang diberus, yang lainnya tidak. Ada jugak la cobaan untuk membuat beberapa 'kemasan' di sana sini tapi tak menjadi. Ni la movie yang membuatkan aku hampir tertidur semasa menontonnya.

Lakonan:

Hampeh!!! Wa cakap lu, memang hampeh. Pelakon bercakap macam baca buku untuk kanak-kanak tadika. Lakonan keras, takde jiwa. Walaupun filem ringan, tapi cara lakonan tu perlu la pro. Ni pun takat buat je. Harus dipuji lakonan Bell dan Awie serta Harun Salim Bachik. Yang lain, tolong la pegi kelas lakonan.

Pelakon:

Seperti yang dinyatakan di atas, gaya lakonan beberapa pelakon memang baik. Cuma Radhi O.A.G., naper la mamat ni diambik jadi pelakon. Apa salahnya ambik pelakon yang lebih muda, sesuai nak menunjukkan hubungan antara atuk (Harun S.B) dengan cucu (Radhi). Radhi dah nampak terlalu tua untuk menjadi cucu kepada Harun S.B. Pelakon-pelakon tempelan (selain yang namanya tidak disebutkan), juga tidak menyokong kepada watak-watak yang utama, dan tidak dapat membawakan wataknya dengan baik. Sekali lagi ditegaskan, pi la masuk kelas lakonan.

Grafik C.G.I.:

Dalam beberapa part, nampak real. Dalam kebanyakan part, nampak terlalu kartun. Aku faham, sememangnya perlu nampak kartun sebab filem ni pun macam kartun tapi jangan la seperti terlalu kartun sehingga nampak terlalu pelik. Namun harus dipuji, cobaan yang baik.

Muzik latar:

Banyak yang tak kena. Bunyi latar kadang-kadang tak masuk akal. Mungkin pengarahnya sengaja nak buat orang konfius, atau buat lawak bila adegan tak selari dengan muzik latar. Tapi cobaan ini tak menjadi. Begitu jugak bila pelakon bercakap, kadang-kadang jadi bingung, suara tu suara siapa sebab orang lain yang buka mulut, orang lain yang punya suara. Aku tak paham! Aku tak paham semua ini!

Secara keseluruhannya:

(i) yang baik : terdapat babak yang mampu membuatkan penonton ketawa terutamanya apabila Radhi menggunakan hikmat Jalaluddin Hassan untuk menumpaskan musuh, adegan Awie tandatangan autograf dan 2-3 babak lain yang mencuit hati.

(ii) yang kurang baik : pemilihan pelakon, gaya lakonan, jalan cerita dan beberapa babak yang tak perlu tu tak payah la letak lain kali. Buat semak filem je. Kalau ada sequel untuk filem ni, buat la lebih baik lagi.
Kalau korang nak tau lebih pasal Antoo Fighter ni, lawatlah laman webnya di alamat http://www.antoofighter.com/
Kesimpulannya, kalau sekarang ni kita tengok Kategori filem ada U untuk tontotan umum, 18SG, 18PL dan 18SX, untuk filem ini atau filem-filem sebegini di masa depan, perlu la diwujudkan 1 lagi kategori iaitu:

7U = Untuk tontonan umum dan 7 tahun ke bawah.

***Harus diingat bahawa pandangan di atas adalah pandangan peribadi seorang pengkritik filem tidak pro yang ingin melihat Malaysia melahirkan filem, pengarah dan pelakon yang berkualiti. Sekiranya ada yang tak puas ati, lantak korang la. Korang tak tau ke yang aku dah bazirkan RM6 semata-mata nak tengok movie ni. Ni buat review ni pun dah cukup baik. Kalau ada yang tersinggung, ampun dan maaf korang kena pohonkan kat aku sebab filem ni yang menyebabkan aku buat review macam ni...

Wednesday, December 10, 2008

E.L.

Hari ni aku ambik E.L. (Emergency Leave) setelah alergik kat badan aku dah bertambah teruk gatalnya dari biasa. (Adalah dimaklumkan kegatalan adalah disebabkan oleh alergik dan bukan kegatalan semula jadi). Pagi tadi aku terpaksa bangun jam 3 pagi sebab terlalu gatal. mandi hot shower dalam 30 minit and baru aku boleh sambung tido. Bila jaku terjaga jam 6.30 pagi, aku mengambil keputusan untuk jumpa doktor pakar.

Hasilnya, aku terpaksa bayar RM108 untuk 5 jenis ubat yang aku tak tau keberkesanannya. Cuma dia bagi aku list benda-benda yang aku tak boleh makan... untuk tempoh 6 bulan. Ya, 6 bulan. benda-bendanya adalah:

(i) Wine and Beer (yang ni memang tak ambik. Jadi tak membawak kesan pun kalau tak dapat);

(ii) Pennicilin, aspirin, codein (painkiller dan ubat batuk);

(iii) susu (abis la tak bole minum susu strawberry kegemaran aku);

(iv) cheese (gudbye cheese cake, cheezy wedges, pizza...);

(v) burger (gudbye McD dan Burger King);

(vi) hotdog (gudbye 1901);

(vii) kekacang dan telur (ini tak mengapa kalu tak bole makan);

(viii) roti putih (kena cari roti berwarna la pulak lepas nih);

(ix) buah pisang dan nenas (memang jarang makan pun)

(x) lobster (mahal, jadi memang tak makan pun)

(xi) ketam dan udang (gudbye softshell crab and butter prawn, also belacan)

(xii) chocolate (huargh!!!! tak le makan coklat lagi!!! huargh!!! tak leh minum hot chochlate lagi!!!! huargh!!!!)

(xiii) minuman berwarna kuning seperti teh bunga, air tebu (air bunga kegemaran ku telah tidak boleh diminum lagi...huhu).

Setelah berkira-kira, apa je la yang bole aku makan kalau dah mostly makanan ruji telah di deny dia punya access ke dalam perut untuk tempoh 6 bulan???? Jadi, aku kena disiplinkan diri aku untuk tempoh 6 bulan ni. By the time bole makan semua tu, dah masuk bulan puasa pulak. Nak buat macam mana, kena ikut la kalau nak baik cepat.

Malam ni dah start tak bole makan itu dan ini. Hmmm.... korang doakan semoga cepat sembuh ya...

Tuesday, December 9, 2008

Hari Selasa yang sunyi

Hari ni aku ke tempat keje naik public transport. Dah lama tak naik public transport. Merasa la bersesak-sesak lagi and bangun seawal jam 5 pagi untuk bersiap. Savvior masih kat bengkel, macam biasa. Member aku call tadi dan bagi tau yang Savvior sakit tenat. Banyak parts yang kena tukar...Hmmmm.... duit lagi....

Hari ni jugak ramai staf cuti. Yang ada 2 orang je. Yang lain pengsan sebab banyak sangat makan daging korban.

Jam baru menunjukkan 9.40 pagi. Aku rasa dah macam setengah hari aku ada kat ofis ni.

Cepat la jam 5.30 petang... aku mau pulang!!!

Monday, December 8, 2008

Salam Aidiladha

Dah malam baru nak wish Selamat Hari Raya Aidil Adha. Takpa la kan. Asalkan wish.

Aku tak ke mana-mana, lepas solat raya, duduk kat umah layan DVD je. Malas aku nak buat keje ofis walaupun setiap kali sebelum hari bekerja aku akan buat sedikit keje ofis just to get the mood.

Tapi hari ni tak la. Malas. Selepas beberapa insiden yang tidak menyenangkan hati kat ofis minggu lepas, aku pun ala-ala malas nak layan keje-keje ofis ni. Anyway, new year tak lama lagi kan. Pasang angan-angan dulu sebelum membuat azam baru.

Seperti lazimnya, azam hanyalah azam, dan tinggal azam je la masa ujung tahun. Pencapaiannya adalah hampeh. Mungkin sebab itu aku rasa this is the right time nak fikir pasal azam baru, since raya korban ni hari ni, so aku kena jugak la mula berfikir untuk 'mengorbankan' apa-apa yang tak perlu menjelang tahun baru dalam 3 minggu lebih lagi ni. Sempat la memikir panjang apakah yang perlu dikorbankan dan dijadikan azam dalam tahun baru tahun depan ni. Tahun 2009 merupakan tahun yang mencabar sebab ekonomi katanya akan down.

Bersediakah?

Member-member keje private dah mula bising sebab takut ilang keje. Kat gomen dah start berkira-kira budget untuk next year macam mana. Aku??? Apa sumbangan aku untuk mengukuhkan ekonomi (sekurang-kurangnya ekonomi sendiri???). So, kena la prepare awal-awal ni, mungkin ada yang kata terlambat tapi bagi aku buat la sementara boleh. Terlambat bila masa nyawa dah sampai kat kerongkong. Kalau ikut adat askar, selagi tangan bole suap nasik ke mulut, ok la tu. Teruskan la berjuang...

Seluar ofis aku tak iron lagi. Jap lagi la. Nak relax. Nak keje esok pun aku tak tau lagi macam mana sebab Savvior masih kat bengkel. Ala, yakin pada rezeki Allah, insya Allah semua akan beres.

Salam Aidil Adha.

Anyway, berapa lembu yang korang tumbang tahun ni???

Sunday, December 7, 2008

Melaka

Ke Melaka lagi, untuk menggembirakan hati yang duka lara. Duka sebab 2 perkara yang berlaku Jumaat lepas:


(i) semua keje nak longgok kat aku; dan

(ii) kete aku buat hal lagi.

