Showing posts with label Filem. Show all posts
Showing posts with label Filem. Show all posts

Saturday, February 27, 2010

Niyang Rapik (movie review)

Niyang Rapik = Ni Yang Merepek.

Biasanya aku malas tengok cerita melayu, bukan sebab tidak menyokong industri filem tanah air. tapi hasilnya selalu mengecewakan. aku pegi pun sebab aku nak buat review sikit. ye la, selalunya kengkawan akan tanya pandangan aku pasal movie yang ditayangkan walaupun kritikan aku ni bukannya profesional pun. tapi aku nak jugak buat review...

Sinopsis:

Kisah 4 orang anak muda yang terpaksa kembali ke Niyang Rapik (sebuah perkampungan pedalaman) kerana menyangka barangan yang mereka ambil dari kampung itu telah menyebabkan kematian salah seorang dari kawan mereka. Walau bagaimanapun kejadian buruk yang menimpa bukanlah disebabkan barang yang mereka curi tetapi akibat perbuatan tidak senonoh salah seorang anak muda terhadap anak ketua kampung disitu. (apa yang tak senonoh tu korang misti dah tau kan... ala, cerita tipikal melayu).

Ulasan;

Aku menjangkakan aku dapat tengok keseraman cerita ini sepertimana Jangan Pandang Belakang (walaupun tak seram mana, tapi boleh tahan gak la). Tapi yang aku dapat tengok jalan ceritanya yang longgar, tidak kemas, banyak sangat flashback dan tidak logik.

Pemilihan kamal Adli sebagai pelakon seram kurang menyerlah. Watak sedikit kaku tapi cukup makan. Aku rasa pemilihan Sam Shahizy adalah kesilapan besar dalam filem ini kerana orang lebih mengenali dia dalam filem Adnan Sempit. Jadi, watak yang dibawa lebih kepada watak lucu dan bukannya seram. Mungkin kalau filem ini ditayangkan sebelum filem Adnan Sempit, wataknya akan menyerlah. Yang paling mengecewakan, filem ini banyak sangat adegan lucu dan kurang logik, lagi menambahkan kecelaruan filem ini berbanding genre yang nak ditampilkan.

Zed membawa watak dengan baik, cool dan boleh dikatakan dapat menenggelamkan kelemahan pelakon yang lain. Awal juga tidak berapa menyerlah. Setakat tempelan saja wataknya disitu. Liyana Jasmay walaupun dah banyak terlibat dalam filem seram tetapi di filem ini agak kurang menyerlah. mungkin disebabkan dia terpaksa menggambarkan watak pompuan yang dah mati. jadi wataknya ala-ala pompuan sengal gitu.

Penggunaan prop yang kurang menarik dan kurang logik (rujuk adegan makan mi goreng dalam hutan tapi barang-barang atas meja ala-ala baru beli kat kedai semalam). Scene makan pulak macam dibuat-buat. babak Awal jatuh dari bumbung rumah sangat plastik. watak toyol atas Sam, apa motifnya??? Dan kenapa pulak nak tunggu anak muda berempat tu ke Niyang Rapik baru nak bagi santau sedangkan salah satu dari anak muda tu dah pun mati masa kat KL. Skrip sangat-sangat lemah...

Make-up watak hantu pun tak menyerlah. dan aku hairan jugak kenapa jari watak hantu perlu seperti ala-ala nak menguli tepung aje. maksud aku, jari-jari digerak-gerak, kononnya menimbulkan rasa seram tapi hasilnya tampak bodoh. ntah, aku tak paham.

Dan bila dah setengah jalan movie ni menyebabkan aku mengantuk... bosan... menyesal...

Satu lagi yang bikin spoil, banyak adegan yang seakan-akan filem seram Thailand (yang menambahkan lagi kebosanan filem ini). mana idea baru pengarah berpengalaman seperti ahmad idham nih????? Ayoooo... come on la.

Aku rasa mungkin pengarah filem seram malaysia ni dah perlu start keluar dari kepompong jalan cerita dan bentuk penyampaian filem-filem seram sebelum movie seram yang seterusnya mencetuskan kebosanan yang amat sangat sebab bagi aku, filem seram malaysia dah semakin bosan...bosan...bosan... sedangkan banyak lagi kaedah yang boleh digunakan untuk menimbulkan perasaan takut dan seram itu. Ambil la cerita 'Paranormal Activity' sebagai contoh. frankly speaking, lepas tengok cerita 'Paranormal Activity' tu, aku tido bukak lampu 2 malam berturut-turut. penakut jugak aku ni... hehehe

So, rating aku untuk filem ini, aku bagi 1 BINTANG aje la...

p/s: tak setuju, itu pendapat korang. aku juga ada pendapat aku, ok.

Saturday, February 20, 2010

Movie review (Percy Jackson, The Wolfman)

Hmm... ramai yang bertanyakan movie ni best atau tidak.

Ni hah, pengkritik tak bertauliah nak bagi ulasan. Sebenornye dah buat pun ulasan ringkas dalam review sebelum ni tapi katanya singkat sangat review tu. jadik, ni la review yang panjang sikit:

Percy Jackson and The Lightning Thief.

Al-kisahnya mengenai sorang budak, Percy jackson namanya, (hasil perkongsian hidup orang bunian ngan manusia) yang dituduh mencuri kilat orang bunian. jadi, untuk membuktikan dia tak bersalah dan pada masa yang sama menyelamatkan maknya dari cengkaman orang bunian lain yang jahat gak, si Percy ni haruslah menempuh pelbagai dugaan untuk membuat 2 perkara tu.

Ulasan : Walaupun cerita tidak berunsur anj*ng tapi ceritanya macam anj*ng. memang la banyak bab yang tak berapa logik tapi ceritanya terlalu membohsankan... boring nak mampus. mungkin dibuat untuk menarik minat kanak-kanak tapi aku tengok kanak-kanak yang datang pun tak terhibur. please buat yang lebih baik kalu ada sequel nya.

Rating : 1 bintang.

