Saturday, September 27, 2008

Sedih

Semalam call mummy. Actually nak tau je sama ada seluar dan selipar yang Kit nak tu dah dibeli atau tidak. Mum said seluar dah beli, selipar tu esok. OK fine. End of conversation. The suddenly mum asked soalan kontroversi...

"Balik raya nanti?"

Then that's it...(crick...crick...crik...bunyi cengkerik la...senyap je kat telefon. Lama gak nak cari jawapan).

Tak sangka lak mummy nak tanya soalan tu sebab biasanya dia tak tanya. Dan dia sebenarnya tau aku ni jenis tak suka di tanya macam-macam soalan. Then, my usual answer pun keluar...

"This year tak dapat cuti coz menanggung kerja. But i'll be back after raya. I'll take a long leave."
"Ya ka?" Mum replied, but the voice sounds sedikit sedih.

Aku angguk, walaupun tau mummy takkan nampak aku angguk. Then aku just mintak mummy to kirim salam pada semua, tanya dah buat kuih atau belum and reminded her to buy whatever Kit wanted tomorrow. And repeatedly reminding her that i will take a long leave after raya and spend the whole holiday with them.

Right after that, my friend call from KK (Sabah). He will depart for KLIA tomorrow night. Orang Negeri. Balik beraya. He also asked me the soalan cepumas:

"Kau bila balik raya?" (kang ku lepuk kang...dah la i'm in the stage of unstability).

"Aku tak balik la tahun ni. Takde tiket free. Aku dah ambik last year."

"Ala, aku pun tak dapat tiket free. Jadi aku ambik tiket tambang." (maknanya self support la tu).

"Kalau kau nak aku balik, kau bagi la aku tiket."

"Hehehehe...". Dia gelak je. Tau takpe. Ingat harga tiket tu RM1 ke. Memang la Zero Fare tapinye, bayaran lain-lain tu pun banyak jugak. And for your info, masa musim perayaan, no cheap ticket.

Semalaman aku tak lena tido. Ye la, dah mummy tanya pasal balik raya la, itu la, ini la. Jadi serba salah. Nanti la next week aku decide apa aku nak buat. Nak balik masa raya, for sure ticket dah takde. Mum should know about it, actually she must know about it. Aku bukannya setahun dua kat Semenanjung ni. Dah 11 tahun aku duduk semenanjung. Dah beberapa kali pun aku tak balik raya. Last yer aku balik, even masa daddy sakit hari tu aku balik. Bukannya aku tak pernah balik pun. My boss pernah kata, treat your parents well while they are still alive. You may end up regret kalau you tak berbuat demikian. Aku just smile bila dapat advice macam tu. (Yes, bos. i always treat my parents well, for your info).

Jadi, hari ini aku sungguh the down mood punya. Tak tau nak buat apa. Plan nak jalan-jalan pun tak jadi. So, duduk rumah la layan DVD yang baru dibeli semalam. Kalau time tension, aku tau aku akan beli barang-barang yang unnecessary bila kuar jalan-jalan. Jadi, to save the money, duduk rumah is the best option at the moment.

So, guys. Kalau korang nak kata apa pun, sukati korang la. Bila korang berada di tempat aku, dan korang akan tau kehidupan askar mengajar aku berhati kering kerana aku ada sebab...

Selamat hari raya Aidil Fitri
Maaf Zahir dan batin...

2 comments:

MamaIcha said...

tiada harta yg lebih berharga selain daripada ayah & ibu...jadi hargai mereka selagi ada...

igt, bkn duit atau benda yg mereka paling inginkan...tapi kita...cukuplah kalau kita berada dgn mereka...itu memberi makna yg besar kpd mereka...

so, kesimpulannya, balik la walaupun lepas raya...:)

gambit said...

memang nak balik la ni lepad raya... nak cuti panjang sikit, biarkan mereka yang ada kat ofis meneruskan keje dan keji... wakakakaka....