Pagi Sabtu still tak bole jalan lagi si Savvior tu. Jadi aku anta kat proton, gaduh lak ngan proton pasal waranti. Biar la, kalau takde waranti, bayar je la. Nak buat macam mana, kete dah buat hal. Aku dengar banyak jugak sakit si Savvior ni. Pantang dengar ada bonus, mula la sakit sana-sini.

Semalam kat Melaka, tak banyak yang aku beli, rasanya baju je kot. Saje je nak buang masa dan buang duit sekali. Aku cari suit untuk ofis, tapi banyak yang takde paten yang aku minat. Last-last, terjumpa jugak yang aku berkenan. Biar pun patern dia ni jenis orang jarang pakai ke ofis, tapi aku nak jugak beli. Lantak la, kalau orang tanya, senang je aku jawab:


"Kalau tak salah aku, masa aku beli hari tu, duit keluar dari poket aku."


Ala, biasa la kalau orang dah jeles, misti kata ini tak betul, itu tak bole. Sekurang-kurangnya aku pakai baju pi ofis, daripada sesetengahnya tu pakai baju macam serupa tak pakai baju. Siapa kah itu????



(tunjuk pembungkus dia je la. Isinya bukan grand sangat pun, lagipun bukannya branded. Biasa je...)

Aku pun dah tengok Xperia X1 Sony Ericcson yang aku idam-idamkan tu. Dah cuba try test godek-godek apa yang patut. Impressive yet a little bit disappointing. Harganya seperti diduga, RM3199. (Pitam 3 kali kat kedai...***dalam ati je). Yang menarik, application dalam phone tu. Yang tak menarik, kebanyakan application dalam phone tu tak boleh dikendalikan dengan jari, kena pakai stylus sebab tulisannya terlalu kecil. Jadi, dari segi handling, tak berapa menarik sebab kena bertukar mode banyak kali, stylus, QWERTY, button ataupun jari. Design not bad. Cuma tak nampak klass sebab nampak agak kemurahan, tak suit dengan harganya (walaupun dalam gambar nampak grand).

Still, Xperia masih favorite aku kalau ada sesapa yang nak belikan (terima kasih....hehehe). Eriq, aku rasa HP tu tak suit dengan gaya ngko (eventho i know you want it so badly). Lagipun, ko kan jenis suka ambik gambar. Dengan 3.2 megapix, aku tak rasa ko akan minat HP ni. Cari je la Innov8 dari Samsung tu, 8 megapix.

Time jenjalan tu, aku terlihat la satu iklan ni. Nak tergelak aku baca. Jadi aku ambik la gambar iklan ni untuk tatapan korang.

Kalau korang rasa korang boleh MELAMPIRKAN diri tu, korang coba-coba la apply. Mana tau berjaya. Aku tak tau sama da korang nak jadi Lampiran 1 ka, atau Lampiran 2 ka. Yang penting ko lampirkan je la. Jangan korang jadi Mak Lampir suda laaaaa.....

Friday, December 5, 2008

Volcano

Aku ni dah diibaratkan menjadi gunung berapi yang akan meletup bila-bila masa!!!!

Pagi ni aku jumpa this senior officer, sebab projek pembangunan bawah dia ada masalah. So, aku pun gembira la sebab nak pass isu yang takde kaitan dengan aku ni kepada dia. Suddenly dia kata...

"Eh! Ini isu pembangunan kan? Now you under pembangunan jadi u handle la this matter."

Maunya terkejut badak aku mendengarnya. Wah! Wah! Wah! Ni kira blanket skop keje la ni, mana-mana isu yang ada perkataan "PEMBANGUNAN" atau "DEVELOPMENT", semua tolak kat aku. Banyak chantek muka korang!!!

Aku dah naik hangin satu badan bila mendengar orang cakap macam tu. Dah ko buat t*ik kat situ, pas tu bagi aku basoh ye. Semalam dah bincang dengan E-am pasal benda ni. Seperti yang diputuskan dalam perbincangan tu, aku kena buat Terma Rujukan (chewah...) pasal keje yang Unit aku akan buat. Pass tu, bertekak la dengan bos pulak pasal sapa nak buat keje tu sumer.

Huh!

Moral sudah down, jap lagi mau lari dari opis ini. Cepat la jam 12.15 tengahari. Aku mau lari!!!!!

Thursday, December 4, 2008

Kecik ati

Kecik ati dengan bos hari ni.

Ye la, hari ni kali kedua dia sebut "you are no longer with this department." Aku cuba memahami kata-kata bos dan cuba anggap yang dia hanya joking. Tapi dah tawar hati dah bila ini kali kedua dia kata macam tu.

Aku bukan la bengang pasal benda tu sebenarnya. Yang buat aku bengang ialah aku kemungkinan besar dapat post yang combine keje department lama and department sekarang ni, dan yang paling best dorang bagi aku 2 assistant. Sedangkan masa aku kat department lama, 3 orang pun tak larat nak buat semua keje tu. And di department baru pulak, dengan aku dan assistant aku, kitorang dah terkapai-kapai. Tetiba ntah makhluk mana yang punya bijaksana, combine kedua-dua department punya keje and bagi 2 assistant.

Ewah! Ewah! Banyak chantek korang!

Aku tak pasti lagi yang aku akan duduk situ, tapi kemungkinan besar tu ada. more than 50% sure yang aku akan duduk post tu.

Masa meeting petang tadi, beriya-iya benar bagitau aku yang semua keje kat department lama aku dan department baru ni akan longgok kat post baru tu. Bila dengar macam tu, mood aku nak keje hari ni terbantut sama sekali.

Tapi aku dah bersedia mental dan fizikal untuk duduk post tu, kalau betul aku kena duduk situ. 2 kemungkinan, sama ada aku berjaya atasi masalah dan jalankan kerja dengan baik, atau hidup aku akan jadi tunggang langgang.

Bagi aku, baik ministry tu yang tunggang langgang dari aku yang tanggung semua.

Keji!!!!

Menjawab Tag Di (Episod 2)

OK la, aku masih tak dapat mengetahui apakah soalan Tag Di mengenai gambar-gambar opis tu. Tapi aku agak ia adalah berkenaan opis. So, ini la gambar opis aku yang tak seberapanya itu...

(Ruang menyimpan fail dan laporan. Fail adalah hasil titik peluh sendiri. Nak mengharapkan admin ofis aku ni, harus la laporan tu masuk kilang recycle dulu baru fail tu sampai)



(Ruang perbincangan dengan tetamu, juga sesuai untuk dijadikan tempat tido. Bunga warna biru di hujung bilik juga adalah hasil titik peluh sendiri since my favorite color is blue)



(Ruang kerja. Ada notebook saja. Larangan menampal-nampal benda-benda tak berkaitan sudah dikuatkuasakan. Jadi dah clear sikit. Yang ada ialah gambar masa muda-muda dulu ambik watikah dan dog-tag. Reben bunga atas speaker adalah cenderahati orang kawen. Lawa jadi tak sampai ati nak buang)


(Susun atur pejabat aku yang tak seberapa luas itu. Tetapi viewnya agak menarik sebab menghadap tasik and Alamanda.)

Tu je untuk opis aku. Aku memang suke something yang simple dan kemas. Sebab tu la ofis aku tak berapa banyak aksesori. Gambar-gambar yang ada pun aku dah sedekah kat orang. Cuma aku nak beli bunga lagi nak letak atas almari besi tu (yang nampak suram je). Nampaknya kena pi balik kat kedai bunga hari tu sebab bunga warna biru dia nampak lawa sikit compare dengan kedai-kedai lain.
Kalau ada duit lebih, aku nak tukar blind kat belakang tu dengan sumthing yang kaler biru jugak. OK la, itu je yang sempat dibuat tatkala di keboringan ini. Dah nak dekat lunch dah ni. So, aku chow dulu...

Wednesday, December 3, 2008

Menjawab Tag Di

Kalau tak silap aku, D dan 3 kali tag aku. tapi yang pasal gambar opis tu, aku tak dapat lak soalannya, jadi aku tak dapat jawab lagi. Since yang ni ada soalannya, aku jawab je la...

#01; - Sesiapa yang kena tag, kena tulis 10 sesuatu berkenaan orang yang meng-tag dia.

1. Suke nyanyi. (selalu nyanyi dalam keter)
2. Suke tengok citer Korea (nak pinjam VCD aku bertajuk Jewel in the palace)
3. Suke shopping (beli air-cond tak hingat dunia-rujuk entry D yang lepas)
4. Jaguh main bola jaring (ye ke???)
5. Suke makan (saiz badan menjadi bukti)
6. Tak suke makan sushi.
7. Friendly (selalu senyum).
8. Sekarang kat Perak.
9. Minat masak.
10. Hardworking.

#02; - Orang yang kena tag kena tulis 10 perkara. about yourself.

1. Suke menyanyi walau suara tak sedap.
2. Suke melukis walaupun tak pandai.
3. Suke tengok wayang.
4. Suke makan.
5. Suke lepak sorang-sorang
6. Suke baca buku komik Sincan.
7. Suke jenjalan.
8. Suke tido.
9. Suke bela kucing.
10. Suke

#03; - At the end, you need to choose 10 people to be tagged and list their names.so that U'll know... did their really know U...

Since pembaca blog aku ni pun bukannya ramai, yang baca pun adalah orang yang dah kena tag. Jadi sesape rase nak jawab tag ni, jawab ye.

OK, D, aku dah jawab tag ngko sampai ngantuk-ngantuk aku jawab nih. Nanti la aku buat tag pulak kasi korang jawab.

Chow...

