Showing posts with label Famili. Show all posts
Showing posts with label Famili. Show all posts

Sunday, November 29, 2009

22 botol

Pagi tadi mummy call.
At first tu risau gak, kot-kot ada apa yang tak kena. Tapi mummy just nak bagitau yang doktor dah berhenti masukkan air dalam badan Mick. Genap 22 botol semuanya. Tapi Mick masih tak dapat keluar hospital lagi sebab hari isnin ni kena scan dulu nak tau samada buah pinggang dia ok atau tak. harap-harap semua ok.
hari ini aku rasa macam nak duduk rumah saja, selesaikan keje-keje yang tertunggak minggu lepas (sebab cuti kononnya). cuaca mendung je pagi ni membuatkan mata ala-ala redup semacam (ni baru je lepas mandi nih...cis!).
Minggu depan mesti havoc kat opis aku tu sebab turn pak mentari aku tu menyinar dan membakar kat par-Lemon. Huh! siap sedia la kena marah semuanya!!!! huahuahua....

Saturday, November 28, 2009

Masuk wad

Raya yang kurang ceria sebab adik pompuan aku masuk wad.

Buah pinggang mungkin dijangkiti kuman. Bila dengar berita tu, mummy pun terpaksa travel ke KK just to accompany mick kat hospital. Minggu depan baru tau samada semua ok atau jangkitan masih ada.

Dikejauhan, aku hanya mampu menitip doa semoga semua selamat dan dia segerra sihat sebab bulan depan dia akan duduk exam....Insya Allah.

Thursday, September 10, 2009

Kalah

Aku kalah.

Ya, aku kalah dengan tangisan mummy di telefon semalam. Semalam aku call ke rumah, bertanya macam mana aku nak kirim barang-barang untuk anak buah aku. Seperti yang aku agak, mummy bertanya bila aku balik. Aku kata minggu depan, dan lepas itu aku dengar suara mummy berubah. Cepat-cepat aku mengalihkan perbualan kepada perkara lain.

Hari ini aku tak sampai hati untuk tidak balik ke kampung raya ini, walau pun dalam perancangannya aku memang akan balik 1 minggu lepas raya. lepas kerja tadi aku ke KLIA, tempah tiket kapal terbang. Ada 1 seat tapi raya kedua. Aku ambil jugak. so, officially aku balik raya nanti. cuma sekarang aku perlu ambil cuti.

Malam ini baru aku bole tidur nyenyak...

Wednesday, July 15, 2009

Makin malas & Noodle Station

Aku jadi semakin malas sejak akhir-akhir ini.

Ntah la, aku pun tak tau la apa sebenarnya menjadi penyebab. Mungkin jugak sebab aku sendiri yang meemang dah jadi pemalas. Adakah keadaan yang menyebabkan aku jadi malas, aku memang aku ni dah jadi pemalas?
Malasnya aku fikir (ni malas lagi).

hari ni banyak yang aku diskusikan dengan bos. Diskusi yang ok-ok aja gitu. Aku coba cari mood bekerja hari ni, ternyata pagi aku agak bersemangat sikit. naik tengahari, aku jadi semakin malas. malas... malas lagi...

Tengahari tadi aku lunch kat Noodle Station Alamanda. Perancangan awal nak makan kat McD tapi memandangkan restoren tu yang aku jumpa dulu so aku makan kat situ. Aku order wantan mee tomyam with seafood (iye ke, aku pun tak hingat) sebagai menu utama dan Ice Age sebagai minuman.
(mee tomyam tu...gambar ambik kat web je. malu nak snap kat kedai)
(Ice Age katanya...reminds me of my AGE)
Bagi aku, makanannya biasa-biasa saja. minumannya agak superb, blackcurrent blended campur soda. Ok la jugak kot. Tapi apa yang menyedihkan, service kedai tu hampeh. Sebabnya:
i. kedai tu service very the lembap walaupun banyak pekerja. kitorang sampai lewat, walaupun restoren tu hampir penuh. ramai orang tengah tunggu makanan. aku ngan fren makan makanan yang sama. nasib baik ambik menu yang sama kalau tak sampai bersawang pun makanan tak sampai. aku ambik kes sekumpulan pompuan yang duduk sebelah kitorang. dorang sampai dulu tapi sampai kitorang selesai makan, makanan dorang pun tak sampai lagi. (walaupun aku tak suka sangat ngan perangai pompuan tu tapi kesian gak tengok dia. dalam ati, rasakan ngko!!!)
ii. cara pekerjanya layan customer terutamanya customer yang lambat dapat makanan tadi. sungguh tidak profesional. Dia just keluar masuk kitchen tu tapi tak bawak apa pun. tup-tup aku tengok dia dah ada kat luar kedai bersembang.

iii. customer yang datang kemudian dapat makanan dulu. kalau aku jadi customer yang dapat makanan lambat walaupun aku datang awal, harus la aku mengamok tak hingat punya.