The Wolfman

Well, al-kisahnya seorang lelaki yang nak menyiasat kematian misteri adiknya tapi dia sendiri digigit oleh seekorang serigala (seekorang merujuk kepada seekor dan orang) yang menyebabkannya menjadi seekorang serigala gak. akhirnya terbongkar rahsia yang bapak dia sendiri la yang menjadi serigala itu.

ulasan : memandangkan ceritanya berkisarka anjing (serigala), memang layak la kalau jalan ceritanya pun macam anj*ng. selain special effect nya yang tak berapa nak spesel tu, disamping make-up rupa anjing jadian tu yang lebih kepada watak salah satu dalam Star Wars, jalan ceritanya yang lemah betul-betul membuatkan aku macam nak tido je kat cinema tu.

Rating : 1 bintang.

Ulasan tambahan (yang tak berkaitan dengan jalan cerita movie kedua-dua di atas)

Selain dari movie di atas yang berunsur anj*ng, orang yang duduk sebelah aku jugak ala-ala anj*ng jugak perangainya. dah la masuk lambat, siap bagi review lagi kat awek dia. bau badan satu hal la, bau napas lagi yang membuatkan aku macam nak mati dalam cinema tu. malas nak tuduh tapi kalau setiap kali dia bercakap dan aku terbau seperti berak anj*ng, sapa lagi kalau bukan mamat sebelah aku tu yang melepaskan bau-bauan. nasib baik cinema tak penuh, dapat la jugak aku cari port yang sesuai untuk menghabiskan movie yang memang tak best.

OK la, sapa yang nak tengok tu, sukati korang la. berdasarkan poster dibawah, (yang pose nya hampir serupa), maka ketidak'best'an kedua-duanya pun hampir serupa.

nanti review filem lain lak menyusul ya. minggu ni takde filem best. jadi takde review.

Chow...

Thursday, December 17, 2009

Avatar (Movie)

Aku tengok citer ni semalam.

Mula jam 9.45 malam dan abis jam 12.20 tengah malam. Tapi dalam tempoh hampir 3 jam tu, amat tidak terasa sekali sebab filem tersebut memang best! Grafiknya sungguh cantik seakan-akan dunia Pandora tu memang benar-benar wujud. Sesekali akan terasa seperti menonton cerita kartun tapi itu tidak mengapa sebab sememangnya cerita itu memang pun macam kartun.

Whatever it is, aku rasa aku nak nonton cerita ni 2 kali lagi.

Weekend, here i come!!!

Sunday, November 1, 2009

Jennifer's Body

Ini movie ya, bukan body si jennifer mana-mana opis.

aku gi tengok movie ni semalam. Trailer nya nampak macam bagus je. Rupe-rupenye macam monyet je movie ni. Kategori 18SG, tapi lagi banyak adegan SX dari SG nye (and of course di 'potong-potong' oleh lembaga penapisan filem). Aku rasa movie ni layak dikategorikan dalam kategori 18SXG, maknanya lebih banyak adegan SX dari SG tu.

Ye la, pi tengok movie ni harap-harap dapat la tengok hantu-hantu yang seram-seram, naik bulu roma segala bagai. Ini lain pulak yang naik (wei! bukan naik apa, naik angin la!!!! otak kuning korang ni).

Aku siap bole nak tertido lakk menunggu hantunya tu. Ok la, untuk tidak menghampakan korang, ada gak la adegan yang seram gitu-gitu, especially bila jennifer tu (lakonan awek pelakon wanita utama movie Transformer, megan Fox) minum darah orang yang dia bunuh tu ala-ala cedok air kat tepi kolam dan hirup macam orang tak minum 3 hari. tapi yang dia cedok tu dari perut mangsa yang dia bunuh tu. Best sangat tengok (best la sebab masa tu je yang seram pun).

oh ya, hantu tu sempat bunuh 4 orang je, tak cukup masa nak bunuh ramai lagi sebab 3/4 movie ni penuh ngan adegan 'potong-potong'. Kalau korang nak tengok gak, sukati korang la,. duit korang, kan.

Selamat menonton (dan tido)...

Sunday, September 27, 2009

The Ugly Truth Vs Gamer

Sabtu biasanya digunakan untuk relax.

2 movie sempat aku tengok pada Sabtu lepas. yang menariknya kedua-dua pelakon filem adalah pelakon yang sama, Gerard Butler.



Malas aku nak buat review pasal kedua-dua movie tu. Cumanya kedua-duanya mempunyai genre yang berbeza, satu komedi romantik dan satu lagi action. dan pelakon utamanya dapat membawa watak lakonan dengan baik. sure dia seorang pelakon yang versatil.

kalau kat malaysia ni, bila dab berlakon filem romantik/komedi, nak jadi serius dah tak bole dah sebab dah terbawak-bawak watak lakonan bodoh tu. atau memang bodoh sangat nak jugak jadi pelakon. apapun, selamatkan la industri filem kat malaysia ni yang semakin lama semakin malap dengan cerita-cerita bangang dan tak bermoral.

Ok la, selamat bekerja (esok)...

Chiow!

Sunday, August 9, 2009

G.I Joe (Movie review)

Hebat!!!

Bagi aku, movie ni antara salah satu movie Sci-Fi yang paling hebat tahun ini. jalan ceritanya ok la, takde la sehebat mana. Aku sememangnya tak mengharapkan jalan cerita yang bagus sebab normally filem peperangan ni sama je kaedahnya. jahat lawan baik, baik lawan balik dan at the end yang baik akan menang.

tapi yang paling menakjubkan teknologi yang diperkenalkan dalam filem ni dari segi peralatan perang dan kaedah peperangannya. Aku tak berapa ingat karektor-karektor kartun dalam G.I Joe yang asal sebab berbanding Transformer, aku minat cerita berunsur robot masa tu. (masa tu belum terfikir sangat nak jadi askar). Tapi melihatkan movie ni, rasanya nak tengok lagi kali ketiga, keempat, kelima dan seterusnya.