Hint

Petang tadi lepas mesyuarat kat luar, bos jumpa aku. Ada few keje yang perlu aku buat. Macam biasa, aku pun buat la pindaan pada kertas kerja yang dia suruh buat tu. Then bila dia masuk ke ofis dia, dia call aku...

Boss : Kalau ikutkan your current post, you are no longer with this division, kan.

Aku : (shock a little bit but understood)... Yes, sir.

Boss : So far, ada tak your boss bagi apa-apa arahan pada you ke, apa ke.

Aku : So far takde.

Boss : Begini la, selagi takde arahan dari pihak atasan sama ada yu stay atau you kena buat keje kat department lain, you are still with us la.

Aku : No problem, sir.

Then, dia letak telefon. Aku pun terus buat keje yang dia suruh. Suddenly, bos muncul depan pintu ofis aku. Tekezut den dibuatnya. Dia tunjukkan paper yang aku prepare dan bagitau pindaan yang sepatutnya aku buat. Tetiba pulak dia pi kat hiasan pasu atas almari.

Boss : Eh No berapa you beli ni?

Aku : (Terkulat-kulat tak paham). Which one, sir?

Boss : Pasu yang biru ni.

Aku : Oh! Tu saya beli kat kedai RM2. (Pecah tembelang beli kat kedai RM2).

Boss : Oh...i thought u beli ratus-ratus tadi. Anyway, u buat pindaan pada paper tu dan terus hantar pada department tu. Bila nak kena hantar ni sebenarnya?

Aku : semalam... (then terdengar bunyi cengkerik...kreeit....kreeit....)

Then, bos blah. Terus balik. Aku jadi terpinga-pinga. Tetiba lak bos macam tak tentu hala. mungkin sebab dia tahu yang aku akan ditukarkan ke department lain. Jadiknya semua kerja-kerja yang aku buat ni akan kekal ada department ni dan banyak la lagi beban keje diorang.

re-org (bukan re-orgy tau) dah diluluskan dalam bulan lepas. Sekarang ni sesi nak dapatkan orang untuk buat keje yang melambak-lambak tu. Post aku ni dah tak ujud lagi di department sekarang ni lepas re-org ni dikuatkuasakan. jadi semua kerja-kerja yang aku buat kat department ni terpaksa dibahagikan kepada unit-unit yang terlibat. Mungkin sebab tu bos risau.

Aku tak tau lagi nasib aku, sama ada stay (dan dapat unit baru) atau ikut post asal tapi transfer ke department lain. Ntah, malas aku nak memikirkannya. yang penting aku ada cukup officer dan staf nak buat keje. Cuma yang aku dengar, department baru yang aku akan pegi ni memang tak banyak officer and kakitangan.

Huh! Malas aku nak memikirkannya. Kalau berkuat kuasa awal tahun depan, maknanya aku ada beberapa minggu lagi untuk duduk kat department ni sebelum aku berambus. penatnya nak pindah randah!!!!

malas nak risau, baik aku tido....

Tuesday, December 2, 2008

Accident kat highway

Hari ni aku lambat sikit sampai ofis, dalam 8.25 pagi, sebab ada accident kat highway dekat dengan R&R Nilai. Jamm dalam 30 minit. Kereta bergerak slow je, nasib baik masa tu tak sakit perut. Kalau tak, maunya aku tinggalkan kete and berambus ke semak yang terdekat.

Cuma yang aku peratikan, rakyat Malaysia ni masih lagi tak berapa educated pasal penggunaan highway ni. Ye la, kalau dah jamm macam tu, semua ikut lorong kecemasan. Sampaikan ambulans terpaksa guna laluan yang jamm tu untuk ke tempat kemalangan. Hah! Bab ni aku respek pemandu Malaysia ni, semua dengan cepat bergerak ke tepi bila ambulans nak lalu. Tetiba je laluan 3 lane tu jadi 4 lane yang membolehkan ambulans lalu dengan cepat. Bravo!!!

Cuma yang tak bestnya pulak ada jugak mamat hanj*ngs yang menumpang ikut kat belakang ambulans. Ah! Lantak la. Yang penting bila aku yang sampai ke tempat kejadian, semua mangsa dah kena angkut ke ambulans. Aku rasa dah lama crime scene tu clear sebab kereta yang accident dan terbakar tu dah dialih ke tepi. Cuma yang buat jalan tetap jamm bila terlalu banyak orang yang tumpang tengok. Sebagai contoh, motor yang ada kat depan aku masa aku lalu kat tempat kereta terbakar tu. Dia boleh bawak slow-slow and pandang-pandang kereta tu yang membuatkan aku naik angin. Abis aku horn motor tu. Puas ati aku!!! Nasib baik dia tak jadi mangsa kemalangan jugak pagi tu.

Sampai kat ofis, aku dah takde mood dah tengok meja aku yang banyak sangat surat-surat yang tak diambil tindakan lagi. Assistant aku takde dalam minggu ni. And maybe minggu depan, depends sama ada aku luluskan cuti dia atau tidak. Banyak keje yang aku bagi dia tak siapkan lagi.

Malam ni aku semacam tak tau nak buat apa. Banyak jugak keje yang aku bawak balik tapi satu pun masih belum aku sentuh. Kalau aku layan VCD, sure aku tak buat keje ofis. Tapi terasa macam malas pulak nak buat keje ofis ni. Ntah, ada sesuatu yang mengganggu fikiran aku.

Tapi apa????

Malas aku nak fikir. Aku rasa nak tido awal. Walaupun mata masih tak mengantuk, aku kena paksa jugak untuk tido.

Tido...tido...tido...tidzz...tizzzz.......tzzzz.............zzzzzz.............

Monday, December 1, 2008

Wad Kecemasan (Episode 2)

Ni sambungan citer petang tadi kat wad Kecemasan bengkel keter. Lepas tersedar dari pengsan (dan angan-angan beli rim tayar baru), aku dikejutkan dengan deruman Savvior. Senyum-senyum dia macam dah ok. Kononnya aku nak drive balik, rupanya Dr. mekanik dah bawak dia lari dulu. Dengan badan penuh minyak tu dia selamba badak bawak keter aku pusing-pusing nak test power jantung baru Savvior.

Dalam 5 minit kemudian, dia muncul. Berdebar-debar aku menunggu bilnya. Dr. mekanik bagi aku naik Savvior, suruh aku try pulak. Mau je aku lari terus dari bengkel tu tapi dengan keimanan yang teguh, aku buat 1 round je and pi balik kat Dr. mekanik. Dengan muka kesian, aku tanya bil.

Berapa bil???

Tak perlu bayar bos. U try dulu angkat, kalau ada apa-apa u mari angkat. Lagipun u baru tukar kan semalam.

Ya ka? (dalam hati melonjak-lonjak riang, rasa macam nak beguling-guling atas lantai bengkel).

Ya.

Ok la, aku pun terus blah dari situ. Terus aku ke Giant Senawang cari VCD. Yang ada ialah Kung Fu Panda. Layan... Then, aku ke Jusco Seremban 2 untuk tengok-tengok apa yang ada kat sana time Jualan murah ni. Tapi nampaknya tak ada apa yang boleh dibeli selain dari Big Apple Donut. Jam 8 malam, aku balik rumah. Dah makan malam, ngantuk pulak. Tak nak cakap banyak, selamat malam.

Wad kecemasan

Aku balik awal hari ni. Big Boss takde gak. Dia pi klinik. Jadi aku mintak kebenaran officer lain nak balik awal. Savvior semput lagi. So, baik aku antar terus dia ke wad kecemasan sebelum orang-orangan keluar dari ofis. Kang tersangkut dalam jamm, buatnya si Savvior ni pengsan tengah jalan. Tak pasal-pasal aku pulak yang kena tolak dia.

Sepantas kilat aku drive ke Senawang, tempat yang aku antar semalam. Rupanya mamat cina yang entertain aku semalam dah siap menunggu, aku konfius lak tetiba dia macam tau kehadiran aku. Rupanya member aku yang call kata aku nak datang.

Dengan serta-merta, Savvior di bawa ke wad kecemasan. Kali ni aku kena ambik gambar sebab dah bawak Windy (nama notebook aku), so aku update la perkembangan kesihatan Savvior, secara live!!!

Pada masa ni, Dr. mekanik sedang berusaha mencari apa punca sakitnya. Kalau ikutkan Dr. Mekanik, sakitnya macam semalam, cuma hari ni mungkin kena godek lebih sikit sebab semalam hanya surface check je, internal organ masih belum diketahui situasinya. Internal organ kepala hotak kau!!! Kan semalam ko jugak yang check!!! Keji!!!

(Buka mulut luas-luas...say "aaaaaaaa")

(Dr. mekanik sedang berusaha mencari punca)

(urat perut Savvior dah terkeluar. Menurut Dr. Mekanik, ini lah puncanya. Dan itu la jugak punca aku semput semalam. RM330 tuuuuu.....)

(Savvior diberikan bantuan jantung elektronik, sambil disediakan air, just in case Dr. mekanik haus. Tu bukan untuk kete la. Itu untuk Dr. Mekanik)

Dalam keadaan cemas sekarang ni, aku tak larat tengok Savvior...terus aku pengsan kejap. (Pengsan sebab duit yang nak dibayar kejap lagi. Baik pengsan dulu).

Bersambung...

Monday Blues

Pepagi lagi bos dah bagi macam-macam keje. Naik pening kepala aku nih. Ditambah pulak dengan si Savvior yang buat hal lagi. Aku dah kurang semput, dia pulak yang semput balik. Kang petang ni masuk wad, dia hilang semput aku pulak semput lagi.