So, kalau aku nak makan lagi kat situ, aku akan fikir 400 - 500 kali. Oh ya, portion makanan dan minumannya pun tak berbaloi dengan harganya. My mee goreng tomyam tu cost dalam RM8++ dan minuman pun dalam average harga makanan tu. gelasnya tinggi tapi kurus. aku agak, isinya takde la banyak sangat. So, not really value for money kalau ajak kengkawan makan kat situ.

Apapun, harap kalau aku makan sana next time, aku tak hadapi masalah yang sama.
Moral of the story, kalau nak dinner kat sana, order makanan masa time lunch OK.

Tuesday, July 14, 2009

1 week

Dah seminggu adik-adik aku balik.

Tapi rindunya masih belum hilang. Malam selasa ada pasar malam kat tempat aku. Minggu lepas adik-adik ku sempat jugak ke pasar malam ni untuk beli makanan. Malam ni aku terasa malas pulak nak ke pasar malam. ye la, teringat kat diorang berdua tu.

Tadi aku singgah Giant, beli kertas warna. Nak framekan gambar yang kitorang ambik kat Aquaria KLCC hari tu. Setelah gigih menggunting dan bertukang, akhirnya siap gak hasil seni yang tak seberapanya ini...


esok nak bawak ke opis, nak gantung pada tempat yang sesuai.
Betapa aku rindu pada mereka sekarang ini...

Saturday, July 11, 2009

My heart and soul

Ingat tak minggu lepas aku kata adik-adik aku nak datang semenanjung?

ya, mereka dah datang, dan sudah pun balik kampung Rabu lepas. Sepanjang 5 hari diorang disini, tak banyak tempat yang kami pegi sebab time is very limited. Just sempat bawak diorang pegi KLCC, Aquaria dan Melaka (naik menara Taming Sari).

Baju raya semua dah beli jadi this year InsyaAllah beraya sakan la diorang dua. Aku sendiri pun tak beli lagi baju raya nih.

Apapun, aku dah rindu balik pada diorang.

(jantung hatiku sedang khusyuk tengok kekura buaya yang ada kat Aquaria KLCC)

Ice Age 3 - Dawn of the Dinosaur

KELAKAR GILA!!!!

Itu la yang aku rasa disepanjang aku menonton movie ni. Seluruh panggung pun gelak dari awal hingga akhir. Rasanya antara kesemua siri filem Ice Age ni, yang ni la yang paling kelakar sekali. Kalau korang nak release tension, tonton la filem ni.

Berbaloi-baloi!!!

Sunday, June 21, 2009

Happy Father's Day

Selamat hari bapa kepada daddy yang disayangi.

Semoga sihat selalu, dimurahkan rezeki dan diberikan keberkatan dunia akhirat.

Saturday, June 20, 2009

My Saturday

Semalam aku tak ke pejabat.

Sesuatu yang unusual bila aku tak ke pejabat. Bukan tak mau tapi terpaksa menunggu iPhone aku di upgrade. Jam 9.30 pagi baru semua program dapat di upgrade dan di install semula. Masa tu aku dah terasa malas pulak nak pi pejabat. Jadi aku mengambil keputusan untuk berada dekat-dekat area rumah aku je.

Waktu tengahari, aku ke Jusco untuk tengok wayang. Cerita 'DRAG ME TO HELL'. Gimik iklan punya la best. Tapi ceritanya cukup hampeh. Aku rasa sebengap-bengap cerita Jangan Pandang Belakang Congkak, bengap lagi cerita ni. Cerita nii sepatutnya cerita seram tapi terlalu banyak sangat adegan lawak yang menukar mood cerita kepada cerita lawak.

Pernah tengok cerita The Evil Dead? Macam tu la ceritanya. Cuma sound effect nya saja yang membuatkan sesetengah scene tampak menyeramkan. Yang lain-lain sungguh plastik.