Pada sesiapa yang minat filem peperangan tenkologi tinggi, pi la tengok. Walaupun sesetengah teknologi yang dipaparkan mungkin masih belum ada, tetapi imaginasi untuk menghasilkan teknologi sedemikian sesuatu yang patut diberi pujian.

Cuma kalau diperbaiki dari segi CGI nya, filem ini pasti akan lebih teratur dan realistik.

Selamat menonton.

Bagi aku, filem ini layak : 4.5 bintang dari 5 bintang.

Friday, July 17, 2009

Harry Potter (movie review)

Aku dah tengok Harry Potter & The Half Blood Prince semalam.


Well, since aku bukan la peminat mati tegar (diehard fan) jadinya aku tak seberapa mau enjoy itu movie. Lagipun duration movie yang terlalu panjang iaitu 155 minit, membuatkan aku macam mau tido. Tapi movie tu semacam di create bila masa korang terasa mau tido je dia start dengan adegan yang hangit.

So far, movie Harry Porter yang aku tengok selain yang ini ialah HP: The Prisoner of Azkaban. Selainnya kurang menarik minat aku. Tambahan pulak masa movie tu keluar, Lord of The Ring pun keluar sekali jadi tumpuan lebih diberikan kepada LOTR compare pada HP.

Tetapi kepada peminat HP, bole la korang enjoy movie ni sebab korang tau ceritanya. Pada aku, aku tengok movie ni for the sake of watching it. Nothing more...

Wednesday, June 24, 2009

Revenge of The Fallen

Semalam aku tengok Transformer : REvenge of The Fallen.

Niat hanya nak tengok robot-robot baru yang muncul berbanding dengan sebelum ini. Banyak jugak watak-watak yang baru. Banyak yang aku tak ingat. Yang aku tau semalam ada Arcee, Devastator, Rampage dan few lagi. (kalau yang mana peminat fanatik tu tau kot). Yang lain-lain aku tak berapa ingat sangat.

Cuma jalan ceritanya ada yang tak berapa logik. Ye la, bagi aku bila filem high tech and sci-Fi ni tak mementingkan sangat ceritanya. Janji effect nya malatops. Dan bagi aku malatops jugak la dalam sesetengah scene terutamanya masa pembunuhan Optimus Prime.

Ok la, aku tak nak cerita panjang. Kiranya antara orang terawal tengok movie tu semalam. Hari ni ada member opis yang baru nak pi tengok. Jadi kepada sesiapa yang meminati cerita perang robot-robot, pi la tengok movie ni. Dengan aksi yang dipaparkan, duration 2 jam 20 minit terasa amat singkat.

Selamat menonton...

Thursday, June 18, 2009

Transformers

Sudahkah anda membeli tiket?

Tiket mula dijual hari ini walaupun tayangannya adalah minggu depan.


Sunday, May 31, 2009

Terminator Salvation


Aku nonton filem Terminator Salvation semalam.

Keputusannya : Filem tu memang hampeh!!! Nyesal!!!

Misti korang nak tau kan kenapa filem tu hampeh? Aku takde la mengharapkan filem tu terlalu hebat tetapi cukup setakat menambung apa yang ditinggalkan dalam filem sebelum ini, Terminator : Rise of The Machine.

Sehari sebelum, aku tengok review dalam internet, movie ni dapat tempat kedua dari segi kutipan minggu pertama, dibawah filem Night At The Museum 2, tetapi atas dari filem StarTrek. Jadi aku dapat mengagak yang filem ni pasti tidak sehebat mana berasaskan jumlah kutipannya yang jauh berbeza dari Night At The Museum.

Then, on d way balik opis Jumaat lepas, radio pulak ada kata yang filem ni tidak la se best mana disebabkan terdapat beberapa kesilapan yang 'ntah la sama ada tak sengaja atau memang tangkap muat punya filem'.

Bila dah ngadap filem ni, then aku tengok nama pengarahnya ialah McG. So, bermula la disaster filem ni. kenapa pulak disaster? Ingat filem Charlie's Angel : Full Throttle yang juga diarahkan oleh McG? Aku dah agak jalan cerita dan aksinya yang hampeh.

Then, tepat la tekaan aku.

Tak pernahnya aku tengok filem yang berunsur perang ni yang membuatkan aku rasa macam nak tido, tapi filem ni berjaya buat aku nak tido. Jalan ceritanya yang bercelaru, tak logik dan memeningkan kepala seperti cerita ni takde fokus membuatkan aku rasa nyesal sangat nonton.

Tapi kalau korang nak pi jugak, sukati korang la. Bagi aku, memang nyesal abis!!!!

Saturday, January 24, 2009

Underworld 3 : Rise of the Lycans (review)

Sebagai peminat filem Underworld, tidak bias bila aku kata movie ni memang best.



Sinopsis:


Cerita ini merupakan prequel kepada Underworld dan Underworld:Evolution. Secara ringkasnya, ia adalah cerita mengenai permulaan kepada peperangan antara werewolf (Lycan) dan Vampire (Death Dealer). Kalau nak baca ringkasannya, sila klik sini.


Yang best:


Jalan ceritanya agak ringkas, mudah difahami sekiranya korang sudah menonton siri pertama dan kedua. kalau sesiapa yang masih belum menonton kedua-duanya, filem ini patut ditonton dulu sebelum menonton siri pertama dan kedua. Grafik manusia menjadi Lycan semakin baik.


Yang tak best:


Babak pergaduhan yang terlalu pantas sehingga pening dibuatnya. tak nampak sangat babak cincang mencincang (i like) dan terkam menerkam yang ganas tu. Lepas tu tak berapa paham lak apa sumbangan si Sonja tu dalam perkembangan puak Death Dealer. Dalam filem tu cuma tunggang kuda, kena tunggang oleh Lucian, tu je la sumbangan dan sumbang mahram dia. Pas tu ada pulak babak yang kelihatan seperti Lord of The Ring terutamanya apabila Lycan menyerang istana Death Dealer.