Jangan la ko nak makan duit banyak-banyak time macam ni. Dah nak kering dah ni. Aku tau la gaji bulan ni awal...18 haribulan. Tapi nak jugak ada duit pi shopping-shopping, jangan ko pulak nak kedarah makan sorang-sorang duit gaji aku tu....

Savvior...oh Savvior. Cepat la sembuh!!!

Sunday, November 30, 2008

Framed!!!

Ingat tak pasal lukisan orkid dalam entry yang lepas-lepas??? Malas aku nak buat link. Korang cari la sendiri. Dan ingat tak jugak pasal frame gambar yang aku beli kat IKEA hari tu??? Tak ingat sudah! Aku tak paksa korang ingat pun.

Tapinya aku dah berjaya mencantumkan keduanya.

Jeng!!! Jeng!!! Jeng!!!

Ini dia hasilnya...

Voila!!!!

Walaupun tak cantik mana, ia adalah hasil dari kerja tangan aku sendiri. Esok nak bawak pi ofis la, since nak menjawab tag si D hari tu (mana soalannya????). Malam ni kalau sempat aku nak lukis satu lagi. orkid jugak. Hari tu ada jugak aku lukis rerama, tapi susah sebab rerama ni adalah imej simetri. Susah sikit.

Nanti la kalau gambar orkid yang kedua tu dah siap, aku upload lagi dalam ni ya.

Savvior ke bengkel

Savvior terpaksa aku antar ke bengkel kecemasan sebab semputnya dah semakin teruk. Kalau masuk gear 1 je, semputnya semakin tenat. Kalau masuk gear 5, ok sikit. Bila dah semput, terpaksa tukar ke gear 4 and then tekan minyak lebih sikit supaya enjinnya tak mati tengah jalan. Kalau kat trafik light, lagi parah. Tapi alhamdulillah, savvior sempat sampai ke wad kecemasan.

Dengan segera ia diberikan rawatan pakar. Kalau ikut Dr. Mekanik, sakit dia ni spark plug dia dah kong 1. Tapi ada masalah lain, kalau kong 1 tak bole tukar 1. kena tukar semua sekali. Aku tanya berapa yang perlu di tukar?

4.

Apa???? 4????

Selain masalah spark plug, kena tukar jugak wayar spark plug tu and dia punya coil sekali. Dan wayar tu pun kena tukar 4 jugak. Memandangkan aku kena jugak merawat si Savvior ni hari ni sebab esok nak keje, aku relakan la pembedahan dibuat. Tak sanggup aku nak ambik gambar dia dibedah sebab masa tu aku tengah sebok belek-belek rim tayar baru (berangan kejap***).

Dalam tempoh 30 minit, pembedahan siap dan Savvior pun selamat. Then aku ke kaunter membuat bayaran.

RM520 saja, itu amoi kaunter cakap sama aku sambil senyum.

Tatkala itu aku terasa sakit semput si Savvior berjangkit kat aku.

LEBUR HARAPAN AKU NAK SHOPPING UJUNG MINGGU DEPAN. SHOPPING GAK AKU, TAPI SHOPPING KAT BENGKEL JE.

SHOPPING KAT BENGKEL BUAT HAPA!!!

HUARGH!!!!!!!

Uncle Peter and family

Uncle Pete (Peter, adik bongsu Daddy) call last Friday. Terkejut jugak bila uncle bagitau dia ada kat Putrajaya. Memandangkan aku ada hal hari tu, aku tak dapat tinggalkan ofis nak pi jumpa uncle. Then, malamnya kitorang set nak jumpa kat Sogo. So, lebur la harapan aku nak pi Kedah. Lagipun Savvior tak berapa sihat. Jadi aku bawak Savvior and tinggalkan dia kat Putrajaya dan ambil ERL ke KL.

Sampai Sogo (dalam jam 9.40 pagi, kedai-kedai pun tak buka lagi. Uncle, Aunti Titina dan anaknya, Kit dah tunggu. Ada abang Roslan dan kakak apanama ntah dok sekali tunggu aku. Aku pun tak ingat bila last aku jumpa dorang. Seingat aku, last sekali aku jumpa uncle pada tahun 2000. So, dah 8 tahun tak jumpa. Kitorang jenjalan kat Sogo, dan manusia banyak sekali seperti semut hurung gula. Ye la, Karnival Saving Sale apa kejadahnya aku tak ingat, dah mula semalam. Seingat aku, tekde nye istilah Saving bila bila dah nak berbelanja terutamanya masa Sale nih...Huh!

Kami teruskan perjalanan ke Sogo after breakfast. Since uncle kata dia bole bawakkan apa yang nak aku kirim pada Daddy, so aku pun cari la joran yang Daddy mintak hari tu. Tapi masalahnya aku tak tau kedai jual alat pancing kat mana. Tanya Burhan la, tanya member kat DCA la. Semua tak tau. Aku pun tak salahkan dorang pasal semuanya bukan minat memancing pun. Cari kat Pudu, Jusco kat MidValley pun takde. Tanya teksi, semua kata kat Kepong ada. Aku pun set nak pi Kepong. Tapi belum sempat ke Kepong, Alhamdulillah, pemandu teksi yang kitorang mintak anta ke Kepong tu kata ada kedai jual alat-alat memancing kat area monorail Maharajalela. So, kitorang ke situ. Alhamdulillah, bukak lagi kedai tu walaupun hari Sabtu. Aku pun belikan Daddy 2 set joran. Aku nak belikan uncle sekali since dia pun kaki pancing. Dorang adik beradik (termasuk uncle Micheal dan uncle Donald) semua kaki pancing. Tapi uncle Pete kata tak payah belikan dia sebab dia dah banyak. kalau nak beli, beli la sumthing untuk aunti, katanya. Ok la, aku pun bercadang nak carikan sesuatu untuk aunti. But, kesian kat uncle sebab dia yang nak bawak joran tu balik. Nasib baik tak berat.

Masa kat MidValley, sempat ambik gambar Kit dengan background pokok krismas. Tahun ni, hiasan krismas kat MidValley tak grand mana. Just ok je...

Kit yang sentiasa ready nak pose everytime aku nak ambik gambar dia.

Memandangkan dah dapat apa yang nak dibeli kat kedai pancing tu, so kitorang ke Berjaya Times Square. Jenjalan sana since aku nak beli sumthing untuk Aunti and Kit. Pusing punya pusing, Aunti nak sepasang kasut and Kit pulak nak kereta mainan. Pas tu, kitorang makan kat Restoran Penang Village yang baru saja dibuka pada hari Sabtu tu. Ada diskaun 20%... Lazat!!!

Sebelum balik, sempat jugak ambik gambar di hadapan pokok krismas. Pokok krismas kat Berjaya nampak lawa dan grand compare kat MidValley. Ni antara gambar yang sempat diambil...


Uncle Peter and Aunti Titina and Kit serta akan yang apantah namanya tak hingat aku

Kit nak bergambar dengan Santa

Dalam jam 10.30 malam, kitorang gerak ke KL Sentral sebab aku nak balik naik ERL. Isteri abang Roslan yang tolong anta kat sana. Nasib baik ada dia, kalau tak, sampai kering la kitorang menunggu teksi kat Berjaya tu (termasuk menunggu dalam jamm). Flight balik uncle and then family esok petang, jam 3. Memandangkan Savvior sakit semput, tak sempat aku nak anta dorang kat KLIA. Apapun, selamat jalan dan jumpa lagi...

Thursday, November 27, 2008

Untuk panduan Solat Jumaat esok



(Terima kasih kepada majalah komik yang menerbitkan komik ini).

Wednesday, November 26, 2008

Back on track

Just nak update pepagi ni...

Bos takde, pi mesyuarat jam 8.30 pagi tadi. I dont know (and dont give a damn) kenapa mesyuarat hari ni awal sangat but ketiadaan bos menenangkan seketika keadaan. Masih lagi aku menatap paper yang sepatutnya aku hantar dalam minggu lepas but still with me because aku tak tau apa nak buat (actually, memang aku tak nak buat pun, lantak la).

So, aku merelakan diri aku kena marah oleh bos hari ni just in case dia melenting sebab paper tu ada lagi kat aku. So What???

Well, life goes on...and alhamdulillah, back on track selepas beberapa hari ni agak terkeluar sedikit dari perancangan yang dibuat.

Selamat bekerja, i know gaji already masuk. Cant wait untuk menempuh 29 November ni, Grand Sale dah start. Looking forward untuk membeli apa yang patut.

...selamat meneruskan kerja, uols!!!!

Tuesday, November 25, 2008

Parlimen lagi

Seperti yang dijanjikan (diarahkan, actually), semua officer semalam kena datang ke Parlimen untuk bagi briefing kat Sinist. Huh!!!

Aku gerak seawal 6.30 pagi tadi, nak elak jamm dan rebut parking kat Parlimen. Sekarang ni kebanyakan parking dah milik Ahli Parlimen. Kalau dah suka sangat ahli parlimen datang parlimen, kami ni tak yah la datang. Dah memang keje dia datang parlimen. Ntah, kehidupan yang bosan.

Alhamdulillah, trafik amat memahami keadaan aku jadi tak lah jamm sangat hari ni. Actually bukan tak jamm, awal lagi aku sampai kat Parlimen, dalam jam 7.45 pagi. Then pi breakfast dan buat apa yang patut. Briefing start jam 9 pagi. Macam biasa, aku terkejar sana sini nak bagi dan betulkan maklumbalas. Acap pun serupa jugak. dalam jam 11.45 pagi, Sinist start menggulung. Aku malas nak dengar, takut info yang dibagi tu tak betul sebab Sinist terkejar-kejar nak text ucapan dia pagi tadi. Dah la mood dia tak baik. PMS kot...