Tak perlu la aku ceritakan macam mana jalan ceritanya. Tapi kalau korang nak tengok cerita Komedi Seram, tengok la cerita ni. Jangan tertipu dengan iklan kat TV atau posternya. Sungguh hampeh cerita ini.

(drag her to hell...Hahahahah!!!!! Filem keji abad ini)

Lepas tengok wayang, aku pi la jalan-jalan kedai kain. memandangkan ibunda terchenta juga ada menyatakan pandangannya untuk memiliki baju raya yang baru, harus la anak yang mithali ini (gelaran ciptaan sendiri) mencarikan apa yang patut. Stail yang dipilih ialah berasaskan kepada beg tangan yang dibeli hari tu. Kononnya mau sedondon. Jadiknya gagah la ke kedai Casa Moda Seremban 2 (promote lagi...)

Kononnya mau tengok-tengok dulu sebab belum gaji. Tetapi memandangkan auntie penjual tu adalah kawan lama (kawan lama konon...), harus la di beli jugak. Tapi kalau dah beli untuk mummy, takkan takde untuk daddy. Beli la jugak untuk daddy. Jadi, bila mummy dah dapat beg tangan dan kain, takkan auntie aku yang dapat beg tangan tu dapat beg tangan je. Nanti kecik ati lak. Beli la jugak kain untuk dia. Dah beli untuk dia, takkan tak beli untuk laki dia a.k.a uncle aku. jadi beli la jugak untuk uncle aku. At the end of the day, lengkap la persalinan raya mummy and aunt aku. Cuma tudung je yang aku tak sempat nak beli. biar la mummy beli sendiri pilihan dia. aku tak reti...

Huh! Dapat gelaran anak mithali ni satu hal (ulangan... ini adalah gelaran sendiri bikin), nak mengekalkan gelaran pun satu hal lagi. Apapun, harap mummy doakan anak mummy ni cepat kawen ya. Jangan dapat bini anak mami udah le. harus la aku dapat gelaran mamu...

(persalinan untuk mummy and daddy)

(persalinan untuk auntie and uncle aku...mind the background yang hanya berlatar belakangkan tilam je)
OK la, nanti kita masukkan entry lagi. Aku mau jenjalan lagi...Chow!!!

Sunday, November 30, 2008

Uncle Peter and family

Uncle Pete (Peter, adik bongsu Daddy) call last Friday. Terkejut jugak bila uncle bagitau dia ada kat Putrajaya. Memandangkan aku ada hal hari tu, aku tak dapat tinggalkan ofis nak pi jumpa uncle. Then, malamnya kitorang set nak jumpa kat Sogo. So, lebur la harapan aku nak pi Kedah. Lagipun Savvior tak berapa sihat. Jadi aku bawak Savvior and tinggalkan dia kat Putrajaya dan ambil ERL ke KL.

Sampai Sogo (dalam jam 9.40 pagi, kedai-kedai pun tak buka lagi. Uncle, Aunti Titina dan anaknya, Kit dah tunggu. Ada abang Roslan dan kakak apanama ntah dok sekali tunggu aku. Aku pun tak ingat bila last aku jumpa dorang. Seingat aku, last sekali aku jumpa uncle pada tahun 2000. So, dah 8 tahun tak jumpa. Kitorang jenjalan kat Sogo, dan manusia banyak sekali seperti semut hurung gula. Ye la, Karnival Saving Sale apa kejadahnya aku tak ingat, dah mula semalam. Seingat aku, tekde nye istilah Saving bila bila dah nak berbelanja terutamanya masa Sale nih...Huh!