Rumusan:


Walaupun aku kata filem ni best, tak bermakna 5 bintang. Bagi aku cukup sekadar 3.5 bintang je sebab jalan ceritanya yang masih perlu diperbaiki. Aku berharap ada la prequel dan sequel untuk siri kali ni, terutamanya macam mana Viktor berjumpa dengan Selene, dan bagaimana Lycan pertama wujud.


Tak rugi tonton filem ni especially bila korang memang minat cerita Underworld ni. Tiket semalam harganya RM10, and it worth watching.


Enjoy...

Monday, December 22, 2008

Histeria (Movie review)

Semalam aku dijemput oleh member lama kat sekolah menengah dulu untuk nonton movie ni, Histeria, cerita seram Malaysia yang terbaru. Soalan pertama yang aku tanya member aku ni, "betol ke ko nak tengok citer ni?

And the answer is YES...YES...YES...

So, aku pun ikut la dia since dia belanja. Semalam anak buah member aku bagitau filem ni best giler. Aku tak tau la apa yang sorang budak umur 16 tahun kata 'best giler' pasal citer ni. Jadinya aku pi jugak la tengok sejauh mana best giler nya cerita ini.


(gambar diambik dari internet. Ciput je)

Dan ye, korang tertipu dengan poster itu. Itu adalah FAKTA.

Review best giler dari seorang budak berumur 16 tahun. Itu adalah AUTA.

Ini pandangan aku mengenai filem ini:

Sinopsis:

Mengisahkan sekumpulan remaja perempuan yang suka dengan cerita seram, mati dibunuh oleh seekor hantu raya (seekor la, takkan seorang hantu raya kot). Motif pembunuhan tu (bagi pandangan aku) ialah sebab jeles dan sakit hati (sebab selalu kena buli). Murni (lakonan Liyana Jasmay) merupakan watak baik yang sebenarnya jahat, mempunyai niat untuk membunuh kesemua kawan-kawannya atas sebab yang disebutkan di atas tadi. Si Murni ni dah jadi tuan kepada hantu raya tu apabila dia baca mentera yang didapati dalam internet.

* Sinopsis ini adalah pandangan peribadi setelah menonton filem ini dengan seribu kekonfiusan, apa sebenarnya yang nak ditonjolkan dalam filem ni. Nak tau sinopsis yang sebenar, baca la kat mana-mana laman web ka, majalah ka.

Jalan cerita:

Jalan ceritanya very the straight forward. Mula dengan babak gelak-gelak dalam first part, and the second part pulak start bunuh-bunuh. Konon nak nampak ganas tapi biasa je, walaupun pengarah cuba membawakan satu kelainan dari cerita-cerita seram melayu sebelum ini dengan menampilkan 'hantu raya' sebagai watak utama hantu. Since mungkin kita tak pernah nampak hantu raya, jadi kita tak tau la sama ada betol ke atau tak betol hantu raya rupa macam tu. Kalau hantu orang yang asyik nak beraya bole gak la digambarkan. Tapi hantu rayanya takde la menakutkan sangat. Aku tengok macam nak gelak je. Macam bangkai anjing je aku tengok sebab jongang sangat gigi hantu tu. So, bagi aku jalan ceritanya biasa saja, tak de yang luar biasa kecuali babak ciuman lesbian yang kononnya nak menimbulkan kontroversi tapi tak menjadik. Buang masa je...

Pelakon:

Paling aku respek lakonan Liyana, mungkin sebab dia ni jenis muka ala-ala konfius kampungan sikit, sesuai dengan watak tu. Mungkin jugak sebab dia berlakon dalam siri Puaka Niyang Rapik, kredit pada dia sebab dalam filem ni pun ala-ala cerita seram. Jadi lakonannya agak mantap disitu. Yang lain, tolong la pegi kelas lakonan. Ada la jugak yang baik 2-3 orang tu, tapi perlu lagi penambahbaikan. Overall, it's OK.

Yang Best:

Kelainan dari segi hantu yang ditonjolkan. Malaysia di kan kaya dengan hantu. Jadi, boleh lah diperkenalkan hantu-hantu yang ada. Komersil kan, gerenti bole jual punya. Kalah la hantu pocong, rambut panjang kusut masai dan segala macam tu.

Yang Tak Best:

Hah! Part ni memang banyak. Aku rasa dorang ni buat filem asalkan buat je. Tak hati-hati atau tak bersungguh-sungguh. Jalan ceritanya agak kelam kabut sikit, tak sempat develop setiap watak dalam filem ni hinggakan kita tak berapa jelas kenapa Murni nak bunuh kawan-kawan dia. Kalau sebab kena buli, takde pun adegan buli melampau.

Pas tu skrip pun macam ada yang tak kena. Contohnya, dalam perbualan polis dengan Murni, katanya ada 4 orang hilang dan 2 mati (something macam tu la) sebab budak pompuan tu semuanya ada 7. Jadi kalau Murni saja yang hidup, sah la yang mampus ada 6 (tak kira ilang ka, mati ka). Tapi jumlah yang mati lebih dari tu (tukang kebun + 2 orang boypren + cikgu lelaki). Soooo konfius bab nih.

Paling kelakar bila mata Adi Putra (Cikgu apa nama ntah) bergerak-gerak masa Scha sedang sibuk cari henfon dia kat laci bilik tu sedangkan cikgu tu dah mampus kena bunuh oleh hantu raya tu. Hello.... Pengarah tak nampak ke??? Lagi satu, mayat Zeta kena bunuh tu, kelakar gila. Nak buat mayat yang hancur pipi kena robek ngan hantu raya tu hingga menampakkan rongga mulutnya, tapi yang jadi adalah seperti menampal gigi palsu atas pipi Zeta. Alamak!!! Tukang solek, pi la belajar buat solekan.

Satu lagi, adegan member dia kena bunuh kat dalam toilet. Sepatutnya darah minah tu dah kering la sebab dah agak lama mampus kat situ. Tapi dalam babak yang sama, tetiba dinding tu penuh dengan darah yang masih baru. Hadoi la, pengarah tak nampak ka.

