Wednesday, September 17, 2008

Politik semasa

Aku bukannya orang yang suka hal-hal politik ni. Tapi melihatkan keadaan sekarang, aku juga ingin meluahkan sesuatu (ni kira menghasut ke ni? Tak pasal-pasal masuk lokap kang). Ye la, bukannya apa. Sebagai rakyat Malaysia, kita akan kena jugak kalau berlaku apa-apa yang tak baik.

Hari ini, Pak Lah mengumumkan dia akan memegang tampuk pimpinan Kementerian Pertahanan manakala timbalannya sebagai Menteri Kewangan I. Dari ura-ura yang didengar, Pak Lah mengambil tindakan tersebut supaya mudah beliau mengisytiharkan darurat sekiranya ada apa-apa yang berlaku.

Masalahnya, ada ka "apa-apa yang akan berlaku"?

Kalau kita tengok di dalam TV, seolah-olah peristiwa 13 Mei itu akan berlaku lagi. benarkah begitu? Apakah rakyat Malaysia sebodoh itu untuk mengulangi sejarah hitam itu? Adakah rakyat negara ini masih di tampuk pemikiran lama sehingga membenarkan perkara sedemikian berlaku?

Kalau bukan itu tujuan Pak Lah menukar haluan, apa tujuan sebenarnya? Saja tukar angin (atau buang angin?)

Benar kata seorang teman, apa yang nak ditakut apabila ada pertukaran Kerajaan. kalau tak suka, lain kali jangan undi. Lagipun yang akan memimpin negara ini adalah orang Malaysia jugak. Bukankah begitu? (abis la kalau di cop pro-Anwar). Dalam entry yang lepas, aku pernah kata kalau mana-mana pemimpin memerintah sekalipun, rakyat Malaysia tetap makan nasik. Cuma yang aku tak berkenan, taktik menakut-nakutkan rakyat dengan cara begini adalah tidak beretika. Seolah-olah jalan menuju ke arah 13 Mei itu akan berlaku lagi tapi kali ini dicetus oleh pemimpin negara sendiri (ini dikira menghasut ke ni?).

Malas aku nak fikir banyak-banyak. Aku bekerja dengan "Government of the day". Dan selagi kudrat ini ada, aku tetap berkhidmat pada mana-mana pemimpin kerana fokus aku adalah untuk kesejahteraan rakyat Malaysia, terutama sekali keluarga sendiri.

Kalau aku dibuang kerja, Pak Lah nak bagi duit kat mak bapak aku makan???

2 comments:

MyMatahari said...

Nda pa la gux, kalau ko kena tahan di pusat tahanan kemunting nanti aku lawat ko laa... di musim perayaan.

gambit said...

ya la... jangan lupa bawak kuih aaa. kuih cincin pun ndapa la.