Kami teruskan perjalanan ke Sogo after breakfast. Since uncle kata dia bole bawakkan apa yang nak aku kirim pada Daddy, so aku pun cari la joran yang Daddy mintak hari tu. Tapi masalahnya aku tak tau kedai jual alat pancing kat mana. Tanya Burhan la, tanya member kat DCA la. Semua tak tau. Aku pun tak salahkan dorang pasal semuanya bukan minat memancing pun. Cari kat Pudu, Jusco kat MidValley pun takde. Tanya teksi, semua kata kat Kepong ada. Aku pun set nak pi Kepong. Tapi belum sempat ke Kepong, Alhamdulillah, pemandu teksi yang kitorang mintak anta ke Kepong tu kata ada kedai jual alat-alat memancing kat area monorail Maharajalela. So, kitorang ke situ. Alhamdulillah, bukak lagi kedai tu walaupun hari Sabtu. Aku pun belikan Daddy 2 set joran. Aku nak belikan uncle sekali since dia pun kaki pancing. Dorang adik beradik (termasuk uncle Micheal dan uncle Donald) semua kaki pancing. Tapi uncle Pete kata tak payah belikan dia sebab dia dah banyak. kalau nak beli, beli la sumthing untuk aunti, katanya. Ok la, aku pun bercadang nak carikan sesuatu untuk aunti. But, kesian kat uncle sebab dia yang nak bawak joran tu balik. Nasib baik tak berat.

Masa kat MidValley, sempat ambik gambar Kit dengan background pokok krismas. Tahun ni, hiasan krismas kat MidValley tak grand mana. Just ok je...

Kit yang sentiasa ready nak pose everytime aku nak ambik gambar dia.

Memandangkan dah dapat apa yang nak dibeli kat kedai pancing tu, so kitorang ke Berjaya Times Square. Jenjalan sana since aku nak beli sumthing untuk Aunti and Kit. Pusing punya pusing, Aunti nak sepasang kasut and Kit pulak nak kereta mainan. Pas tu, kitorang makan kat Restoran Penang Village yang baru saja dibuka pada hari Sabtu tu. Ada diskaun 20%... Lazat!!!

Sebelum balik, sempat jugak ambik gambar di hadapan pokok krismas. Pokok krismas kat Berjaya nampak lawa dan grand compare kat MidValley. Ni antara gambar yang sempat diambil...


Uncle Peter and Aunti Titina and Kit serta akan yang apantah namanya tak hingat aku

Kit nak bergambar dengan Santa

Dalam jam 10.30 malam, kitorang gerak ke KL Sentral sebab aku nak balik naik ERL. Isteri abang Roslan yang tolong anta kat sana. Nasib baik ada dia, kalau tak, sampai kering la kitorang menunggu teksi kat Berjaya tu (termasuk menunggu dalam jamm). Flight balik uncle and then family esok petang, jam 3. Memandangkan Savvior sakit semput, tak sempat aku nak anta dorang kat KLIA. Apapun, selamat jalan dan jumpa lagi...

Tuesday, October 14, 2008

Mick sakit

Semalam Mick sms aku. Adik aku la yang pompuan tu. Dia kata dia sakit perut dah 5 hari, dah tahan dah. Aku kata pi hospital, dia kata tunggu kalau takde halangan baru dia nak pi hospital. Harus la aku mengamuk time tu.

This morning dia sms aku. Katanya dah pi klinik. Dia kena suntik, doktor bagi ubat buang toksin, antibiotik, ubat cirit-birit and ubat sakit perut. Doktor bagi sekali garam dehidrasi.

Aku baru call dia tadi. Suaranya memang lemah sikit. Tanya sama ada dia keje esok, dia kata ya. Aku dah pesan, kalau tak larat tak payah la keje dulu. Doktor kata banyak toksik dalam badan dia. So aku dah pesan minum air banyak-banyak. Tak nak ganggu dia lama-lama dalam fon sebab dia nak rehat. Baru je makan ubat, so aku letak gagang.

Aku risau betul kalau adik aku sorang ni sakit. Apa lagi bila teringat yang dia ada masalah ginjal. Bila dia kata doktor kata badan dia banyak toksik, aku terfikir pasal masalah ginjal dia tu. Mungkin ka disebabkan itu? Mulai hari ini, aku kena call dia pagi dan petang. Malam kena call jugak, kena pastikan dia dah makan, dan makan ubat sekali. Praktikal dia tinggal 1 bulan. harap takda apa yang berlaku dan dia kembali sihat dengan cepat.

Ya Allah, lindungilah adik aku yang seorang tu. Berilah dia kesihatan dan kekuatan....Amin.

Saturday, October 11, 2008

Semoga dicucuri rahmat

Pagi ni aku terima sms dari Mick yang akak sedara a.k.a Aunty Norliza (bini kepada Uncle Donald) meninggal dunia disebabkan strok. The moment aku terima sms tu, aku call mummy. Mummy kata dia tau dah. In fact, mummy yang jaga dia semasa kat hospital hari tu. Tapi memang tak dapat diselamatkan lagi sebab urat darah di bahagian kepala dah pecah. Sebelum tu, urat mata yang pecah. Sebab musabab, darah tinggi.