Overall review:

Bagi korang yang nak tengok cerita seram yang tak menjadi, pi la tengok cerita ni. Iklan bukan main gempaq tapi ceritanya macam hampeh. Kalau sekadar hiburan ringan, bole la. Kalau korang nak tengok hantu lain dari yang lain, pi la tengok.

Bagi aku, cukup filem ni sekadar dapat 2 bintang dari 5 bintang.

Filem bukan sekadar berlakon, tapi perlu membawak penonton dalam jalan ceritanya. Cerita simple mungkin menjadi baik bila dibuat dengan baik. Cerita hebat tapi kalau banyak yang tak kena akan mencacatkan jugak filem tu.

Thursday, December 11, 2008

Antoo Fighter-Amukan Drakulat (Movie Review)


OK la geng... Disebabkan aku tidak ke pejabat semalam, aku mengambik peluang untuk menonton movie. Dah lama aku tak tengok movie. Dan dah lama jugak aku tak buat movie review. Jadi dikesempatan ini, aku pi la tengok 1 movie ni yang aku rasa iklannya dah takde kat TV.

ANTOO FIGHTER - Amukan Drakulat

Malas la aku nak bagi tau siapa pelakonnye, siapa pengarahnye, dan apa-apa yang berkaitan dengan movie ni. Cuma secara kesimpulannya, ia merupakan satu movie ringan yang mempunyai mesej ringan.

Bagi aku, pengarah, jalan ceritanya, pelakonnya, muzik latar dan suara amat perlu diperbaiki sekiranya pengarah bercadang untuk membuat Antoo Fighter 2 sebab terlalu banyak kelemahan dalam filem ni.

Jalan Cerita:

Terlalu biasa. Bole dikatakan tiada kreativiti. Jalan ceritanya mengenai kebaikan menentang kejahatan. Memang la kebanyakan tema filem sekarang ni macam ni tapi diolah dengan selamba je. Tak sungguh-sungguh. Umpama nak memberus gigi, setakat gigi depan je yang diberus, yang lainnya tidak. Ada jugak la cobaan untuk membuat beberapa 'kemasan' di sana sini tapi tak menjadi. Ni la movie yang membuatkan aku hampir tertidur semasa menontonnya.

Lakonan:

Hampeh!!! Wa cakap lu, memang hampeh. Pelakon bercakap macam baca buku untuk kanak-kanak tadika. Lakonan keras, takde jiwa. Walaupun filem ringan, tapi cara lakonan tu perlu la pro. Ni pun takat buat je. Harus dipuji lakonan Bell dan Awie serta Harun Salim Bachik. Yang lain, tolong la pegi kelas lakonan.

Pelakon:

Seperti yang dinyatakan di atas, gaya lakonan beberapa pelakon memang baik. Cuma Radhi O.A.G., naper la mamat ni diambik jadi pelakon. Apa salahnya ambik pelakon yang lebih muda, sesuai nak menunjukkan hubungan antara atuk (Harun S.B) dengan cucu (Radhi). Radhi dah nampak terlalu tua untuk menjadi cucu kepada Harun S.B. Pelakon-pelakon tempelan (selain yang namanya tidak disebutkan), juga tidak menyokong kepada watak-watak yang utama, dan tidak dapat membawakan wataknya dengan baik. Sekali lagi ditegaskan, pi la masuk kelas lakonan.

Grafik C.G.I.:

Dalam beberapa part, nampak real. Dalam kebanyakan part, nampak terlalu kartun. Aku faham, sememangnya perlu nampak kartun sebab filem ni pun macam kartun tapi jangan la seperti terlalu kartun sehingga nampak terlalu pelik. Namun harus dipuji, cobaan yang baik.

Muzik latar:

Banyak yang tak kena. Bunyi latar kadang-kadang tak masuk akal. Mungkin pengarahnya sengaja nak buat orang konfius, atau buat lawak bila adegan tak selari dengan muzik latar. Tapi cobaan ini tak menjadi. Begitu jugak bila pelakon bercakap, kadang-kadang jadi bingung, suara tu suara siapa sebab orang lain yang buka mulut, orang lain yang punya suara. Aku tak paham! Aku tak paham semua ini!

Secara keseluruhannya:

(i) yang baik : terdapat babak yang mampu membuatkan penonton ketawa terutamanya apabila Radhi menggunakan hikmat Jalaluddin Hassan untuk menumpaskan musuh, adegan Awie tandatangan autograf dan 2-3 babak lain yang mencuit hati.

(ii) yang kurang baik : pemilihan pelakon, gaya lakonan, jalan cerita dan beberapa babak yang tak perlu tu tak payah la letak lain kali. Buat semak filem je. Kalau ada sequel untuk filem ni, buat la lebih baik lagi.
Kalau korang nak tau lebih pasal Antoo Fighter ni, lawatlah laman webnya di alamat http://www.antoofighter.com/
Kesimpulannya, kalau sekarang ni kita tengok Kategori filem ada U untuk tontotan umum, 18SG, 18PL dan 18SX, untuk filem ini atau filem-filem sebegini di masa depan, perlu la diwujudkan 1 lagi kategori iaitu:

7U = Untuk tontonan umum dan 7 tahun ke bawah.

***Harus diingat bahawa pandangan di atas adalah pandangan peribadi seorang pengkritik filem tidak pro yang ingin melihat Malaysia melahirkan filem, pengarah dan pelakon yang berkualiti. Sekiranya ada yang tak puas ati, lantak korang la. Korang tak tau ke yang aku dah bazirkan RM6 semata-mata nak tengok movie ni. Ni buat review ni pun dah cukup baik. Kalau ada yang tersinggung, ampun dan maaf korang kena pohonkan kat aku sebab filem ni yang menyebabkan aku buat review macam ni...