Dalam tengahari aku inform bos yang petang ada meeting. Then, bos melepaskan aku dari balik.

Hooray!!!

Hooray kebendenye. balik je terus ke meeting. Abis meeting je aku terasa amat penat sekali. Walau gaji tetapi ia pun tidak dapat menggembirakan aku hari ni...

Aku belum sempat nak tanya Acap apa yang berlaku kat Parlimen petang tadi. Ada yang menarik ke, ada yang tak menarik, ada yang kontroversi ke apa ke. Nanti la esok aku tanya dia. Aku sampai rumah agak lewat sebab ujan. Bagi menggembirakan hati aku, aku beli Mc Shaker Move It kad Mc D. 3 bungkus aku bedal.

kenyang...ngantuk...dan mau tido.

...selamat malam. Esok kita bicara lagi.

Monday, November 24, 2008

Seharian di Parlimen

Dari jam 3 petang tadi aku standby kat Parlimen. Pada sesiapa yang selalu datang parlimen ni, korang tau la betapa buhsannya berada dalam ni. Setibanya di parlimen jam 3 tadi terus pi briefing Deputy. Bos cuma nak input dari aku sebab dia yang akan bentang.

Sesi pembentangan ok je sebab most of the issue bos dah tau. Cuma on development projek saja yang terkontang kanting sikit. But alhamdulillah, everything went smooth. Tapi tak bole balik lagi. Terpaksa la terperuk kat Parlimen tu lagi.

Masa yang terluang digunakan untuk mengumpat dan meng'update' blog. Jam 8 malam, bermula la sesi perbahasan bajet tu. Then semua mata tertumpu pada kaca TV nak tau soalan sapa naik. The moment MP bukak mulut, semua yang terlibat tak henti-henti menulis.

Pegawai Khas Menteri Berambut Merah tu apa lagi, lari sana, lari sini. Aku lak jadi stegno. Taip sana, taip sini. Rela lagi aku jadi tukang taip daripada terkejar sana, terkejar sini. Aku punya la konsentrate kat depan PC tu nak naip, yang aku sempat dengar Acap tercungap-cungap je. Bila aku toleh, dia dah ilang balik.

Nak aku gambarkan keadaan petang tadi?

Korang perasan tak kalau semut masuk dalam balang isi gula, kalau kita goncang balang tu mesti dia bertempiaran lari. Hah!!! Macam tu la semua orang kat bilik Parlimen tadi. Mungkin disebabkan orang-orang dalam bilik tu bagai dah ilang akal, pegawai dari department sebelah pakat-pakat lari.

Aku pulak yang kat depan PC ni bukan main lagi kelam kabut nak taip soalan dan jawapannya sekali. Macam-macam berlaku masa depan PC tu. Nak save tak bole la, nak view tak dapat la, lupa simpan kat fail mana, macam-macam lagi la. Tapi alhamdulillah, semua berjalan lancar sehinggalah soalan terakhir pada jam 9.30 malam tadi.

Selesai soalan terakhir, semua balik ala lenggang kangkung. Happy la kononnya. Bagi aku takde nye happy selagi benda tu tak bentang, selagi tu semua jadi macam semut dalam balang gula. Yang aku pelik bin hairan ni, abis je sesi, semua pakat ilang dari bilik tu. Kertas bersepah-sepah, kalah recycle center. terpaksa meluangkan sedikit masa dengan Acap mengemas sebab tau perangai Sinister yang tak suka kotoq-kotoq nih.

Aku memulakan perjalanan pulang jam 10.00 malam. Dalam perjalanan, aku layan album Pink yang baru dibeli. Alhamdulillah, trafic was kind, again, to let me pass through KL without any unwanted incident.

Refuel before heading home. Belum sempat aku matikan enjin keter, Acap call.

"Sinister kata nak jumpa sumer orang kat Parlimen jam 9 pagi esok."

What???? Ke Parlimen lagi???

Since Acap takde nombor boss aku, aku terpaksa sms and call bos bagi tau hal ni. Then dia allow aku pegi Parlimen terus dari rumah esok pagi. Huh!!! Letih betul!!!

Dorang ni tau tak orang banyak keje kat ofis???

Memang la ni salah satu keje aku, tapi jangan la melampau betol sampai macam ni. Apa la bawak bala tentera pi sekali sumbat semua kat Parlimen tu. Kalau dah ada ada soalan tambahan kemudian, jawab la sendiri. Apa yang kami bole buat???

Kadang-kadang fed up dibuatnya. Tapi nak buat macam mana, dah nasib badan. Ikut je la. Cuma bagi aku, berpada-pada la. Aku tengok perbahasan kat Parlimen luar negara, takdenye dia sumbat officer ramai-ramai datang. Patut la Malaysia ni tak produktif. Kebanyakan pegawai yang ada hanya menghabiskan masanya kat Parlimen sahaja. Keje ofis tak buat langsung. Yang mana buat pun sebab longgok bawak balik umah, macam Acap kena taip semula soalan dan jawapan parlimen tadi... sian dia.

Ngantuknya...dah jam 12 tengah malam ni. Esok nak pi Parlimen lagi. Kalau terasa bosan, rasanya aku naik public transport je.

... to you bunnies, Gud Nite.

Putrajaya Drift

Hari ni Savvior membawak aku begitu laju sekali ke Parlimen setelah mendapat call dari bos asking me to come to parlimen immediately.

Zzzzaaaaaaaaassssssssss!!!!!!!!!!!!!!!

Kalau kena saman tak tau la aku. Aku malas la nak pi parlimen ni. Luckily jalan tadi takde la jamm sangat tetapi memandu penuh berhati-hati adalah perlu diamalkan bila memandu kat KL nih. Sungguh menguji keimanan.

Sampai kat Parlimen, bos belum nak bagi briefing lagi kat Deputy. Kira selamat la. Then, bila masuk time membentang, isu aku takde la sangat... (yang membuatkan asap sedikit terkeluar dari telinga...).

Menambahkan lagi ketidaksedapan hati, sesi hari ni tidak akan ditangguhkan sehingga jam 9.30 malam.

WHAT???

Dorang ni tak mau balik bertaubat ke? Huargh!!!!

Nak buat macam mana, dah tugas. terpaksa aku menunggu kat sini sambil melayan blog aku nih...

...jam 9.30 malam, cepat la!!!!!!!

Mengidam

Aku mengidam ni..... ala, benda ni la....


Baru release 2 hari lepas. Dengar cerita harganya RM3K+++.


Nak tunggu besday lambat lagi. Bukan setakat lambat lagi, masalahnya sapa nak bagi.


Aduhai...bila la mau dapat nih...

Sunday, November 23, 2008

Pink-Funhouse

Aku hanya berehat saja kat rumah hari ni. Malas nak buat apa-apa. Menenangkan hotak di hujung minggu. Disebabkan tiada apa hal yang hendak dibuat, suddenly aku terbeli album-album ni. Penyanyinya ialah PINK. Album yang aku beli ni album dia yang lama (tahun 2006) dan terbaru (tahun 2008).

Aku memang minat dengan dia masa dia mula-mula muncul dulu. Tapi masa tu album dia ala-ala R&B gitu kalau tak silap dengan lagu-lagunya seperti Most Girls, You Make Me Sick dan banyak lagi la. Tapi masa tu takde la sampai nak beli album-album dia sebab masih belum berpendapatan atau masih berpendapatan dibawah paras kemiskinan. Sekarang ni dah upgrade sikit iaitu di atas paras kemiskinan.

Dulu aku minat dia sebab lagu-lagu ala R&B tu. Then kalau tak silap aku dia bertukar haluan kepada sedikit rock bermula dari album ke-2 sebab suaranya serak-serak sikit. Aku tak tau album dia dah berapa, tapi dua album dia yang baru aku beli ni memang best.

Album I'm Not Dead (2006) dan Funhouse (2008).

Banyak lagu-lagu best dalam kedua-dua album. Favorite aku dalam I'm Not Dead ialah Who Knew. The rest pun best but this song yang selalu menemai aku tatkala memandu pepagi ke ofis. Favorite aku dalam Funhouse pulak ialah So What dan I Dont Believe You. Music video nya dalam So What memang kelakar sangat.

Pada kengkawan yang nak pinjam, habaq la kat che' no. Untuk pengetahuan, pembelian album-album ini tergolong dalam perbelanjaan luar jangka sebab melebihi had perbelanjaan bulan ini.

Ok la. Dah lewat malam ni. Aku pun tak iron seluar keje lagi ni. Esok nak pi Parlimen dan info yang dimintak masih belum dapat disediakan lagi. Nanti la kalau aku rajin. Asyik-asyik mintak info. Buhsan!!!

Kepada mereka-mereka yang akan keje esok, semoga ceria. yang pastinya ramai yang akan diserang demam Monday Blues. Kepada assistant aku yang ambik PTK esok, gud luck. Harap lulus. kalau tak, repeat la jawabnya. Yang penting jangan meniru dan menipu. Tak guna cemerlang kalau pakai toyol. Rezeki seumur hidup tak aman. Tapi takkan la tak lulus. Bukan dapat Anugerah PM ke???? Mesti lulus tuuuu.....

Ok la. Malas nak ngumpat. All the best semua yang akan memulakan keeje esok.

Gud Nite bunnies...