According to mummy, darah Aunty dah cecah 300++. Tambah mummy lagi, doktor memang bagi dia makan ubat, every month supply. Tapi dia tak makan ubat tu. Dia simpan sampai la dua hari lepas dia terjatuh lepas mandi subuh.

Yesterday aku terima call dari Kak Norizan (kakak dia) yang mintak nombor telefon Elly, anak Aunty Norliza and inform the daughter supaya balik kampung pasal mak dia sakit. Unfortunately, aku takde nombor dorang semua. Tapi masa call mummy tadi, mummy kata semua anak Aunty ada di rumah masa dia sakit.

So, itulah cerita hari ini. Aku pun bukannya rapat sangat dengan Aunty Norliza ni sebab dia keje jauh. Uncle Donald pun bukannya selalu ada kat area kampung. Aku lagi la pulak yang memang kat Semenanjung ni. Setahun sekali jumpa pun payah. Tapi, aku rasa kena buat beberapa perkara kot bila benda-benda macam ni berlaku:

(i) simpan nombor telefon sedara-sedara terdekat kita. mana la tau kalau-kalau makcik pakcik yang mintak tolong call orang tu, orang ni. Boleh gak kita bantu tolong call kan;

(ii) jangan terlalu kerap tukar nombor telefon. Aku bukannya takde nombor telefon Elly, nombor telefon abang dia aku ada. Tapi biasa la, selalu tukar-tukar, kononnya nak dapatkan nombor cantik. Last-last, orang nak contact susah pulak;

(iii) makan ubat bila doktor suruh, jangan simpan buat pekasam atau perhiasan. Memang la kalau nak meninggal tu, akan meninggal jugak. Tapi selagi ada daya dan usaha nak elak, kita masih boleh berusaha, kan;

(iv) ketahui simptom penyakit-penyakit yang anda hidapi (jika anda menghidap penyakit tertentu). Kalau anda ada high blood, duduk seketika bila terasa pening. Dikhuatiri terjatuh dan boleh menyebabkan strok. Simptom adalah warning awal, jadi ambik tindakan segera sebelum terlambat; dan

(v) yang paling penting, jaga kesihatan. Aku ni memang dah kena high blood jugak. Tapi dalam peringkat mild. Doktor bagi ubat hari tu pun aku tak makan sebab kalau masih peringkat mild ni, jangan biasakan sangat makan ubat. Jadi aku tak makan ubat la sebab aku tak nak terbiasa makan ubat, bukan sebab degil tak nak makan ubat. Yang penting jaga makan dan kesihatan. So, kena start joging.

Kali terakhir aku berjumpa dengan Aunty ialah 2 tahun lepas. Apapun, semoga roh Aunty dicucuri rahmat.

Al-Fatihah...

Sunday, October 5, 2008

Balqis

Semalam aku ngantok giler. Jam 8 aku dah tido. Ntah la, macam no energy pulak nak sambung jalan-jalan. Tetiba tengah malam, adik aku sms anta gambar famili adik perempuan aku yang hari tu tak sempat nak upload dalam last entry Raya hari tu. So, aku dah upload and kira lengkap la tu the whole famili sumbat dalam blog.

But, what caught my attention is gambar yang dikirim bersekali dengan gambar famili adik aku tu. Ni dia gambar budak perempuan yang eksen dapat baju baru yang uncle dia belikan masa raya hari tu:

(sesi warming up. malu-malu lagi nak pose)

(sudah mula bergaya...)


(gaya seorang model yang sakit gigi tapi tetap mau posing)


(gaya seorang model yang terpele'ot dan terjatuh tetapi masih control ayu)

Tu gambar-gambar anak adik pompuan aku. Mak dia dulu pun kaki bergambar jugak. Kat rumah, gambar dia masa kecik je la yang paling banyak. Memandangkan muke yang lain tak fotogenik, simpan je la dalam almari.

mintak mahap jugak la sebab juru gambar yang ambik gambar ni tak bertauliah. Blur je memanjang gambar-gambar yang dia anta. Ok la, enjoy the pics.

Thursday, October 2, 2008

Raya!!!

RAYA!!! YEAY!!!