Monday, November 3, 2008

Not One Less (movie)

Balik dari bertugas Parlimen jam 8.00 malam. Sampai rumah dalam jam 9.30 malam sebab jalan jamm. Sampai kat umah, memang letih sangat tapi aku masih ada masa untuk layan movie ni. Actually movie ni movie lama, pernah ditayangkan dalam TV. Aku tak ingat bila tapi some time back. Masa jalan-jalan kat Jusco minggu lepas, terjumpa pulak movie ni. Walaupun bajet ciput cuma, aku tetap beli jugak.


Ceritanya mengenai sekolah, murid-murid miskin dan kecekalan seorang guru ganti dalam menjaga anak muridnya. Not One Less merupakan amanat yang diberikan oleh guru asal sekolah tersebut yang meminta Cikgu Wei mengambil alih tempatnya sementara guru asal ini ke bandar untuk mencari pekerjaan.

Masalah bermula dengan Cikgu Wei yang tidak mempunyai pengalaman terpaksa menjaga murid-murid sekolah yang nakal. Sebagai seorang guru ganti, dia tidak tahu apa yang perlu dibuat tetapi berusaha keras untuk menjaga amanat guru asal sekolah itu.

Masalah sebenar bila salah seorang muridnya hilang kerana terpaksa berhijrah ke bandar bagi mencari pekerjaan untuk membayar hutang keluarganya. Babak kedua cerita ini memperlihatkan bagaimana Cikgu Wei dan anak muridnya berusaha mengumpul wang untuk membeli tiket bagi mencari dan membawa pulang muridnya itu. Berjaya atau tidak, anda perlu menontonnya sendiri.

Memandangkan aku dah pernah menonton filem ini sebelum ini, aku tak dapat tahan hati dari turut merasa sedih. Masa aku tengok filem ni kat TV dulu pun sedih jugak. Mengalir jugak la airmata dibuatnya. Malam ini, sedih jugak bila menonton filem ini sekali lagi.

Aku rasa filem ni sesuai ditayangkan kepada bakal guru sebagai motivasi kepada mereka agar dapat menjadi guru yang baik. Kalau tidak pun memotivasikan mereka, sekurang-kurangnya filem ini dapat menyedarkan kita bahawa pelajaran adalah amat penting. Itu sebenarnya mesej yang ingin disampaikan dalam filem ini.

Aku rasa aku nak pi tido sekarang. Kalau ada sesapa yang berminat nak pinjam, bagi tau la. Sesekali menonton filem yang membawa mesej yang agak berat sebegini menyedarkan kita bahawa hidup ini tidak lari dari tanggungjawab.

Selamat malam...

p/s: Babak yang mula-mula sekali menyebabkan aku rasa sebak ialah apabila berlaku pergaduhan dalam kelas pada satu hari sampai menyebabkan kapur tulis kelas itu hancur dan patah kerana dipijak. Cikgu Mao pesan, gunakan hanya 1 kapur sehari kerana ia mahal. Kapur dianggap benda paling berharga. Seorang pelajar yang terasa sedih dengan insiden kapur kelas hancur dipijak itu menulis dalam diarinya " ...saya pernah membuang secebis kapur yang kecil kerana menganggapnya tidak berharga. Tetapi Cikgu Mao mengutipnya dan menggunakannya untuk menulis satu perkataan. Cikgu Mao tidak dapat menghabiskan perkataan itu kerana kapur telah habis, lalu cikgu menggunakan debu kapur yang terlekat dijarinya untuk menghabiskan perkataan itu..." (huahuahua...sedeh! sedeh!)

Filem ini merupakan filem paling baik pernah dihasilkan, seperti jugak filem Children of Heaven (Filem Iran) yang juga mampu membuatkan aku mengalirkan air mata...

Sunday, October 19, 2008

Kisah semalam

Semalam aku terasa amat boring. Boring yang amat. Nak buat keje ofis memang la lagi malas. Jadi petang tu aku sms Mona (gewe kawe) and ajak dia pi makan-makan. Dah lama dah kitorang tak pi makan sama-sama. So, aku drive Savvior ke Nilai. kitorang makan kat Giant Nilai. Aku makan nasik goreng kampung (chicken) dan Mona lak roti cicah kari ayam (resepi apa tu?). Lepas maghrib aku hantar dia pulang sebab malam karang dia nak pi umah adik dia kat Klang.

Balik umah, aku layan DVD citer Susuk yang aku beli masa kat Giant tadi.

Tapi biasa la, citer melayu. Apa yang boleh di expect dari citer macam tu. Cuma since aku minat dengan Ida Nerina, aku layan jugak la citer tu (masih ingat lagi cerita Layar Lara...Best!). Pelakon-pelakon tempelan pun boleh tahan jugak. Tapi yang boring jalan ceritanya, and of course 'hantu'nya. Aku rasa tukang touch up kat Malaysia ni pi la belajar make-up yang best-best sikit terutamanya untuk filem seram. Aku tengok muka Ida Nerina jadi hantu macam muka Mak Ayam je. Yang paling geli hati tu bila time dia nak membunuh tu ada pulak ayam-ayam berterbangan. So, sah la jadi mak hayam.

Malas la aku nak buat review citer ni. Jadi, kalau sesaper yang berminat nak pinjam, habaq la. Tengok sekali je dah buhsan. Tapi kena simpan gak la, tak leh buang since dah beli yang ori. Siap ada lambang KPDNHEP. Gitix, i know you will like it coz aku sokong industri perfileman negara yang semakin malap ni. Takde ke cerita best kat Malaysia ni???


Then, aku tertidur masa tengok Australia's Next Top Model...

Thursday, October 2, 2008

Eagle Eye - movie review

Hari ni, Raymond Pang (an old friend from Sabah) came to pay me a visit. Actually, i invited him since i know he is not that type of adventerous kind of person who likes to walk around but stay at home. Since i dont have anything to do today, i took him out for a movie. We watched "Eagle Eye", stars Shia LaBeouf (The Transformer) and Michelle Monaghan (ntah minah ni berlakon filem apa zaman dulu-dulu).