Saturday, November 22, 2008

Another trip to Melaka

Sekali lagi aku ke Melaka. Reason? Nak cari khemah untuk camping. Campingnya tak tau lagi bila tapi tent kena sedia dulu.

The trip to Melaka tak lah berapa mencemaskan sebab aku tumpang kereta member. Kitorang pi dalam 6 orang. Alhamdulillah bukan aku yang drive. The traffic was kind to us coz takde heavy jamm. kitorang singgah makan kat area Melaka Parade, aku pun bedal 2 gelas chocolate blended dan mocha blended. Sedap!!!

Bila dah bedal, aku baru perasan yang aku sebenarnya tak boleh minum iced chocolate sebab akan memulas. Then seperti yang dijangka, on de way balik perut aku dah start kembung. Terpaksa singgah kat R&R Ayer Keroh untuk proses penyahtinjaan. Sampai sekarang perut aku kembung lagi, tapi kurang sikit.

Malam ni aku nak layan DVD citer Jumper. Dah lama dah DVD ni aku beli, aku rasa ni kali yang ke-5 kot aku tengok citer ni. Tapi sebelum tu, layan Malam Sehati Berdansa.

Bila last aku menari ye??? Rasanya 6 tahun lalu masa DPA. Remember gambar dimana kepala Jijix hilang dari gambar tu sebab blur.... hehehehe...

Kenduri kawen vs Jenjalan

Hari ini ada kenduri kawen kat rumah bekas higher level management ofis aku. Seorang Dato'. Cadang nak pegi sebab dah dapat jemputan. Tapi teringat pulak sebab sebelum ni ramai gak dapat jemputan kawen tapi tak pi. Jadi aku rasa kenduri kawen anak Dato' ni pun aku tak nak pi la sebab nanti orang kata memilih pulak, yang Dato'-Dato' punya kenduri nak pi, tapi yang orang biasa tak nak pi. Jadi aku mengambil keputusan untuk tidak pegi.

Dato', terima kasih kerana menjemput. Dan maaf tidak dapat menghadirkan diri sebab hari ni ada plan lain.

Semalam, member lama aku bagitau dia ada baca blog aku nih. Ntah makhluk mana lak yang bagi dia alamat nih. Tapi takpa la, isinya pun bukannya kontroversi sangat pun. Asyik-asyik citer review movie, tension pasal ofis, kisah jalan-jalan cari makan dan ketidakpuasan hati. Dia kata kalau bole komen, dia nak bagi komen dalam blog.

Kalau nak bagi komen, buat la blog sendiri. Then komen la puas-puas. Lagipun channel begini la yang digunakan nak lepaskan geram, tension dan macam-macam lagi. Lagipun member aku yang sorang ni pun bukannya buta IT sangat.

Hari ni tak plan lagi nak pi mana, mungkin nak pi Melaka. Dah ujung bulan nih, gaji tak masuk lagi tapi berani-berani lagi nak jalan. Ingat, utang kredit kad tu melambak lagi. Bila mau settle. Kalau jenjalan pun mungkin area-area dekat-dekat ni je. Nak tengok movie macam malas la pulak. Lagipun banyak keje nih. Sinister dah mintak macam-macam info lagi ni.

Semalam aku check, aku dah bagi dah dia info tu 4 bulan yang lalu. Sure la ada update tapi kes masih dalam siasatan polis, takkan nak bagi komen pulak. nanti tak pasal-pasal masuk lokap. Ntah la, aku pening jadinya. Aku dengar exercise untuk re-org hari tu akan dibuat lambat lagi, mungkin next year sebab management tak puas hati dengan perjawatan yang dibagi. Aku pun tak tau lagi nasib aku. kalau teruk sangat keje aku di tempat yang baru, mintak kuar dari situ je la. malas aku nak layan benda-benda yang menyesakkan kepala hotak nih.

Aku rasa aku better get ready dulu untuk nak plan nak pi mana. Sebelum tu layan PSP dulu, OK.

Friday, November 21, 2008

Citer semalam

Semalam tak sempat nak masukkan entry baru sebab terlalu ngantuk dan terlalu malas. Apa taknya, terkelam kabut menguruskan hal ehwal parlimen nih, bos nak maklumat tu, nak maklumat ni. Terkejar-kejar prepare itu dan ini sampai dah tak larat dah.

Tapi sempat jugak makan dengan Jijix kat Nandos. Bole ke macam tu????

Petang semalam terserempak dengan bos kat mesin punchcard. Masa tu tengah sembang dengan Acap, dah la perbincangan mengenai department aku. Suddenly aku terperasan mulut Acap semacam senyum tak senyum, senget seperti mengalami kekejangan otot. Rupanya bos aku ada kat belakang aku masa tu. Nasib baik tak ngumpat dia. Kalau tak harus la dapat 24hrs relocation (better word to use then perkataan transfer...).

Then, bos pun masuk campur sekali la dalam threesome discussion. Pasal parlimen lagi. Dia teragak-agak nak pi meeting board kat Johor next week or stay with Minister kat Parlimen. Ye la, Minister baru ni eloknye dipanggil Sinister than Minister. Kesian aku tengok pegawai-pegawai masa meeting dengan dia last tuesday kat Parlimen. Semua senyap je, dah la tu kena marah pulak. Bila dah kena marah, semua sengih macam rotten cockels (kerang busuk la!). Ada la sorang officer tu tak datang masa meeting, then Sinister kata "Time critical ni pun ambil cuti rehat?". Suddenly aku terbayangkan kerandut masing-masing terkecut dengan sendirinya (lucah pulak pepagi ni). Ye la, since kehadiran adalah all male most-likely-not-a-model-type figure (except a few geous yang datang coz to balance the not-that-good-looking one.

Masalahnya, apa yang kritikal?

Tak penahnya aku tengok mana-mana menteri rebah tak bernafas tak dapat jawab soalan parlimen... atau sesak nafas dan histeria di kala soalan yang dibagi tu takde jawapan.

Tak penahnya aku dengar disebabkan tak dapat jawab 1 soalan, bajet department aku tidak diluluskan untuk next year.

Masalahnya, apa yang dia takut sangat nih?????

Then, aku terfikir... Yang si Sinister ni nak marah-marah apasal lak? Dia tak fikir ke yang dia marah ni la yang akan tolong dia draf jawapan parlimen nanti, yang nak bantu dia menjawab nanti. Dia tak tau ke yang kerang-kerang ni la yang menyedapkan koay tiaw goreng dia, yang sedap dimakan bila dicicah dengan sos dan yang menjadi aprodisiak dia tat kala libido dia menurun akibat usia yang tua? (alamak...to ladies viewers, mind the language ya).

Tapi still, masih nak ngamuk undeliciously during the meeting. Nasib baik aku dan Acap menyorok belakang tiang (thanks to the tiang yangbesar gedabak dalam bilik meeting).

Kesimpulannya, tak perlu la nak ngamok tak tentu hala. Cukup la sekadar yang patut. Bukan la tak boleh, tapi biar la berpada. Sepatutnya dia yang menentukan apa yang dia nak, then yang lain akan dapatkan maklumat tu. Kalau biarkan semua orang ikut kepala masing-masing nak prepare maklumat, aku rasa 3 jilid buku maklumat yang setiap orang bekalkan. Ye la, Sinister ni bukannya pandai sangat pun rasa aku.

But, hidup tetap diteruskan... Bagi aku, kerja tetap kerja.

Dan aku kena sambung kerja pagi ni...chow.

Wednesday, November 19, 2008

WALL-E (movie)

Hari ni kali ke-3 aku layan movie ni. Citer kartun. Maknanya dalam masa 3 hari ni, aku dah layan citer ni setiap hari. Hebat sangat ke movie ni???

Bagi aku, ia movie biasa saja. jalan ceritanya biasa, sesuai untuk orang yang malas nak berfikir benda-benda berat macam aku nih. Tak payah la aku nak buat review citer nih sebab aku rasa ramai yang dah tengok, cuma VCD dan DVDnya baru release minggu lepas. Cukup la sekadar aku katakan ia mampu membuat aku terhibur, mampu membawa aku ke alam kanak-kanak semula, masa di mana tak perlu nak fikir pasal benda-benda yang berlaku kat ofis macam sekarang ni. Cukup sekadar ingin ke sekolah setiap pagi, balik petang pi main dan malamnya pulak makan dan tidor (and between that tengok citer kartun dan moero attack, gaban dan ultraman. Sori, tempat aku dulu takde TV3 jadi pilihan kartun tak banyak).

Sekarang ni, kena layan citer kartun kat ofis lak. Perangai orang macam kartun, badut dan macam-macam lagi. Ada yang nak tunjuk pandai (pandai bodek la, of course), tunjuk pangkat pun ada, tunjuk kuasa lagi banyak dan macam-macam lagi la. Kalau sekadar pandai menunjuk macam-macam tapi keje tak ke mana, baik tak payah jadi orang la. Jadi makhluq lain yang takde akal je la. At least kalau tak buat apa-apa, orang tau yang korang tu no-brainer!!!

Terlalu banyak insiden berlaku dalam minggu ni yang membuatkan aku tak berapa nak fokus dalam keje. (masalahnya buat keje ke???). Tapi aku mengambil pendekatan malas nak memikirkannya. Biar la berlalu dengan masa yang memintas bagai terlalu cepat. Esok dah Khamis, lusa dah Jumaat. Maknanya dah nak ujung minggu. And another trip lagi ke luar dari Seremban. Kali ni tak tau lagi ke mana. Kalau ada rezeki lebih, mau jalan-jalan dan bermalam di resort.