Selama 2 hari ni banyak benda yang dibuat sampai tak sempat nak masukkan apa-apa entry. Tapi yang paling menggembirakan ialah the whole family anta gambar raya. Terubat rindu jugak.


(Dad and mom...sori, gambar blur sikit )



(my eldest sister's family...yeah i know. My brother in law is a rocker)


(second elder sister, the most productive. paling banyak anak)


(first younger sister's family)


(second younger sister's family...anak baru satu. Satu lagi on the way)

(youngest brother and sister...the boy is the youngest)

Hilang jugak la kerinduan pada keluarga. Aku tak berapa risau jugak kalau tak pulang this year sebab the whole family dah tahu in advance yang aku tak balik. In fact, beberapa tahun yang lalu pun tak balik. Kalau dapat tiket government percuma every year, memang akan balik punya. I heard government dah luluskan that option beginning next year. Kalau berjalan seperti yang diumumkan, maknanya setiap tahun aku akan balik beraya, Insya Allah.

Enjoy the photos...

Saturday, September 27, 2008

Sedih

Semalam call mummy. Actually nak tau je sama ada seluar dan selipar yang Kit nak tu dah dibeli atau tidak. Mum said seluar dah beli, selipar tu esok. OK fine. End of conversation. The suddenly mum asked soalan kontroversi...

"Balik raya nanti?"

Then that's it...(crick...crick...crik...bunyi cengkerik la...senyap je kat telefon. Lama gak nak cari jawapan).

Tak sangka lak mummy nak tanya soalan tu sebab biasanya dia tak tanya. Dan dia sebenarnya tau aku ni jenis tak suka di tanya macam-macam soalan. Then, my usual answer pun keluar...

"This year tak dapat cuti coz menanggung kerja. But i'll be back after raya. I'll take a long leave."
"Ya ka?" Mum replied, but the voice sounds sedikit sedih.

Aku angguk, walaupun tau mummy takkan nampak aku angguk. Then aku just mintak mummy to kirim salam pada semua, tanya dah buat kuih atau belum and reminded her to buy whatever Kit wanted tomorrow. And repeatedly reminding her that i will take a long leave after raya and spend the whole holiday with them.

Right after that, my friend call from KK (Sabah). He will depart for KLIA tomorrow night. Orang Negeri. Balik beraya. He also asked me the soalan cepumas:

"Kau bila balik raya?" (kang ku lepuk kang...dah la i'm in the stage of unstability).

"Aku tak balik la tahun ni. Takde tiket free. Aku dah ambik last year."

"Ala, aku pun tak dapat tiket free. Jadi aku ambik tiket tambang." (maknanya self support la tu).

"Kalau kau nak aku balik, kau bagi la aku tiket."

"Hehehehe...". Dia gelak je. Tau takpe. Ingat harga tiket tu RM1 ke. Memang la Zero Fare tapinye, bayaran lain-lain tu pun banyak jugak. And for your info, masa musim perayaan, no cheap ticket.

Semalaman aku tak lena tido. Ye la, dah mummy tanya pasal balik raya la, itu la, ini la. Jadi serba salah. Nanti la next week aku decide apa aku nak buat. Nak balik masa raya, for sure ticket dah takde. Mum should know about it, actually she must know about it. Aku bukannya setahun dua kat Semenanjung ni. Dah 11 tahun aku duduk semenanjung. Dah beberapa kali pun aku tak balik raya. Last yer aku balik, even masa daddy sakit hari tu aku balik. Bukannya aku tak pernah balik pun. My boss pernah kata, treat your parents well while they are still alive. You may end up regret kalau you tak berbuat demikian. Aku just smile bila dapat advice macam tu. (Yes, bos. i always treat my parents well, for your info).

Jadi, hari ini aku sungguh the down mood punya. Tak tau nak buat apa. Plan nak jalan-jalan pun tak jadi. So, duduk rumah la layan DVD yang baru dibeli semalam. Kalau time tension, aku tau aku akan beli barang-barang yang unnecessary bila kuar jalan-jalan. Jadi, to save the money, duduk rumah is the best option at the moment.

So, guys. Kalau korang nak kata apa pun, sukati korang la. Bila korang berada di tempat aku, dan korang akan tau kehidupan askar mengajar aku berhati kering kerana aku ada sebab...

Selamat hari raya Aidil Fitri
Maaf Zahir dan batin...