Sinopsis:

Ceritanya simple. Mengenai sebuah komputer yang dibangunkan oleh Amerika Syarikat bagi tujuan mengumpul maklumat mengenai pengganas seluruh dunia. (So advance, membangunkan satu sistem komputer canggih 36 tingkat dibawah paras bumi. Does Pentagon ada tingkat sedalam itu???). Kaedah mengumpul maklumat oleh komputer ini? Melalui semua jenis peralatan elektronik yang ada di bumi ini. Konflik utama cerita ini ialah apabila komputer ini (yang dikenali sebagai Aria) memberikan panduan kepada individu tertentu untuk mencapai matlamat yang ia kehendaki. Setiap panduan akan disampaikan kepada individu yang tepilih untuk menyelesaikan sesuatu perkara itu adalah melalui media elektronik di setiap sudut muka bumi Amerika tu ( seperti TV, telefon bimbit, papan iklan, elektronik, jentera, lampu isyarat dan sebagainya). Individu terpilih itu mesti ikut apa yang diarahkan oleh kompter itu, atau mati dibunuh oleh komputer itu sendiri.

Apakah matlamat Aria? Berjayakah Jerry (LaBeouf) dan Rachel (Monaghan) membantu Aria mencapai matlamatnya? Saksikanlah sendiri...kalau aku cerita nanti tak thrill pulak.

Komen negatif:

Filem dimulakan dengan babak pembunuhan umat Islam secara pengeboman peluru berpandu. Masalahnya, kenapa umat Islam? Dah takde umat lain ke dalam dunia ni yang nak di bom?

Sebenarnya, babak ini menceritakan bahawa pengeboman itu merupakan satu kesilapan. Kerana semasa penilaian keadaan (appreciation) sama ada pengeboman perlu diteruskan atau tidak, Aria (iaitu komputer yang membuat penilaian itu) tidak mencadangkan supaya misi pengeboman diteruskan kerana maklumat yang dikumpulnya tidak mencukupi. Jadi, apabila keputusan Aria untuk tidak meneruskan pengeboman itu ditolak oleh manusia, Aria mengambil keputusan untuk membuat keputusannya sendiri. Since manusia tak ikut protokol, dia pun tak ikut jugak. Cuma ada sedikit masalah bila ada orang yang cuba menghalang Aria dari berbuat demikian.

Kalau dari sudut lain, aku melihat babak ini adalah salah satu cara Amerika menjadikan perkara mengebom umat Islam ni macam perkara biasa je. Masa menonton babak pengeboman tu, aku dah rasa macam nak tinggalkan je pawagam tu. Benci!!! Tappi aku layan jugak sebab nak tengok kesudahannya macam mana. Aksi yang dipaparkan dalam babak seterusnya memang bagus. Cuma aku takut aku akan jadi terbiasa, atau tak rasa apa-apa dikemudian hari, apabila umat Islam di bom, dibunuh dan sebagainya kerana akan menganggap ia hanya sebagai wayang atau sandiwara saja. Sebabnya akan ditanam dalam fikiran ini bahawa pengeboman itu perkara biasa, dan membuat kesilapan adalah perkara biasa. Jadi, walaupun ia wayang, janganlah ia menjadikan umat islam ini leka bahawa pengeboman itu sekadar wayang sehingga kita tidak terasa apa-apa apabila menontonnya.

Ending filem ini juga terlalu simple. Filem yang penuh aksi tetapi pengakhiran yang hambar. Agak mengecewakan...

Cuma di hampir penghujung filem, Aria cuba menyimpan data yang dikumpulnya kepada satelit bagi mengelakkan ia dirosakkan oleh manusia. Mungkinkah ada Eagle Eye 2?

Komen positif:

Bagi sesiapa yang meminati filem aksi, filem ini sesuai untuk anda. Dari awal lagi anda akan disajikan dengan babak-babak cemas, aksi tanpa henti. Anda akan tidak berganjak dari kerusi. Jadi, jangan minum banyak-banyak masa tengok movie ni. Takut tertinggal babak-babak yang menarik.

Bagi yang meminati fiksyen sains, mungkin ini adalah masanya anda memikirkan sama da apa yang dipaparkan oleh filem ini betul atau tidak (i mean, sama ada komputer betul-betul boleh mengawal manusia sedemikian rupa). Mungkin ada, mungkin tidak. Anda tolong fikirkan, ya.

Lakonan berkesan dari setiap watak. Babak sedih LaBeouf di bawa dengan baik. Babak kerisauan seorang ibu terhadap seorang anak ditonjolkan dengan begitu berkesan oleh Monaghan. Babak menjengkelkan oleh kedua-dua watak yang pada mulanya tidak mahu mengikut arahan ditonjolkan dengan begitu baik sehingga penonton akan terasa seperti nak kata "ikut je la arahan tu, bangang!!!". Apa la degil sangat orang putih ni. Dan semua perasaan itu menyebabkan filem ini 'hidup'.

Persamaan dengan filem lain (jika ada):

Aku tak kata ada persamaan dengan sebuah filem yang satu ni, tapi filem Eagle Eye ni mengingatkan aku kepada filem "13 - thirteen" dari Thailand. Ceritanya mengenai individu yang juga menerima panduan dari seseorang melalui media elektronik (dalam filem ini, hanya telefon bimbit. Sesuai dengan keadaan Thailand yang tak berapa nak advance lagi tu). Apabila menonton 1/3 dari filem Eagle Eye, aku teringat filem ini. Cumanya, 13 merupakan satu filem berasaskan realiti TV. Seseorang individu itu perlu menyelesaikan 13 tugasan (dan menerima arahan melalui telefon bimbit) sebelum memenangi sejumlah wang. Berjayakah pelakon ini memenangi wang itu? Apakah 13 tugasan itu? Tengok la sendiri.

Moral of the story:

(i) adakah zaman ini sudah terlalu canggih sampai hidup kita pun sudah boleh dikawal oleh komputer? Jadi, jangan terlalu bergantung kepada media/peralatan elektronik.

(ii) adakah anda mahu mengikut arahan dari seseorang yang tidak dikenali melalui telefon? Selidik dulu, ok. Sama jugak kalau dating dengan orang yang dikenali melalui net. Beware!!!