Duhai resah, pergi jauh dari diriku...

Busy and boring

Hari ini dan semalam, agak busy...and boring also.

Terkejar-kejar nak dapatkan maklumat ini dan itu. Sampai makan pun tak berapa nak berselera. Asyik pulun nescafe je dari pagi ke petang.

Sepatutnya aku ke Parlimen hari ini tapi menurut Asraf, tunggu arahan selanjutnya. Wah!!! Macam misi James Bond pulak.

Jadi, aku menunggu dan menunggu dan menunggu...menunggu waktu makan tengahari untuk mengisi perutku yang berkeroncong sejak pagi ini. Asyik makan kerepek ubi dan pisang. Lenguh dah aku mengunyah kerepek-kerepek ni.

Lunch nak makan apa??? Malas nak pikir. Sekarang ni just duduk kat ofis...buat-buat busy and boring....

Monday, November 17, 2008

Aku sungguh letih...

Letih!

Tu je yang dapat diucapkan pada masa ni. Letih bukan sebab buat keje tapi letih memikirkan pasal tempat keje ni. Esok merupakan penentu sama ada aku akan kekal di penempatan sedia ada, atau akan dipindahkan di department lain. Aku ada pilihan sama ada mahu membiarkan management decide untuk aku atau request untuk ke tempat yang aku nak.

Tapi aku dah kata kat bos yang aku redha untuk ditempatkan di mana-mana (eksen la tu nak ambik hati bos).

Ye la, takkan nak request pulak. hebat sangat ka nak request-request nih. At least kalau aku tak request dan tempat yang aku dapat tak best, mungkin boleh mintak tukar. Ntah la. Mungkin sesetengah orang anggap tak perlu la mintak tukar ke, apa ke. Duduk je tempat yang dibagi. Ye la, aku jaga bidang ni dah lama jugak. Takkan tak nak belajar benda lain.

Ntah la, malas pulak aku nak memikirkannya. Esok ada meeting kat luar. Malam pun dah lewat ni. Ni pun baru habis layan VCD Hancock lakonan Will Smith. Ha'ah, lupa lak. DVD yang Di nak belum aku pos lagi. macam mana nak pos, alamat pun tak tau. nanti la aku habaq kat dia.

Oh malam, lelapkan mataku cepat agar hilang segala duka lara (walaupun seketika)...

From Seremban to Perak

Waseh....Begitu penatnya hujung minggu aku yang lepas sebab perjalanan begitu jauh sekali ke arah utara, mau mencari tempat nak berpiknik. Last 2 week ke Melaka and then ke Perak pulak. Saja nak jenjalan makan angin.

Perjalanan dimulakan jam 8.00 pagi, dengan 1 tujuan nak ke Sg. Klah Hot Spring. Perjalanan agak lambat sebab ujan. Sesampainya disana, memang la nampak menarik sikit. Tetapinya nak masuk kena bayor. RM10 untuk dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak. So, kompom aku tak nak masuk.

Kengkawan lain yang turut serta pun tamau masuk gak sebab mahal. Nak survei je, bukannya nak mandi manda. Pas tu sebok tanya aku mana lagi nak pi survei. Mana la aku tau, macam la aku ni orang Perak. Jadi, bermula la aku jadi operator, call Wani, call Peon, call member orang Kelantan, orang Seremban, orang KL (yang lagi la takde kena mengena dalam hal ni). Then, dorang suggest 3 tempat ni:

(i) Lata Iskandar;
(ii) Lata Kinjang; dan
(iii) Kuala Sg. Woh.

Ok, sekarang nak cari tempat la pulak satu hal. Nama dah dapat, tempat pulak tak tau. So, kompas rakyat la yang jadi panduan.

LATA ISKANDAR

Tempatnya best, air terjunnya memang lawa. Cuma perjalanan nak pi tu macam ular kena palu. Naik bukit sepanjang perjalanan. Sampai sana, wah!!!! Nyamannya suasana.

Papan tanda Lata Iskandar.

Air terjunnya yang cantik, siap ada laluan. Baru je upgrade beberapa bulan lalu.

Kalau lapar, banyak tempat makan dan tempat beli souvenir.

Memang tak rugi berpenat panjat bukit tu (naik kete la...). Then we move on to our next stop; Kuala Sg. Woh.

KUALA SG. WOH

Tempat ni hanya ada jeram saja. Yang menariknya kawasan ni sebab ada kemudahan untuk berkhemah, tempat parking yang banyak, tempat makan pun ada, chalet, surau dan macam-macam lagi. Memang sesuai untuk berpiknik di hujung minggu.

Papan tandanya tak siap lagi, baru tengah upgrade. By the time kitorang datang nanti, mesti kemudahan ni sumer akan siap.

Sungainya yang tenang dan tak dalam sangat (sesuai kepada sesiapa yang jadi kapal selam je...maksudnya tak reti berenang la...).

Klu sapa-sapa minat nak masak-masak, tempat masak pun disediakan.

Chalet pun ada, bayaran pun tak mahal sangat. Aku dengar tak sampai RM50 pun 1 malam. Kira ok la tu...

Then, kitorang ke Lata Kinjang pulak...


LATA KINJANG

Orang kata air terjun lata ni tinggi, boleh dilihat dari highway. Tapi tak sempat nak ambik gambar sebab ujan time tu.

Signboard Lata Kinjang.

Gerai di sepanjang jalan ke lata.

Tempat ni best nak mandi manda. Cumanya takde tempat camping pada sesapa yang gemar camping. Ada la tapi tak banyak. Yang best mandi kat jeram ni sebab sungainya di bawah rimbunan pokok. Jadi takde la panas sangat.

Fuh!!! Letih jenjalan. On the way balik, member ajak ke Taman Rekreasi Templer. Kat sana kalau nak datang je bole la. Camping pun bole, mandi pun bole. Cumanya banyak sangat monyet. Nanti orang ingat piknik kat zoo la pulak.

TAMAN TEMPLER (SG. KANCHING)

Taman Negara Sg. Kanching (formerly known as Taman Templer). Yang ni kat Selangor, pegi on da way balik dari Perak. Few pics untuk info korang...



OK la, nanti kalau ada yang menarik, baru masukkan entry lagi. Buat masa ni, aku busy dengan bajet next year pulak. Chow...

Thursday, November 13, 2008

Perlu tak???

Perlu tak mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri di kala ini???

Rasanya macam tak perlu. Orang dah tak buat open house raya dah time-time macam ni. Raya Deepa pun tak buat dah.

Tapi department aku buat sambutan hari ni.

Boleh tak???

Macam keji rasanya buat time macam ni, macam tak peka dengan perkembangan semasa lak. Tapi macam mana, management dah decide. Lagipun makan free, takkan orang nak bangkang pulak. Dah orang sponsor tu, udah le. Jangan banyak soal.

Jadi aku rasa, perbuatan mengadakan sambutan raya ke, apa-apa perasaan dan perayaan makan macam ni, ikut je la. Yang penting perut kenyang. Tak banyak gambar yang diambil hari ni as aku pun busy makan-makan. Jadi ada la 2-3 keping yang sempat diambil...

(hiasan pintu masuk. bole tahan la...)

(Kolum yang menjadi kontroversi sebab harganya mahal. Sampai sekarang dok berkelahi dengan orang yang suggest benda ni pasal tak setuju dengan harganya)

(makanan kedua selepas mee goreng mamak. Ni makan roti bom dan rendang accompanied by a slice of lemang and ketupat. Cheese cake and tiramisu as well as dodol for desert.)

Makanan disediakan oleh D'Saji. Memang sedap, sepertimana perasaan sedap semasa di food testing dulu. Oh, lupa lak nak bagitau, tadi makan sate gak. Gambar sate tidak dapat ditunjukkan kerana telah berada dalam perut.

Ok la, bos dah cari dah ni. nanti dia terperasan pulak aku mem blog petang ni. Huargh!!!! kenyangnya, alhamdulillah. Cuaca yang mendung sebegini terlebih elok untuk tido.

Nanti la kalau ada berita yang menarik, baru dimasukkan lagi dalam entry yang selepas ni.

Monday, November 10, 2008

Skill yang hilang

Dah lama tak melukis. Hujung minggu lepas, ambik peluang untuk melukis semula. Tapi dah tak pandai macam dulu (dulu pandai kaa???). Mungkin lepas ni kena luangkan lebih masa untuk melukis semula, baik untuk merehatkan minda dan sentiasa fokus.

Motif pilihan, bunga orkid. Mungkin lepas ni boleh cari bunga lain pulak, tapi yang senang-senang dulu la. Yang kompleks kemudian.

Enjoy...

(gambar asal...)



(dah start mewarna...)

(dah nak hampir siap...)

(dah siap!!! Malas nak buat background nya. kemudian la)

Mata dah ngantuk...Selamat malam...

Sunday, November 9, 2008

Bil letrik dan air

Hari ni dapat bil air dan bil elektrik. Guess what??? Bercucuran air mata melihat bil elektrik aku. Bil air ok gak la, lagi banyak dari bil elektrik.

Bil elektrik : RM0.30 (tu pun tunggakan)



Bil air : RM5.00 (minimum sebab tidak mencapai nilai yang boleh di caj)


Ni mesti nak menuduh aku tak mandi la, pakai torchlight kat umah la, dan macam-macam lagi. Korang pikir la sendiri kenapa bil aku banyak tu. Pesanan aku, jangan jeles dah le. Malas aku nak pi bayar bil elektrik tu, tambang bas lagi tinggi dari pi bayar bil. So, aku hold dulu pembayaran sehingga ke satu tarikh yang ditentukan kemudian.