(iii) Gunakan otak. Adakah anda tahu otak anda adalah lebih baik dan bijak dari mana-mana komputer canggih yang ada atas muka bumi ini???

Penilaian:

Aku bagi 4 dari 5 bintang untuk filem aksi ini. Disyorkan kepada mereka yang minat filem berunsur fiksyen sains dan aksi.

Ingin menonton sekali lagi??? itu sudah PASTI!!!

p/s: aku teringin nak tengok filem KAMI. Mungkinkah menjadi satu lagi filem yang merosakkan muda mudi Malaysia??? Kita tengok nanti.

Saturday, September 27, 2008

Sepi - Kabir Bhatia

Sepi... by Kabir Bhatia.


Ramai yang memuji-muji filem ini. Sentuhan Kabir Bhatia yang dianggap lain dari yang lain, seperti filemnya sebelum ini, CINTA.

Semalam aku kata aku akan memberikan sedikit komen mengenai filem ini, jika aku berpeluang dan jika aku rasa aku nak bagi komen. So, aku nak bagi komen lah ni. Aku tau aku komen pun tak guna sebab:

(i) filem ni dah lama tak perlu tayang kat pawagam (sesi tayangan wajib pun dah selesai)

(ii) dah ada pun VCD dan DVD filem ni di pasaran macam yang aku beli ni (ori tau)

(iii) siapa la aku nak dianggap sebagai pengkritik.

Tapi aku nak jugak cakap sesuatu pasal filem ini, sebab dia "best" dalam ertikata yang lain. Lazimnya aku tak tonton filem melayu di pawagam, sebab biasanya tak berapa best (jarang ada yang best). Jadi, aku hanya akan tonton bila VCD atau DVD dia dah kuar. Dan supaya aku dapat menonton berkali-kali, sehingga aku puas hati.

Positive comment:

Jalan ceritanya baik. Pelakon yang dipilih memang pelakon-pelakon yang amat berkaliber. Afdlin berjaya membawa watak seorang tukang pembuat kek (gemuk = tukang masak)...agak klise. Eja, sememangnya bijak menunjukkan ekspresi wajah sedih (terkenang drama Qaseh TV3). Pierre Andre, selalu diberi watak untuk cerita cinta sebegini (seperti aku menonton Filem CINTA).

Dari segi pelakon, memang baik. Watak, tidak mengecewakan. Gaya lakonan yang baik. Cumanya Kabir sudah perlu lari dari memilih pelakon-pelakon yang pernah berlakon dalam filemnya yang sebelum ini. Ya la, nanti jadi seperti Shumi (Shuhaimi Baba). Kalau filemnya, mesti ada Ida Nerina, Maya Karin, Kavitha dan lain-lain yang Pan-Asia punya look. (Don't worry Shumi, i love all your film).

Meletakkan 3 cerita dalam 1 filem bukan mudah. Apa lagi bila ketiga-tiganya saling berkait antara satu sama lain (walaupun dalam suasana yang berbeza). Penonton pastinya tidak bosan bila menonton filem ini kerana ceritanya banyak, ragamnya pun banyak. Ibarat menonton 3 filem sekaligus..well done!!!

Negative comment:

Aku tidak terasa sepi menonton filem ini. Filem dengan tajuk ini mesti mampu membawa penonton ke alam sepi itu sendiri. Kalau dimulakan dengan babak yang bosan di awal cerita. mungkin lebih baik (daripada kisah orang kena langgar kereta...very the iklan Kementerian Pengangkutan). Biar penonton sedikit bosan di awal filem, kerana rasa bosan itu adalah hasil dari kesepian. Dari situ, watak perlu bangun, membawa bersamanya penonton untuk bersekali ke dalam setiap watak dan jalan ceritanya. Masa itu la penonton akan hargai apa itu sepi.

Terus terang, aku tak nampak kesepian Afdlin dalam filem ini. Mungkin kerana dia dikelilingi oleh pelbagai watak menyebabkan watak Afdlin menjadi sedikit bercelaru. Di tambah dengan watak Nasha yang kecoh. Mungkin Kabir ingin menunjukkan "dalam kekecohan dan kegembiraan, jiwa seseorang pun boleh sepi." Sorry, Kabir. That don't buy me at all.

Kisah cinta Pierre Andre??? Terlalu biasa. Tony Eusoff dan Eja??? (Whenever you have problem, mestikah kena "lari"???).

Mungkin kerana "masa" untuk mengembangkan jiwa, sifat dan sikap setiap watak dalam filem ini tidak cukup sebab Pengarah menggabungkan 3 cerita dalam 1 (Kabir, please... next time you do this, penonton akan bosan dengan filem sebegini). Lihat filem CINTA. Jalan ceritanya lebih baik dari filem ini. Kerana perkataan cinta itu sudah terlalu dekat dengan penonton, maka bila ia digarap dalam jalan cerita sedemikian, sejak dari awal cerita, jadi penonton mudah menyerap "rasa cinta" itu.

Kalau rasa sepi mampu di "pupuk" seawal filem ini bermula, rasanya filem ini lebih baik.

Kesimpulan:

Aku bukan la pengkritik filem yang berkaliber. Juga tidak bercita-cita menjadi seorang pengarah. Tapi, Kabir perlu keluar dari kepompong jalan cerita sebegini, menggabung banyak cerita dalam satu filem supaya watak setiap pelakon dapat dikembangkan dengan baik. Itu yang lebih penting.

Menonton filem (bagi penggemar filem) perlu merasa, menyerap dan bertindak balas atas reaksi filem itu sendiri. Aku tidak kesal membeli DVD ini kerana aku yakin jalan ceritanya baik. Memang baik, aku akui. Tapi sudah tiba masanya Pengarahnya (atau pengarah filem sebegini) memikirkan tentang apa yang perlu ditayangkan. Duduklah sebagai seorang penonton, dan anda akan tau apa sebenarnya yang penonton mahukan.

Bagi aku, aku mahu "merasa" bahawa aku lah watak dalam filem itu...