Ok la, aku nak pi minum petang dan basuh kereta jap.

Seremban to Melaka

Semalam agak memenatkan sebab aku drive dari Seremban ke Port Dickson, tengok acara graduasi budak-budak tadika. Member aku yang ajak, kalau stakat nak pi tengok, harus la aku tak pegi. Kecik-kecik lagi dah graduate, besar kalau jadi orang takpe la jugak. Harap-harapnya jadi orang.

(gambar bebudak tengah buat persembahan).

Ok jugak la persembahan dorang, siap gaduh-gaduh lagi atas pentas. Hampeh!!! Kalau besar nanti tak tau la nak jadi apa. pas tu cikgunya pun macam hampeh. Baik pi ambik kursus jadi MC. Buat malu je tersasul banyak kali and yang paling penting, banyak bahasa pasar. Kalau yang datang tu makcik-makcik, takpe la jugak. Ni siap jemput pegawai kerajaan rasmikan majlis dan menyampaikan adiah.

Yang pegawai kerajaan bangang ni pulak, dah tau nak bagi adiah kat pentas, please dont answer your phone la. Tak manis bila sebelah bagi adiah kat bebudak and the other hand holding handphone and bersembang. Pegawai apa tu??? Aku tak pasti la pulak pegawai ni dari mana, aku rasa Jabatan Veterinar kot.

Pas penat tengok budak-budak tu (yang lebih banyak menangis dari membuat persembahan), aku terus Eagle Ranch, Port Dickson untuk survey tempat nak cuti hujung minggu. best jugak tengok bilik-bilik dia. Ni salah satu contoh bilik dia.

(merasa jadi koboi kalau tido kat resort ni)

Pas tu, aku ke Melaka. Nak ke bandar aku rasa takde la jauh sangat. Tapi yang aku tak paham Bandaraya Melaka ni memang bangang dari segi papan tandanya. Aku ikut papan tanda ke Bandaraya Melaka sebab nak pi Dataran Pahlawan. Arah papan tanda tu asyik tunjuk kanan je, then aku terperasan aku buat pusingan kat tempat yang sama hampir 3 kali.

Dengan muka tebal, terpaksa tanya orang tepi jalan. Rupanya di satu selekoh tu, kena turn kiri walaupun sign tu tulis arah bandaraya ialah sebelah kanan. Tak ke bangang tu??? Pas tu tak pernah nak trim pokok-pokok kat tepi jalan sampai kebanyakan signboard dah terlindung oleh daun pokok. Harus la aku tersilap masuk lorong banyak kali sebab bila dah dekat baru nampak arah anak panah tu ke kakan atau ke kiri. By the time nak tukar haluan, dah tak sempat sebab orang Melaka bawak kereta macam tengah racing. For your info, first accident aku dulu pun kat Melaka. Keji!!!

Tapi akhirnya sampai jugak kat Dataran Melaka tu. Yang azabnya pulak nak cari parking. Masuk kat parking area tu, pusing punya pusing, tak de parking tapi tiket dah ambik. Penjaga parking tu pulak tak hirau sangat kereta yang kuar masuk. Dah jamm dalam parking area tu. Ada pulak orang bangang yang parking kereta merata sampai susah nak lalu. Last-last terpaksa kuar dari situ, dan dikenakan caj RM2 per entry. Keji!!!

Akhirnya dapat jugak perking tak berbayar betul-betul dekat area A Famosa. Jenjalan la dari jam 5 petang sampai jam 8 malam.



Dan seperti yang diduga, perjalanan balik pun azab nak mampus sebab signboard yang bangang. Sori la Melaka, ko memang bandaraya yang paling malang sekali dalam Malaysia ni. Sapa-sapa yang keje pasang papan tanda atau yang menentukan kedudukan papan tanda tu baik la bertaubat sebelum mati. Dah banyak orang menyumpah korang hari-hari.

Next week aku plan nak drive jauh sikit. Plan nak pi ke Johor lak. Tengok la kalau takde keje sangat. Best rupanya drive jauh-jauh ni. Mungkin next time aku nak bermalam la, supaya tak letih drive pulang.

Semalam aku sampai umah jam 11.30 malam. Letih tapi seronok. So kiranya aku ada hobi baru la ni...

Chow...

Friday, November 7, 2008

Kezutan!!!

Pepagi ni line internet kat ofis down. Jadi aku guna la notebook aku nak view blog and masukkan entry baru. Sekali imbas nampak kelibat bos lalu depan ofis. Ingatkan dia terus ke tempat lain. Suddenly bos tercegat depan pintu ofis aku. Aku ingat dia saja nak sembang ke, apa ke. Rupa-rupanya pinjam charger phone. Ok, kira safe jugak, konon la.

Tetiba dia masuk ofis aku...jeng! jeng! jeng!

Then terus berdiri tepi aku. Tak sempatnye aku nak tutup blog aku ni. Then dia tanya:

Boss : Your personal laptop ke?

Aku : Ye. (sengih like kerang busuk).

Boss : Ni jenama apa ni? Malaysia ke?

Aku : Taiwan. (very the line broadband boss aku ni 1kb per hour).

Boss : Berapa harga?

Aku : RM1900.

Boss : Oh! Murah jugak. OK tak spec dia?

Aku : Boleh tahan jugak. (Then aku pun start bagi lecture macam pegawai IT padahal sendiri pun buta IT).

Then boss started to lift the notebook, nak tau ringan tak ringan la tu. Then, pas dia ambik charger tu dia blah.

Fuh!!! Lega...

Terkezut aku pepagi ni. Ye la, mana tak terkezutnye. Tengah view dan masukkan entry dalam blog, tetiba boss muncul and the worst part tengok aku tengah view blog. Then my mind starts to visualize the LNPT marks go down the drain....Slush!!!!! Masalahnya, boss tau ke apa itu blog???

Takpe la, at least aku ada kat ofis, ye tak?! (ayat penyedap hati namanya nih). Apapon, teruskan kerja di hari Jumaat ni dengan senang hati coz esok dah nak cuti ujung minggu.

Saturday night fever, here i come!!!!

Thursday, November 6, 2008

Rutin harian

Memandangkan dah beberapa hari tak update, saje je nak masukkan aktiviti harian aku setiap pagi sebelum ke ofis.

Apakah itu???

Bagi makan kucing kegeraman aku (bukan kesayangan, sebab bukan aku punya kucing. ntah sapa punya kucing pun aku tak tau). Tapi aku dah bagi nama dah. Namanya Munyi.

Tiap-tiap pagi dan petang dia tunggu aku depan pintu umah. Jadi aku bagi la dia makan Friskies. Hari tu letak atas lantai, tapi dah upgrade makan dalam bowl pulak siap ada tempat minum lagi tu. Nanti upgrade pulak makan atas meja ngan aku, pas tu pakai sudu garpu segala, minum dalam cawan. banyak la kau punya upgrade.

Apapun, gembira juga tengok dia makan. Ambik 2-3 suap pas tu tengok aku. Bukan ucap terima kasih tu tapi takut kena bedal ngan aku sebab bising sangat pagi-pagi lagi dah nak mintak makan. Tak reti senyap pulak tu. Nanti jiran-jiran marah pulak.

Kurap dia kat tengkuk tu pun dah hilang dah. Bulu dia pun dah cantik sikit berbanding dulu. Kalau antar kat veterinar, mau mati doktor tu bagi preskripsi macam-macam. Mati jugak aku nak bayarnye. Bela kucing memang kegemaran aku sejak kecik-kecik dulu. Dulu bela kucing siam namanya Susila (nama anak jiran sebelah rumah) dan yang kucing tempatan lak namanya Janet (dah bagi nama baru perasan mak kata nama tu nama nenek moyang kitorang. Derhaka punya cicit).

Tapi takpa la, sekurang-kurangnya ada jugak yang menyambut aku balik dari keje, bukan bini tapi kucing.

Tuesday, November 4, 2008

Good news or bad news

Hari ni ada sorang officer jumpa aku. Aku takde la intension nak jumpa dia sebab memang tak berpekdah pun. Suddenly dia kata kat aku:

"Wei, i heard that you marah Chairman *** masa meeting hari tu?"

Terkedu jap. Meeting hari tu? Meeting apa? Then suddenly aku teringat meeting yang aku mention dalam entry "Pernahkah?".

"Ya..." jawabku, sengih sikit.

"Wah...you berani aaa...marah itu Chairman. Diorang cakap during the meeting you punya telinga sudah turn read...you are steaming..."

Sengih lagi..." Ya la, that meeting was not supposed to take place. Even worst, they refuse to listen to me. Lagipun apa yang i cakap dalam meeting tu betul. They have to accept it la."...jawab aku.

"You suda bincang ka dengan bos apa yang you nak sampaikan masa meeting tu?"

"Of course la." (dalam hati, kalau tak bincang pun aku buat gak macam tu)

"You better tell bos, you know."

"I already pass to him the report."

End of conversation.

So, aku rasa for sure minah yang kena marah tu akan bawak this matter up to the higher management to decide whether to keep me or to kick me. Hek eleh, pandai pulak ko nak bawak citer pasal aku ye. Kalau kena kick pun, aku puas ati gak la sebab dah voice out my opinion, eventho not in a very delicious way. Yang paling penting, minah tu dah kena marah ngan aku, tak ke havoc tu...Wakakakaka.....

Arhgh!!!! Malas aku nak memikirkannya.

Lantak korang la, labu.....baik aku teruskan kerja...dan teruskan idup aku....Waseh!!!!